Thursday, February 26, 2009

Antara Rock, Kapak dan Kangkang



FACT NO#1
"Apa itu rock kapak? Ia bukanla satu genre music dimana siapa yg menyanyikannya harus menggenggam erat sebilah kapak,samaada kapak siam atau kapak conan the barbarian,malah bukanlah muzik yg dimainkan oleh ahli2 Kesatuan Penebang Pokok Berkapak (KAPAK) Rock kapak umumnya adalah jolokan kepada muzik rock yg dimain kan oleh kumpulan rock melayu sekitar 80-90′an,era Battle of The Bands, Box Office Ali Bakar, Muzik Muzik (dihoskan oleh Azwan Ali dgn rambut remosnya, dan Chairmaine Augustine), satu era yg di imortalisasikan oleh Mamat Khalid dalam filem box-officenya, ROCK. Tika itu, cita2 anak muda adalah untuk menjadi rekording artis,hence ramai dari mereka bersungguh belajar main gitar,bela rambut, belajar pakai seluar jeans/pvc/kulit ketat, kasut hitop (especially jenama ALIPH).sebarang apparel yg bercorakkan belang rimau amat popular di kalangan rockers2. tika itu avenue untuk mereka menunjukkan bakat mereka adalah di funfair,ekspo,dan pertandingan seperti BOTB. Kumpulan2 ini termasuklah nama2 yg glamer seperti Search, Lefthanded, MAY dan banyak lagi nama yg telah ditelan zaman seperti Sofea, Desire, SYJ, Rusty Blade, Junction, Bloodshed dan Handy Black.Mereka ini byk diinfluence oleh western band seperti motley crue,scorpions,glam rock kebanyakannya, and sesetengah yg ada influence metal sikit. Aku admit,aku pernah meminati band seperti ini. tapi after masuk koleq, kenal band omputih,maka sikit2 hilangla semangat rock kapak aku. in fact aku ingat,assumption aku it’s not cool to listen to malay songs back then. masa f2,aku ingat lagi aku sorok2 beli kaset search Gema Di Timur Jauh,janggal sungguh duduknya dikalangan kaset2 lain yg mostly nirvana dan band era grunge yg lain. And these last few weeks i’ve experienced a revival. bukan kerana filem ROCK, in fact aku baru je tgk vcd dia kelmarin,after revival ni bermula.it all began when aku stumble upon website legendarockonline,situ byk gila info,gambar2 band..and aku pun mula terkenangkan kaset2 rock kapak aku yg dah hilang,so aku pun berazam nak cuba cari apa yg dapat. pencarian aku membawa aku ke campbell,dan aku berjaya mendapat 2 album yg besar nostalgianya pada aku, Desire -Sumpitan Senja & Desire - (-+x÷).Nostalgia gila!!Dan dua2 album ni hangat berputar kat radio aku (kalau student aku dgr mesti pelik gila!).Walaupun aku tak dapat kaset original,tapi CD-R,tapi aku rasa kagum dgn usaha towkay tu copy dari kaset ke cd dgn professional equipment,which means crystal clear sounds which could last for some time (compared to casette)and aku pun boleh rip dlm Sony NW HD-5 aku. You know,surprisingly lyrical issue time tu byk juga yg unsur agama,nasihat,etc. Album (-+x÷)contohnya,memuatkan lagu Benar Tetap Benar, a tribute to the Palestinian struggle. Ada juga lagu yg menyebut pasal iman,ketuhanan dan sebagainya. Lagu jiwang pun tak la meleleh sangat, ala Eddie Hamid. Satu lagi yg buat aku kagum is their musicianship.walaupun ada dgr riff cedokan dari metallica,slayer dan sebagainya,at least diorang sendiri yg main,bukan sessionist. tak macam band2 sekarang yg tangkap muat.dapat singer suara ok,muka jambu sikit cukupla. kalau konsert takyah bawak whole band pun. so tujuan utama aku tulis berjela ni,nak find out if sesapa yg ada simpan kaset/cd lama2 yg masih elok,bagitaula aku. kot2 ada yg aku tgh cari. and if sesapa nak share experience pun silakanlah. tak malu pun mengaku ko minat rock kapak dulu.standardla time tu. lastly,sesapa minat dgr radio,bukaklah selangor fm 100.9 hari selasa dgn sabtu 10pm-12pm,rancangan retro rock, kalau nak layan nostalgia." - MCKK 9498



FACT NO#2
"Rock ialah sejenis muzik yang mendapat sokongan ramai di zaman yang penuh pancaroba, mula diperdengarkan oleh dua buah kugiran gergasi pop di dunia iaitu The Beatles dan Rolling Stones. Muziknya di kala itu adalah umpama lanjutan dari muzik Rock & Roll yang sering dipersembahkan oleh Elvis Presley, Sha Na Na, Showaddy Waddy dan lain-lain, tetapi muzik rock lebih aggresive (keras/bingit) dari segi dendangannya.

Setelah melalui beberapa detik-detik musim, muzik rock terus berkembang sehinggalah terciptanya irama heavy metal rock yang mula diperkenalkan oleh Led Zeppelin. Apa itu heavy metal rock? la adalah salah satu dari cabang muzik rock yang lebih aggressive lagi dari yang sedia ada. Muziknya bingit, cara nyanyiannya menjerit-jerit dan peratus besar dari lagu-lagunya rancak 'gila-gila' mengikut istilah anak-anak muda. Kelihatannya muzik jenis ini menjadi pilihan anak-anak muda dewasa ini. Nama-nama kugiran seperti Iron Maiden, Scorpions, Def Leppard, Dio, Quite Riot dan sebagainya begitu popular kini, lantaran muzik heavy metal yang mereka bawakan itu disenangi generasi baru. Selain dari heavy metal, terdapat banyak lagi cabang muzik rock seperti hard rock, slow rock, jazz rock, blues rock, country rock dan lain-lain sehingga ada pula istilah 'komersial rock'.

Malangnya, di tengah kepopularan muzik jenis ini, rock sering benar dicaci dan dibantah oleh sebilangan masyarakat yang lain. Segala macam anggapan buruk, tuhmahan dan tuduhan dilemparkan ke arahnya. Apa puncanya? Tak lain kerana situasi muzik ini yang bingit, diiringi dengan gaya persembahan yang agak liar! Seperkara yang paling 'koman' ialah rock sering dikaitkan dengan najis dadah.... musuh masyarakat paling durjana!! Salahnya jatuh kepada para pemuzik rock sendiri. Seantero (seluruh) dunia telah sedia maklum bahawa pelopor-pelopor muzik rock iaitu kesemua ahli anggota The Beatles dan Rolling Stones adalah para penagih najis dadah...!! Mereka inilah yang harus dipersalahkan kerana telah mengimejkan muzik rock dengan najis-najis dadah sedangkan muzik rock sendiri tidak memerlukan tabiat sebegini buruk!

M. Nasir pernah berkata, "Rock adalah muzik yang disukai oleh masyarakat berjiwa memberontak, yang mengambil sikap 'peduli apa'. Mereka tidak suka memikirkan soal-soal yang mengelirukan mereka. Kerana itu mereka sering disalah anggap sebagai golongan yang menentang kelaziman hidup bermasyarakat." Timbul kini suatu pertanyaan, mengapakah setiap kali bila akan diadakan sesuatu konsert rock, maka pasti terdapat bantahan dari segolongan masyarakat; Tak lain kerana muziknya yang bising dan gelagat anggota pemuziknya yang pasti liar ketika di atas pentas. Tetapi perlu disedari bahawa inilah apa yang dinamakan 'rock'.

Ramli Sarip ketika diminta pendapatnya berkata, "Setiap jenis muzik itu ada gayanya sendiri, seperti dikir barat, boria, pop, dondang sayang, semua ada gaya persembahannya yang tersendiri, begitulah juga dengan rock. Kalau orang kata dengar lagu rock mengkhayalkan, lagu sentimental yang mengisahkan cinta juga ada masanya lebih khayal sampai boleh hangit nasi di dapur. Cuma rock tu agak keras sedikit. Bagi saya, seseorang yang gemarkan sebarang muzik atau apa saja yang dipersembahkan kepada mereka, jika tidak terlalu memudaratkan, tidak perlu dilarang keras." Oleh yang demikian, seandainya ada saranan dari mana-mana pihak untuk menyekat konsert-konsert rock di sini rasanya adalah suatu saranan yang berat sebelah. Mereka mendakwa penonton konsert rock tak sedar diri, menari terkinja-kinja, menjerit jerit, membuka pakaian dan sebagainya. Bagaimana pula dengan penonton bola sepak? Mereka juga menjerit-jerit tak sedar diri, membuka pakaian, malah lebih dahsyat lagi pemah terjadi pergaduhan hingga roboh stadium dan mengakibatkan kematian! Haruskah pertandingan bola sepak juga disekat sama seperti konsert rock? Kini, sedunia telah menyedari kecelakaan najis dadah.

Para pemuzik rock kini sedang berusaha membersihkan muzik rock dengan hakikat 'rock tanpa dadah'. Anggota kugiran Van Halen mengepalai kugiran-kugiran heavy metal yang lain-lainnya dan memimpin mereka ke jalan ini.... rock tanpa najis dadah! Bagi para pemuzik rock di dunia sebelah timur, hakikat muzik rock tanpa najis dadah amat disenangi dan bersesuaian dengan matlamat hapuskan najis dadah musuh negara!! Sebetulnya muzik rock itu bersih, sebersih muzik-muzik lain seperti dangdut, ghazal, asli, boria dan sebagainya. Cuma kelakuan sebilangan pemuzik rock yang telah mengotorinya dengan najis dadah. Para pemuzik rock kini bersama berganding bahu berusaha membersihkan nama rock yang telah lama tercemar itu. anusia lebih senang dengan ketegasan dan kehangatan yang dapat menyaingi mereka dalam setiap arus pergolakan. Mereka tidak punya masa lagi untuk hanyut dengan lagu-lagu sentimental (jiwa-jiwa) yang mengkhayalkan dan membuai perasaan...." - Nas Ahmad © 15 Ogos 1990 URTV. Artikel dari Muzik Rock


FACT NO#3
"Biasanya bila disebut tentang muzik, ianya lebih banyak dikaitkan dengan anak-anak muda. Tapi ini tidak bermakna orang-orang tua tak minat langsung mendengar muzik atau mengikuti perkembangan dunia muzik sama sekali!

Anak-anak muda yang meminati muzik pula berbagai kategori. Ada yang lebih senang menikmati lagu-lagu yang muziknya sentimental dan mendayu-dayu. Pokoknya, bila mendengar irama yang begini, hati dibuai rindu! Malah ada yang mengalirkan air mata bila mendengar lagu-lagu yang mempunyai cerita di sebaliknya. Maka golongan inilah yang dinamakan Mat Jiwa-jiwa dan Minah Jiwa-jiwa. Biasanya golongan begini sedang diamuk cinta dan lagu-lagu berirama sentimental cepat menyentuh perasaan. Maka inilah dia golongan yang meminati lagu-lagu berirama pop termasuk dangdut. Sekiranya ada pertunjukan yang menampilkan penyanyi-penyanyi seperti Sudirman, Noorkumalasari, Sharifah Aini, Noreen Noor, Fauziah Ahmad Daud, Jamal Abdillah dan ramai lagi artis-artis pop, maka golongan di ataslah penonton utamanya. Biasanya golongan ini tidak terlalu 'menggila' bila menonton pertunjukan pop kalau dibandingkan mereka yang menyaksikan pertunjukan rock!


Paling tidak, kalau penyanyi pujaan mereka muncul dengan lagu kegemaran mereka, maka mereka naik ke pentas menghulurkan sekuntum mawar merah atau cukup sekadar bersalam. Tepukan silih-berganti dan kalau penyanyi lincah seperti Ogy, Noreen atau Sudir menyampaikan lagu 'hot', mereka mengambil masa juga untuk naik ke pentas menari bersama. Bagi yang ingin mencari ketenangan jiwa, maka pertunjukan pop adalah sesuai. Anda dinasihatkan jangan sama sekali mencari kedamaian hati dengan menyaksikan 'rock show'!


Paling ketara, muziknya kuat bagaikan nak pecah anak telinga! Alat-alat muzik semuanya heavy metal dan suara penyanyinya tenggelam dek muzik yang kuat. Showmanship penyanyi dan pemain muzik benar-benar bagaikan dirasuk. Melonjak, melompat, menggeliat, menjerit dan macam-macam gaya yang membuat mata anak muda terbeliak!


Pokoknya mata yang mengantuk terus celik. Bagi yang memang kaki rock, hai! hai! hai! Memang tak senang duduklah. Kaki sentiasa bergoyang, tangan turut melambai, malah kalau yang dah terlalu menggila sangat tu, terus melompat ke pentas dan menari bersama si penyanyi.


Kita boleh kenal dengan golongan yang meminati muzik rock dari segi pakaian dan juga rambut. Mereka bukanlah golongan Mat Smart, tapi cukup selesa dengan jeans lusuh, Kemeja-T yang terpampang bermacam-macam gambar kumpulan rock dengan perkataan yang 'bergegar' serta fesyen rambut yang kusut masai dan terjuntai sedikit di hadapannya.


Kumpulan muzik rock tanahair yang kini mendapat tempat di hati peminat-peminat rock terdiri dari Search, Lefthanded, Sweet Charity, Blues Gang, Headwind, Kumpulan SYJ dan beberapa kumpulan lagi. Penyanyi rock yang diminati masa kini pula terdiri dari Ramli Sarip, Ito Mohammad, Amy, Amir dan beberapa orang lagi. Mereka digelar 'Rocker'!


Bagi anda yang berjiwa sentimental, anda tidak akan senang melihat telatah dan gelagat 'kutu-kutu rock'. Mereka menjerit sekuat hati dan tidak mempedulikan langsung keadaan sekeliling. Mereka mabuk dengan irama rock yang bingit dan sekira si penyanyi membawa lagu yang kurang dengan irama rock, maka mereka akan menjerit: "We want rock! We want rock!" - Norbaya Musa © 15 Julai 1986 URTV. Artikel dari Muzik Rock

Gambar Cover Mengangkang adalah dari Nasryzal 'Demonic'
Gambar adalah sekadar gambar hiasan/gambar sengal
Tiada kaitan antara yang masih hidup dan yang telah mati
http://demonic.fotopages.com/
Sedia mengambil tempahan gambar kenduri kahwin, majlis dan konsert
Gambar-gambar lain ialah dari www.muzikrock.com

Wednesday, February 25, 2009

Shit Happens.



Selalu kita dengar frasa tu dalam internet takpun, dalam wayang Mat Salleh.

Hari ni, benda tu jadi kat kami dan aku. Jadi kat kami tu, sebab ada malaun mana ntah (sikit kasar bunyinya, tapi paling sesuai) yang dah mencilok harta benda TM, yang akhirnya menyebabkan sistem yang kami jaga tu, down abis. Dahla isu streamyx pun tak abis-abis lagi, benda ni pulak yang jadi. Hari ni, 4 tempat mengalami kecurian, kemarin, 1 tempat. Maka, total customer yang terlibat ialah lebih kurang 200 customer. See? Benda-benda macam ni la yang dok buat kami pening dan customer pulak, merungut. Well, customer is always right. Kepada customer-customer yang terlibat tu, harap bersabar sementara kerja pemulihan dijalankan.

Lepas tu, tengah aku asyik snap gambar kes kecurian ni, apa punya malangla aku terpijak tahik hanjeng, melayang RM18.00 beli selipar baru... Well, shit happens.

Tuesday, February 24, 2009

Sepetang Di Kuala Sepetang



Entry aku kali ni adalah feedback dari Site Mazlan

Hari ni lepas kursus, abang Jasni ajak pi try Mee Udang yang diwar-warkan dalam Majalah 3 tu. Maka, dengan semangat nak merasa, aku pun on aja lah.... Kami bertiga, termasuk dengan abang Din.



Sebelum ni, aku dengar dari mak aku ajalah, tempat ni indah khabar dari rupa ja rasanya, tapi takper. Kami nak cuba jugak!!! Kami sampai dan place order pukul 5.32 petang. Air dapat pukul 6 petang... Takper, sabar lagi... Aku order air suam pulak.. Aik!! Orang lambat dari kami dah dapat dulu mee tu, maka apa lagi, terus bersuara la... Dapat jugak mee tersebut dalam pukul 6.15 petang. Habis aja makan, aku pergi amik sendiri air suam tu sebab tukang bancuh dia cari air paip nak masak tak jumpa kot...



Maaf, bukan niat aku nak buruk-burukkan ataupun apa, anggaplah ni komen ikhlas aku sebagai pelanggan. Sepatutnya pengusaha kenalah manfaatkan sepenuhnya 'promosi free' di Majalah 3 dan surat khabar untuk menambah baik lagi mutu layanan, masakan dan kebersihan di premis ni. Orang yang datang pun bukan dekat-dekat, semuanya plet kereta luar yang banyak. Kesimpulannya, nak kata sedap tu takla sedap sangat. Bolehla kalau nak makan, kalau hantu makan udang, nilah syurganya dengan harga yang murah. Kesimpulannya, memang menang dari segi kuantiti, tapi kalah dari segi kualiti.

Monday, February 23, 2009

Satu Tekanan Irama


Rumah aku dengan dia dekat aja pun, tapi boleh pulak dia pos aku pamplet ngan keratan akhbar ni... Dua kali dah ni..

Yelah, nanti berenti, jangan risau!

Respon Fenomena Seni: Evolusi Muzik



Terpanggil pulak rasanya aku nak buat entry ni. Tadi selepas Isyak, dengan Mood Nak Demam, aku sempat tengok Fenomena Seni dengan isu: Evolusi Muzik.

Panel forum yang dikendalikan oleh bro Rosyam Nor ni ialah S. Atan, Ad Samat (alamak, nak eja macam mana ntah nama penulis lirik ni) dan Edrie Hashim.

Menarik isu ni sebenarnya dan banyak juga yang dikupas. Pemanggil pula, dari usia 27 tahun (sebaya aku) sampailah ke 51 tahun.

Secara umumnya, diceritakan bagaimana industri muzik kita dari zaman 50-an berkembang ke zaman pop yeh-yeh 60-an, ke zaman pop 70-an, kemudian bagaimana evolusi rock 80-an melanda Malaysia, ke zaman pop dan R&B antara tahun 90-an dan kemudian yang terbaru, zaman band-band indie di arena mainstream.

Memandangkan aku tak dapat call masuk ke studio, aku bagi aja pendapat aku di sini, dalam bentuk point.

1. Identiti

Evolusi memang penting dalam industri kita, tapi biarlah mengekalkan identiti kita. Aku setuju dengan Rosyam Nor yang menyatakan, komposer-komposer India akan mengekalkan unsur tradisi dalam lagu-lagu diaorang walaupun lagu tu berentak moden. Sebagai contoh, kita tengok aja macam mana karya-karya A.R. Rahman. Nampak? That's the point.

Sebenarnya, aku kurang bersetuju dengan pendapat bro yang macam Castello tu yang menyatakan lagu-lagu kita takder unsur-unsur tradisi. Kalau dari segi instrumen, memang la takder, tapi kena ingat, BAHASA dalam lagu ialah tradisi kita. Dengar balik lagu-lagu zaman P. Ramlee sampailah ke Zaman Rockapak, halusi bait-bait liriknya, indah kan? Zaman Rockapak 80-an misalnya, memang nampak serabut dari segi lahiriah, tapi halusi lirik-lirik dalam lagu seperti Bunga Padang Pasir (SOFEA), Alam Barzakh (WINGS), Engkau Yang Pasti (DAYANA), Karam (ZABARJAD) dan banyak lagilah yang aku tak ingat tajuknya. Sesetengah lagunya betul-betul puitis dan rangkapnya seakan-akan sajak dan puisi.

Zaman sekarang pulak, zaman band-band indie ni, aku tengok liriknya berserabut dan kadang-kadang aku pun tak paham apa yang diaorang ni cuba nak sampaikan kepada audiens. Kalau tak percaya, masuklah MySpace dan i-bands dan dengarla demo band-band ni. Boleh dikira dengan jari la lagu yang betul-betul 'Malaysia'. Yang lain-lain tu banyak sangat pengaruh Indonesianya. Tu belum lagi band-band yang baru nak naik, tapi attitude yang ntah apa-apa dan pemahaman jenis muzik yang salah pun ada.

Pendapat aku la untuk kes ni, lirik dan maksud yang nak disampaikan kena jelas dan, kalau boleh, janganla ke-Indonesiaan. Tak dinafikan, lagu diaorang banyak yang bagus, tapi jangan kita 'ter'evolusi ke arah diaorang pulak.

2. Teknologi.

Yang ni berat sikit aku nak komen. Macam Edrie Hashim kata, memang banyak membantu untuk proses penyediaan album. Dan bila dengar balik dan bandingkan, sememangnya banyak membantu dari segi kualiti bunyi (tapi tak guna jugak kalau lagu takde kualiti). Kalau korang masih ingat, dulu studio Synchrosound la yang start, tapi seperti yang aku cakap tadi la, berat sikit nak komen sebab aku tak tau sangat tentang teknologi dalam bidang muzik ni.

3. Orang Industri

Kahkahkah, yang ni aku nak gelak sikit sebab soalan-soalan Rosyam kepada Edrie Hasim tu sebenarnya killer question tu, dan kalau tersilap jawab, boleh makan diri tu. Hehe.

Yang ni pun satu hal. Tengok sendiri la stesyen radio kita. Aku sampai boring nak dengar. Skarang ni pun, aku cuma tuned dekat Sinar.FM je sebab banyak lagu Malaysia. Aku pun tak faham denan media-media kita ni. Asyik-asyik lagu seberang, lekeh sangat ke lagu kita ni? Marketing pun sama jugak 2x5, kalau kat artis kita, buat ala kadar aja. Sampai bila nak maju kalau macam ni? Konsert M Nasir pun susah sangat nak jalan, tapi kalau Indo Power Rock la, apa la, laju je promosi macam nak rak. Agak-agak la.. Takkan anak kera di hutan disusukan, anak sendiri bagi minum air paip...

4. Rumusan

Yang tu jelah pendapat aku yang naif ni. Kalau nak dibincangkan, tinggalkan komen.

Tak Sepedas Itu



Mee Goreng Sotong Padang Kota Lama ni termasuk dalam list kegemaran aku. Cuma aku jarang-jarang makan, mungkin dalam setahun, dua kali saja aku singgah makan. Pekena pulak dengan Coconut Shake, pergh! Boleh membuatkan aku tak bangun 15 minit sebab kekenyangan. Tu belum termasuk kepala aku basah macam kena simbah air sebab berpeluh.

Sebenarnya aku sedikit terkilan, terutamanya bila sahabat-sahabat aku dari luar Pulau Pinang datang, aku tak boleh bawa mereka jalan-jalan. Sebabnya mudah, aku belum memiliki kereta. Kereta Lembu pun aku takde..

Kalau bernasib baik, ada la kereta abang-abang aku, sempat la aku bawak diaorang ni jalan-jalan cari makan seluruh Penang. Takkan aku nak bawa motor pulak, memang berdesup la aku bawak, sesat pulak diaorang ni kang sebab tak sempat ikut aku.

Pedih jugak telinga dengar kutukan kawan-kawan sebab belum ada kereta, tapi nak buat macam mana, masih banyak benda lain yang perlu aku selesaikan. Pedas macam manapun kutukan yang aku terima, tapi takkan sepedas mee goreng itu. Hehehe.

Monday, February 16, 2009

Refill Ink Canon MP-145



Sebenarnya dah lama aku tak buat kerja-kerja refill dalam catridge Canon sejak aku pakai jenis Think Thank (lebih mudah nak refill sebab tank warna berlainan)

Kebetulan, printer abang aku ni memang dah nak habis inknya, jadi aku pun buat la guide step-by-step ni.



1. Cari lubang yang ada bawah sticker catridge tu, kalau dah jumpa, tebukkan aja. Atas ialah warna Magenta, kiri bawah ialah warna Cyan dan kanan bawah ialah Yellow. Untuk kefahaman yang lebih, aku masukkan gambarajah disebelah kanan tu.



2. Cara terbaik untuk isi ialah macam gambarajah ni. Biarkan ia dalam keadaan menegak 90 darjah. Untuk mengelakkan bocor jer ni.

3. Ok, selepas selesai mengisi, biar kejap dalam 5 minit untuk tengok kalau-kalau bocor. Lepas masukkan balik cartridge dalam printer, reset Ink Warning tu macam ni (aku copy and paste jer ni lepas search)
  • Connected Printer to a Power source, Turn off the printer if printer on
  • With the Printer power off, press the Power button while press and hold Stop/Reset button.
  • When the Power led is light, press Stop/Reset button two times while pressing and holding the Power button.
  • When releasing the Power button and the Stop/Reset button (regardless of order), the printer will move into a service mode. (Waiting for menu selection)
  • When the on/off lights in green, press the Stop/Reset button four times to reset wase ink counter. For other specified number pressed function listed in the table below. (Each time the Stop/Reset button is pressed, the LED lights alternately in orange and green, starting with orange).
  • Unplug cable power from a power source.

The number of the Reset button pressing LED Function Remarks
0 time Green Power off
1 time Orange Service pattern print
2 times Green EEPROM print
3 times Orange EEPROM reset
4 times Green Waste ink counter reset


4. Kalau tak ok jugak warning tu, masa print tu, tekan jer button reset dalam 4 saat, printer akan print jugak akhirnya...

Aku kena asthma hari ni, MC terkejut. Nak bercakap pun penat... Kalau korang call aku tak jawap, sms ajerlah..

Thursday, February 12, 2009

Kenduri, Memancing dan Garage Gig



Gambar: Aku
Gambar Edited: Nasryzal 'Demonic'

Malam minggu yang lalu, aku berangkat ke Kuala Kangsar pada tengah malam buta untuk menghadiri majlis kenduri di Kuala Kangsar. Tapi, malam sebelum kenduri tu.... Memancing dulu... Hehehehe. Habuk pun tarak!

Selepas selesai majlis kenduri, aku berangkat pula ke Sayong, Kuala Kangsar untuk menghadiri gig sempena ulangtahun www.rockapak.org yang ke-2. Dikhabarkan, telah dirancang untuk diadakan Battle Of The Band pada malam tersebut, tetapi dibatalkan atas faktor permit, tetapi ia telah digantikan dengan gig yang telah mendapat kelulusan Ketua Kampung!!! (hehehehe, macam dalam filem ROCK pulak!!)

Band yang terlibat dengan gig tersebut ialah: (klik sini untuk video)
  • Reunion (Sungai Siput, Perak)
  • The Flangers (Nibong Tebal, Pulau Pinang)
  • Nazindraloka (Kuala Kangsar, Perak)
  • Cryin Rockers (Kuala Kangsar, Perak)
  • Metallan The King (Kuala Kangsar, Perak)
Yang menariknya tentang gig ni, tiada kelab-kelab mewah ataupun disko ker apa ker sebagai venue, tetapi hanyalah sebuah garaj sahaja. Ya, GARAJ!! Sebijik macam kita dok tengok tv cerita mat saleh tu.... Dan sebijik macam stage-stage dalam gambar-gambar klasik SYJ, Lefthanded, Search dan Wings perform masa zaman kegemilangan rock di Malaysia dulu (rock kapak, rock kangkang, rock klasik, glam rock).

Band yang hadir pun hebat-hebat belaka dalam membawa lagu-lagu tribute seperti REUNION yang mempersembahkan Orang Timur (SYJ) dan Heavy Chain (Loudness). Menarik tentang Reunion ialah gitarisnya ialah bekas gitaris SYJ08.



The Flangers pun boleh tahan hebatnya, semuanya lagu MAY yang dibawak, memang boleh layan kepala, semuanya rancak dan bertenaga. Dalam gig ini juga telah menampilkan Cryin Rockers yang telah mengeluarkan single terbaru mereka untuk edaran di... Kuala Kangsar (kalau nationwide terus kan lagi bagus).




Gambar, aku akan kemaskinikan kemudian...



Maafkanlah kami
Dalam generasi kami
Menjerit...
Meraung...
Menjadi jiwa nafas dan nadi kami

Maafkanlah kami
Dalam generasi kami
Menjerit...
Meraung...
Meminta lepaskan
Jerangkung dalam almari...

Sunday, February 1, 2009

Dah Lama Tak Memekak

31 Januari 2009 tarikh keramat...

Berbicara tentang gitar, sebenarnya secara rasminya, aku tak pernah berlatih secara serius sejak JUN 2008 memandangkan masa dan waktu kerja yang tidak mengizinkan. Pada minggu ni, banyak kilang member-member aku yang shutdown, cuti panjang la diaorang sempena Tahun Baru Cina.

Entah macam mana, Mizie ajak pergi jamming. Gila ker hapa aku tengah sengkek ni, dia ajak aku pergi jamming pulak!!! Tetapi dengan pantas dia dan Halim cakap diaorang akan payung kos untuk aku. Tapi masalahnya, aku dah lama tak pegang gitar, takkkan terus nak pergi jamming? Tapi diaorang kata, tak kisah...

Aku pantas telefon Shahrul untuk mintak tolong dia record video sessi jamming (sebenarnya tiap kali main atau practice, aku suka rekod untuk tujuan self-revised). Shahrul pulak offer untuk jadi photographer, semata-mata nak test DSLR Canon yang dia baru beli tu. Bun pun datang jugak masa sessi jamming tu, tapi dia blah awal (mungkin tak masuk kepala atau kami main terlampau teruk, wakakakakakaka)

Hasilnya, kami dapat la main dan men'sumbang'kan lagu pada malam 31 Januari 2009, setelah rata-rata semuanya dah lama tak main... Chord salah, tempo out, suara lemak merdu sampai lembu pun boleh pengsan.....

Maka aku namakan senarai lagu-lagu yang kami main. Pandai2 lah cari kat Youtube video sessi jamming kami tu...

1. Lena Dibelit Ular Sawa
2. Lena Dibelit Intan Payung
3. Ku Dalam 8 Dilemma
4. Hidup Berasingan
5. Lupakan Ajelahh...
6. Dendam Cinta Seusia Dah Tua
7. Sketsa Tak Jadi
8. Hati Besi Buruk
9. Cintamu Kembang Semangkuk




Kalau ada yang dapat teka lagu yang kami main tu, korang memang Mat Rock yang tinggi integritinyalah...... Sesuka aku jer rename semua tajuk lagu tu sebab kami memang berjaya men'sumbang'kan tenaga kami untuk sessi jamming kali ni.

Nampak gayanya, memang kami semua kena berlatih balik main, rugi wo kalau tak main....

p/s: Helmi Kobra jenuh gelak tengok kami main...

Konda Kondi Cafe & Bistro

Plan harini nak singgah ke Laksa Pondok Ibu Kathy . Tempat nampak macam menarik tepi sungai, tetapi menu kat sini sesuai untuk m...