Showing posts with label Old Frees. Show all posts
Showing posts with label Old Frees. Show all posts

Saturday, August 2, 2025

Jubli Perak Kemenangan

Hari ini, genap 25 tahun PFS - Penang Free School menjadi Johan Ragbi MSSPP bawah 18 Tahun Pulau Pinang. Aku tak imbas semula kali ni, tetapi aku tulis baru untuk mengimbas semula kenangan 25 tahun lepas. Skuad tahun 2000 ini adalah skuad air mata. Kami bermula 3 tahun sebelum itu bersama senior, cuma skuad ini lebih ditekankan sebagai skuad projek oleh jurulatih kami; Sir Johnny Loh. Tujuan utama yang paling agung adalah untuk menjuarai kejohanan MSSPP.

Coach Garang? Memang garang. Seingat aku, tiada siapa berani nak demam waktu kami di tahun kedua. Latihan sangatlah intensif. Siapa yang kata demam, coach akan naik cari di asrama betul atau tak demamnya itu. Itu belum campur dengan peristiwa kawan-kawan curi main bola, kena ligan dengan coach menyoroklah kami takut kena denda. Ragbi ketika itu adalah sukan paling bawah dalam ranking sukan lain di PFS. Bola dan Hoki no 1. (Hoki memegang rekod juara lebih 15 kali di peringkat negeri).

Ketika itu, cakaplah siapa saja lawan kami, Sir Johnny akan aturkan. Bukan setakat kejohanan Jonah Jones 7 (open & school division), kami juga bertemu dengan kelab All Blues (senior sparring kami), RAAF (ya, anda tak salah baca, Royal Australian Air Force), PDRM dan aku tak ingat lagi siapa. Premier School league, aku lupa samada kami bertemu KSAH atau Clifford, dan tiada kenangan bergambar. Sultan Ismail College aku tak pasti kami berjumpa atas sebab persahabatan atau di dalam liga Premier School juga. Tapi yang ni memang trip makan angin. SIC terlalu kuat, kami cuma mampu makan nasi ayam sebelah sekolah tu saja lepas game sebab tak tahu nak komen apa.

Dipendekkan cerita, kami mengharungi kempen MSSPP tahun 2000 seperti terlalu mudah kecuali di peringkat semi, apabila kami bertemu SMK Bukit Mertajam. Walaupun kami menang 22-0, berhadapan dengan pasukan berbilang bangsa dengan saiz yang agak besar dan mempunyai scrum-half terbaik waktu itu bukanlah satu benda mudah. Kami melepasi peringkat semi dan masuk ke peringkat akhir setelah lebih 15 tahun tak pernah lepas kelayakan ke semifinal. Dan kami bertemu juara 5 tahun berturut-turut, Tun Syed Sheikh Shahabudin (STSSS) aka Stingers.

Berhadapan SBP yang ragbi merupakan core sport mereka bukanlah cerita indah. Kami bermain dengan tekanan besar; kami bermain di padang 'home' Stingers. Mereka turun penuh satu sekolah dengan penyokong mereka. Kami, walaupun dah pegang title senior di asrama, tak dapat keistimewaan untuk bawa cheers squad untuk menyokong kami. Jadi, kami cuma ada coach, cikgu pengiring dan beberapa ibu bapa pemain yang hadir. Kami menang 7-3 dengan STSSS. Seingat aku, Hafiz Kamil dah di mark rapat. Jadi, dia takda peluang langsung untuk try mana-mana drop goal (expertise Hafiz Kamil). Willy minta aku buat commentary pasal final game ni. Sejujurnya aku tak ingat. Sebab forward pack punya misi waktu ni adalah sondol habis-habisan. Sebab tu aku tak ingat langsung siapa player STSSS tahun ni. Kerja aku cuma tackle, ruck, maul, sondol dan tackle player keluar. Aku rasa aku cuma ingat wana maroon hitam jersi STSSS saja sebab di ingatan aku cuma nampak yang tu. Apabila bunyi wisel dibunyikan, itulah kemenangan terbesar kami pada tahun itu. Membawa harapan allahyarham Cikgu Sober untuk melihat Frees menjuarai Ragbi MSSPP tertunai.

Gambar atas padang pun sebab aku bawa kamera aku, kalau tak bawa, rasanya tak ada gambar kami untuk kenangan. Yang ambik gambar pun player, lepas tu dia heran sampai hari ni kenapa dia takda dalam gambar (sebab aku bagi kamera dekat dia minta tolong ambil gambar). Tq Carboque, aku tak lupa hang ambik gambar.

Alhamdulillah sempat la hidup 25 tahun dari tahun 2000 untuk cerita imbas kembali Jubli Perak kemenangan PFS Rugby Team 'PFS Lion' tahun 2000. Junior kami gagal mempertahankan kejuaraan pada tahun 2001 tetapi bangkit semula pada 2002. Secara rasmi, telah 23 tahun PFS tidak menjuarai MSSPP. Semoga ada keajaiban suatu hari nanti untuk PFS bangkit semula.

Untuk semua kawan-kawan dan junior aku tahun 1996-2000, terima kasih untuk kenangan zaman sekolah kita yang paling manis. 

3 Ogos 2000 - 3 Ogos 2025
25 Tahun Jubli Perak
Johan Ragbi MSSPP Bawah 18 Tahun

Jubli Perak Kemenangan

Hari ini, genap 25 tahun PFS - Penang Free School menjadi Johan Ragbi MSSPP bawah 18 Tahun Pulau Pinang. Aku tak imbas semula ka...