Sunday, November 8, 2026

Bilik Audio aka Mancave


Aku pernah cerita pasal loteng Mancave aku sebelum ni tapi disebabkan video lebih jelas, tak banyak sangat aku tulis pasal mancave aku tu.



Semua ni bermula dari tahun 2014. Macam biasa, aku akan buat shitposting seperti selalu dekat FB. Tapi sebenarnya ni antara angan-angan aku waktu tu dan aku sedar sebenarnya aku sangat serius dengan hobi aku ni walaupun pada waktu tu rasa macam tak masuk akal nak ada bilik audio sendiri seperti gambar yang aku post pada tahun 2014 tu.



Tapi itulah ceritanya. Benda ni bukan terus ada aku buat. Benda buat sikit-sikit ni memang makan masa betul sebab melibatkan duit. Paling major buat mestilah loteng tu yang membolehkan aku dapat 2 ruang bilik di mana satu bilik boleh aku sumbat semua barang muzik aku ni dalamnya.




Akhirnya aku perasan bilik dah makin berselerak sebab aku tak sempat uruskan barang-barang yang aku ada. Rak pula bersepah tak gantung. Baru aku sedar rupanya hobi aku ni selain menuntut duit ringgit, ia juga turut menuntut MASA aku untuk uruskan. Walaupun loteng dan semua binaan major ada kontraktor buat, deco dalam bilik ni 100% bawah aku sendiri. Aku yang kena fikir semuanya termasuk defect dan repair setiap kali aku silap tebuk dinding.




Sebenarnya aku tak ingat post aku tahun 2014 di FB tu sampailah timbul balik dan baru aku perasan, dah 12 tahun tapi angan-angan aku tu masih tak selesai. Tak boleh jadi ni, aku dah survey nak beli kerusi dah lama sangat dan tadi aku putuskan aku kena beli juga. Aku cancel plan nak beli sofa lembut dan kembali ke rancangan asal; beli kerusi Ikea.

Sebelum ada kerusi dan Kallax tambahan
Dah ada kerusi dan Kallax tambahan 2x2

Tadi aku beli:

  • POÄNG Armchair
  • RÖDFLIK Floor Lamp
  • KALLAX 2x2

Akhirnya ada juga kerusi setelah bertahun-tahun duduk atas bean bag aja. Kallax tambahan tu aku beli sebab nak letak buku. Masalahnya lepas beli Kallax tambahan pun barang berselerak juga!

Cabaran sekarang ada 3:

  1. Nak susun balik semua benda dalam bilik.
  2. Nak set semula Main Listening Position.
  3. Nak cari carpet jenis mana satu.

Moga dipermudahkan urusan aku nak selesaikan angan-angan aku ni. 12 tahun dalam pembikinan masih belum selesai!

Friday, November 6, 2026

Cerita Nasi Lemak

 


Aku tak pernah cerita lagi ya port baru aku ni?

Aku dah berpatah arang berkerat rotan dengan penjual nasi lemak yang selalu aku beli sebelum ni. Lama juga aku tak beli nasi lemak lepas dia naikkan harga dari RM1.50 ke RM1.70. Mana boleh tahan dengan nasi sebesar pulut inti, ikan bilis seekor atau dua ekor dengan telur belah lapan naik harga tanpa ada sebarang shortage bekalan bahan mentah pun.

Aku terjumpa dengan gerai kakak ni. Dia takeover dari brader lama sebelum ni cuma bezanya, nasi lemak dia jual ni, dia masak sendiri. Aku cuba list apa yang aku ingat:

Nasi Lemak Ikan Bilis

Nasi Lemak Udang

Nasi Lemak Daging

Nasi Lemak Paru

Nasi Lemak Ayam

Nasi Lemak Gulai Udang

Nasi Lemak Gulai Daging

alamak lupa, ada lagi ni.


Banyak ya dia jual. Setiap jenis ni satu raga. Aku dah sangkut dengan Nasi Lemak Gulai Daging dia jual ni. Feel sebijik macam makan nasi kandar. Cuma dalam gambar ni aku tambah la telur goreng kat rumah.

Dia jual RM1.50. dan biasanya dia dah sold out sebelum pukul 9 pagi. 8 pagi tu biasanya nasi lemak ikan bilis da habis.

Nasi Lemak Gulai Daging FTW!

Artificial Intelligence

 

Download gambar template ni, lepastu tanya chatgpt
“ Fill my room you know everything about me “

Haaaa ni adalah antara benda-benda seronok dan bodoh yang sebenarnya sedang 'memakan' resource data center untuk Artificial Intelligence ni terutamanya GPU dan RAM. 

Untuk benda-benda macam ni, Data Center terpaksa bekerja keras dan menjadikan GPU dan RAM mengalami kekurangan di pasaran global menjadikan harganya meningkat. Disebabkan itu kalau kita perasan, PC Master Race (scene berlumba upgrade komponen PC) menyentap perlahan disebabkan harga GPU (Graphic Processor Unit) dan RAM meningkat secara mendadak. Benda ni juga melarat ke SSD dan NVME SSD juga (sebab aku nak beli dan perasan harga mahal dan tak banyak pilihan dalam pasaran).

Tapi nak buat macam mana, sekarang tahun 2026 dan ke atas ni memang kita bergerak ke arah penggunaan AI. Sampaikan kerja hakiki di pejabat pun AI dah ambil alih dan tak digantikan pekerja lain. Yang lawaknya, kerajaan takda fikir pulak bila semua benda AI dah buat, kadar pengangguran meningkat ni nak tampung macam mana? Bukan semua orang ada kemahiran atau berbakat dalam bidang kemahiran.


Rasanya aku tak nak fikir bab tu dan biarlah kerajaan yang fikir. Polisi tu hangpa yang buat dan hangpa yang sepatutnya kawalselia. Aku nak layan main Ai ja macam orang lain. Hahahhaha

Thursday, November 5, 2026

Mee Goreng Mamak

 



 
Jarang-jarang aku post pasal mee goreng sebab bukan forte aku mat saleh cakap. Paling kerap aku order biasanya koay teow goreng dan menu-menu ni pulak aku tak makan di kedai tomyam. Haaa banyak pula songeh aku kan?




Mee/Koay Teow ikut ranking aku.

1. Penang Char Koay Teow/Koay Teow Kerang. Ni maksud aku jenis kering yang ada bau wok hey (bau asap kuali).

2. Maggie Goreng mamak

3. Char Koay Teow (the one and only Penang style basah yang ramai orang trigger)

4. Koay Teow Goreng Mamak

5. Mee Goreng Mamak

6. Mee/Koay Teow Goreng Melayu

7. Mee/Koay Teow Goreng kedai siam.

Punca aku buat post ni sebab tadi aku buat story video yang aku letak ni. Ramai pulak repson. Ramai peminat mee goreng rupanya kawan-kawan aku ni.

Hangpa suka yang jenis mana satu? Share kat komen.

Saturday, October 31, 2026

Nasi Kabsah by Firdaus Firabib

 

Gambar 29 Oktober 2026
 Harga mungkin berubah pada masa hadapan.

Nasi Kabsah by Firdaus Firabib ni special sikit sebab tak jual dekat kedai dia (Duaswarp dan Beswarp) dan cuma ada di tour sahaja. Ni memang taktikal dia jadi kita follow saja. Memandangkan aku follow perjalanan Ustaz Firdaus jual nasi arab ni, sejarahnya memang dia bermula jual nasi ni secara 'tour' juga dulu dengan khemah jualan pertama kali dulu.


Gambar Asal: Firdaus Firabib

Gambar Asal Shahrul Anwar Zainol Abidin

Gambar Asal Shahrul Anwar Zainol Abidin

Kalau follow betul, kita akan tahu ustaz Firdaus dulu start R&D Rempah Nasi Arab, lepastu dia start try jual by order Nasi Arab Western, sampailah dia bukak khemah berniaga first depan Wisma Ria SP. Waktu ni dia buat nasi arab yang ada telur safron ala-ala Chef Amar dan waktu ni dia panggil betis kambing, bukan lambshank; mungkin sebab nak bagi penuh banner tulisan tu. Hahaha.

Ok. Mukadimah dah habis.

Dah lama aku tak tulis bab makan ni. Berkarat pula nak mulakan. Aku cuba la ya sebab rasanya Nasi Kabsah ni dah banyak kali aku beli tapi tak pernah review pun.

Ni set nasi kabsah ayam sebelum dikeluarkan dari bekas.

Ni bahagian yang dikeluarkan dari bekas (100%)

Ni bahagian yang dikeluarkan dari bekas (5% nasi, isteri dah ambil makan)

Sengaja aku letak terus 3 gambar supaya boleh nampak portion tu banyak mana. Ok, dari segi Nasi Kabsah, pendapat aku nasi ni dah memang modify habis ke 100% tekak Melayu. Disebabkan itu juga aku dah berapa kali repeat beli sebab dah masuk tekak. Kalau nasi kabsah betul arab piaw, makan nasi tercekik jugak bhai.... Sebab tu Nasi Kabsah Firdaus Firabib ni datang dengan lauk yang bersup; untuk cater tekak Melayu macam aku.

Nasi Kabsah ni jenis berempah. Kalau nak dibezakan dengan Nasi Kabsah di kedai Arab memang berbeza. Jadi kalau yang beli ni jenis true lidah arab, confirm dia akan kata ni bukan nasi arab ori. Hah macam tu la aku bagi perumpamaan untuk senang faham. Tapi disebabkan aku memang hantu nasi kandar, nasi kabsah ni ada rasa rempah berbahang (sikit) yang buat aku boleh terima berbanding Nasi Kabsah ori pak arab. 

Ayam/Kambing/Lamb Shank memang dimasak kabsah cuma mungkin mazhabnya sedikit berbeza. Biasanya lauk dimasak tanam, atau grill sebelum tanam, tapi untuk versi Ustaz Firdaus, lauk dimasak asing dengan ada jirusan sup. Seperti yang aku cakap, mungkin untuk sesuaikan dengan tekak Melayu.

Lamb Maglouba

Chicken Mandy (smoked scent arang) - Yemen
Ni kedai arab aku dapat plating paling bersepah dia serve dekat aku.

Lamb Zurbian

Lamb Maglouba - Modified dengan Zworbian/Zurbian
Special mix by Chef

Lamb Haneeth

Chicken Mandy - Hadramawt

Lamb Grill Mandy - Duaswarp


Kena korek pulak gambar-gambar lama nasi arab yang pernah aku makan. Kebanyakan nasi arab asal ni memang rasa hambar sikit (bland). Kebanyakan kedai arab ni cuba counter dengan bagi sepiring gulai (Hahahhaa ingat nasik kandaq ka!?)

Tour 2026 - Masjid Abdullah Fahim, Bertam


Rasanya untuk elak masalah rasa hambar atau rasa takda perasaan ni, Nasi Kabsah Firdaus Firabib dah melalui fasa asimilasi untuk 'masuk' dengan selera orang Melayu. Kawan-kawan yang tanya aku, yang ni la jawapan aku; nasi arab ni aku taktau nak cakap sedap tu boleh jumpa dekat mana, tapi kalau aku dah 2-3 kali ulang beli tu maksudnya boleh masuk tekak aku la tu.

Nasi Kabsah Ustaz Firdaus pulak memang tak dijual di Duaswarp dan Beswarp dan cuma dijual semata-mata di road tour sahaja. Kalau nak makan selesa, kena makan kat kedai la, pair dengan Al-Busyra Latte perghhh! (Kat kedai ada mandy sahaja).

Tekak kita berbeza dan penerimaan kita juga mungkin berbeza. Pada aku, rasa dulu baru kita tau boleh masuk selera kita atau tak.

Friday, October 30, 2026

Partner dan Buddy

 


Tok guru aku harini akan meninggalkan TM selepas mengambil skim persaraan awal.

Perkenalan aku dengannya waktu dia 37 tahun. Rasa macam tak percaya sekarang aku di peringkat umur dia pula sekarang. Sempat menghadiri jamuan perpisahan dan penghargaan unit NO BYB tadi. Harini juga hari last saudara Jasni Jamaludin di Bayan Baru. 

Abang Jasni merupakan partner dan buddy aku yang paling lama sepanjang aku di TM. Sejak mula aku lapor diri tahun 2007 sampailah ke tahun 2018. Tok guru DSLAM dan DLC sebelum kami sama-sama pening dengan MSAN dan OLT. 

Banyak aku belajar dari dia walaupum aku ni tak penyabar macam dia. Integrity dia memang tinggi, walaupun aku rapat dengan dia, yang mana aku salah aku kena juga. 

Terima kasih atas semua tunjuk ajar dan kenangan sepanjang bekerja sekali. Insya-Allah sahabat hingga akhir hayat. Rasa macam tak percaya pula saat abang Jasni bersara dah tiba.

Selamat Hari Jadi Abang 'Buffalo Soldier' Jasni.


Thursday, October 29, 2026

Hip Rotation Test - Fisioterapi



Harini ada saringan kesihatan. Ada pusat fisioterapi datang buat pemeriksaan juga untuk anggota.

1. Single leg squat to chair - failed

2. Hip Internal Rotation Test - Failed at 90 and 85 degree.


Physiotherapist tadi tolong aku free tadi betulkan mobility kaki kiri aku. Terasa sendi tulang paha masuk dalam soket punggung nikmat betul.

Patut la hamstring kiri aku selalu ketat dan sakit lepas RDL/Squat/Leg Press. Mobility kaki kiri aku dah out terus menyebabkan hamstring kiri aku dah pressure lebih. Terkebil-kebil semua orang lain kenapa aku dapat treatment on the spot kat situ. Alhamdulillah rezeki Allah bagi.

Berkecamuk sebenarnya hari ni. Rasanya macam terjawab kenapa sakit pinggang selama ni. Dah macam-macam tukang urut aku jumpa termasuk sport massager tapi tak jadi apa.

Masalah tu betul-betul terjawab dengan Hip Rotation Test tadi. Sebelum ni waktu buat sport massage, brader tu dah cakap hamstring kiri aku stiff, tapi waktu tu dia tak offer untuk buat hip rotation test (sport massager ni physio freelance).

Masalah sekarang ni adalah kalau aku betul-betul nak pulih, aku kena buat physio; benda yang aku rasa semua orang paling malas nak buat.

Bilik Audio aka Mancave

Aku pernah cerita pasal loteng  Mancave  aku sebelum ni tapi disebabkan video lebih jelas, tak banyak sangat aku tulis pasal mancave aku tu....