Tuesday, September 20, 2022

Iron Maiden - Senjutsu (2021)


Aku rasa aku taknak review album ni, tapi cukup aku nak share semua artwork dalam buku lirik ni yang aku rasa cukup lawa dengan Eddie Samurai ni. Cukupla seksa setahun aku tunggu benda ni nak sampai ke tangan aku.

Video kat bawah sekali.





Wednesday, September 7, 2022

Nur Nilam Sari


Alhamdulillah setelah 7 tahun kelahiran Muhammad Fayyadh, isteri selamat melahirkan anak ketiga kami pada 6 September 2022; 3 hari berbeza dengan hari jadi isteri. Nampak gaya ada geng betul isteri kali ni.

Kelahiran ini sangat mencemaskan dan perasaan adalah seperti menunggu kelahiran Muhammad Qayyum, anak pertama kami. Bersalin adalah secara normal walaupun di saat-saat akhir doktor dah decide untuk buat caesarean procedure kerana isteri dah lemah disebabkan contraction yang agak kerap tetapi agak lama. 


Fetal Monitor: Graf atas Heart Rate baby, yang bawah contraction period.
Kalau flat naik tu maksudnya dah 100%.
Problem di saat akhir, bila contraction, HR baby drop.

Entah macam mana ketika aku dipanggil masuk, bersalin dibuat secara normal dan surprise kedua adalah tali pusat terbelit 2 kali di leher bayi. Ini menerangkan kenapa monitor menunjukkan setiap kali contraction, jantung bayi menjadi lemah. Masa Muhammad Fayyadh dulu, belitan tali pusat dikesan awal dan disebabkan itu Caesarean dibuat untuk mengelakkan sebarang risiko terhadap bayi. Cuma kali ni, baby girl bagi surprise last minute. Biru juga muka aku bila dapat tahu tali pusat terbelit tu dan doktor terpaksa bekalkan oksigen pada bayi selepas kelahiran.

Semoga bayi sentiasa sihat dan menjadi anak yang solehah. Semoga sentiasa menjadi Nur Nilam Sari abah.

P/S: Berebut juga nak letak nama anak ni sebab ikutkan agreement, dah 2 anak isteri namakan, aku nak namakan baby girl ni tapi macam biasa, woman is always right. Aku rasa nanti masa dekat JPN bolehla aku buat-buat tersilap bagi nama kat pegawai. 🤣

Baju Raya 2024

HOMBRE ni kalau tak silap aku first sekali ditubuhkan pada 2018. Waktu ni aku amat memerlukan pakaian pejabat. Tapi malangnya sa...