Wednesday, December 27, 2023
Friday, December 8, 2023
Selamat Jalan Cikgu Ismail
Pertemuan terakhir aku dengan Allahyarham Cikgu Ismail Ibramsa, bekas Pengetua Penang Free School (kiri) adalah pada sesi majlis Aidilfitri 8 Ogos 2015. Dalam gambar ni juga adalah Dato Ustaz Syed Mahayuddin Syed Aqil (tengah).
Kenangan kami secara spesifik adalah ketika tingkatan 1 hingga 4 di mana beliau bersara ketika kami tingkatan 4. Manakala kenangan peribadi aku pula adalah ketika aku dibawa menghadap beliau ketika Tingkatan 1 (aku masuk lambat beberapa hari sikit sebab bertukar sekolah) di mana ada beberapa pesanan diberikan kepada aku di hadapan ayah aku ketika itu. Paling terngiang adalah apabila beliau berpesan, Penang Free School is a school for scholars, sportsmen and gentlemen. Harini awal pagi, aku menerima khabar Cikgu Ismail dah tiada; agak tergamam sebenarnya bila dapat tahu.
Ustaz Syed masih memberi Kuliah Subuh dan akan berada di Masjid Pajak Song setiap hari Khamis. Betul, masa akan pantas berlalu dan aku tak sepatutnya membiarkan masa itu terus berlalu begitu sahaja.
Selamat jalan Cikgu Ismail. Terima kasih atas segalanya di Penang Free School. Allahummagfirlahu warhamhu wa'afihi wagfu'anhu.
Subscribe to:
Posts (Atom)
LANGSUIR MELAYU MYSTIC PENINSULAR TOUR
Langsuir adalah satu band yang penuh warna-warni. Aku kenal Langsuir sedikit lambat iaitu pada 1997-1998 tapi tak serius pun. Di...
-
Gambar: Kadir Chan Pada 14 Julai 2024 yang lepas, dengan satu keputusan luar jangka yang isteri sendiri tak sempat hadam apa benda yang aku...
-
Pengumuman Green Day beberapa hari lepas untuk sidang konsert di Indonesia pada awal tahun 2025 membuka persoalan adakah mereka akan turut m...
-
Hari pertama perjalanan aku ke Thailand adalah pada Jumaat, 5 Julai 2024. Pertama kali melalui sempadan Wang Kelian-Wang Prachan...