19 Disember 2009 - Sebuah konvoi bermotosikal yang telah ditaja oleh SCK-Racing Boy-Suzuki telah berlangsung bersempena dengan pusingan akhir Kejohanan Cub Prix 2009 di litar bersejarah, Padang Kota. Setelah hampir 20 tahun, akhirnya aktiviti permotoran kembali ke ganggangnya di Pulau Mutiara, di sebuah tempat yang sinonim dengan arena permotoran Malaysia (walaupun sering dianak-tirikan)
Konvoi ini telah dijayakan oleh 24 buah Suzuki Belang R 150, 11 buah Suzuki Shogun (RR dan 1st gen) dan sebuah FXR 150.Ketibaan rombongan konvoi disambut oleh admin Northern Region Belang R 150 Dot Com, Encik Mohd Fauzan. Lihatlah, nampak penat dan bersemangat beliau mengusahakan agar ride di Penang pada haritu agar berjaya dan diingati.
Selaku chief de konvoi @ Penang, beliau bertanggungjawab untuk memberi sedikit penerangan ringkas, safety dan rules kepada peserta-peserta konvoi. Malangnya, seperti biasa, ada juga peserta-peserta yang langsung tak nak dengar ataupun buat-buat tak dengar. Samada dah cekap sangat ataupun terlampau terer, tak dapat dipastikan. Walaupun telah diberitahu bahawa helmet MS-88 diharamkan, masih ada yang memakai tanpa memikirkan keselamatan masing-masing. Itu belum termasuk kepada mereka yang hanya memakai sandal sepanjang konvoi. Kepada mereka yang beringat sebelum kena, syabas dan tahniah kerana anda adalah
Rombongan yang mungkin ada beberapa orang yang tak pernah naik feri Penang, diberi peluang untuk merasa mabuk laut kejap. Rombongan dibawa ke YMCA Hostel Jalan Macalister oleh seorang Marshall Tak Bertauliah, siapa lagi kalau bukan aku. Dalam konvoi ke YMCA ni, marshall bertugas ialah aku, manakala marker dan sweeper ialah Fauzan, Jeff dan Mie. Felix bertindak sebagai jurugambar kelmarin.
Kalau semua orang perasan, makin ramai owner belang yang tambah fairing ni kat depan. Macam-macam style ada, daripada fairing Gamma sampailah fairing RXZ, semuanya masuk. Ada teori menyatakan dengan penambahan fairing, rintangan angin dapat dikurangkan dan seterusnya geseran badan dengan angin dari hadapan dapat dikurangkan, seterusnya dapat menambahkan kelajuan sedikit. Yang ni jangan tanya aku sebab aku bukan engineer bahagian aerodinamik ni yer... Tanyalah kepada mereka yang lebih arif.Yang ni pun sama jugak. Nampaknya ramai owner belang dah tak sabar-sabar menunggu barang-barang aftermarket yang lain untuk masuk pasaran Malaysia. Seperti yang semua orang maklum, paip original aku pun dah kemek. Nak beli yang original Suzuki, tak mampu.... Mahal.. Pakai Yoshimura mampu la kot nanti.. (kuang kuang kuang...)
Naik belang ni, macam aku.. Takut jugaklah. Bukan apa. Parts semua mahal sangat sekarang. Jadi, safety first. Tengok brader yang pakai lock besar tu. Sanggup beli tayar Japan, janji kepuasan tu ada.
Aku tak sempat pergi tengok cub prix. Tak sempat jugak berjumpa dengan Abang Lukman OKOB; yang bertanggungjawab dengan safety di track Padang Kota. Jadi, aku share gambar-gambar yang kami sempat bawak geng-geng konvoi ni melawat. Antaranya astaka Padang Broom, Queensbay Mall dan Sani Char Koey Teow Bayan Baru.
Masa tengah jadi marker untuk ke Queensbay Mall ni la ekzos aku kena hentam dari belakang, gara-gara ahli-ahli konvoi yang tak sabar-sabar dan yang tak mengikut peraturan marshall. Suasana jadi kelam kabut di round about Tengku Kudin, sampaikan Izuan (pakai helmet Nakano tu) terhentam belakang aku. Nasib baik dua-dua tak jatuh. Macam mana Izuan, ekzos aku nak kira macam mana? Ganti dengan YoshimuraH ajelah... Apamacam? Hahahaha...
Hari diaorang semua nak balik, aku keluar dari dewan exam super pantas. setengah jam saja dah keluar (bukan pasal terer, sebab taktau jawab) semata-mata taknak terlepas dengan diaorang ni. Last meeting point adalah di Pelita Auto City. Sempat bersembang dengan ahli-ahli konvoi yang lain sebelum semuanya berlepas pulang ke KL.
Antara dua darjat betul bila aku letak helmet aku kat sebelah Arai Nakano ni. Heheheh. Bergambar kenangan dengan helmet Tuan Punya Belang yang langgar ekzos aku adalah sebagai satu hukuman. Gila la Izuan, motor aku tak sampai seminggu lagi ko dah kasi hentam belakang.... Dalam trek nanti, ko jangan pegi sondol riders lain la pulak...
Bercakap pasal konvoi, di sini aku ingin mengutarakan pandangan-pandangan aku, dan harap kepada mereka-mereka yang membacanya, dapat menerima dengan hati yang terbuka. Bukan nak tunjuk bagus, tetapi ini aku anggap sebagai satu pembelajaran dan perkongsian pengalaman.
- Condition - Pastikan motosikal korang tidak melanggar undang-undang secara berlebihan seperti gambar di atas. Sikit-sikit mungkin boleh terima. Tetapi, lampu belakang tu tak kejap dan banyak kali aku tengok hampir terjatuh. Hal ini membahayakan rider-rider lain di belakang anda.
- Helmet - Aku tak mintak korang beli full face. Tetapi, MS-88 adalah helmet yang paling tak sesuai, dan aku adalah antara orang-orang yang haramkan terus penggunaan MS-88 ni. Entry pasal helmet aku dah pernah tulis dulu. Takkan sengkek sangat nak beli helmet yang OK sikit. Motor riban-riban boleh beli.... Apa da...
- Riding gear - Pastikan untuk perjalanan long distance, pakailah at least kasut, jaket, helmet dan seluar jeans (at least). Ada ker patut korang dah la konvoi bawak awek, bagi awek pakai MS-88 dan pakai sandal. Sayang awek dah lebih sangat kot? Ataupun kasut/kulit korang semua ni dah keras macam atap zink?
- Briefing - Ni satu lagi penyakit peserta konvoi. Dahla bawak kadang-kadang ntah apa-apa. Briefing tu, dengarla sikit. Lepas tu, kalau tak faham, boleh tanya dekat marshall. Bawak motor bila berkonvoi, janganla ikut kepala sendiri. Berkonvoi dalam jumlah yang ramai, kalau tak ikut nasihat, boleh terjadi perkara-perkara yang tidak diingini.
Aku ulang, semua teguran aku di atas adalah ikhlas semata-mata. Nak tegur, dah besar panjang, pakai motor laju pulak tu.... Sendiri mau ingatla, ingatlah orang yang tersayang.
Kepada korang semua, semoga berjumpa lagi pada waktu-waktu yang akan datang.... Insya-Allah
BOTTOMLINE:
SUZUKI Champion bagi Season 2009 underbone 4-stroke 115CC.
Picture Credit: felixthecat (Mohd Faliq Azemi)
BOTTOMLINE:
SUZUKI Champion bagi Season 2009 underbone 4-stroke 115CC.
Picture Credit: felixthecat (Mohd Faliq Azemi)