Sunday, February 16, 2025

Timex dan Aku


Timex bermula dengan imej knock-off untuk Rolex, dan ia juga dikenali sebagai Poor Man's Rolex.

Jam pertama yang aku beli dengan gaji sendiri adalah Timex. Sebab aku selalu tengok arwah ayah guna Timex. Ada satu model Timex aku beli waktu aku kerja di Komag USA, lepas habis belajar. Tahan betul model tu, sampai harini aku guna. Biasanya aku beli sebagai ingatan atau waktu bila kejadian pembelian itu berlaku.

Jam dalam gambar ni adalah jam chronograph aku yang pertama. Pattern ni dikenali sebagai coin's edge, sebab ada ukiran bentuk siling di casing jam. Jam ni aku beli sewaktu aku berkerja di Ipoh, kerja berulang Penang-Ipoh setiap hari. Sebab apa aku beli design syiling ni? Sebab waktu ni aku struggle betul dari sisi kewangan sebab perbelanjaan banyak habis untuk pengangkutan pergi balik kerja.

Now you know.

ini pula, hadiah untuk Muhammad Qayyum Bin Musyrif . Advance untuk birthday akan datang dan sempena memasuki alam ramaja.

Harapnya dapat bertahanla untuk dia kenang nanti.

1 comment:

  1. 1st time bapak aku belikan jam "proper" ketika tingkatan 1 berjenama Casio, sebelum-sebelum tu cap ayam pasar malam je

    aku guna sampai aku habis USM, 3-4 kali tukar bateri dalam 10 tahun kemudian tak dapat diselematkan lagi

    sampai sekarang aku masih setia dengan jenama Casio - Baby-G, G-Shock, Edifice

    ReplyDelete

𝗚𝗿𝗮𝗻𝗱 𝗙𝗶𝗻𝗮𝗹; 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 𝗦𝘂𝗽𝗲𝗿 𝗦𝗰𝗵𝗼𝗼𝗹 𝗙𝗶𝗳𝘁𝗲𝗲𝗻: 𝗕𝗣 𝗖𝗼𝘂𝗴𝗮𝗿𝘀 𝘃𝘀 𝗩𝗜 𝗕𝗹𝘂𝗲𝘀

Terima kasih pada Enervive Sports dan Astro Arena yang berkongsi rakaman perlawanan, boleh aku share sikit footage yang aku suka...