Showing posts with label jalan-jalan cari makan. Show all posts
Showing posts with label jalan-jalan cari makan. Show all posts

Saturday, November 2, 2024

Konda Kondi Cafe & Bistro

Plan harini nak singgah ke Laksa Pondok Ibu Kathy . Tempat nampak macam menarik tepi sungai, tetapi menu kat sini sesuai untuk minum petang saja (laksa dan cucur udang; menu tak banyak). Terus Plan B.

Bab makan, memang Ipoh tak mengecewakan. Kami singgah ke Konda Kondi Cafe  di tengah pekan Ipoh. Rezeki kami, kedai baru buka. Ikut jadual operasi, kedai buka pukul 5 petang dan kami sampai pukul 5.40. Seperti mana kedai western lain, kedai ni menyediakan menu pasta & grill yang proper. 


Mengejutkan, Nachos yang aku sangka sedikit, rupanya banyak betul dagingnya; harga sedikit tinggi iaitu RM 19+, tapi portion daging yang diberikan banyak, sampai tak boleh nak komplen. Aku tak boleh kalau tak compare dengan Nachos favourite aku dari Gelaihh . Tapi nyatalah, masing-masing ada kelas tersendiri. Gelaihh cara Gelaihh, Konda Kondi cara Konda Kondi. Mild versus Pedas (pedas betul). Jadi takda pemenang. Dua-dua sedap.

Rice with buttermilk chicken sedap. Portion untuk Shoulder Lamb; 3 keping yang aku consider banyak. Sos black pepper mild tak pedas/hangat lada jadi aku rasa ok sangat.


Crème Brûlée dia just nice. Tak manis tak tawar cuma lapisan burnt sugar atas tu nipis. Kalau tebal sikit lagi best.

Aku rasa tekak aku, aku bagi 5/5. Boleh datang lagi.

Sunday, August 25, 2024

Mat Chicken & Burger


Setelah selesai gelombang Darsa Fried Chicken (DFC), ramai bertumpu ke Mat Chicken & Burger. 

Memandangkan ramai sangat, aku malas ambik port. Sampailah hari ni, bila family request. Maka terpaksalah aku jump into wagon dan beratur sekali membeli (yang aku tak suka buat).



Cuma ada 6 menu x2. Maksudnya menu sama, cuma set dan ala cart.

Double (dua ketul) + mashed potato + coleslaw 
Triple (3 ketul) + mashed potato + coleslaw
Box(5 ketul) + mashed potato + coleslaw

Spicy cheese chicken
Mat Chicken Burger 
Grilled Mat Chicken Burger (takda)

Set cuma tambah fries dan air (box bagi air botol besar)


Kesimpulan:
Pros: Mat Chicken Burder sedap. Ni ala-ala Spicy McChicken cuma tak berapa spicy

Cons: 
1. Ordering kena improve. Cashier pening bila aku minta swap coleslow ke mashed potatoes, dia pi buat add on satu lagi. Aku kena panggil supervisor untuk minta swap tadi.

2. Ayam spice tak kick. Kena improve. Terus terang cakap, Furaido Fried Chicken sedap lagi dan lagi murah (2 ketul + fries = RM10.00).



Mat Chicken & Burger kena buat improvement banyak dari segi rasa untuk menjadi player segment ni. Jangan bagi alasan taknak jadi player pulak, ni dah jual ni kira dah jadi player la tu.

Maaf review tak glorify macam food reviewer tersohor.

Konda Kondi Cafe & Bistro

Plan harini nak singgah ke Laksa Pondok Ibu Kathy . Tempat nampak macam menarik tepi sungai, tetapi menu kat sini sesuai untuk m...