Langsuir adalah satu band yang penuh warna-warni. Aku kenal Langsuir sedikit lambat iaitu pada 1997-1998 tapi tak serius pun. Dipenuhi pelbagai cerita di kalangan ahli band, sehinggalah segala jenis tanggapan orang terhadap Langsuir, mereka tetap jalan terus.
Persembahan semalam bertempat di Ruas Store. Parking sedikit neraka dekat kawasan ni menyebabkan aku dan rata-rata pengunjung lain datang dengan motor saja. Support band semua padu-padu. Aku datang ketika Pendita Gila Sedang beraksi, memang best! Selepas tu Exhumane dan rehat untuk Solat Maghrib. Sesi malam dimulakan dengan Apocalyptic Carnage, Tremorrage (dari Banda Acheh, pendapat aku, sound depa best. Genre Metalcore). Herrriot yang telah 25 tahun tidak beraksi di Penang (Pulau) hadir sebagai band tumpuan juga dengan gimik Vox taknak naik atas pentas atas alasan kencing manis (Hahahaha!). Menariknya aku baru tahu nama band Herriot sebenarnya diubah dari nama lain menjadi nama sekarang bersempena dengan nama Kampung Heriot, Dato Keramat. Punya sempoi, sikit punya international nama 🤣.
Showmanship Langsuir semalam sedikit berbeza daripada yang sebelum-sebelum ini. Bau kemenyan memenuhi ruang gig. Tiada lagi Langsuir di atas pentas, dan tiada lagi outfit burung gagak (tak muat dah, konpem), gimik semalam adalah bertepatan dengan Melayu Mystic. Kesemua ahli kugiran memakai busana mengikut peranan masing-masing. Vox Aad paling menyerlah dengan busana Tok Bomoh dengan lorekan contengan belang harimau di muka, sesuai dengan tajuk lagu dari album Engkar; Saka Harimau Jadian. Betul punya in character boleh pulak dia buat mata terbeliak tanya audience siapa bawak saka malam tu. (harey betoi, aku nak balik jauh la Aad, bawak motor lalu area pokok ada langsiaq pulak tu).
Ok dah la. Ulasan umum saja. Semoga tour berikutnya berjaya dan lebih ramai dari Penang!
gambar pertama ada Gibson SG Voodoo, dah boleh agak dah siapa...
ReplyDelete