Pada suatu hari, BumbleFadz sedang membawa keretanya dengan laju dan membabi buta di jalan raya. Dia membawa tanpa memikirkan apa-apa kesan sekalipun.
Tiba-tiba, MegaLan cuba memintasnya. Satu perlumbaan sengit sedang berlaku di jalanraya. Perlumbaan yang pelik antara kereta dan juga kereta kebal. Yang akhirnya mencatat sejarah dunia sebagai perlumbaan yang paling pelik.
OptiMus datang dan memblok kedua-dua kenderaan tersebut kerana ingin menyelamatkan seekor kucing yang sedang
Tetapi, belum sempat apa-apa, ShahScream datang dan terus menembak kesemua orang di atas jalanraya tersebut. Dengan trademark jengkelnya, ShahScream ketawa berdekik-dekik.
Akibat tidak berpuas hati, satu pertempuran besar-besaran telah terjadi disitu dan pada masa yang sama.
Pertempuran yang mengerikan tidak dapat dielakkan lagi. ShahScream yang cikeding sememangnya outnumbered dengan power boost yang dimiliki OptiMus yang boroi.
MegaLan pula tidak melepaskan peluang untuk membuli BumbleFadz. Hampir lemas BumbleFadz dalam pelukan MegaLan...
Kerana tidak tahan dengan asakan-asakan yang datang. ShahScream dan BumbleFadz akhirnya mengaku kalah dengan membelanja MegaLan dan OptiMus nasik lemak.
Setelah puas berlawan dan makan, akhirnya mereka semua mengambil gambar untuk dijadikan sebagai kenang-kenangan.
Tapi itu semua sekejap saja kerana pertempuran antara kedua-dua pihak akan tetap berlaku sampai bila-bila.
-The End-
********************
Sesudah meneliti storyboard aku, Michael Bay (MB) pun berkata:
MB: Mangkok hayun!!! Hang tak pernah tengok cerita Transformers ka!!! Razak Mohideen punya cerita lagi bagus daripada cerita mengarut ngko ni!!
Speed: OK la tu, at least, aku perkenalkan jugak Nasik Lemak dalam movie ni, ngko tu asyik tunjuk Nasik Lemak Megan Fox jer buatper!!!
MB: Ngko tau tak sekuel tu nak buat macam mana? Ko tengok tak ending Revenge Of The Fallen macam mana?
Speed: Err.. anu.. anu... Megan Fox dan Nasik Lemak takder kaitan ker? Tengok gambar ni.., kan dia tengah nak piknik nak makan Nasik Lemak?
MB: Chaittt Podahh!!! Nampak sangat hang tak tengok lagi Transformers ROTF aku tu!!! Blahla...
Speed: Gua tau gua memang kodi.... :-(