Showing posts with label rssm. Show all posts
Showing posts with label rssm. Show all posts

Tuesday, January 5, 2010

Ride Solo Satu Malaya: Rumusan



Laporan Kutujukan Khas Untuk Ayahanda Tercinta:
Abu Bakar Bin Ahmad,
serta
Seluruh Bikers Malaysia
Semoga Kita Memperoleh Manfaat Dari Catatan
Ride Solo Satu Malaya ini, yang telah diizinkan Allah untuk aku mencatatnya.


-----------------------------------------------------------------------------

Tarikh: 29 Disember 2009 - 2 Januari 2010
Take Off: Lebuhraya BKE (Kulim)
Final: Kuala Perlis, Perlis
Motosikal: Suzuki Belang R 150
Jenis: 4 Stroke, DOHC, Underbone
Ahli: Solo Ride
Penaja: Tiada
Penasihat:
  • Asep Ahmad Sastrawidjaja (Violent Storm MG)
  • Lukman Bin Wan Mat Daud - OKOB, Ex-staff Roda-Roda (Wartawan dan Bike Tester), Malaysian Cub Prix Track Designer.
  • Abu Bakar Bin Ahmad
-----------------------------------------------------------------------------

Day #1
Kulim-Kuala Terengganu


Perjalanan bermula lebih kurang pukul 9.00 pagi bermula di Sungai Puyu, Butterworth. Minyak diisi di Stesyen Shell BKE Arah Kulim (Penanti Rest Area) termasuk dengan isian petrol tank spare berjumlah RM15.81 untuk 7.71 liter (Ron 97).

Sarapan pagi terdesak dilakukan di R&R ini dengan sebungkus roti sardin dan juga setin Nescafe dan kemudian, minuman yang doktor selalu bising - Red Bull.


Jumlah isian cukup-cukup sehingga ke Stesyen Shell Di Pekan Gerik. Di Gerik, isian penuh diisi sebanyak RM8.70 atau bersamaan dengan 4.25 liter Ron 97. Maka, jarak perjalanan oleh odometer antara Hentian R&R Kulim dan Stesyen minyak Gerik ialah 103 kilometer. Lampu amaran petrol Belang R menyala pada tahap kritikal.

Di stesyen ini, chain lube disembur untuk kali terakhir, serta semua kelengkapan motosikal diperiksa. Untuk makluman, Stesyen Petronas di Tasik Banding telah ditutup. Jadi, Stesyen di Gerik adalah hentian terakhir.



Sampai sahaja di batu peringatan di Lebuhraya Timur Barat ni. Aku berhenti. Dah banyak kali aku perhatikan tugu ni. Tapi tak berkesempatan untuk mengetahui mengapa dan sebab-musabab tugu ini dibina. Mengambil kesempatan ini, aku kongsikan apa yang aku baca.. (aku tahu, ramai pengguna Lebuhraya Timur barat yang tak pernah baca apa yang ada di tugu ni).



Sila klik untuk membaca dengan lebih jelas. Jadi, sekarang... Rasanya semua dah tahu apa yang tertulis di situ kan? Ataupun rasanya aku tahu kenapa ramai yang tak berhenti di situ. Agak menyeramkan berhenti sorang-sorang dekat area tu.. Hehehe....


Agak mencemaskan apabila aku melalui kawasan Stesen Hidro Pergau apabila penanda petrol mula menyala macam lampu ultraman. Tapi Alhamdulillah, ada sebuah stesen minyak Caltex yang baru dibuka pada Januari 2009 di Mukim Belimbing, Jeli, Kelantan. Petrol Ron 97 diisi full tank dengan nilai RM9.00 di sini.

Kesimpulan, dengan Full tank di Gerik, insya-Allah sempat sampai di Jeli, namun dengan petrol spare, sekurang-kurangnya kita dapat mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku di Tasik Banding (Pulau Banding) atau di Pergau. 117.2KM dicatatkan di antara Stesen di Gerik dan di Jeli.


Kalau tak silap aku, aku berhenti kejap di Tanah Merah untuk minum dan berehat. Pam atendan tu kecek Kelate kaw gila dengan aku. Aku yang tak paham apa hanya mampu mengangguk dan senyum kepada brader tu.

Di Jerteh, sekali lagi minyak diisi full tank. Rekod kali ini diantara Mukim Belimbing, Jeli ialah 108.2KM. Di Jerteh (dan keseluruhan Terengganu sebenarnya), ramai yang ramah-ramah. Seronok kalau aku berhenti isi minyak kat sini. Rasa selamat dan 'secure' lah orang putih kata.



Sampai saja di Kuala Terengganu, aku disambut oleh Nik, kemudian oleh Hasrul dan Suhaina. Alhamdulillah, Hasrul and family menumpangkan aku tidur di rumah diaorang.. Kan dah selamat duit aku. Hehehehe. Di sini, aku menggunakan minyak spare dari Gerik tu. Saja isi. Nak simpan lama-lama dalam tong pun tak bagus jugak. Dah lembik tong tu hah.



Ramai yang bertanyakan kepada aku, kenapa aku tak makan Nasi Dagang dan kenapa aku makan Nasi Kerabu? Jawapannya, entah.. Aku pun tak tahu. Apa yang aku tahu, aku ni 'kureng' sket nak makan Nasi Dagang pagi-pagi. Nasi Kerabu ni kira ok la... Masa Hasrul bujang dulu, dia pernah bawak aku makan Nasi Kerabu yang lagi sedap di KT. Aku tak ingat kat mana, tapi kat gerai Nasi Kerabu tu, ada ayam dan daging panggang. Kat situ Nasi Kerabunya memang sedap.

Maka, untuk hari pertama, dengan sepanjang perjalanan sejauh:
BKE - Paka: 550.6 KM

Sebanyak RM40.50 telah dibelanjakan (termasuk minyak spare). Sebenarnya, minyak spare digunakan di KT, membolehkan aku isi minyak di Paka keesokan harinya.



-----------------------------------------------------------------------------

Day #2
Paka-Johor Bahru








Setelah mengisi minyak Full Tank di Paka bernilai RM16.50 (termasuk minyak spare), aku meneruskan perjalanan ke Pahang. Terima kasih kepada Hasrul and family yang menumpangkan aku dan kepada Nik yang menemankan aku makan pagi. Di Paka inilah aku menukar bekas minyak kepada jenis tin. Kesimpulannya, bekas plastik memang tak tahan... Lembik habis.




Jadi, sesiapa yang masih belum tahu atau teragak-agak dengan jenis bekas yang sesuai... Katakan tidak kepada bekas minyak enjin... Memang tak tahan dan akan jadi lembik!

Perjalanan di jalan KT - Kuantan memang tersangat best! Sejuk dan jalan pulak straight. Hehehhe... Cepat la aku sampai.

Perjalanan sejauh 112.3 KM di antara Paka - Kuantan (stesen Jalan Telok Sisek) - Dekat dengan Telok Cempedak mengambil masa lebih kurang dekat-dekat 1 jam 45 minit daripada Paka.

Di Pekan, sekali lagi aku isi full tank. Aku tak pasti jalan Pekan - Kuala Rompin sebab tak pernah lalu. Jadi, isi saja sementara boleh.

Di sini, pakcik kat stesyen minyak tu tak berapa peramah dan sedikit bengis macam nak makan orang. Awek yang jaga kaunter pulak asyik tersengih macam kerang busuk sebab aku pakai macam nak race Asia Road Racing, tapi naik motor lemau saja..


Di Kuala Rompin, aku Sembahyang Jamak di Stesyen Petronas, tapi isi minyak di Stesyen Shell. Di sini, pam attendan tu bersembang dengan aku. Best bersembang dengan caranya sebab dia ialah seorang rider Suzuki Panther. Hahahaha.. Bukan senang nak jumpa makhluk yang naik motor sebangsa. Jadi, info-info sesama sendiri ditukar di sini. Terlupa pulak aku nak amik contact nombor bro berketayap neh.

Apa yang lawak di kawasan ni, skru riding boot aku tertanggal, jadi aku carilah kedai motor. Selalunya ada skru yang dijual. Tapi kedai motor ni tak jual skru dan skru dia pun saiz entah-apa-apa. Musykil jugak aku kalau motor aku major breakdown kat area ni, masakkkk la aku...



Aku sampai JB betul-betul pada waktu Maghrib. Perjalanan di antara Rompin-Mersing-Kota Tinggi amat mencabar. Di Mersing, Minyak diisi pada jumlah RM5.62, dan full tank secara teorinya (dan secara praktikalnya terbukti), sempat sampai ke Johor Baharu.Sampai saja di JB, dah tentulah makanan yang dicari setelah seharian tak makan.



Kejutan di rumah Amin ialah apabila aku dapat bertemu dengan Ajie. Rupa-rupanya diaorang ni berjiran di Kampung Melayu Majidee ni. Kecik jer dunia ni. Terima kasih bro sebab sudi jumpa dengan aku walaupun sekejap. Aku pun tak sempat nak sembang lama sebab tengah kelam kabut nak persiapkan diri untuk ride pada esok hari pulak. Kepada Amin, tq banyak-bayak bro sebab tumpangkan aku tido dalam banglo korang. Terbaek lah rmah bujang korang... Rumah awek pompuan pun tak sekemas dan selawa rumah korang, siap ada pokok bunga dalam bilik lagi!!!

Maka, untuk hari kedua, dengan sepanjang perjalanan sejauh:
Paka - JB (Kampung Melayu majidee): 454.7 KM

Sebanyak RM41.17 telah dibelanjakan (termasuk minyak spare).Minyak spare dituang di JB untuk kegunaan keesokan harinya.

-----------------------------------------------------------------------------

Day #3
Johor Baharu-Senawang




Semasa Amin dah nak pi kerja, Saiful aka Dwarf pun sampai untuk sama-sama bersarapan dengan aku. Merata dia bawak aku. Round ke Larkin, makan cendol kat mana ntah sampai mamat cendol tu kata aku orang Singapore, dan macam-macam lagilah..




Sedap jugak cendol kat sini. Pekena pulak time panas, memang terangkat la.... Berikut ialah ringkasan pit-stop aku ketika mengisi minyak:
  • Pekan Nenas: RM7.00
  • Tanjung Labuh, Batu Pahat: RM5.00
  • RnR Pagoh: RM15.00 (sekali minyak spare)
  • Taboh Naning, Melaka: RM5.00
  • Senawang: RM5.90
Maka, jumlahnya ialah: RM37.90 untuk 409.8KM.



Berikut ialah gambar-gambar yang menyebabkan aku sesat di dalam Melaka. Tak berbaloi langsung, kalau tak, boleh sampai KL awal sikit. Sebenarnya, aku pun dah naik pening time tu. Ride di Pantai Barat panas gila dan tak sesejuk seperti di laluan Kuala Rompin-Kota Tinggi. Jadi, kepenatan membuatkan aku terpaksa bermalam di rumah Firuz, dan kemudiannya kami beramai-ramai (bertiga aja pun) menyambut Tahun Baru di kedai mamak sambil minum Nescafe Ais, kemudian bermuhasabah diri bahwa kami bertiga dah tua bangka dan masih tak kahwin-kahwin!

-----------------------------------------------------------------------------

Day #4
Senawang-Kajang-Duta


Firuz, terima kasih banyak-banyak bro. Tapi aku minta maaf banyak-banyak sebab dah menyusahkan ngko malam tu. Aku dah rasa macam nak pitam, terpaksa minta bantua ngko untuk bermalam malam tu.

Lagipun, gua rasa macam best pulak Sugar Glider lu tu, bagi gua sepasang boleh?

Habis saja di sini... Terus aku ke Kajang. Ada perjumpaan kawan-kawan lama di Kajang. Terima kasih kepada abang Razief, Iskandar/Lin/baby Maida dan Tolyn Dayana yang sudi hadir untuk bertemu. Walaupun sekejap, semua tu berbaloi rasanya untuk bertemu. Dah lama kita semua tak berjumpa kan?

Di Kajang juga, aku bertemu dengan 2 orang ahli komuniti Belang R iaitu Nasri dan juga Kojal. Sempat juga sembang-sembang kejap di lokasi yang sama iaitu Medan Satay Kajang tu... Di Kajang, aku cuma mengisi RM5.00 untuk ke Kuala Lumpur. Di KL, aku tidur di rumah kakak aku. Terima kasih kepada Abang Ipar aku, bro Asep (Violent Storm MG) yang menjemput aku di Hard Rock Cafe, dan harap-harap tindakan gila aku parking motor Belang di HRC KL.. tidak memalukan bro.. Wakakakakakak... motor cub jer selamba park kat HRC. Kena halau dengan bapuk pulak tu... Cis!!!!


-----------------------------------------------------------------------------
Day #5
Duta-Cameron-Perak-Penang-Perlis-Kedah


Hari terakhir amat memenatkan! Aku kena selesaikan misi aku dalam masa satu hari. Berikut ialah ringkasan pengisian minyak:
  • Duta: RM3.00
  • Tanjung Malim: RM6.00
  • Ringlet: RM4.00
  • Ringlet: RM5.60 (minyak spare)
  • Sungai Perak: RM5.00
  • Juru: RM8.75 (55 minit dari sungai Perak)
  • Gurun: RM4.00 (33 minit dari Juru)
  • Alor Setar, Jalan TAR: RM5.00
  • Changloon: RM4.00
Ringkasannya. RM45.35 untuk perjalanan sejauh lebih kurang 636.7KM



Sepanjang perjalanan ini, yang paling best sudah tentulah Cameron Highlands. Hahahahaha.. Sorang-sorang pun jadi kerja aku naik. Bukan apa, dah lama sangat tak naik, teringin jugak nak naik. Mana boleh tahan..... Mula-mula memikirkan naik sorang-sorang, bawak slow... Tapi bila dah naik syeikh, dengan PPE (Personal Protective Equipment) pun hampir lengkap, kereta pun tak banyak.... Mana boleh tahan... Corner tetap dilayan sebaik mungkin....
-----------------------------------------------------------------------------
 Ringkasan
Fuel Consumption




BKE - Paka: RM40.50 - 550.6 KM
Paka - JB (Kampung Melayu majidee): RM41.17 - 454.7 KM
JB - Kajang: RM42.90 - 409.8KM.
KL - Kuala Perlis: RM45.35 - 636.7KM

Jumlah: RM  169.92
KM: 2051.8 KM satu Semenanjung Malaysia (tanpa mengikut jalan dalam sepenuhnya)


Kulim - Gerik - KT - JB - Melaka - NS - KL - Cameron 
Perak - Penang - Kuala Perlis - Changloon

2180.6KM
@
RM0.08 / KM
 dengan
SUZUKI BELANG R 150

Kiraan adalah secara kasar sahaja. Terpulang kepada mereka untuk mempertikaikan atau tidak perkiraan ini. Yang pastinya, yang melalui perjalanan penuh ranjau selama 5 hari ini ialah aku seorang. Banyak lagi gambar moto-latar yang membosankan aku simpan, termasuk resit setiap isian minyak. Semuanya akan aku simpan kerana.... Sehingga sekarang aku masih tidak percaya bahawa aku seorang telah mengharungi perjalanan mengelilingi semenanjung seorang diri. Terdapat suara-suara sumbang yang mempertikaikan perjalanan aku ini, tapi apa yang pasti.. Aku cuma mengganggap itu semua adalah suara-suara irihati yang hanya tahu komplen sahaja.

Aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah mempermudahkan perjalanan aku pada sepanjang cabaran 5 hari ini. Sesungguhnya, dalam masa 5 hari, aku telah dapat membezakan sosio-budaya penduduk Malaysia dalam masa yang paling cepat dan ringkas hanya dengan menunggang motosikal 'kapchai' yang paling dibenci oleh rakyat Malaysia - Suzuki.



Di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah memberikan pertolongan di sepanjang perjalanan samada dari segi sokongan moral, tempat berteduh dan pelbagai lagi. Sokongan moral daripada rakan-rakan komuniti Forum Belang R 150 Malaysia dan Malaysian Bikers Community juga amat aku hargai. Semoga catatan ini dapat dijadikan satu rujukan kepada semua penunggang motosikal 'kecik' seperti kita yang selalu dianaktirikan oleh mereka-mereka yang 'besar'. To all bikers, we are brothers!

Saturday, January 2, 2010

RSSM: Cameron



1st time bawak moto naik Cameron. Best jugak. Haha. Boleh ke makan strawberi sambil bawak moto? Entah!

Aku dah tau kenapa orang suka naik Cameron... Rupanya kencing pun berasap!

RSSM: Hard Rock Ler Kununnya...



Aku dah sampai KL walaupun terlewat sehari gara-gara overdose JB-Seremban kelmarin.

Trip aku singgah lama di Medan Satay Kajang depan stadium tu. 1st round, jumpa dengan geng-geng forum Rockapak.org. Is & Lin & baby Muhaida, Abang Razief and friend, serta Tolyn ada sekali. Maaf, tak dapat sembang banyak sebab letih belum hilang serta bike-lag (ada ke, jet-lag ada la) pun dok rasa lagi. Tapi rasa puas dapat jumpa walaupun sekejap.
Nasri dan Kojal dari forum Belang R datang kemudian. Terima kasih Nasri sebab teman aku ke KL untuk tunjukkan jalan ke Hard Rock Cafe.

Terima kasih juga kepada abang ipar aku yang menjemput aku di HRC dan jugak sebab belanja baju HRC KL. Hehehe.

'Love All, Serve All' - kata baju tu. Tapi aku park kejap ja tadi.. Staff HRC kata, tempat ni untuk big bike ja. Hampeh btol! Haprak punya HRC KL. Poyo nak mampus. Aku buat kedai sendiri nanti baru tau. Bukan aku nak park lama-lama pun! 'Love All' la konon..

Friday, January 1, 2010

RSSM: Kajang



Tak sah kalau tak pekena benda ni kang.

Selamat Tahun Baru

Assalamualaikum.

Kepada semua pembaca aku, kawan-kawan aku. Aku ucapkan selamat tahun baru kepada semua.

Seperti yang aku janjikan, layout baru aku dah buat. Tapi, ada macam glitch sikit, nanti aku balik Penang aku perbetulkan. Aku buat apa yang sempat jer sekarang. Terima kasih kepada Abang Razief kerana bagi pinjam notebook dia kejap. Sempat la update sikit.

Berkaitan RSSM (Ride Solo Satu Malaya) aku, alhamdulillah... Dah 3/4 semenanjung aku dah redah. Tinggal sikit aja lagi untuk aku habiskan satu Malaya (semenanjung la...).

Petang ni, macam ada mini-gathering di Kajang. Harap-harap dapat jumpa semua member-member lama online di Kajang. Datang jangan tak datang!!!!

Doakan aku selamat pergi dan selamat pulang.

RSSM: Gelaran Baru



Hari ni bermula lagi sejarah peribadi aku. - Pertama kali menyambut tahun baru di rantau orang.

Terima kasih kepada Firuz dan keluarga yang sudi menumpangkan aku. Sebenarnya aku tak plan pun nak bermalam di Seremban, tapi entah kenapa, setelah sesat di Melaka, aku rasa letih sangat-sangat. Ride di bahagian Pantai Barat terasa panas sangat cuacanya, sampai aku naik pening.

Azam Saad (azamsaad.com) telefon aku tadi. Seperti biasa, Azam yang aku kenal - lambat. Haha... Dia baru tau idea gila aku ride solo ni; dan dia entah orang yang ke berapa kata aku ni gila. Rasa macam di pam semangat baru bila Azam bagi kata-kata semangat kat aku. Katanya lagi, ada wartawan Kosmo berminat dengan cerita aku ride solo ni. Azam ni bukan boleh sangat, hahaha. Pandailah hang Azam.

Bercakap pasal ride solo ni. Teringat 2 cerita:
1. Solo ride semenanjung dengan GP100 - yang ni kena tunggu abang Lukman cerita kat blog dia; Orang Kecil Orang Besar, sebab aku takde full detail.

2. Naik banjaran Alps dengan Honda C70, gear 1 dari mula sampai habis. Mamat orang putih ni sampai hari ni taktau apa tujuan dia buat macam tu. - Cerita ni, aku dapat dari rider JB (Saiful) yang temankan aku kelmarin. Siap tunjuk gambar lagi.

Jujurnya, aku pun tak tau apa tujuan aku ride solo ni. Semua ni berlaku secara tiba-tiba...
1. Amik cuti perabih Annual Leave.
2. Beli barang-barang riding.
3. Dan akhirnya aku dah habis round East Coast, tersangkut kat Seremban, sekarang!

Terima kasih kepada kawan-kawan aku yang tak putus-putus memberikan sokongan sambil kata aku gila!

P/s: Aku mungkin tak reply sepanjang RSSM sebab aku live blogging - MMS je. Dan, ini bukan ride makan angin. Ini ride mengejar masa... Dan fuel consumption benchmarking...

Thursday, December 31, 2009

RSSM: Sesat!



Entah macam mana aku boleh sesat dalam Melaka tadi. Ikut punya ikut signboard, tiba-tiba aja aku berada dalam jalan negeri Alor Gajah - Tampin.

Aku rasa macam nak pi penyepak saja siapa yang buat signboard PLUS dalam Melaka tu. Direction entah apa-apa!

Sekarang, aku ada di exit Seremban. Lebur jamak takdim yang aku nak buat. Sepatutnya aku sampai Seremban 2-3 jam yang lepas.

Nak buat macam mana, bukan selalu aku sesat!

RSSM: Melaka



Aku masuk semata-mata nak ambil gambar, tapi tak sangka pulak terjumpa nama jalan paling tak masuk akal yang aku pernah jumpa - Jalan Eye On Malaysia

Wednesday, December 30, 2009

RSSM: Hujan Emas Di Negeri Orang



Kejutan yang paling tak disangka, aku jumpa AJIE kat sini. (Aku re-link lepas aku balik Penang, aku live blogging je ni).

Aku tak sempat sembang apa-apa lagi pun dengan dia, aku pun baru ja abis Jamak Takhir. Hehe, aku pun tak ingat niat sebenarnya, nasib baik mak aku (makcik) bagi pinjam nota tabung haji tu.

Malam ni, aku tido rumah Amin. Tq bro sebab tumpangkan aku. Walaupun bilik ngko langsung tak rock dan terlampau metroseksual, aku teramat terhutang budi pada ngko sebab tumpangkan aku dan belanja aku makan tadi.

Mungkin terlampau singkat aku di JB, tapi apa-apa pun, walau hujan batu sekalipun, aku lebih suka dengan Penang - The new rock and roll city sebab ada Hard Rock Hotel, JB takdak, hahahahahahaha!

RSSM: Rock & Roll City




Syukur alhamdulillah! Dengan izin Allah, aku dah sampai JB. Boring ya amat jalan Mersing - Kota Tinggi tadi. La ni, cek nak p cari kedai makan dulu na. Lapag sangat.

RSSM: Letih



Kali ni, aku lebih banyak berhenti di sepanjang laluan. Mungkin sebab tak sempat rest cukup rasanya semalam.

Jarak tempat aku berhenti sekarang dengan Mersing lagi 147KM. Tak risau sangat dah pasal petrol station sebab petrol spare aku dah beli masa kat Paka tadi. Pakai tank baru.

Ok lah, aku jalan dulu. Dari Pekan Bandar Diraja, aku pulak naik motor diraja jugak - King Of Moped. Oops! Marah pulak bebudak LC karang..

RSSM: Cuak



Pelik betul jalan Kuantan-Pekan ni. Boleh ke aku sampai JB sebelum malam?

RSSM: Checkpoint Cintan



Sampai kat Beserah lebih kurang 12.30 tadi. Terus mai Teluk Cempedak. Lokasi percintaan lah katakan. Rock, rock jugak, Amy Search pun kawin wo..

Minyak ada lebih dari Paka tadi, tp aku nak refuel kat town sebelum ke Pekan, seterusnya ke JB.

RSSM: Fasa Ke-2



Selamat tinggal Kuala Terengganu. Sekarang aku menuju ke Kuantan.

Tuesday, December 29, 2009

RSSM: Tempat Jatuh Lagi Dikenang



Berkemungkinan inilah kunjungan tersingkat aku di Terengganu. Apa lagi, makan kepok la tengah-tengah malam ni.

RSSM: 1st Checkpoint



Alhamdulillah, akhirnya aku sampai ke medan selera di Shahbandar ni pada pukul 5.25 petang.

Aku sendiri rasa tak percaya dengan perjalanan sejauh 437.8KM ni dengan perbelanjaan minyak sebanyak RM31.50 atau 15.374 liter - semuanya RON97 pada kadar RM2.05 seliter. Untuk makluman, semua nilai di atas adalah termasuk dengan petrol extra 4 liter YANG BELUM AKU GUNAKAN. Hehehe.

La ni, aku tengah tunggu Hasrul, member lama dari poli yang aku tak sempat pi kenduri dia dulu. Nik2121 pun ada sekali ni.

Aku mai kali ni pun loklag, terlupa beli buah tangan dari Penang. Apa lagi, jeruk Penang la..

RSSM: Interstate Pass



Betul ke tajuk aku tu? Ok la, 3.45, nak masuk ganu dah. Kat Kelantan semua member aku keluar bekerja kat negeri lain.

RSSM: Tactical Headquarters 749



Aku rasa mcm tak percaya aku dah sampai Tasik Banding ngan motor kapcai. Hahaha. Doakan aku selamat pergi dan pulang.

RSSM: Checkpoint



Aku dah sampai kat tugu ni. Aku tau ramai yang tak pernah ambik tau pasal tugu kat lebuhraya timur-barat ni. Nanti masa full report aku cerita. Ok, aku gerak dulu. Banyak sangat tempat dah berenti ni.

RSSM: Breakfast



Gila. Pagi-pagi dah pekena Red Bull. Shell BKE. Staff semua pakat tanya pasal belang ni. Termasukla unta aku tu.

Konda Kondi Cafe & Bistro

Plan harini nak singgah ke Laksa Pondok Ibu Kathy . Tempat nampak macam menarik tepi sungai, tetapi menu kat sini sesuai untuk m...