Friday, November 18, 2022

Selamat Datang Dark Knight

Diperkenalkan pada 1992 dengan codename 4G92, mamat-mamat Wira asyik menggunakan codename ni dan bila bersembang, aku haram tak paham apa pun bab code ni. Senang cerita, Proton punya kereta akan guna engine 4Gxx la dulu-dulu ni bila upgrade engine. Masuk abis la 4G63T apa bagai.

Baik. Selamat datang ke teratak Pajak Song. Semoga memperoleh manfaat yang lebih baik dan dipermudahkan semua urusannya.

Lepas ni boleh pakai baju Ralli Art tanpa segan silu.

Thursday, November 10, 2022

Selamat Tinggal Pahlawan Putih

 


Akhirnya hari ini 10 November 2022, aku dan isteri merelakan Proton Preve untuk dibawa pergi. Banyak jasa kereta ni pada keluarga aku khasnya.

Dan aku baru perasan yang aku tak simpan pun gambar kenangan bila mula-mula ambil kereta ni dulu di Proton Juru. Sebab waktu tu fikiran aku adalah kereta hutang bank bukanlah sesuatu yang untuk dibanggakan.

Jujur cakap, pemanduan dengan Preve sangat best. Sehingga tahap aku dah cuba bawa kereta yang sama dalam kelas Segmen C iaitu Honda Civic FD, tapi memang tak masuk selera aku. Senang cerita, aku rasa handling Preve adalah terbaik setakat 9 tahun aku bawa kereta ni. Kalau diikutkan, memang fuel consumption kereta ni tinggi sikit dan aku gelar Preve ni adalah kereta continental buatan Malaysia. Ya lah, gearbox guna CVT Punch macam Volkswagen dan minyak kedarah macam Mercedes! Hahahaha!

Antara kenangan yang tinggal dengan kawan-kawan adalah kereta ni menjadi transport utama ke MotoGP di Sepang dan kami berkampung di sana sambil merapu makan McDonald's siang malam. Singgah highway tibai pulak KFC. Betul-betul free and easy. Lepastu ronda masa hari PRU-14 sampai kena cium bontot, Preve Alhamdulillah, Wira yang sodok belakang tu, Innalillah.

Kereta ni juga merantau dengan aku sepanjang posting kerja aku di Ipoh, Perak. Hampir 2 tahun di sana dan hampir seluruh pelusuk Perak dah sampai. Kalau ada event/meeting di KL, bos sanggup downgrade kereta dia dan tumpang kereta aku ni semata-mata sebab keta ni plet P! Tapi betul, banyak betul kereta bagi laluan dekat aku sepanjang di KL. Kah kah kah!

Untuk family paling banyak jasanya untuk kami. Ia menjadi alat utama untuk ke klinik, hospital, bercuti malah beli ikan di market. Anak-anak aku membesar dengan Preve ni. Waktu aku cakap nak jual, Muhammad Qayyum banyak kali juga tanya kenapa jual? Susah juga nak menjawab soalan anak ni rupanya.



Itulah kisah aku dengan pahlawan putih ni. Jujur cakap memang sayang gila nak jual ni. Antara kereta paling best aku pernah bawa walaupun bunyi dalam kabin dah macam lori. Doakan supaya akan ada pengganti yang lebih baik untuk kemudahan kami sekeluarga.

Baju Raya 2024

HOMBRE ni kalau tak silap aku first sekali ditubuhkan pada 2018. Waktu ni aku amat memerlukan pakaian pejabat. Tapi malangnya sa...