Sunday, July 17, 2022

Mat Kayuh


Harini pukul 7.30 camtu aku dan Galol bergerak dari rumah menuju ke kedai Mien, Binjai Station untuk bersarapan dulu. Settle sebijik roti canai dan 2 biji telur setengah masak. Mien dah naikkan ke RM1.50 sebab takleh kawal dah kos, tapi memang puas hati tanpa komplen sebab roti dia besar.

Settle makan, terus kami menuju ke Penaga dan kat kedai situ pun dah habis setengah jam. Singgah kedai di Pasir Gebu sebab teringin 100 Plus. Ride memang santai habis dan takda target jam. Bukan nak menang piala pun kan.


Rumah kampung kayu ni sebenarnya aku dah aim lama nak bergambar. Terletak di perjalanan masuk ke Pantai Merdeka, rumah kayu ni memang menyerlah sebab dia sebijik ja dengan background sawah padi. Serius cakap kalau aku ada duit banyak taktau buat apa, memang aku nak buat rumah macam ni satu!


Lebih kurang pukul 10 lebih camtu dan setelah 30KM mengayuh, akhirnya sampai juga ke destinasi kami; Pantai Merdeka. Bantai posing seround dua dulu sebab kami berdua guna basikal cap ayam saja (aku siap rembat basikal anak, saiz 24") kalau nak dibandingkan dengan orang lain yang guna basikal mahal siap bunyi hub cengkerik. Aku pula datang pakej dengan bunyi crank rosak. Ha ha haaaa!


On the way balik, singgah di port target kedua; Pak Teh Gulai Panas. Seperti namanya, main menu di sini adalah gulai ikan. Kami sampai pukul 11 lebih, jadi kepala ikan dah habis. Layan isi ikan ketul ajalah. Lapar-lapar ni memang sedap gila makan nasik gulai baru. Bertambah sedap jadinya tadi sebab Galol belanja. Wakakakakakak!


On the way balik, singgah rest kejap di Pondok abang Subri Gulong, time ni memang panas gila sebab matahari dah terpacak atas kepala. Melalui Jambatan Merdeka, boleh pulak berenti ambik gambar sebab ni entah camna coli siapa ada tengah jambatan ni woi! 🤣. Penang dan Kedah dipisahkan oleh Sungai Muda, di mana baru-baru ni disebabkan banjir di Baling, habis keruh sungai ni sampai bekalan air Kedah dan Pulau Pinang terpaksa ditutup untuk mengelakkan kerosakan tapisan di Loji Rawatan Air. Maksudnya kalau Penang bayar kat Kedah pun tak guna seduit sebab bila berlaku Force Majeure macam tu, Kedah pun takleh jamin nak supply air bersih dari sungai. Benda alam semulajadi ni ambik ajalah, bukan Penang cilok air terawat dari Kedah pun, jangan berkira pait sangat nohhhh 🤪.


Elok-elok lepas Zohor camtu alhamdulillah sampai rumah. Dengan basikal kecik dan takda brand ni, memang barai habis buat 60KM! Tak kisahlah slow pun janji sampai dan gerek tak jadi penyidai tuala kat rumah 🤣

Saturday, July 9, 2022

Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan


Kalau bukan pasal anak ajak tengok, memang susah aku nak layan tengok sebab Top Gun: Maverick pun aku tak sempat nak tengok.

Rokiah, abang datang.

Quote-quote dari Wahid (Beto Kusyairi) semuanya banyak yang mengesankan sampaikan kadang-kadang aku rasa tajuk filem ni kena tukar jadi nama Wahid.

Yang penting, ada ilmu baru sini. Waktu Wahid kena bebel dengan Rokiah sebab selalu pergi jumpak Mat Kilau, padu betul Wahid bagi:

"Sebab pemikiran macam awak inilah bangsa kita lemah!"

Sekian tips untuk digunapakai jika bini anda tak bagi keluar jumpa kawan. Aku tak bertanggungjawab jika terjadi perkara sebaliknya.

Yang Benar,
Dahi yang bersilau,
Akulah Mat Silau

Wednesday, July 6, 2022

Motovlog #2: Work Life Balance?


 Minggu ni rasanya kemuncak stress aku tahun ni. Jadi, meraban ajalah dalam video 15 minit ni 

Sunday, July 3, 2022

Darah Tinggi


Aku dah lama hidup dengan tekanan dalam julat 130-140/80-89 dan biasanya doktor akan kata bacaan ni walaupun agak tinggi (elevated), tetapi masih 'normal' untuk lelaki.

25 Jun 2022 mungkin adalah tarikh yang merubah segala-galanya. Selepas selesai meneguk kopi Tealive Signature, setengah jam lepas tu aku rasa kepala aku berat betul. Dan selepas 10-15 minit rasa itu tak hilang, perkara pertama yang aku agak mungkin darah aku naik. Ini berdasarkan pengalaman aku ketika gastrik ataupun sakit urat di mana memang darah aku akan naik sedikit. Balik rumah terus check dan agak merisaukan bila bacaan Diastolic (bacaan bawah) menunjukkan angka atas 100. Mungkin 102 aku dah lupa. Ni adalah pertama kali aku dapat bacaan 155/102 kalau tak silap. Merasa agak panik, aku rest saja dan berharap semuanya akan ok.

Pada esok harinya, Ahad. Aku terjaga waktu tengah tidur lebih kurang 12.30 malam dan terus mencapai alat mengukur darah dan agak terbeliak biji mata melihat bacaan Diastolic adalah 110! Perkara ini berlarutan beberapa hari dengan purata bacaan bawah melebihi 90. Hari Selasa ketika di pejabat, aku putuskan untuk ke klinik depan pejabat dan bacaan adalah 102 bawah. Terus klinik bagi MC dan syorkan mula mengambil ubat darah tinggi. Aku mengelak dan meminta peluang untuk bertenang kejap dalam seminggu dan tengok hasil berikutnya.

Pada hari Khamis malam Jumaat, aku ke klinik lain untuk 2nd opinion dan bacaan malam tu adalah 102. Aku menyerah kalah dan kini secara rasminya aku dah start ambil Amplodipine 5mg untuk mengawal tekanan darah aku.

Tak cukup dengan tekanan kerja rasanya, keadaan terkini ni cuma menambah strees pada aku dan secara terus-terang, memang aku rasa down abis.

Konda Kondi Cafe & Bistro

Plan harini nak singgah ke Laksa Pondok Ibu Kathy . Tempat nampak macam menarik tepi sungai, tetapi menu kat sini sesuai untuk m...