Tuesday, December 29, 2009

RSSM: Checkpoint



Aku dah sampai kat tugu ni. Aku tau ramai yang tak pernah ambik tau pasal tugu kat lebuhraya timur-barat ni. Nanti masa full report aku cerita. Ok, aku gerak dulu. Banyak sangat tempat dah berenti ni.

RSSM: Breakfast



Gila. Pagi-pagi dah pekena Red Bull. Shell BKE. Staff semua pakat tanya pasal belang ni. Termasukla unta aku tu.

Monday, December 28, 2009

RSSM: Kuda Belang



Hehe, dah transform jadi Kuda Belang. Ride Solo Satu Malaya punya pasal. Tank bag dan saddle bag, boleh la aku review nanti, sebab ada orang sponsor. Suzuki nak sponsor? Chait, yang aku tau, Suzuki Malaysia dengan pengurusan baru ni, kedekut taik idung masin ada la.

So, Mr. Mizumizu of Suzuki Malaysia, if you read this, Suzuki fans need Suzuki's support to run club activities. Your slow and non aggressive advertising will kill Suzuki sales in Malaysia. Just watch.

RSSM: Harimau Belang



Saja ja amik gambar, baru basuh moto.

RSSM: Gemuruh



Gemuruh pulak rasanya nak memulakan hari esok. Sampai kat kedai ni sebab nak cari knee protector. Nama kedai gempak bukan main, takut aku.

Sunday, December 27, 2009

Ride Solo Satu Malaya - RSSM



salam semua sahabat..

Dengan ini, aku ingin maklumkan beberapa route yang aku akan ambil sewaktu solo ride aku nanti...
Apa-apapun, ni no telefon aku

019-4544507

Purpose: Perabih cuti
Target: 29/12/2009 - 2/1/2010 (5 hari)
Extra:


  • Saddle bag
  • Tong 4 liter untuk petrol spare
  • tank bag
  • bagpack tak bawak langsung

Route:
1. Grik - Kuala Terengganu - 29/12/2009 golek tayar dari Penang @ 0700 hrs
grik-pasir putih-permaisuri-batu enam terengganu
Target sampai: pukul 4 petang
Berkemungkinan tidur di Telekom Marang. (nak offer aku tdo ok jugak)  Cheesy

2.  Kuala Terengganu - Kuantan - 30/12/2009 golek tayar @ 0700 hrs
Target sampai, sebelum zohor. Kalau lambat, bermalam. Kalau awal, terus ke JB

3. Kuantan - JB 30 atau 31/12/2009 @ 15.00 hrs atau 0700 pada 31/12/2009
kuantan - pekan - rompin - mersing - kota tinggi - JB Kampung Melayu Majidee (aku tak sure pump petrol area pekan - mersing, tolong aku sikit...)
Anggaran perjalanan: dalam peta kata 6 jam.. aku letak 8 jam,

4. JB - Seremban - Kajang. 1/1/2010 @ 0700
jumpak member dan family angkat di Rasah dan Seremban kejap, lepas tu terus shoot ke Kajang, jumpak kawan-kawan lama. berkemungkinan tidur di Rumah kakak di Duta.

5. KL - Jitra. 2/1/2010 (kalau sempat. Kalau tak sempat, setakat penang sajalah...) golek tayar @ 0700 HRS


Aku akan update status di facebook aku:
www.facebook.com/sikayzie

atau terus di blog aku kalau aku rajin:
www.speedrider.org

Harap2 sesapa yang membaca, tolonglah post kat sini untuk makluman.
Towing Squad Belang aku print siap2 neh... Tolong jangan off henfon tau  doa

Thursday, December 24, 2009

Link Exchange




Mulai tahun 2010, Speedrider Networks akan membuka ruangan iklan untuk disewa. Hasil pengiklanan adalah untuk menanggung kos domain dan perkara-perkara berbangkit yang lain. Entry ini ialah alternatif kepada mereka yang tidak mendaftarkan iklan di Speedrider Networks, tetapi ingin membuat link exchange bersama blog ini.

Untuk Pengiklanan banner bersaiz 125x125 pixels:

RM20.00 untuk 30 Hari
RM110.00 untuk 6 bulan (180 hari) - diskaun RM10.00
RM200.00 untuk setahun (365 hari) - diskaun RM40.00

Kadar ini ialah antara yang termurah dan paling efektif untuk mempromosikan perniagaan dan laman web anda.
Namun, Speedrider Networks berhak menolak sebarang pengiklanan yang berunsur negatif, lucah dan tidak bersesuain dengan Agama Islam.

-----------------------------------------------


Untuk Link Exchange, sila letakkan url www.speedrider.org di laman anda dan maklumkan kepada saya sekiranya anda berminat.Tiada sebarang bayaran dikenakan untuk Link Exchange.


1. Dekonstruksi - http://inipaiseh.blogspot.com/
2. Krenmaut - http://krenmaut.blogspot.com/
3. The Mirror In My Mind - http://i-arabella.blogspot.com - aweks!

Konda Kondi Cafe & Bistro

Plan harini nak singgah ke Laksa Pondok Ibu Kathy . Tempat nampak macam menarik tepi sungai, tetapi menu kat sini sesuai untuk m...