Monday, August 7, 2023

Kelas Demokrasi - Rakyat Adalah Boss oleh Fahmi Reza

Siapa kat Facebook ni tak kenal dengan Fahmi Reza maksudnya dia memang tak ambil port langsung pasal politik kat Malaysia ni. Aku boleh simpulkan benda tu saja.

Enamel pin "Kelas Demokrasi" ni aku beli dari Fahmi Reza sendiri dari FB dia. Minggu ni adalah minggu terakhir sebelum Pilihanraya Negeri. Fahmi waktu PRU-14 yang lepas sudah giat mengadakan siri Kelas Demokrasi di platform Tik Tok dan untuk PRN kali ni, dia banyak membuat siri Kelas Demokrasi secara fizikal di tempat-tempat terpilih.

Kelas Demokrasi yang Fahmi Reza buat ni pada aku sangat berfaedah, neutral dan bermanfaat. Walaupun pandangan politikal Fahmi dan aku bagai langit dengan bumi, aku tak dapat menafikan Kelas Demokrasi tersebut sangat neutral dan orang putih selalu kata; educational purpose.

Aku tak peduli, enamel pin ni aku rasa cantik dan aku perlu beli buat koleksi. Kelas Demokrasi tu sangat sesuai untuk mereka yang tak faham sistem demokrasi negara kita ni berjalan macam mana, Fahmi Reza ajar memang guna bahasa orang kebanyakan atau laymen term. Bolehla cari di TikTok.

Wednesday, August 2, 2023

Larian Langkah Pertama


Rasanya siapa yang friend dengan aku di FB mesti tak hairan dengan posting aku pasal larian ni. Aku dah mulakan larian ni sejak 2019 (kadang-kadang) dan bermula serius sejak 2020.

Paling serius dengan larian adalah pada zaman pandemik Covid-19 di mana 100% hari kerja adalah di rumah. Aku dapat menumpukan/memberi ruang masa yang cukup untuk berlari sebelum waktu kerja atau selepas waktu kerja.

Pada 2022 bermulah zaman Pandemik di mana sektor perkerjaan beransur-ansur kembali normal dan majikan 'hilang ingatan' betapa efektifnya produktiviti dan Key Happiness Index para pekerja yang boleh kerja di rumah ni. Aku tak terkecuali di mana walaupun majikan membenarkan kerja secara 3+2 iaitu 3 hari di pejabat dan 2 hari di mana-mana (flexible), aku dah mula masuk ke pejabat dan masa untuk aku berlari semakin padat dan kurang (kerana faktor travelling ke tempat kerja).

Tahun 2023 adalah kemuncak aku meninggalkan terus larian ni. Hampir sebulan sekali takpun 2 bulan sekali baru teringat nak berlari. Akibatnya, badan lesu dan lemau. Nak buat apa-apa kerja pun cepat pancit dan tak bertenaga. Wife dah banyak kali suruh aku start balik lari dan harini aku try semula.

Disebabkan dah lama tak lari, fitness aku dah hilang 100% dan aku yang biasanya lakukan larian minimum sebanyak 5KM, terasa nak habiskan 1KM pun sangat seksa harini. Masuk KM ke 1.5 macam tu, aku dah rasa pedih dada. Ni petanda aku kena stop dan tak boleh paksa diri dah. Aku berjalan pelan-pelan dan teruknya di finishing line, 3KM pun tak sampai. Harapnya aku start balik ni dapat kembalikan semula rutin 5KM per run selepas ni.

Balik rumah, recovery punya hal bukak periuk nasik, panaskan dengan Sambal Nyet Khairul Aming dan tibai dengan ikan termenung belah belakang. Memang total failure la hari ni!

Baju Raya 2024

HOMBRE ni kalau tak silap aku first sekali ditubuhkan pada 2018. Waktu ni aku amat memerlukan pakaian pejabat. Tapi malangnya sa...