Sunday, June 28, 2009

Aku Terselamat, Tapi Parah..



Lupakan sekejap rock hari ni. Aku keluar dengan Nurul untuk beli banyak barang hari ni. Secara spesifiknya, dia nak beli hadiah untuk kakak sulung dia. Dan, seperti biasa leteran telah diterima gara-gara Zippo semalam. Fuh, hampir bernanah sekejap telinga aku mendengarnya. Tapi, sekali aku cakap.. Tengok baju tu dan tengok balik Zippo ni. Maka, keadaan kembali aman seperti sediakala.



Jawapan aku yang paling konkrit kenapa aku beli Zippo ialah seperti video di atas. Ya, itulah tujuan utama aku sebab musabab membelinya. Senang bila nak buat campfire tepi laut, ataupun... dan lain-lainlah senang cerita.

Niat di hati, aku nak tengok Transformers: Revenge Of The Fallen hari ni, tapi humang aih. Semua time dah pun fully book. Melepas la aku... Last-last, Jangan Pandang Belakang Congkak jugak yang terpaksa dilayan untuk meleraikan kesusutan otak. Senang punya filem, tak payah pikir panjang-panjang, tengok dan bantai gelak aja.



Kemudian, kunjungan aku ke Speedy Video menemukan aku dengan cd-cd ni. Murah gila la beb. Rm13.90 satu. maka, tanpa berpandukan akal yang waras, membuatkan aku ringan tangan untuk terus mencapai dan membayar. harga normal ialah untuk DVD dan album Teori Domino Revisited Jamming (ingat tak, hari aku punya cd hilang atas bas?)

Maka secara automiknya, wallet aku telah mengalami kecederaan parah secara rasmi pada hari ini...

Saturday, June 27, 2009

Nang Botinang....

Cari Pasal #1:


Semalam, bersempena dengan Hari Gaji. maka, kami pun memutuskan untuk melakukan aktiviti Hari 'Hora'. Tempat yang dituju ialah Teluk Tempoyak. Berbekalkan RM20.00 seorang, 2 ekor ikan merah berjaya dibakar, seekor ikan bawal talang berjaya dimasak masak cabai, setengah kilo udang kertas berjaya dibakar dan 2 jag air asam boi berjaya ditelan beramai-ramai tanpa meninggalkan sedikit pun bahan bukti di atas meja, dan seterusmya membuatkan semua kucing-kucing di situ berduka lara kerana langsung tak dijemput makan oleh kami. Seekor kucing telah dikenalpasti terjun laut kerana terlampau kecewa dan sepasang selipar (tak diketahui milik siapa) terapung di permukaan air laut, mungkin kerana terlampau tension apabila jejaka-jejaka di atas 'mentekedarah' tanpa belas kasihan dan membuatkan susana kedai seperti bapak mereka yang punya.

Cari Pasal #2:


Hari ni pulak. Pertama kali aku menjejakkan kaki sebagai pelajar PJJ di USM. Lagak persis Ali Setan, suasana bising di belakang bilik persidangan live telecast amat bising kerana pelajar-pelajar yang berdedikasi dan bersemangat pada hari pertama sidang video, tidak dapat duduk. Sesungguhnya, keadaan yang amat tidak selesa ini mengakibatkan suara-suara rock-and-roll berkumandang di belakang. Dan yang paling palatnya, ini adalah kali pertama aku belajar dengan televisyen, bukan dengan manusia. Betapa janggalnya aku! Sessi perbincangan dengan pensyarah terbantut untuk bilik #2 Wilayah Pulau Pinang kerana microphone rosak!!!! (diperingatkan, ini adalah Universiti Apek APEX dengan microphone rosak!!) Keputusan dan kesimpulan, ini adalah kali pertama dan terakhir sidang video aku. Selepas ni, aku akan tengok sessi rakaman jerlah!!!

Cari Pasal #3:


Dengan perasaan yang membuak-buak amarahnya, aku terus menuju ke Bukit Mertajam. Dan secara automatiknya, mencipta rekod peribadi dalam pembelian CD Original. Sekali beli, 6 keping. Double Trouble dah ada secara fizikal dalam bentuk kaset, cuma tukar amik cd la pulak.. Dan secara fizikalnya, membuktikan bulan ni adalah pertama kalinya aku berasa cukup kaya sejak berkerja. Baki duit dalam bank ada banyak sangat lagi. Argh, aku perlu lakukan sesuatu!!!!

Cari Pasal #4:



Dengan kaya dan bongkaknya. Aku mengisytiharkan, ini adalah Zippo pertama dalam hidup aku. Sesungguhnya bukan bunyi gemercing (bukak kamus la beb!) yang aku cari, bukan boleh bakar apa-apa pun dengan bunyi tu. Lebih kepada nilai estetika dan fungsi yang menjadi buruan aku. Sesungguhnya akan ada seseorang nun jauh di Kampung Pak Lah yang akan membebel 24-jam apabila melihat aku mengusung benda ni. Tapi fahamilah, waima aku berhenti merokok sekalipun, benda ni akan tetap aku beli untuk kegunaan lain. Terutamanya dalam aktiviti memancing dan meredah hutan.

Maka, sekianlah hari jalan-jalan cari pasal aku hari ini.

Friday, June 26, 2009

Cerita Bergambar



Hari ni, aku pergi kerja dengan kereta. Bukan selalu beb aku pergi kerja dengan kereta. Tetambah pulak dengan kereta sport macam ni kan. Pergh, time bawak ni, aku memang eksen, hidung boleh tadah air ujan!



Bila dah sampai opis, payah betul nak parking. Takkan aku nak parking bawah pokok mempelam? Rosak abis la cat aku kan... Tak boleh jadi ni.



Cis, aku terpaksa jugak mendedahkan identiti superhero aku neh. Autobots! Transform!!!
jet jet jet nyettt...!!!! Roll out!!



Fuh, letih betul drive jauh-jauh datang opis. Rasa macam nak tergeliat jer urat belakang ni. Lega betul bila dapat stretching macam ni.



Arghhh!!!! Terkangkang aku dengan bil-bil bulan ni. Bukannya sikit nak kena bayar. Aduhai.... Teruk la macam ni, tokey balak pun boleh bankrap beb!!



Yeeha!!! Nasib baik hari ni hari gaji. Selepas bayar bil, bayar hutang dan sebagainya. Seperti dijanjikan dengan seller satu barang ni, semua pembayaran telah dilunaskan. Terujanya aku!! Kuikuikui...



Bila dah kurang sikit kerja hari ni, apa lagi. Surf-surf la sikit. Rupa-rupanya Jacko dah mati. Kalau betul dia masuk Islam haritu (di-Islamkan oleh Yusoff Islam dan disaksikan oleh abang Jacko sendiri, Jermain), betapa untungnya Jacko ni, mati dalam Islam, dan seperti bayi yang baru lahir jer amalannya dihitung. Syukur! Bila melihat tarikh kematiannya, aku sayu..... Aku teringatkan sahabat aku, Allahyarham Ijan.



Itulah cerita dari aku yang kerja tak banyak hari nih. Merepek jer dalam office. Tak sabar aku nak tengok cerita Transformers nanti!!!!

Sekian, tamat cerita bergambar.

Thursday, June 25, 2009

Belasungkawa: carvedijan

Aku menerima berita yang amat mengejutkan pagi ni daripada Zul. Cukup mengejutkan.

"Salam. Ingin dimaklumkan sahabat kita, ijan @ roshizal presiden Sayap2Wings kembali ke rahmatullah 7.30pg td. alfatihah."

Aku tergamam ketika membaca sms tu. Biar betul Zul ni!!!!? Aku telefon Zul, tapi tak dapat. Aku call pulak Zan, kedengaran bunyi sibuk... Ya, Zan berada di hospital, arwah masih di sana untuk dibawa pulang ke rumah. Katanya, sesak nafas...

Aku terkedu lagi. Baru dua-tiga hari lepas rasanya aku bercakap dengan arwah. Arwah menjemput dengan bersungguh-sungguh untuk aku tumpang tidur di rumahnya, sebab sama-sama nak pergi ke Konsert Search 1 Ogos 2009 nanti. Aku menolak pada mulanya kerana takut menyusahkan. Tapi arwah berkeras dan aku setuju.

Sekarang, dengan persiapan Search yang nampak kelam kabut dan seperti tidak bersungguh-sungguh untuk menjayakan 'konsert penghargaan' mereka tu di Bukit Kiara, niat aku tu terus terpadam untuk ke sana kerana aku telah kehilangan seorang sahabat, yang berdedikasi terutamanya melibatkan Sayap-Sayap Wings. Ya, aku tidak akan pergi ke Konsert Search nanti, muktamad.

Hari ini, aku kehilangan seorang lagi sahabat, presiden dan seorang otai rock.

Roshizal Bin Ibrahim (aka carvedijan, ijan)
19 July 1974 - 25 June 2009

Alfatihah. Rest In Peace Bro Ijan.

Wednesday, June 24, 2009

Bila Serabut Menjadi Ribut

Chapter 1
Ah, dah 2 tahun aku di sini. Dah macam-macam aku lalui. Dan yang paling terkini, aku dapat berita kedudukan struktur di Pulau Pinang akan diteliti semula. Takkan nak re-allign lagi?
Ah, budak boroi yang jahat ni pasti ditendang lagi, buat kesekian kalinya....
  • Ditendang keluar unit bertukar bos - budak jahat
  • Ditendang keluar unit tak tukar bos - adik kesayangan bos!
Hahahaha, sapa tak setuju statement aku tu, belasahla komen kat seksyen komen tu!

Chapter 2
Dan sepanjang 2 tahun ni jugak, betapa celiknya aku dengan servis Streamyx yang dulu aku cukup tension dan meluat akibat kadang2 slow dan kadang-kadang laju. Aku dapat masuk kompeni ni pun rasa-rasanya atas jawapan berkaitan dengan ketidakpuasan hati aku terhadap servis kompeni ni. - dan sekarang, aku dah tau kenapa!!

Dan sekarang, untuk manusia-manusia bebal dan berasa terer tentang telekomunikasi punya problem ni, jawapan aku adalah paling senang, tapi sedikit macam celaka - pi la pakai servis kompeni lain kalau mau.

Dan responnya cukup mudah, daripada customer-customer yang aku pernah interact, dan kebiasaannya adalah lebih kurang 50/50.
50% adalah customer yang sememangnya mengetahui selok belok masalah telekomunikasi daripada peringkat local mahupun international, dan 50% lagi adalah customer yang bangang tak berapa nak tau tapi buat-buat tau.

Chapter 3
Aku dah siapkan migration untuk 2 tempat utama yang heavy gila utilisation internet ni. Dan kalau dari segi teorinya, sepatutnya dalam maksimum 2 bulan, kelajuan internet untuk 2 area ni akan terasa kesannya.

Senang cerita, benda yang aku buat ni, sebijik macam mat Bangla yang sedang melebarkan Jambatan Pulau Pinang. Daripada dua lorong, menjadi 3 lorong. Jadi, bolehla merempit motor puas-puas atas jambatan (aku heran, napa takder orang race atas jambatan? Takut jatuh laut ker?)

Dan, buat pertama kalinya, aku rasa syukur sangat-sangat sebab aku adalah orang yang paling baru dalam kompeni ni diberi kepercayaan untuk allign benda ni di area Barat Daya Pulau Pinang. Macam tak caya, duduk sebaris dengan pioneer-pioneer broadband Pulau Pinang. Terima kasih pada 3 senior aku yang telah mengajar sepenuh masa, sapa lagi kalau bukan Encik Darus, Encik Jasni dan Encik Shahrunizar. Semua dah naik pangkat, alhamdulillah.
Sekarang, tinggallah aku menjadi macai kompeni, tunggu masa nak ditendang lagi.

Chapter 4
Ni pun satu lagi masalah. Tapi masalah aku saja. Berserabut sampai kadang-kadang aku rasa macam nak pi satu pulau, pasang khemah, manceng, dan sapa pun jangan cakap ngan aku. Biar aku dan 'Wilson' sembang kat atas batu tepi laut.



Dan semestinya, orang yang dapat sijil pekerja cemerlang ni, memang tak lama dah. Yerlah, selalunya, kalau dah cemerlang-cemerlang ni, mesti la ada makan free kan? Aku ucapkan, cepat-cepatla sikit... Aku dah tak sabar makan free.
Uish!!! Nama macam kenal la!!!!

Tuesday, June 23, 2009

Semua Dalam Satu

Kadang-kadang, teringat aku kisah aku dulu-dulu. Degil, keras kepala dan taknak mendengar kata. Sekarang, aku dah tinggalkan zaman sekolah dan jugak zaman belajar (tapi belajar balik). Masa berubah, dan akhirnya, setiap teguran aku dengar walaupun aku kadang-kadang totally tak setuju langsung!

Aku sedar, nasihat aku atau teguran kepada orang lain mungkin sedikit keras. Ya, aku tau semua tu. Aku bukannya manusia yang pandai menyulam kata-kata untuk beri teguran kepada orang lain. Biasanya, straight to the point.

Kes 1:
Biasanya kalau orang tu selalu melakukan kesilapan, dan aku sememangnya dah masak dengan kemungkinan dia akan melakukan lagi kesilapan (ataupun daripada pengalaman aku sendiri), biasanya aku akan menegur. Tapi, kalau teguran aku dibalas dengan reaksi yang lebih kurang, biasanya... Aku persetankan saja dan lantaklah nak jadi apa pun.

Kes 2:
Mengaku pernah buat kerja hebat-hebat. Kos ribu-ribu la apa la. Jadi apasal ko tak buat quotation harga ribu-ribu bila ko mula-mula nak buat kerja dulu? Ko cerita pasal buat kerja (maintenance) dalam cleanroom, tapi berapa kali ko buat kerja dalam cleanroom? Aku dulu KEJA DALAM CLEANROOM.
So, dengan kuasa veto yang ada sebab bos cuti....
Aku arahkan ko stop keja ko dan pergi balik. Esok ko pandai-pandailah sembang ngan bos aku macam mana ko nak drill dalam bilik equipment aku tu.

Kes 3:
Aku nak balik. Lantaklah apa pun!!

Monday, June 22, 2009

Typical Malaysian

Satu lagi sekolah ditutup hari ni.
Menjadikan 2 buah sekolah telah diarah tutup, dan beberapa sekolah lagi aku tak berapa faham statusnya.

Seperti biasa, pengumuman rasa-rasanya telah dibuat sejak kes Selsema Oink Oink ni mula diwar-warkan sejak kes pertama di Mexico dan US. Lepas tu, semua penerbangan yang balik dari negara tu, pun telah dikhabarkan dalam tv dan suratkhabar, termasuk di internet.

Tapi, macam biasalah, orang Malaysia ni semuanya banyak yang sihat dan kuat (minum Milo??). Dipersetankan semua amaran-amaran tu dan hidup seperti biasa. Sekarang, wabak ni menular bukan daripada luar, tapi dah menular di kalangan rakyat kita sendiri.

Kenapa kita selalu macam ni yerk? Benda yang sama berlaku dalam kes-kes saman dan sepertinya. Lagi lambat lagi bagus. Seronok beratur gamaknya. Tapi untuk kes selsema babi ni, ni salah satu daripada sebab-sebab rakyat malaysia tak tahu tentang merebaknya wabak ni (agak-agaknyalah...)

  • Suratkhabar ni racist!! Tak boleh baca!
  • Suratkhabar tu berat sebelah, jangan baca!!
  • Media ni pro kerajaan/pembangkang jangan tengok!!
  • Internet ni semuanya tipu, khabar angin, jangan percaya!!!
Hahahaha, boleh jadi ker?
Selamat berselsema babi beramai-ramai. (MC hospitalized bolehla claim...30 hari? 60 hari??)

Sunday, June 21, 2009

Selamat Hari Ayah

Ayah,
Mus ingat lagi, dulu ayah garang gila.
Kita jarang bercakap hampir 18 tahun.
Tapi, lepas habis SPM...
Pelik, ayah dah macam best friend Mus.

Ayah,
Ingat tak, dulu ayah kata...
"Aku bagi kat hang RM30 sebulan, pandai-pandailah hang nak hidup."
Seksa time tu dok pekin duit..
Tapi, alhamdulillah, dengan cara tu.. Sampai hari ni, Mus dah tau nak hidup bila kesempitan duit.

Ayah,
Ingat tak dengan arwah ayah Che Abu?
Memang Mus membesar dengan dia,
Tapi tau tak,
Semua orang tau Mus anak Man (panggilan ayah)
Dan Mus bangga sebab ada dua ayah.

Ayah,
Mus takdak apa-apa nak bagi kat ayah tahun ni.
Sememangnya terkilan sebab langsung tak dapat bagi apa-apa lagi,
Cuma satu saja...
Terima Kasih Ayah atas semua kasih-sayangmu pada kami anak-anakmu.

Selamat Hari Bapa kepada bapaku, Abu Bakar Bin Ahmad.
Al-Fatihah kepada bapa saudaraku, Abu Bakar Bin Nayan.

Saturday, June 13, 2009

Hi Run Bukan Hairan



Berbelit pulak tajuk aku kali ni.

Aku tengah ada kat office. Kerja tengah-tengah malam sebab ada PMW. Jadi, sementara tunggu team yang buat PMW habis buat kerja, sebelum part aku nak confirmkan semua sistem up dan running, sempatla aku update sikit blog ni.



Bersempena Classic Rock Tribute Concert 2009 di Bandar Perda, aku singgah kejap dengan Mizie dan Botak. Mizie paling senior dan aku pulak jatuh paling muda. Mizie memang hidup di zaman Rock sedang berkembang pesat, jadi tak hi-runlah kalau kami bertiga ada sekali tadi.



Konsert kalau mengikut flyer, start pukul 9 malam. Aku tiba tepat pukul sembilan, dan setelah menunggu hampir sejam (mengalahkan Search dan Wings), konsert pun bermula. Order makan pun sampai lambat. Nampaknya, pelayan-pelayan yang amik order kena hantar training dulu di Bistro Bukit Bintang, servis memang slow tahap cipan. Apa-apa pun, aku seronok betul dah ada live band show macam ni kat Penang. Sekurang-kurangnya, taklah menonong nak ke Bukit Bintang nak tengok live band tiap-tiap minggu.



Hi-Run adalah 7 pieces band, 1 vox, 3 guitarist, 1 bassist, 1 drummer dan 1 keyboardist. Dianggotai secara rojak oleh bekas-bekas anggota Crosstown, Mutiara, Wow dan Wild Age. Huh, patutlah ramai. Hahahaha.



Petang sebelum konsert, aku sempat telefon abang Din Crosstown samada dia akan turut serta atau tidak. Ketidakhadiran Abang Din melemahkan sikit semangat aku nak ke konsert ni. Aku mengenali Abang Din, adalah sebagai guru tak rasmi tak berbayar untuk info-info tentang guitar Fender dan Squire. Rasanya kalau aku tak cakap pun, tentu ramai otai Penang yang kenal dia, sebab dia bekerja di sebuah kedai alatan muzik di Pulau Pinang jugak. Mungkin dia ada hal, takperlah.



Yeargh, brader Zainul Kamal ni, merupakan senior sekolah aku. Dia yang info tentang konsert ni, kalau tak, memang haram aku tak tau. Kerja ja memanjang, jadi melalui e-group Old Frees lah aku tau tentang konsert ni. Pakai kemeja nak main lagu Iron maiden yang tatahan tu...



Ni adalah list tak rasmi yang aku dapat dari bro Zainul Kamal:

1ST SESSION

1. FINAL COUNTDOWN - Europe
2. WASTED YEARS - Iron Maiden
3. HEAVEN AND HELL - Black Sabbath
4. HOLY DIVER - Dio (*)
5. ARES LAMENT - Loudness (*)
6. HERE I GO AGAIN - Whitesnake (*)
7. HYSTERIA - Def Leppard (*)
8. MASTER OF PUPPETS - Metallica (*)
9. POWERSLAVE - Iron Maiden


2nd Session - Arabian Fire akan memainkan lagu-lagu tribute Sweet Charity.


3rd SESSION

1. 22 ACACIA AVENUE - Iron Maiden
2. ROCK YOU LIKE A HURRICANE - Scorpions
3. STRANGER IN A STRANGE LAND - Iron Maiden
4. CARRIE - Europe (*)
5. HEAVY CHAINS - Loudness (*)
6. SAMARKAND - Bloodshed (*)
7. DON'T TALK TO STRANGERS - Dio (*)
8. FOREVER - Y&T
9. HALLOWED BE THY NAME - Iron Maiden
10.HIGHWAY STAR - Deep Purple

ENCORE (Reserve)
1. TWO MINUTES TO MIDNIGHT
2. ACES HIGH



Tapi, aku sempat tengok 4 jer lagu diaorang perform iaitu Final Countdown (Europe), Lagu Whitesnake yang aku lupa tajuknya, Carrie (Europe) dan Wasted Years (Iron Maiden). Lepas tu terpaksa blah sebab nak masuk kerja. Jadi, kalau ada antara korang yang sempat tengok sampai habis, berilah komen. Rugi betul aku tak sempat tengok sampai habis.

Komen aku:
1. Servis makan hancur
2. Sound sistem pun hancur (ada technical problem masa lagu Carrie tadi)
3. Tapi boleh dipejamkan mata sebab konsert free punya pasal. Hehehehe.....

Thursday, June 11, 2009

Tribute to 80's Rock



Urgh... Aku nak pergi sangat showcase ni sebab dekat sangat dengan rumah aku. Tapi malam tu aku kena kerja. Tengoklah, kalau ada rezeki, sebelum aku pergi kerja, aku singgah dulu.

Menampilkan senior sekolah aku dari band Hi Run (hairan?). Masa aku promote konsert SEARCH dalam e-groups old boys, sorang pun tak reply, tetiba jer cuihhhh, muncul inform kami semua diaorang akan buat tribute showcase untuk 80's rock band. Cayalah, buat yang terbaik bro!!

Till Then
Rock On!!!! \m/ \m/

Monday, June 8, 2009

Aku Nak Jugak!!!



Dalam masa cuti-cuti sekolah ni, banyak sungguh kenduri yang dibuat. Sampai sehari, 2-3 kenduri pulak yang nak kena pergi. Yerlah, semuanya kawan-kawan yang kenal dari kecik pulak tu.



Maka, presiden untuk persatuan orang-orang bujang pun beralih tangan lagi untuk tahun ni. Dan kami selaku muka-muka tebal ni, memang la dah tak kisah dan peduli dengan soalan keramat; bila nak merasa nasik minyak?
Nanti-nanti la makcik oi, minyak tengah mahal sekarang... kuikuikui...



Bercakap pasal kenduri, terbeliak la bijik mata aku apabila hantaran Nana AF ni pada suaminya ialah gitar idaman hampir kebanyakan orang (termasuk aku la), Gibson LP Slash Signature Series. Macam ni punya hantaran pun ada ka? Huiyo, aku pun nak kalau macam ni!!! Hehehehe.



Bercakap pasal guitar, dah semestinya aku dah terpaksa gantung guitar sejak dari awal tahun ni sebab betul-betul tak ada masa dah nak melayan benda ni. Tapi panggilan member pada malam minggu haritu untuk test Ibanez Jem 7V Prestige ni memang aku takleh tahan nak tolak. Terima aja!!!!



Dan apa kata kalau aku kawin nanti, ada member-member datang bagi hadiah kawin kat aku macam gambar atas ni? Boleh naik sewel la nanti... Terbalik meja kenduri pulak kang.... Hahahahah...

Tapi jangan tertipu, Ibanez di atas ialah Ibanez Tipu. Maka berhati-hatilah apabila menerima tawaran harga tak masuk akal sebuah gitar lagenda.

Kita Kena Berjimat Cermat



Sempena bulan gawat, ingin aku khabarkan berita gembira kepada peminat-peminat Transformers versi kedai bundle. Sekarang, korang boleh dapatkan item-item yang aku paparkan di sini di semua stesyen minyak Petronas yang mengambil bahagian.



Tshirts logo autobots yang biasanya menjadi buruan di kedai bundle, akhirnya dengan senang dapat dibeli di Petronas tanpa mengeluarkan kos belanja yang mahal.



Begitu juga dengan t-shirt Decepticon ni, dengan mudah sekali dapat diperolehi di Petronas.



Untuk makluman, semua barang-barang untuk filem terbaru Transformers - Revenge of The Fallen ni, semuanya dapat dibeli di Petronas dengan harga RM9.90 setiap item.




Walaupun ia made in Malaysia, tapi sememangnya syarikat yang buat ni memiliki lesen besar iaitu official merchandiser, semestinya under license. Jadi, sekiranya kita boleh dapat barang-barang ni dengan harga yang amat murah iaitu RM9.90, mengapa kita nak bayar lebih? Pilihan di tangan anda.

Sunday, June 7, 2009

Murtad - Jangan Pandang Sebelah Mata

Untuk manusia-manusia bebal, terutamanya macam aku, buku karya Ann Wan Seng (penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah Negeri Selangor 1430H/2009, Anugerah Saudara Muslim Cemerlang Kebangsaan 2008) ini, amat membuka mata dan minda aku.

Seumur hidup aku, tak pernah aku beli buku-buku 'berat' macam ni. Terutamanya melibatkan Agama Islam. Tapi kunjungan aku ke Kompleks Kailan, secara tak sengaja, menarik minat aku apabila terpandang poster tentang buku ini. Buku ini dilancarkan oleh Mufti Perak, Dato Seri Haji Harussani bin Haji Zakaria.

Setakat ini, aku cuma mampu membaca 1/4 kandungan buku yang kaya dengan statistik dan fakta (yang aku benci tentang matematik) tentang kes murtad di Malaysia.

Nama Ann Wan Seng amat asing pada aku, tapi memandangkan beliau adalah mualaf, aku beli jugak buku ni. Setakat ni, dua tokoh mualaf yang aku kagumi ialah Saudara Ridhuan Tee (dulu aktif di Forum Perdana Ehwal Islam, sekarang adalah kolumnis di Utusan Malaysia) dan Ustaz Ravi yang mengajar Tilawah Interaktif (kat TV) tu. Betapa besarnya hidayah yang mereka terima hinggakan Melayu yang dilahirkan Islam pun takde ilmu macam mereka.

Buku ni juga telah mengulas kes-kes murtad yang berlaku di Malaysia dan seterusnya mensahihkan beberapa email yang selalu aku terima tentang kes murtad. Isu Lina Joy juga telah dikupas dari segi kelemahan undang-undang kita yang masih bertindan antara Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah.

Melalui buku ini juga, dapat aku ketahui, betapa kita masyarakat Melayu yang selalu perasan bagus (maafla, ni pendapat aku) yang selalu menyisihkan saudara-saudara baru sehingga mendorong mereka untuk murtad. Kelemahan Orang Melayu Islam turut ditempelak, terutamanya pihak NGO dan JAKIM yang lebih berminat berdebat tentang pendedahan Dato Harussani tentang lebih 100 ribu orang Melayu yang murtad, daripada mencari penyelesaian. Ironik kan? Ditegur oleh seorang mualaf.

Komen aku:
Dapatkan buku ni. Menarik, dan sesuai dibuat rujukan tentang kes murtad.

Friday, June 5, 2009

Bukan Hadiah Biasa



Tepat umur aku yang setahun lebih tua haritu, aku sempat kemas-kemas stor dengan ayah sebab dia nak cari boiler untuk masak perkakas circumising dia tu, sebab esok tu dia nak khatankan anak buah aku. Sambil-sambil kemas, aku carila sama barang yang aku pernah terlihat dulu.



Bila dapat, aku mintak permission dari ayah.
Satu je dia pesan.
"Hang jangan jual dan jangan bagi kat orang"



Maka, aku dah secara sah, join kelab ada barang tu, tapi takder player.. hehehe.
Sila jamu mata korang. Koleksi penuh boleh dilihat di sini.
Maksudnya, aku nak mintak orang tolong rip untuk buat MP3 pun, kirim salam lah jawabnya..


Ayah cakap macam tu, mungkin mengenangkan gramofonnya dulu, yang dipinjam, kemudian terus 'dibuat harta' oleh peminjam tersebut, dan kemudian hilang.
Takpa ayah, nanti Mus cari player lain pelan-pelan....
Memang dah mengusyar player LP ni secara aktif sejak setahun lepas, tapi belum berkenan di hati, dan kadang-kadang bila dah berkenan... Takder duit pulak!!!
Takper, pelan-pelanlah aku cari nanti...



Dalam banyak-banyak tu, yang aku heran, kenapa ayah aku ada banyak LP dari Jose Feliciano? Rupa-rupanya terjawab sudah... Salah satu album dari mamat ni, berjudul Che Sara, sama namanya dengan mak aku... Patutla pun.... Romantik jugak orang tua aku neh masa muda-muda. Hahahahaha...

Wednesday, June 3, 2009

Ali Setan Kembali



Akhirnya sejak 1986, akhirnya Ali Setan kembali lagi. Tetapi, penampilannya lebih versatile; iaitu berpenampilan 2B iaitu boroi dan botak. Har Har har....

Ya, itulah hakikatnya. Aku telah selamat mendaftar menjadi budak skema semula pada 1 jun 2009, bersamaan dengan hari Isnin yang lalu. Sah, aku sekarang ialah salah seorang daripada kumpulan pertama pelajar Rancangan Pengurusan (Organisasi) Jarak Jauh di Unervisiti berstatus APEX ni. APEX tu apa, aku pun taktau, har har harrrr... Seperti biasa, walaupun aku berasal dari negeri universiti pusat ini berada, aku tetap mengambil cuti direct seminggu untuk menghayati apa yang best sangat tentang USM ni. - kesimpulannya, haram tak best!



Perangai budak hostel yang aku tinggalkan hampir 10 tahun bermula kembali. Aku sorang jer yang amik tinggal di Desasiswa USM ni, semua partner kerja yang lain, nak berulang (sebab diaorang tak amik cuti panjang, aku sorang jer amik cuti panjang). Takperlah, tidor sorang-sorang ok jugak. Layan muzik 24 jam tanpa henti dalam bilik betul-betul melapangkan otak aku.

Urgh, boring-boring tu, siap la senarai nama manusia-manusia yang tersenarai menginap di Desasiswa Aman Damai ni. Dan mangsanya ialah sapa lagi kalau bukan partner kerja aku yang tak menginap di desasiswa. Tapi yang tu bukan kerja aku, tu kerja member kerja aku seorang lagi. Dengan kata lainnya, sememangnya aku bersubahat.



Skil-skil asrama memang tak pernah dilupakan. Terutamanya cara nak buat ashtray ni tanpa menggunakan sebarang peralatan. Caranya, sendiri pikir la... Bebudak hostel tentu tau macam mana nak buat kan?



Hari kedua, si Afad bawak durian yang diorang amik masa ponteng kerja waktu siang tu. Huh, bos ngan anak buah sama-sama ponteng semata-mata durian 'mangkag' ni. 4 ulas jer boleh makan, yang lain-lain semuanya 'mangkag'. Ok la, dapat gak merasa durian, dan seterusnya menyebabkan satu tingkat blok berbau durian dan menjeleskan semua geng-geng2 PJJ yang lain. Memang 3 ekor perangai setan...



Hari ni, sessi bacaan ikrar dijalankan. Betul-betul buat aku menguap memandangkan nak tunggu dekan-dekan dan pemangku cansellor tu datang, boleh tahan la nak tunggu. Nak kena nyanyi tu yang tak tahan. Tak cukup lagi ker penyeksaan kena nyanyi lagu company sebulan tiap-tiap hari masa kursus induksi dulu? Arghhhhhhhhh, boleh naik gila macam ni.



Tapi, sebagai budak PJJ, betul-betul membuatkan aku hilang semangat ialah, aku takleh drop langsung subjek. Alasan yang diberi, sebab aku dulu engineering field, takleh transfer untuk management punya course. Hampeh la woi, subjek bebudak management di poli ngan bebudak engineering sama ja dulu terutamanya untuk Matematik dan Bahasa Inggeris. Apa punya alasan la yang diberi. Aku betul-betul tak puas hati, dan seterusnya menyebabkan aku ponteng ja taklimat-taklimat yang sepatutnya aku pergi tu. Setan lagi..



Argh.... Serabut kepala hotak aku neh. chow dulu sehingga ada berita best selepas Raya nanti (insya-Allah). Yang pasti, nampak gaya Konsert Search di Kangar dah cancel. Takder story lagi aku nak bawak. Melepas la semua geng-geng Penang yang nak repeat dan baru nak tengok di Kangar nanti.

Apakejadah punya simbol la aku buat atas tu. macam mana la aku boleh tersilap. Hampeh!! Aku serabut!!!! Bebudak PJJ takder langsung ke yang Mat Rockkkkkkkkkk!!!!!!?????

Konda Kondi Cafe & Bistro

Plan harini nak singgah ke Laksa Pondok Ibu Kathy . Tempat nampak macam menarik tepi sungai, tetapi menu kat sini sesuai untuk m...