Plan harini nak singgah ke Laksa Pondok Ibu Kathy . Tempat nampak macam menarik tepi sungai, tetapi menu kat sini sesuai untuk minum petang saja (laksa dan cucur udang; menu tak banyak). Terus Plan B.
Bab makan, memang Ipoh tak mengecewakan. Kami singgah ke Konda Kondi Cafe di tengah pekan Ipoh. Rezeki kami, kedai baru buka. Ikut jadual operasi, kedai buka pukul 5 petang dan kami sampai pukul 5.40. Seperti mana kedai western lain, kedai ni menyediakan menu pasta & grill yang proper.
Mengejutkan, Nachos yang aku sangka sedikit, rupanya banyak betul dagingnya; harga sedikit tinggi iaitu RM 19+, tapi portion daging yang diberikan banyak, sampai tak boleh nak komplen. Aku tak boleh kalau tak compare dengan Nachos favourite aku dari Gelaihh . Tapi nyatalah, masing-masing ada kelas tersendiri. Gelaihh cara Gelaihh, Konda Kondi cara Konda Kondi. Mild versus Pedas (pedas betul). Jadi takda pemenang. Dua-dua sedap.
Rice with buttermilk chicken sedap. Portion untuk Shoulder Lamb; 3 keping yang aku consider banyak. Sos black pepper mild tak pedas/hangat lada jadi aku rasa ok sangat.
Crème Brûlée dia just nice. Tak manis tak tawar cuma lapisan burnt sugar atas tu nipis. Kalau tebal sikit lagi best.
Aku rasa tekak aku, aku bagi 5/5. Boleh datang lagi.