Friday, December 8, 2023

Selamat Jalan Cikgu Ismail

Pertemuan terakhir aku dengan Allahyarham Cikgu Ismail Ibramsa, bekas Pengetua Penang Free School (kiri) adalah pada sesi majlis Aidilfitri 8 Ogos 2015. Dalam gambar ni juga adalah Dato Ustaz Syed Mahayuddin Syed Aqil (tengah).

Kenangan kami secara spesifik adalah ketika tingkatan 1 hingga 4 di mana beliau bersara ketika kami tingkatan 4. Manakala kenangan peribadi aku pula adalah ketika aku dibawa menghadap beliau ketika Tingkatan 1 (aku masuk lambat beberapa hari sikit sebab bertukar sekolah) di mana ada beberapa pesanan diberikan kepada aku di hadapan ayah aku ketika itu. Paling terngiang adalah apabila beliau berpesan,  Penang Free School is a school for scholars, sportsmen and gentlemen. Harini awal pagi, aku menerima khabar Cikgu Ismail dah tiada; agak tergamam sebenarnya bila dapat tahu.

Ustaz Syed masih memberi Kuliah Subuh dan akan berada di Masjid Pajak Song setiap hari Khamis. Betul, masa akan pantas berlalu dan aku tak sepatutnya membiarkan masa itu terus berlalu begitu sahaja.

Selamat jalan Cikgu Ismail. Terima kasih atas segalanya di Penang Free School. Allahummagfirlahu warhamhu wa'afihi wagfu'anhu.

No comments:

Post a Comment

Konda Kondi Cafe & Bistro

Plan harini nak singgah ke Laksa Pondok Ibu Kathy . Tempat nampak macam menarik tepi sungai, tetapi menu kat sini sesuai untuk m...