Sunday, March 29, 2009

Memancing: Antara Cabaran Dan Persoalan



"Daripada hang susah-susah pi mengai, baik hang pi beli ikan kat market aja!"

Satu dialog klasik yang menghantui kebanyakan pemancing. Dialog yang diajukan oleh kawan-kawan, kaum keluarga dan terutamanya... Bini sendiri! (kalau dah berbini)

Benar. Kalau ikutkan daripada logik dialog, memang itulah yang termudah sekali untuk dilakukan. Start enjin kereta/motor, lepas tu pergi market dan beli ikan. Tapi lain pula pada pendapat pemancing-pemancing termasuklah aku sendiri.

Sejarah aku memancing bermula ketika aku tak masuk sekolah lagi. Masa kecik-kecik dulu, waktu ayah masih cergas, selalu jugak aku ni jadi peneman dan pengacau ayah ketika dia berkomplot memburu siakap di Sungai Perai ataupun Kuala Perai. Pernah jugak aku memandu bot enjin Yamaha-nya tu sampai berpusing-pusing kami dalam Sungai Perai, macam kereta drift buat 'donut' tu. Padahal pada waktu tu, aku 'diharamkan' memegang semua alat-alat pancingan ayah. kata ayah, aku ni kaki pelingkup. Hahahaha.

Tapi itu cerita dulu, aku mula aktif memancing selepas habis SPM. Mula-mula, curi-curi amik rod ayah dan mengail di Sungai Perai. Ayah masam mencuka bila dia dapat tahu yang aku amik barang dia tanpa kebenaran. Tapi, lesen dah dapat.. Dia mula meminjamkan aku rod Seahawk atau Fenwick dan reel Penn-nya tu kat aku. Hehehe, masa tu syok bukan kepalang, ntah beberapa kali aku curi-curi ambik reel Shimano dia untuk turun di Sungai Perai, aku pun tak ingat. (sekarang, Shimano dah jadi harta aku..)

Set memancing aku (atau kat Penang, kami akan panggil 'box' - merujuk kepada rod dan reel yang lengkap) mula dibeli selepas aku start kerja dengan duit sendiri. Semuanya sebab kecik hati ngan ayah, yang aku rasakan kedekut sungguh nak pinjamkan barang-barangnya dekat aku. Tapi selepas beberapa lama berkecimpung, aku dah mula mengenal jenama dan nilai setiap alat pancing, dan kemudian aku mengerti kenapa dulu ayah 'kedekut' sangat.

Sekarang, aku dah boleh memancing tanpa meminjam sekelumit pun barang-barang ayah aku, hatta sebiji ladung pun. Semuanya dengan duit aku sendiri, dan aku puas. Aku dapat buat sesuatu yang aku suka dengan hasil titik peluh aku sendiri. Memang berbaloi, tambah-tambah bila dapat ikan besar dan merasai sendiri pertarungan dengan ikan tersebut. Walaupun belum sampai ke tahap pemancing tegar, aku dah mula merasa nikmat memancing. Ya betul, dulu semasa mula-mula tak dapat hasil walau seekor anak gelama, memang marah. Tapi sekarang, aku sudah mampu tersenyum ataupun ketawa berdekah-dekah walaupun tak dapat seekor ikan!

Pelik tapi benar. Itulah kepuasan memancing yang aku dapat. Aku dapat asingkan diri sekejap daripada kesibukan dunia dan seterusnya, aku dapat menghayati keindahan alam ciptaan Allah SWT ketika berada di tengah laut. Kejadian ribut, hujan dan sebagainya sekurang-kurangnya dapat menginsafkan aku yang terleka seketika dengan kekuasaan pencipta alam yang Maha Agung dan Maha Berkuasa.

5 comments:

  1. haha. aku faham. sebabnya minat ni tak melibatkan diorg. cuba kalau wife/family/kawan minat benda yg sama. dah sah-sah dia ckp memancing memang best.
    ko memang minat gila2 kat mancing eh. ok la tu dr ko merempit. XD

    ReplyDelete
  2. heheh, zaman rempit aku dah tinggal dekat 6 tahun dah. Nanti aku buat entry zaman rempit dulu. Kena scan pulak gambar-gambar sebab zaman tu nak dapat Digital Camera pun susah...

    ReplyDelete
  3. cis,aku tertipu ngan link di ym..aku igt entry politik...tahniah kerana mengaburi pihak lawan..hahaha...slmt dtg ke "ZBT"

    ReplyDelete
  4. kira-kira sume barang pancing ko tu dari dulu sampai skrg. berape dah ko berabis? nak tau je..

    ReplyDelete
  5. ntah.. aku pejam mata tiap kali aku bayar kat tokey kedai...

    ReplyDelete

Konda Kondi Cafe & Bistro

Plan harini nak singgah ke Laksa Pondok Ibu Kathy . Tempat nampak macam menarik tepi sungai, tetapi menu kat sini sesuai untuk m...