Saturday, August 2, 2025

Jubli Perak Kemenangan

Hari ini, genap 25 tahun PFS - Penang Free School menjadi Johan Ragbi MSSPP bawah 18 Tahun Pulau Pinang. Aku tak imbas semula kali ni, tetapi aku tulis baru untuk mengimbas semula kenangan 25 tahun lepas. Skuad tahun 2000 ini adalah skuad air mata. Kami bermula 3 tahun sebelum itu bersama senior, cuma skuad ini lebih ditekankan sebagai skuad projek oleh jurulatih kami; Sir Johnny Loh. Tujuan utama yang paling agung adalah untuk menjuarai kejohanan MSSPP.

Coach Garang? Memang garang. Seingat aku, tiada siapa berani nak demam waktu kami di tahun kedua. Latihan sangatlah intensif. Siapa yang kata demam, coach akan naik cari di asrama betul atau tak demamnya itu. Itu belum campur dengan peristiwa kawan-kawan curi main bola, kena ligan dengan coach menyoroklah kami takut kena denda. Ragbi ketika itu adalah sukan paling bawah dalam ranking sukan lain di PFS. Bola dan Hoki no 1. (Hoki memegang rekod juara lebih 15 kali di peringkat negeri).

Ketika itu, cakaplah siapa saja lawan kami, Sir Johnny akan aturkan. Bukan setakat kejohanan Jonah Jones 7 (open & school division), kami juga bertemu dengan kelab All Blues (senior sparring kami), RAAF (ya, anda tak salah baca, Royal Australian Air Force), PDRM dan aku tak ingat lagi siapa. Premier School league, aku lupa samada kami bertemu KSAH atau Clifford, dan tiada kenangan bergambar. Sultan Ismail College aku tak pasti kami berjumpa atas sebab persahabatan atau di dalam liga Premier School juga. Tapi yang ni memang trip makan angin. SIC terlalu kuat, kami cuma mampu makan nasi ayam sebelah sekolah tu saja lepas game sebab tak tahu nak komen apa.

Dipendekkan cerita, kami mengharungi kempen MSSPP tahun 2000 seperti terlalu mudah kecuali di peringkat semi, apabila kami bertemu SMK Bukit Mertajam. Walaupun kami menang 22-0, berhadapan dengan pasukan berbilang bangsa dengan saiz yang agak besar dan mempunyai scrum-half terbaik waktu itu bukanlah satu benda mudah. Kami melepasi peringkat semi dan masuk ke peringkat akhir setelah lebih 15 tahun tak pernah lepas kelayakan ke semifinal. Dan kami bertemu juara 5 tahun berturut-turut, Tun Syed Sheikh Shahabudin (STSSS) aka Stingers.

Berhadapan SBP yang ragbi merupakan core sport mereka bukanlah cerita indah. Kami bermain dengan tekanan besar; kami bermain di padang 'home' Stingers. Mereka turun penuh satu sekolah dengan penyokong mereka. Kami, walaupun dah pegang title senior di asrama, tak dapat keistimewaan untuk bawa cheers squad untuk menyokong kami. Jadi, kami cuma ada coach, cikgu pengiring dan beberapa ibu bapa pemain yang hadir. Kami menang 7-3 dengan STSSS. Seingat aku, Hafiz Kamil dah di mark rapat. Jadi, dia takda peluang langsung untuk try mana-mana drop goal (expertise Hafiz Kamil). Willy minta aku buat commentary pasal final game ni. Sejujurnya aku tak ingat. Sebab forward pack punya misi waktu ni adalah sondol habis-habisan. Sebab tu aku tak ingat langsung siapa player STSSS tahun ni. Kerja aku cuma tackle, ruck, maul, sondol dan tackle player keluar. Aku rasa aku cuma ingat wana maroon hitam jersi STSSS saja sebab di ingatan aku cuma nampak yang tu. Apabila bunyi wisel dibunyikan, itulah kemenangan terbesar kami pada tahun itu. Membawa harapan allahyarham Cikgu Sober untuk melihat Frees menjuarai Ragbi MSSPP tertunai.

Gambar atas padang pun sebab aku bawa kamera aku, kalau tak bawa, rasanya tak ada gambar kami untuk kenangan. Yang ambik gambar pun player, lepas tu dia heran sampai hari ni kenapa dia takda dalam gambar (sebab aku bagi kamera dekat dia minta tolong ambil gambar). Tq Carboque, aku tak lupa hang ambik gambar.

Alhamdulillah sempat la hidup 25 tahun dari tahun 2000 untuk cerita imbas kembali Jubli Perak kemenangan PFS Rugby Team 'PFS Lion' tahun 2000. Junior kami gagal mempertahankan kejuaraan pada tahun 2001 tetapi bangkit semula pada 2002. Secara rasmi, telah 23 tahun PFS tidak menjuarai MSSPP. Semoga ada keajaiban suatu hari nanti untuk PFS bangkit semula.

Untuk semua kawan-kawan dan junior aku tahun 1996-2000, terima kasih untuk kenangan zaman sekolah kita yang paling manis. 

3 Ogos 2000 - 3 Ogos 2025
25 Tahun Jubli Perak
Johan Ragbi MSSPP Bawah 18 Tahun

Wednesday, July 30, 2025

𝗚𝗿𝗮𝗻𝗱 𝗙𝗶𝗻𝗮𝗹; 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 𝗦𝘂𝗽𝗲𝗿 𝗦𝗰𝗵𝗼𝗼𝗹 𝗙𝗶𝗳𝘁𝗲𝗲𝗻: 𝗕𝗣 𝗖𝗼𝘂𝗴𝗮𝗿𝘀 𝘃𝘀 𝗩𝗜 𝗕𝗹𝘂𝗲𝘀


Terima kasih pada Enervive Sports dan Astro Arena yang berkongsi rakaman perlawanan, boleh aku share sikit footage yang aku suka dalam post ni. Credit pada pemilik hak footage.

Selain daripada video popular conversion yang memuktamadkan perlawanan, aku ingin share video taktikal akhir yang telah BP Cougars gunakan. Kalau rajin, bacalah. 

𝑷𝒆𝒏𝒂𝒇𝒊𝒂𝒏/𝑫𝒊𝒔𝒄𝒍𝒂𝒊𝒎𝒆𝒓: Tulisan dari peminat BP Cougars semata-mata, tulisan akan dipengaruhi oleh sifat palatao dan bias sebab aku bukanlah coach. Tulisan mungkin bias sebab aku sokong BPC.

VI bermula garang dengan percubaan dropgoal yang bahaya pada awal perlawanan! Seperti yang aku dah jangka, taktik seperti bertemu MCKK digunakan sekali lagi oleh VI pada perlawanan akhir ini. Percubaan 'test market' ni syukurnya tidak masuk (ayat bias sebab aku sokong BPC tetapi tak keterlaluan kan?)

Try awal VI sedikit membantutkan mood perlawanan. Biasanya, try pertama sangat penting untuk menentukan arah tuju perlawanan. Ada ketika, lawan akan hilang fokus kerana tekanan untuk mengejar kedudukan. Ini dibuktikan dengan try cantik dari winger VI, Indra Putra (14) yang mendapat off load cantik dari No. 8 VI kemudian sekali lagi stand off membuat passing cantik terus kepada Indra Putra. BPC dihukum kerana membiarkan laluan tersebut kosong, kemungkinan tidak menyangka No. 8 akan membuat off load terus kepada backline. Umair Rayyan (Fullback 15) membuat goal kick yang cantik dari penjuru 22, membuatkan aku cuma mampu menutup mata (sebenarnya berdoa supaya ada angin tolak bola daripada masuk palang).

BP Cougars terus mengasak dengan forward pack dan akhirnya di separuh masa pertama, Pdot (3) berjaya memperoleh try pertama BPC dan conversion disempurnakan Zaim Isyadduddin (10). Penyokong tepi padang bersorak suka! Separuh masa pertama tamat dengan 7-7.

Separuh masa kedua bermula dan kemudian, BPC dihukum VI lagi oleh Umair Rayyan yang mengambil penalty goal kick dari 10 meter line. Jauh sungguh ya jarak ni dan ia masuk! Angin terus menghala ke goal post sangat membantu ketika berada di kedudukan yang jauh begini. 

Penyokong VI kini dah mula bersemangat dengan cheers mereka. 


(Kemudian aku perasan, kenapa lirik cheers ni sama macam Penang Free dulu? Semua sekolah asrama recycle cheers rasanya ni, hahaha)

MRSM BP mengulang cheers basic yang sama. Aku tak mengharapkan apa-apa kerana cheers squad bukan boleh dibuat ad-hoc. Ia perlu latihan intensif. Penang Free Hostelites pernah dijemput ke Stadium Bandaraya untuk cheers suatu masa dulu. Ketika itu, tiada Ultras dan tiada Curva. Ah maaf tercuri sedikit limelight pada Penang Free; Johan Ragbi MSSPP U18 2000 dan 2002. (Maaf tertulis).


VI memanfaatkan penalty dengan kick menjadikan mendahului BPC dengan 10 mata. Ketika ketinggalan 10-7, BPC sedikit terkhilaf apabila Arif Fahmi (6) dilayangkan kad kuning dan menyebabkan sekali lagi, Umair Rayyan melebarkan jarak kepada 13-7 dengan penalty kick beliau yang berbisa.

Terus terang cakap. Kami penyokong BPC dah tak senang duduk dengan jarak mata yang ditinggalkan VI. Ketika inilah penyokong BPC mula menjerit supaya bola dikeluarkan kepada winger BPC kerana nampak keadaaan semasa, forward VI terlalu sukar untuk dipecahkan.

Kemudian aku teringat juga, Pakwan mesti ada taktikal akhir dan aku juga perasan, semua taktikal yang dibuatnya biasanya tak boleh dijangka. Kali ini, forward VI yang sangat jitu, ditentang oleh BP COUGARS dengan taktikal Pick and Go. Hampir 20 minit ya taktikal ini dijalankan dan aku dengar dengan jelas waktu ni berapa ramai penyokong meminta supaya bola dikeluarkan kepada winger.

Tapi aku yakin, inilah strategy akhir Pakwan dan aku puji semua pemain yang mentulikan semua pekikan penyokong dan "STICK TO THE PLAN".

Pick and Go BP Cougars berlangsung sehingga minit akhir perlawanan. Aku berdoa supaya tiada lagi kesilapan-kesilapan yang akan merugikan ball posession BPC kepada VI. Di dalam 20 minit terakhir tersebut, beberapa turnover dilihat dapat ke VI, tetapi VI sudah tidak fokus; tendangan line out pun tidak menjadi dan BP COUGARS terus dengan Pick and Go menggunakan sepenuhnya Forward Pack. Forward VI dah letih. Ya, nampak letih!

Cubaan-cubaan dari Forward Pack dimuktamadkan dengan try sekali lagi dari Pdot (3). Sekeliling padang histeria! Walaupun kedudukan 12-13 dan di belakang VI, merapatkan jurang 5 mata sangat berharga ketika ini.

Aku dah risau melihat Pdot diam di bawah goal post. Tahun lepas pun dia pernah jadi macam ni, over exhausted. Tetapi Pdot, ini perlawanan akhir yang yang sangat penting. Bangunlah Pdot!

Stretcher dimasukkan dan Pdot dikeluarkan dari padang dengan neck support. Aku dah diam seribu bahasa. Macam-macam boleh jadi dengan conversion akhir ni. Kalau masuk, menang. Tapi kalau tak masuk macam mana? Otak ligat waktu ni dan anxiety kicks in! Kemudian, match officer memberikan isyarat waktu perlawanan telah melebihi waktu ditetapkan dan conversion ini adalah yang terakhir di dalam perlawanan. Ini hidup mati BP Cougars!

Lepas tu baru orang perasan, yang akan ambil conversion bukan Zaim (10) tetapi Aqil Zikry (22). Waktu ni anxiety jangan cakap la. Tapi aku percaya, Pakwan memang memberi kepercayaan penuh kepada Aqil. Pakwan lebih mengenali anak didiknya daripada kami! 

Satu padang sunyi.
Tendangan diambil. 
Bola melepasi goal post.

Di dalam video nampak tempoh ini singkat, tetapi kami di tepi padang? Semua terpaku diam.


𝗛𝗜𝗦𝗧𝗘𝗥𝗜𝗔!!!!!!!

BP COUGARS menang dengan 1 point sahaja di depan VI! Kami lari masuk ke padang. Bapak-bapak player semua menangis! Anak aku yang tak main pun, berair mata aku ni! Coaches semua menangis! (Aku dah ambil gambar untuk  B̶l̶a̶c̶k̶m̶a̶i̶l̶ bahan sejarah di masa depan).

Tahniah juga pada VI Blues, good game! Semuanya kini menjadi sejarah. Tahniah anak-anak BP COUGARS.

Tahniah Coach Pakwan! Tahniah Cikgu Assajri! Tahniah Coach Jazam! Tahniah Coach Kilau! Aku nak list semua pun aku takda list. Tahniah semuanya!!!! Jangan kecik hati aku tak tulis sebab aku dah penat nak type dekat handphone.

Pertama kali juga MRSM BP menang game rugby, satu Malaysia MRSM cuti!

Monday, July 28, 2025

Antara Keringat Dan Air Mata

Teringat aku untuk menulis hari ini adalah semalam sebelum balik, secara rawak aku berjumpa pemain sebab nak tengok medal. Terus teringat medal yang kami pernah dapat dulu. Aku pesan, seminggu atau dua minggu sekali nanti lap lah, supaya tak dimakan usia atau berkarat (oxidize).

Budak-budak ni macam kami dulu; bermula dari kosong. Berbeza dengan kemudahan dan fasiliti, kami lebih teruk. Coach pernah guna buah kelapa ganti bola ragbi sebab kami passing bola tak elok. Maksudnya selagi kami passing tak elok, kami kena guna buah kelapa tua tu. Itu belum kira fumble, macam-macam denda yang kami kena. Berapa ramai kawan-kawan kami muntah hijau dalam padang waktu tu. Kami dianggap "3 Years Project Team" di mana kami bermula ketika Tingkatan 3. Dan aku, di dalam pasukan aku bermula sebagai waterboy saja. Kalau dalam Jonah Jones 7, aku akan ditugaskan sebagai ball picker. Geram tak dapat main, tapi bila fikir balik aku bukan runner dan winger, kawan-kawan yang masuk Team A dan Team B pun lunyai juga dalam Jonah Jones tu. Ingat lagi waktu tu kami kena jumpa SEMSIRA yang kami pun tertanya-tanya, ni semua budak sekolah ka atau orang tua yang main? Hahaha.

Tingkatan 4, bermula la penjelajahan perlawanan persahabatan dengan sekolah-sekolah lain. Yang tak tahan, coach set dengan sekolah-sekolah yang dah kuat waktu tu seperti Sultan Ismail College dan Clifford kalau tak silap. Kami lunyai semua game persahabatan dengan sekolah-sekolah tersebut. Target coach pada kami sebenarnya bukan di peringkat antara negeri, tetapi sebenarnya adalah di dalam negeri. Bila difikirkan balik, teknik coach tak sama dengan taktikal yang digunakan dalam era sekarang. Kami ditekankan dengan basic handling dan peraturan; tak boleh silap. Kami juga ditekankan dengan teamwork; seorang silap, semua kena. Tak ada star player dalam team. Hujung Tingkatan 4 dan awal tingkatan lima, MRSM Balik Pulau adalah antara sekolah 'sparring' kami yang kami lunyaikan. Waktu tu  di dalam pulau, antara yang kuat adalah Teknik Tunku Abdul Rahman (TARP). Aku dimasukkan ke dalam first 15 ketika hujung Tingkatan 4 sebagai prop; jersi No. 3.

Tahun 2000, semuanya menjadi sejarah. Kami angkat gelaran sebagai johan negeri dan sapu bersih semua point kejohanan. Mata bolos kami cuma yang kami terima di Final melawan Tun Syed Syeikh Shahabudin. Waktu tu, tak macam sekarang yang penuh ibu bapa tepi padang. Yang hadir cuma ibu-bapa yang duduk dekat dengan padang kejohanan. 3 tahun seksaan kami berbaloi dengan memecahkan dominasi Stingers selaku johan negeri 5 tahun berturut-turut waktu itu. Habis sekolah, setengah dari pasukan meneruskan dengan kelab All Blues dan terpilih mewakili Pulau Pinang untuk SUKMA, Piala Presiden dan Piala Agong. Aku pula mengucapkan selamat tinggal selamanya pada dunia ragbi selepas mengalami kecederaan lutut ketika kempen pemilihan SUKMA waktu tu.

25 tahun kemudian, pasukan yang aku sokong; BP Cougars pada tahun 2024 kerana pertama kali dimasukkan ke MSS. Kemudian kebetulannya anak diterima masuk belajar pada 2025, menjadi Juara MSS. 25 tahun punya cerita terpampang bagai projektor sepanjang perjalanan balik dari Putrajaya ke Pulau Pinang.

27 Julai 2025 akan terpahat selamanya dalam memori semua pemain, pengurusan dan penyokong yang terlibat dengan BP Cougars skuad 2025. Kejayaan paling besar adalah memecah monopoli penguasaan SBP di dalam kejohanan ragbi peringkat sekolah yang paling berprestij; Malaysia Super School Rugby Fifteen.

Tahniah BP Cougars, selayaknya anda semua patut bergembira dengan kejayaan ini! Cerita ini boleh diulang tayang sehingga ke anak cucu!

Monday, June 16, 2025

LANGSUIR MELAYU MYSTIC PENINSULAR TOUR

Langsuir adalah satu band yang penuh warna-warni. Aku kenal Langsuir sedikit lambat iaitu pada 1997-1998 tapi tak serius pun. Dipenuhi pelbagai cerita di kalangan ahli band, sehinggalah segala jenis tanggapan orang terhadap Langsuir, mereka tetap jalan terus.


Persembahan semalam bertempat di Ruas Store. Parking sedikit neraka dekat kawasan ni menyebabkan aku dan rata-rata pengunjung lain datang dengan motor saja. Support band semua padu-padu. Aku datang ketika Pendita Gila Sedang beraksi, memang best! Selepas tu Exhumane dan rehat untuk Solat Maghrib. Sesi malam dimulakan dengan Apocalyptic Carnage, Tremorrage (dari Banda Acheh, pendapat aku, sound depa best. Genre Metalcore). Herrriot yang telah 25 tahun tidak beraksi di Penang (Pulau) hadir sebagai band tumpuan juga dengan gimik Vox taknak naik atas pentas atas alasan kencing manis (Hahahaha!). Menariknya aku baru tahu nama band Herriot sebenarnya diubah dari nama lain menjadi nama sekarang bersempena dengan nama Kampung Heriot, Dato Keramat. Punya sempoi, sikit punya international nama 🤣.


Showmanship Langsuir semalam sedikit berbeza daripada yang sebelum-sebelum ini. Bau kemenyan memenuhi ruang gig. Tiada lagi Langsuir di atas pentas, dan tiada lagi outfit burung gagak (tak muat dah, konpem), gimik semalam adalah bertepatan dengan Melayu Mystic. Kesemua ahli kugiran memakai busana mengikut peranan masing-masing. Vox Aad paling menyerlah dengan busana Tok Bomoh dengan lorekan contengan belang harimau di muka, sesuai dengan tajuk lagu dari album Engkar; Saka Harimau Jadian. Betul punya in character boleh pulak dia buat mata terbeliak tanya audience siapa bawak saka malam tu. (harey betoi, aku nak balik jauh la Aad, bawak motor lalu area pokok ada langsiaq pulak tu).


Ok dah la. Ulasan umum saja. Semoga tour berikutnya berjaya dan lebih ramai dari Penang!

Thursday, April 24, 2025

Cerita Pedih SPM

Kenangan aku untuk SPM agak perit sebenarnya. Untuk PMR 1998, kalau tak silap ada 9-11 orang (tak ingat) dapat straight 8A waktu tu di Penang Free School. Untuk pelajar asrama (Hostelite), aku adalah pelajar tunggal skor 8A tahun tu, mengejutkan pilihan utama yang semua orang jangka akan dapat 8A tahun tu.

Apa jadi lepas tu? Majoriti kawan-kawan yang dapat 6A ke atas berpindah ke MRSM dan Sekolah Teknik. Aku? Tiada rancangan dan terus kekal di PFS. Kekecewaan yang pertama adalah itu kali pertama tiada majlis penghargaan untuk pelajar-pelajar yang dapat 7A/8A. Tercengang juga tahun tu sebab rasa macam tak dihargai pun. Masa tingkatan 4, Ustaz Suhaimi panggil aku mengadap di asrama dan suruh aku pegang jawatan pengawas asrama. (sebab aku juga langsung tak apply apa-apa jawatan masa Tingkatan 4). Terima kasih ustaz, asbab sebab tu rasanya masa Tingkatan 4/5 nak buat jahat tak boleh sebab teringat ustaz yang lantik suruh jadi pengawas asrama.

Tingkatan 4 = Honeymoon year.

Semua sebab peristiwa PMR tu ja sebenarnya. Mindset ketika tu, buat apa nak pulun sangat kalau takda siapa tengok/hargai. (Hal ni masih relevan sampai aku umur 40+ 🤣)

Fast Forward 25 tahun kemudian.
Semua benda yang aku dah lalui dan kecewa waktu lalu, aku cuba jadikan anak-anak aku takkan laluinya juga. Isteri aku mungkin nampak aku keras dengan anak-anak, tapi rasanya cuma siapa yang dah lalu hidup asrama saja yang akan paham apabenda aku (dan bapa-bapa lain) buat sekarang.



P/S: Takda gambar waktu ambil result SPM dulu, ni waktu Poli/Sukma/Piala Agong/Piala Presiden.
Ada juga gambar sebelah legend. Kuikuikui. Dalam gambar ni juga ada legend dapat selection Malaysia tapi blah latihan pusat lepas dapat boot Canterbury. 🤣🤣🤣🤣

Sunday, February 16, 2025

Timex dan Aku


Timex bermula dengan imej knock-off untuk Rolex, dan ia juga dikenali sebagai Poor Man's Rolex.

Jam pertama yang aku beli dengan gaji sendiri adalah Timex. Sebab aku selalu tengok arwah ayah guna Timex. Ada satu model Timex aku beli waktu aku kerja di Komag USA, lepas habis belajar. Tahan betul model tu, sampai harini aku guna. Biasanya aku beli sebagai ingatan atau waktu bila kejadian pembelian itu berlaku.

Jam dalam gambar ni adalah jam chronograph aku yang pertama. Pattern ni dikenali sebagai coin's edge, sebab ada ukiran bentuk siling di casing jam. Jam ni aku beli sewaktu aku berkerja di Ipoh, kerja berulang Penang-Ipoh setiap hari. Sebab apa aku beli design syiling ni? Sebab waktu ni aku struggle betul dari sisi kewangan sebab perbelanjaan banyak habis untuk pengangkutan pergi balik kerja.

Now you know.

ini pula, hadiah untuk Muhammad Qayyum Bin Musyrif . Advance untuk birthday akan datang dan sempena memasuki alam ramaja.

Harapnya dapat bertahanla untuk dia kenang nanti.

Jubli Perak Kemenangan

Hari ini, genap 25 tahun PFS - Penang Free School menjadi Johan Ragbi MSSPP bawah 18 Tahun Pulau Pinang. Aku tak imbas semula ka...