Monday, December 28, 2009

RSSM: Harimau Belang



Saja ja amik gambar, baru basuh moto.

RSSM: Gemuruh



Gemuruh pulak rasanya nak memulakan hari esok. Sampai kat kedai ni sebab nak cari knee protector. Nama kedai gempak bukan main, takut aku.

Sunday, December 27, 2009

Ride Solo Satu Malaya - RSSM



salam semua sahabat..

Dengan ini, aku ingin maklumkan beberapa route yang aku akan ambil sewaktu solo ride aku nanti...
Apa-apapun, ni no telefon aku

019-4544507

Purpose: Perabih cuti
Target: 29/12/2009 - 2/1/2010 (5 hari)
Extra:


  • Saddle bag
  • Tong 4 liter untuk petrol spare
  • tank bag
  • bagpack tak bawak langsung

Route:
1. Grik - Kuala Terengganu - 29/12/2009 golek tayar dari Penang @ 0700 hrs
grik-pasir putih-permaisuri-batu enam terengganu
Target sampai: pukul 4 petang
Berkemungkinan tidur di Telekom Marang. (nak offer aku tdo ok jugak)  Cheesy

2.  Kuala Terengganu - Kuantan - 30/12/2009 golek tayar @ 0700 hrs
Target sampai, sebelum zohor. Kalau lambat, bermalam. Kalau awal, terus ke JB

3. Kuantan - JB 30 atau 31/12/2009 @ 15.00 hrs atau 0700 pada 31/12/2009
kuantan - pekan - rompin - mersing - kota tinggi - JB Kampung Melayu Majidee (aku tak sure pump petrol area pekan - mersing, tolong aku sikit...)
Anggaran perjalanan: dalam peta kata 6 jam.. aku letak 8 jam,

4. JB - Seremban - Kajang. 1/1/2010 @ 0700
jumpak member dan family angkat di Rasah dan Seremban kejap, lepas tu terus shoot ke Kajang, jumpak kawan-kawan lama. berkemungkinan tidur di Rumah kakak di Duta.

5. KL - Jitra. 2/1/2010 (kalau sempat. Kalau tak sempat, setakat penang sajalah...) golek tayar @ 0700 HRS


Aku akan update status di facebook aku:
www.facebook.com/sikayzie

atau terus di blog aku kalau aku rajin:
www.speedrider.org

Harap2 sesapa yang membaca, tolonglah post kat sini untuk makluman.
Towing Squad Belang aku print siap2 neh... Tolong jangan off henfon tau  doa

Thursday, December 24, 2009

Link Exchange




Mulai tahun 2010, Speedrider Networks akan membuka ruangan iklan untuk disewa. Hasil pengiklanan adalah untuk menanggung kos domain dan perkara-perkara berbangkit yang lain. Entry ini ialah alternatif kepada mereka yang tidak mendaftarkan iklan di Speedrider Networks, tetapi ingin membuat link exchange bersama blog ini.

Untuk Pengiklanan banner bersaiz 125x125 pixels:

RM20.00 untuk 30 Hari
RM110.00 untuk 6 bulan (180 hari) - diskaun RM10.00
RM200.00 untuk setahun (365 hari) - diskaun RM40.00

Kadar ini ialah antara yang termurah dan paling efektif untuk mempromosikan perniagaan dan laman web anda.
Namun, Speedrider Networks berhak menolak sebarang pengiklanan yang berunsur negatif, lucah dan tidak bersesuain dengan Agama Islam.

-----------------------------------------------


Untuk Link Exchange, sila letakkan url www.speedrider.org di laman anda dan maklumkan kepada saya sekiranya anda berminat.Tiada sebarang bayaran dikenakan untuk Link Exchange.


1. Dekonstruksi - http://inipaiseh.blogspot.com/
2. Krenmaut - http://krenmaut.blogspot.com/
3. The Mirror In My Mind - http://i-arabella.blogspot.com - aweks!

Monday, December 21, 2009

SCK-Suzuki Penang Ride 2009

19 Disember 2009 - Sebuah konvoi bermotosikal yang telah ditaja oleh SCK-Racing Boy-Suzuki telah berlangsung bersempena dengan pusingan akhir Kejohanan Cub Prix 2009 di litar bersejarah, Padang Kota. Setelah hampir 20 tahun, akhirnya aktiviti permotoran kembali ke ganggangnya di Pulau Mutiara, di sebuah tempat yang sinonim dengan arena permotoran Malaysia (walaupun sering dianak-tirikan)
Konvoi ini telah dijayakan oleh 24 buah Suzuki Belang R 150, 11 buah Suzuki Shogun (RR dan 1st gen) dan sebuah FXR 150.

Ketibaan rombongan konvoi disambut oleh admin Northern Region Belang R 150 Dot Com, Encik Mohd Fauzan. Lihatlah, nampak penat dan bersemangat beliau mengusahakan agar ride di Penang pada haritu agar berjaya dan diingati.

Selaku chief de konvoi @ Penang, beliau bertanggungjawab untuk memberi sedikit penerangan ringkas, safety dan rules kepada peserta-peserta konvoi. Malangnya, seperti biasa, ada juga peserta-peserta yang langsung tak nak dengar ataupun buat-buat tak dengar. Samada dah cekap sangat ataupun terlampau terer, tak dapat dipastikan. Walaupun telah diberitahu bahawa helmet MS-88 diharamkan, masih ada yang memakai tanpa memikirkan keselamatan masing-masing. Itu belum termasuk kepada mereka yang hanya memakai sandal sepanjang konvoi. Kepada mereka yang beringat sebelum kena, syabas dan tahniah kerana anda adalah pemandu rider berhemah.


Rombongan yang mungkin ada beberapa orang yang tak pernah naik feri Penang, diberi peluang untuk merasa mabuk laut kejap. Rombongan dibawa ke YMCA Hostel Jalan Macalister oleh seorang Marshall Tak Bertauliah, siapa lagi kalau bukan aku. Dalam konvoi ke YMCA ni, marshall bertugas ialah aku, manakala marker dan sweeper ialah Fauzan, Jeff dan Mie. Felix bertindak sebagai jurugambar kelmarin.


Kalau semua orang perasan, makin ramai owner belang yang tambah fairing ni kat depan. Macam-macam style ada, daripada fairing Gamma sampailah fairing RXZ, semuanya masuk. Ada teori menyatakan dengan penambahan fairing, rintangan angin dapat dikurangkan dan seterusnya geseran badan dengan angin dari hadapan dapat dikurangkan, seterusnya dapat menambahkan kelajuan sedikit. Yang ni jangan tanya aku sebab aku bukan engineer bahagian aerodinamik ni yer... Tanyalah kepada mereka yang lebih arif.

Yang ni pun sama jugak. Nampaknya ramai owner belang dah tak sabar-sabar menunggu barang-barang aftermarket yang lain untuk masuk pasaran Malaysia. Seperti yang semua orang maklum, paip original aku pun dah kemek. Nak beli yang original Suzuki, tak mampu.... Mahal.. Pakai Yoshimura mampu la kot nanti.. (kuang kuang kuang...)

Naik belang ni, macam aku.. Takut jugaklah. Bukan apa. Parts semua mahal sangat sekarang. Jadi, safety first. Tengok brader yang pakai lock besar tu. Sanggup beli tayar Japan, janji kepuasan tu ada.


Aku tak sempat pergi tengok cub prix. Tak sempat jugak berjumpa dengan Abang Lukman OKOB; yang bertanggungjawab dengan safety di track Padang Kota. Jadi, aku share gambar-gambar yang kami sempat bawak geng-geng konvoi ni melawat. Antaranya astaka Padang Broom, Queensbay Mall dan Sani Char Koey Teow Bayan Baru.
Masa tengah jadi marker untuk ke Queensbay Mall ni la ekzos aku kena hentam dari belakang, gara-gara ahli-ahli konvoi yang tak sabar-sabar dan yang tak mengikut peraturan marshall. Suasana jadi kelam kabut di round about Tengku Kudin, sampaikan Izuan (pakai helmet Nakano tu) terhentam belakang aku. Nasib baik dua-dua tak jatuh. Macam mana Izuan, ekzos aku nak kira macam mana? Ganti dengan YoshimuraH ajelah... Apamacam? Hahahaha...

Hari diaorang semua nak balik, aku keluar dari dewan exam super pantas. setengah jam saja dah keluar (bukan pasal terer, sebab taktau jawab) semata-mata taknak terlepas dengan diaorang ni. Last meeting point adalah di Pelita Auto City. Sempat bersembang dengan ahli-ahli konvoi yang lain sebelum semuanya berlepas pulang ke KL.

Antara dua darjat betul bila aku letak helmet aku kat sebelah Arai Nakano ni. Heheheh. Bergambar kenangan dengan helmet Tuan Punya Belang yang langgar ekzos aku adalah sebagai satu hukuman. Gila la Izuan, motor aku tak sampai seminggu lagi ko dah kasi hentam belakang.... Dalam trek nanti, ko jangan pegi sondol riders lain la pulak...

Bercakap pasal konvoi, di sini aku ingin mengutarakan pandangan-pandangan aku, dan harap kepada mereka-mereka yang membacanya, dapat menerima dengan hati yang terbuka. Bukan nak tunjuk bagus, tetapi ini aku anggap sebagai satu pembelajaran dan perkongsian pengalaman.
  • Condition - Pastikan motosikal korang tidak melanggar undang-undang secara berlebihan seperti gambar di atas. Sikit-sikit mungkin boleh terima. Tetapi, lampu belakang tu tak kejap dan banyak kali aku tengok hampir terjatuh. Hal ini membahayakan rider-rider lain di belakang anda.
  • Helmet - Aku tak mintak korang beli full face. Tetapi, MS-88 adalah helmet yang paling tak sesuai, dan aku adalah antara orang-orang yang haramkan terus penggunaan MS-88 ni. Entry pasal helmet aku dah pernah tulis dulu. Takkan sengkek sangat nak beli helmet yang OK sikit. Motor riban-riban boleh beli.... Apa da...
  • Riding gear - Pastikan untuk perjalanan long distance, pakailah at least kasut, jaket, helmet dan seluar jeans (at least). Ada ker patut korang dah la konvoi bawak awek, bagi awek pakai MS-88 dan pakai sandal. Sayang awek dah lebih sangat kot? Ataupun kasut/kulit korang semua ni dah keras macam atap zink?
  • Briefing - Ni satu lagi penyakit peserta konvoi. Dahla bawak kadang-kadang ntah apa-apa. Briefing tu, dengarla sikit. Lepas tu, kalau tak faham, boleh tanya dekat marshall. Bawak motor bila berkonvoi, janganla ikut kepala sendiri. Berkonvoi dalam jumlah yang ramai, kalau tak ikut nasihat, boleh terjadi perkara-perkara yang tidak diingini.
Aku ulang, semua teguran aku di atas adalah ikhlas semata-mata. Nak tegur, dah besar panjang, pakai motor laju pulak tu.... Sendiri mau ingatla, ingatlah orang yang tersayang.

Kepada korang semua, semoga berjumpa lagi pada waktu-waktu yang akan datang.... Insya-Allah

BOTTOMLINE:
SUZUKI Champion bagi Season 2009 underbone 4-stroke 115CC.


Picture Credit: felixthecat (Mohd Faliq Azemi)

Sunday, December 20, 2009

Baru Seminggu Dah Kemek




Aku dah pening dengan benda ni. Kemek semalam masa tengah jadi 'marker' time guide konvoi belang r semalam. Geng konvoi jugak yang hentam. Tak perasan semalam lepas kena sebab gelap.

Pagi tadi baru perasan. Alahai, moto tak sampai seminggu dah jadi macam ni. Dah calling-calling member superbike, ada 2-3 pilihan yang nak restore benda ni ataupun aku beli baru terus.

Akhirnya,
1. Exam kantoi, tak sempat nak baca langsung.
2. Cup prix tak sempat nak tengok.
3. Baju konvoi suzuki pun tak sempat ambik.
4. Moto pun dah tak lawa.

Malang nasib aku minggu ni. Saat-saat macam ni, keinginan nak merokok tu kuat sekali. Tension betul.

Thursday, December 17, 2009

Mari Berhijrah

Aksi superman yang telah digayakan dengan jayanya oleh adik ipar Rita Rudaini, Aidil Zaquan di mana Vietnam telah menganjingkan Malaysia 3-1 pada perlawanan di dalam kumpulan yang telah berlangsung pada 6 Disember 2009.

Daripada gambar Bernama ini, tajuknya ialah:

Malaysia prove no match for tough Vietnam.  

STYLO PUNYA TAJUK

Malam ni, situasinya berbeza. Buat pertama kalinya, kem negara yang aku cuma kenal 2 orang kembar tu saja dapat bergembira ketika final. Kembar tu pun aku selalu salah teka nama. Taktau yang mana satu laki Rita Rudaini.

Malam ni, player kita semua senyum, dapat bersorak walaupun dah main 96 minit atas padang. Dapat bersorak sana sini. Dapat cium-cium pingat yang sudah 20 tahun kita tak pernah dapat. Pingat emas Sukan SEA. Malam ni giliran lawan kita yang suka menganjingkan kita untuk menangis di atas padang. Nampak kesian, tapi derita 20 tahun tanpa pingat, siapa yang peduli. Maka seluruh kem Malaysia wajar bergembira pada malam ni walaupun rasa-rasanya semua player Malaysia terlepas sembahyang Maghrib. Gambar AP ni telah diulas beritanya oleh wartawan yang tulis cerita kekalahan kita haritu dengan isinya:

The ‘winner’ came courtesy of an own goal by Vietnam’s Mai Xuan Hop’s in the 84th minute of a toughly-fought final. The football gold medal was also Malaysia’s 40th gold medal in Vientiane.

Owh, sebagai rakyat Malaysia, ada aku peduli dengan own goal Vietnam? TIDAK SAMA SEKALI. Malahan ketika Malaysia memperolehi gol tunggal di minit ke-84, rasanya ramai di antara kita rakyat Malaysia melaung-laung di depan TV agar Malaysia menggunakan taktik terkeji dalam dunia bolasepak iaitu berkampung di depan gol, dan kalau boleh bawak sekali bas player letak di depan gol. Kenapa? Kita nak menang!
Semoga FAM dapat berhijrah dengan tidak memberikan apa-apa reward kepada player kita kali ni. JANGAN MANJAKAN PLAYER KITA. NANTI SEMUA NAIK LEMAU dan akan mula bermain macam taik semula.

Sempena Maal Hijrah ini, aku berharap keadaan aku tanpa 'asap' yang keluar dari mulut dan hidung sejak Isnin, 14 Disember 2009 akan berkekalan.

Konda Kondi Cafe & Bistro

Plan harini nak singgah ke Laksa Pondok Ibu Kathy . Tempat nampak macam menarik tepi sungai, tetapi menu kat sini sesuai untuk m...