Dengan kelam kabutnya, aku memulakan perjalanan hari ni ke Bayan Baru untuk menyerahkan seplastik cawan polysterene untuk kegunaan pejabat. Dan sesungguhnya, meter Kancil 660 EX standard di atas ialah benar sama sekali dan tiada teknik super impose dilakukan, dengan jayanya, tiada speed trap akan berjaya mengimbas kelajuan sebenar setelah meter tersebut berpusing dua kali. Hahahahaha....
Setelah siap tugasan pertama, teringin pulak mulut aku nak pekena Nasi Kandar Kampung Melayu. Tetapi dengan malangnya, super kancil tadi tersemput-semput pulak mendaki bukit baru Air Itam. Melalui jalan tu, terjumpa pulak dengan kereta orang miskin yang sedang dalam proses..... Nak terbakar sambil tempat tersebut telahpun dikepung oleh Pasukan Gerak Gerak Gerak Khaaaaaaaaas. Rasanya, memang lepas tu tinggal bangkai jerlah keta orang miskin tu sebab aku sampai di Air Itam lebih kurang 20 minit kemudian, dan kereta bomba baru jer keluar dari balai. jadi, total loss la kot rasanya...
Lepas makan, ntah macam mana terasa gatal kaki pulak nak mendaki Bukit Bendera. Tapi mendaki dengan kereta kabel sajalah kot. 10 tahun dah tak naik Bukit Bendera aka Penang Hill ni. Dulu, sejuknya boleh tahan, tapi sekarang... Sedikit panas. Cuma bila sesekali angin tu datang, terasa la macam angin freezer bila kita buka pintu peti ais tu.
Perasaan jakun untuk bergambar sememangnya tak dapat dielakkan kerana bukan selalu aku nak naik ke atas ni. Makin ramai pulak rasanya pelancong yang ke sini. Seperti tadi, banyak pelancong dari Jepun, Indonesia dan UK yang naik dan turun satu trip dengan aku. Jadi, sesiapa yang tak pernah naik, naiklah. Tapi sebaik-baiknya, naiklah awal-awal pagi. Pemandangannya cantik sikit. Bukan macam aku, dah dekat rembang tengah hari baru nak naik.
Dan semestinya, harini ada seseorang yang dah kena paksa dengan aku untuk amik gambar. Dan semestinya jugak dia kena tahan dengan pe'el aku untuk amik angle shot yang pelik-pelik walaupun aku menggunakan kamera cap ayam saja - Handphone Camera. Identitinya masih samar-samar buat masa sekarang. Hahahahahaha...
Jalan-jalan caripasal makan hari ni diakhiri dengan menu diatas. Bukan selalu kan? Sebenarnya dalam Penang ni pun, banyak lagi tempat-tempat yang berstatus 'pelancongan' yang aku belum sempat terjah. Nak terjah tempat-tempat luar, fulus belum banyak, tapi aiman tak kisah... Bila ada rezeki, Insya-Allah sampai juga...
Dan semestinya, harini ada seseorang yang dah kena paksa dengan aku untuk amik gambar. Dan semestinya jugak dia kena tahan dengan pe'el aku untuk amik angle shot yang pelik-pelik walaupun aku menggunakan kamera cap ayam saja - Handphone Camera. Identitinya masih samar-samar buat masa sekarang. Hahahahahaha...
Jalan-jalan cari
Petang tadi aku lalu dekat keta yang kata berasap tu tapi tinggai bekaih ja ...nampak gaya bekaaih tu mcm kena p timbang kati la tu.....
ReplyDeletemeriah betul ngan Polis kat area tu tadi. yang lawaknya.... depa pakai timba pi corok ayag kat keta tu. Nampak tak kat gambar tu, kalau perbesar, nampak ada air tengah disimbah?
ReplyDeletejalan mus jgn tak jalan. kang dah tua baru ko nak jalan. time tu semput dah psl paru2 ko dah jadi mcm dalam gambar kotak rokok tu haha
ReplyDeletebanyak tempat dh aku p gn family tapi Bukit Bendera aku tak samapai lagi ...syok jugak tengok gambaq yang hang attach tu ..dulu ada sekali aku nak p naik tapi masa p tu kabel k/api lak rosak...time bila agk2 kelia mus?
ReplyDeletelagi awai lagi clear orang. time cuti memang penuh la ngan orang...
ReplyDeletewehh.hangpa biaq betuii kancil leh pegi 160..hahahha..kalah la kete gua camni..hehe
ReplyDeleteHahaha, aku yang bawak keta tu pun gelak besar bila tengok meter dah tunjuk 160KMj. wakakakakakak
ReplyDelete