Terima kasih pada Enervive Sports dan Astro Arena yang berkongsi rakaman perlawanan, boleh aku share sikit footage yang aku suka dalam post ni. Credit pada pemilik hak footage.
Selain daripada video popular conversion yang memuktamadkan perlawanan, aku ingin share video taktikal akhir yang telah BP Cougars gunakan. Kalau rajin, bacalah.
𝑷𝒆𝒏𝒂𝒇𝒊𝒂𝒏/𝑫𝒊𝒔𝒄𝒍𝒂𝒊𝒎𝒆𝒓: Tulisan dari peminat BP Cougars semata-mata, tulisan akan dipengaruhi oleh sifat palatao dan bias sebab aku bukanlah coach. Tulisan mungkin bias sebab aku sokong BPC.
VI bermula garang dengan percubaan dropgoal yang bahaya pada awal perlawanan! Seperti yang aku dah jangka, taktik seperti bertemu MCKK digunakan sekali lagi oleh VI pada perlawanan akhir ini. Percubaan 'test market' ni syukurnya tidak masuk (ayat bias sebab aku sokong BPC tetapi tak keterlaluan kan?)
Try awal VI sedikit membantutkan mood perlawanan. Biasanya, try pertama sangat penting untuk menentukan arah tuju perlawanan. Ada ketika, lawan akan hilang fokus kerana tekanan untuk mengejar kedudukan. Ini dibuktikan dengan try cantik dari winger VI, Indra Putra (14) yang mendapat off load cantik dari No. 8 VI kemudian sekali lagi stand off membuat passing cantik terus kepada Indra Putra. BPC dihukum kerana membiarkan laluan tersebut kosong, kemungkinan tidak menyangka No. 8 akan membuat off load terus kepada backline. Umair Rayyan (Fullback 15) membuat goal kick yang cantik dari penjuru 22, membuatkan aku cuma mampu menutup mata (sebenarnya berdoa supaya ada angin tolak bola daripada masuk palang).
BP Cougars terus mengasak dengan forward pack dan akhirnya di separuh masa pertama, Pdot (3) berjaya memperoleh try pertama BPC dan conversion disempurnakan Zaim Isyadduddin (10). Penyokong tepi padang bersorak suka! Separuh masa pertama tamat dengan 7-7.
Separuh masa kedua bermula dan kemudian, BPC dihukum VI lagi oleh Umair Rayyan yang mengambil penalty goal kick dari 10 meter line. Jauh sungguh ya jarak ni dan ia masuk! Angin terus menghala ke goal post sangat membantu ketika berada di kedudukan yang jauh begini.
Penyokong VI kini dah mula bersemangat dengan cheers mereka.
(Kemudian aku perasan, kenapa lirik cheers ni sama macam Penang Free dulu? Semua sekolah asrama recycle cheers rasanya ni, hahaha)
MRSM BP mengulang cheers basic yang sama. Aku tak mengharapkan apa-apa kerana cheers squad bukan boleh dibuat ad-hoc. Ia perlu latihan intensif. Penang Free Hostelites pernah dijemput ke Stadium Bandaraya untuk cheers suatu masa dulu. Ketika itu, tiada Ultras dan tiada Curva. Ah maaf tercuri sedikit limelight pada Penang Free; Johan Ragbi MSSPP U18 2000 dan 2002. (Maaf tertulis).
VI memanfaatkan penalty dengan kick menjadikan mendahului BPC dengan 10 mata. Ketika ketinggalan 10-7, BPC sedikit terkhilaf apabila Arif Fahmi (6) dilayangkan kad kuning dan menyebabkan sekali lagi, Umair Rayyan melebarkan jarak kepada 13-7 dengan penalty kick beliau yang berbisa.
Terus terang cakap. Kami penyokong BPC dah tak senang duduk dengan jarak mata yang ditinggalkan VI. Ketika inilah penyokong BPC mula menjerit supaya bola dikeluarkan kepada winger BPC kerana nampak keadaaan semasa, forward VI terlalu sukar untuk dipecahkan.
Kemudian aku teringat juga, Pakwan mesti ada taktikal akhir dan aku juga perasan, semua taktikal yang dibuatnya biasanya tak boleh dijangka. Kali ini, forward VI yang sangat jitu, ditentang oleh BP COUGARS dengan taktikal Pick and Go. Hampir 20 minit ya taktikal ini dijalankan dan aku dengar dengan jelas waktu ni berapa ramai penyokong meminta supaya bola dikeluarkan kepada winger.
Tapi aku yakin, inilah strategy akhir Pakwan dan aku puji semua pemain yang mentulikan semua pekikan penyokong dan "STICK TO THE PLAN".
Pick and Go BP Cougars berlangsung sehingga minit akhir perlawanan. Aku berdoa supaya tiada lagi kesilapan-kesilapan yang akan merugikan ball posession BPC kepada VI. Di dalam 20 minit terakhir tersebut, beberapa turnover dilihat dapat ke VI, tetapi VI sudah tidak fokus; tendangan line out pun tidak menjadi dan BP COUGARS terus dengan Pick and Go menggunakan sepenuhnya Forward Pack. Forward VI dah letih. Ya, nampak letih!
Cubaan-cubaan dari Forward Pack dimuktamadkan dengan try sekali lagi dari Pdot (3). Sekeliling padang histeria! Walaupun kedudukan 12-13 dan di belakang VI, merapatkan jurang 5 mata sangat berharga ketika ini.
Aku dah risau melihat Pdot diam di bawah goal post. Tahun lepas pun dia pernah jadi macam ni, over exhausted. Tetapi Pdot, ini perlawanan akhir yang yang sangat penting. Bangunlah Pdot!
Stretcher dimasukkan dan Pdot dikeluarkan dari padang dengan neck support. Aku dah diam seribu bahasa. Macam-macam boleh jadi dengan conversion akhir ni. Kalau masuk, menang. Tapi kalau tak masuk macam mana? Otak ligat waktu ni dan anxiety kicks in! Kemudian, match officer memberikan isyarat waktu perlawanan telah melebihi waktu ditetapkan dan conversion ini adalah yang terakhir di dalam perlawanan. Ini hidup mati BP Cougars!
Lepas tu baru orang perasan, yang akan ambil conversion bukan Zaim (10) tetapi Aqil Zikry (22). Waktu ni anxiety jangan cakap la. Tapi aku percaya, Pakwan memang memberi kepercayaan penuh kepada Aqil. Pakwan lebih mengenali anak didiknya daripada kami!
Satu padang sunyi.
Tendangan diambil.
Bola melepasi goal post.
Di dalam video nampak tempoh ini singkat, tetapi kami di tepi padang? Semua terpaku diam.
𝗛𝗜𝗦𝗧𝗘𝗥𝗜𝗔!!!!!!!
BP COUGARS menang dengan 1 point sahaja di depan VI! Kami lari masuk ke padang. Bapak-bapak player semua menangis! Anak aku yang tak main pun, berair mata aku ni! Coaches semua menangis! (Aku dah ambil gambar untuk B̶l̶a̶c̶k̶m̶a̶i̶l̶ bahan sejarah di masa depan).
Tahniah juga pada VI Blues, good game! Semuanya kini menjadi sejarah. Tahniah anak-anak BP COUGARS.
Tahniah Coach Pakwan! Tahniah Cikgu Assajri! Tahniah Coach Jazam! Tahniah Coach Kilau! Aku nak list semua pun aku takda list. Tahniah semuanya!!!! Jangan kecik hati aku tak tulis sebab aku dah penat nak type dekat handphone.
Pertama kali juga MRSM BP menang game rugby, satu Malaysia MRSM cuti!