Semalam, bersempena dengan Hari Gaji. maka, kami pun memutuskan untuk melakukan aktiviti Hari 'Hora'. Tempat yang dituju ialah Teluk Tempoyak. Berbekalkan RM20.00 seorang, 2 ekor ikan merah berjaya dibakar, seekor ikan bawal talang berjaya dimasak masak cabai, setengah kilo udang kertas berjaya dibakar dan 2 jag air asam boi berjaya ditelan beramai-ramai tanpa meninggalkan sedikit pun bahan bukti di atas meja, dan seterusmya membuatkan semua kucing-kucing di situ berduka lara kerana langsung tak dijemput makan oleh kami. Seekor kucing telah dikenalpasti terjun laut kerana terlampau kecewa dan sepasang selipar (tak diketahui milik siapa) terapung di permukaan air laut, mungkin kerana terlampau tension apabila jejaka-jejaka di atas 'mentekedarah' tanpa belas kasihan dan membuatkan susana kedai seperti bapak mereka yang punya.
Cari Pasal #2:
Hari ni pulak. Pertama kali aku menjejakkan kaki sebagai pelajar PJJ di USM. Lagak persis Ali Setan, suasana bising di belakang bilik persidangan live telecast amat bising kerana pelajar-pelajar yang berdedikasi dan bersemangat pada hari pertama sidang video, tidak dapat duduk. Sesungguhnya, keadaan yang amat tidak selesa ini mengakibatkan suara-suara rock-and-roll berkumandang di belakang. Dan yang paling palatnya, ini adalah kali pertama aku belajar dengan televisyen, bukan dengan manusia. Betapa janggalnya aku! Sessi perbincangan dengan pensyarah terbantut untuk bilik #2 Wilayah Pulau Pinang kerana microphone rosak!!!! (diperingatkan, ini adalah Universiti
Cari Pasal #3:
Dengan perasaan yang membuak-buak amarahnya, aku terus menuju ke Bukit Mertajam. Dan secara automatiknya, mencipta rekod peribadi dalam pembelian CD Original. Sekali beli, 6 keping. Double Trouble dah ada secara fizikal dalam bentuk kaset, cuma tukar amik cd la pulak.. Dan secara fizikalnya, membuktikan bulan ni adalah pertama kalinya aku berasa cukup kaya sejak berkerja. Baki duit dalam bank ada banyak sangat lagi. Argh, aku perlu lakukan sesuatu!!!!
Cari Pasal #4:
Dengan kaya dan bongkaknya. Aku mengisytiharkan, ini adalah Zippo pertama dalam hidup aku. Sesungguhnya bukan bunyi gemercing (bukak kamus la beb!) yang aku cari, bukan boleh bakar apa-apa pun dengan bunyi tu. Lebih kepada nilai estetika dan fungsi yang menjadi buruan aku. Sesungguhnya akan ada seseorang nun jauh di Kampung Pak Lah yang akan membebel 24-jam apabila melihat aku mengusung benda ni. Tapi fahamilah, waima aku berhenti merokok sekalipun, benda ni akan tetap aku beli untuk kegunaan lain. Terutamanya dalam aktiviti memancing dan meredah hutan.
Maka, sekianlah hari jalan-jalan cari pasal aku hari ini.