Showing posts with label Self Taught. Show all posts
Showing posts with label Self Taught. Show all posts

Sunday, January 22, 2023

Tahun 2023 dan Siri ke 40

Memenuhi undangan kenduri harini dalam keadaan 2 ahli keluarga kurang sihat. Hampir-hampir duduk dalam kereta saja tak keluar sebab isteri gastrik teruk dan vertigo sebab angin.

Tak sangka bila mencapai Siri umur 40 ni, lain pulak perginya semua benda dan keadaan. Dalam masa pertama, nampak macam diri ni muda lagi sampaikan perempuan muda pun aku panggil kak dan dalam masa yang sama, terasa tua sangat bila perasan lingkungan kawan-kawan yang terus menyepi samada di dunia sebenar, media sosial dan ada juga yang telah pergi tak kembali.

Asalnya nak post di Facebook ni, tapi tak jadi.

Tuesday, August 2, 2022

Juara Ragbi Pulau Pinang

Baru-baru ni bersenangat dengan berita team ragbi malaysia di kejohanan 7's Commonwealth Games. Walaupun kalah kesemua perlawanan,  kita berada dalam posisi yang sangat sukar dengan kehadiran powerhouse dalam dunia ragbi. Ada komen sumbang menyatakan buang masa hantar Malaysia ke Tournament ni. Baik hantar team yang ada prospek medal macam hoki.

Macam ni, ini adalah proses yang dipanggil exposure. Kita semua tahu player kita kalah dari segi saiz fizikal. Tapi dari tournament ni, ramai juga buka mata bila rugger Malaysia boleh buat try dengan rugby powerhouse di taraf dunia. Jepun juga tak ada saiz macam kita, tapi tengok sekarang team Jepun macam mana di Asia.


 Penang Free School menjadi pasukan belasahan dalam tournament MSSPP sekitar 90-an. Aku dan kawan-kawan terlibat dalam projek 3 tahun coach Johnny Loh pada 1998-2000 yang menyaksikan kami banyak buat friendly dan ada juga kami berdepan dengan team RAAF (Royal Australian Air Force) - pikir sendiri la badan budak sekolah menengah Malaysia lawan dengan mat saleh macam mana. Time ni kami berharap dengan No 8 kami ja, Cheah Ui Lee (yang akhirnya main dengan Cobra). 3 tahun tahan maki dengan coach, dengan backline hari-hari training buat kick bagi kena palang sampai satu tahap kick dari atas line tepi untuk masuk dalam goal post.

 Penyudahnya, setelah 15 tahun kemarau, kami Johan negeri Pulau Pinang mengalahkan juara 5 tahun berturut-turut; soksek. Kejuaraan ini juga mengalirkan air mata jantan Chiku Mrprofitman yang kami kalahkan di semi-final (wish you were on our team bro).

Trust the process, Rugby Malaysia perlukan exposure untuk bertambah mantap.


 3 Ogos 2022 menandakan sudah 22 tahun peristiwa kemenangan bersejarah kami di Pulau Pinang. Satu-satunya gambar team yang lengkap adalah selepas kami menang di perlawanan Final di tempat lawan. Tak pernah ambik gambar secara formal dan bukan pasukan jangkaan untuk memenangi 15 a side MSSPP tahun 2000! Al Fatihah untuk Allahyarham Cikgu Sober dan Bun (Hafez Hassim).

Wednesday, July 6, 2022

Motovlog #2: Work Life Balance?


 Minggu ni rasanya kemuncak stress aku tahun ni. Jadi, meraban ajalah dalam video 15 minit ni 

Sunday, July 3, 2022

Darah Tinggi


Aku dah lama hidup dengan tekanan dalam julat 130-140/80-89 dan biasanya doktor akan kata bacaan ni walaupun agak tinggi (elevated), tetapi masih 'normal' untuk lelaki.

25 Jun 2022 mungkin adalah tarikh yang merubah segala-galanya. Selepas selesai meneguk kopi Tealive Signature, setengah jam lepas tu aku rasa kepala aku berat betul. Dan selepas 10-15 minit rasa itu tak hilang, perkara pertama yang aku agak mungkin darah aku naik. Ini berdasarkan pengalaman aku ketika gastrik ataupun sakit urat di mana memang darah aku akan naik sedikit. Balik rumah terus check dan agak merisaukan bila bacaan Diastolic (bacaan bawah) menunjukkan angka atas 100. Mungkin 102 aku dah lupa. Ni adalah pertama kali aku dapat bacaan 155/102 kalau tak silap. Merasa agak panik, aku rest saja dan berharap semuanya akan ok.

Pada esok harinya, Ahad. Aku terjaga waktu tengah tidur lebih kurang 12.30 malam dan terus mencapai alat mengukur darah dan agak terbeliak biji mata melihat bacaan Diastolic adalah 110! Perkara ini berlarutan beberapa hari dengan purata bacaan bawah melebihi 90. Hari Selasa ketika di pejabat, aku putuskan untuk ke klinik depan pejabat dan bacaan adalah 102 bawah. Terus klinik bagi MC dan syorkan mula mengambil ubat darah tinggi. Aku mengelak dan meminta peluang untuk bertenang kejap dalam seminggu dan tengok hasil berikutnya.

Pada hari Khamis malam Jumaat, aku ke klinik lain untuk 2nd opinion dan bacaan malam tu adalah 102. Aku menyerah kalah dan kini secara rasminya aku dah start ambil Amplodipine 5mg untuk mengawal tekanan darah aku.

Tak cukup dengan tekanan kerja rasanya, keadaan terkini ni cuma menambah strees pada aku dan secara terus-terang, memang aku rasa down abis.

Sunday, June 19, 2022

Haji Saad Technician

Gambar 6/12/2019

 Aku mengenali Haji Saad, seorang pesara Tabung Haji melalui Mail aka Pak Mat Tempe Typing (FB) ketika mencari seorang jurubaikpulih amp aku yang rosak; Sansui AU-517. Aku dah lupa, mungkin sebelum PKP pada tahun 2019, aku tak ingat. Tapi keramahan Haji Saad membuatkan aku terasa macam dah lama sangat kenal dengan dia. Orang kampung panggil dia Haji Saad Repair TV, tapi aku kenal dia sebagai technician amplifier dan turntable yang power. Selagi boleh kacuk dan kahwin, dia on saja.


Sanken Transistor dalam Sansui AU-517

Aku ada plan nak buat video dekat channel Mamu Vinyl dulu pastu content macam pendek sangat, terus aku KIV saja video tu. Amplifier Sansui AU-517 tu aku ada tanya juga 2-3 orang tapi leceh betul sebab kebanyakan berada di Lembah Kelang. Tak berbaloi aku nak pi hantar sana melainkan aku ada kerja sana dan singgah. Antara isu kritikal utama Sansui AU-517 ni adalah ia menggunakan Sanken Transistor, transistor 2 kaki yang dh memang OOP (out of production). Tiada cara lain dengan menggantikannya dari salvaged amplifier yang lain. Aku jangan kata la, berdoa selalu suoaya janganlah bendalah ni yang rosak sebab memang susah gila la kalau benda ni rosak, mana nak cari parts! Sanken transistor ni sekarang digantikan dengan transistor 3 kaki sepertimana yang selalu kita jumpa sekarang la.

 Tak ramai dah technician macam Haji Saad yang boleh repair amp. Boleh maksud kat sini adalah seorang yang ada passion pada muzik, jadi dia tau apabenda yang kita nak dan senang nak communicate bagitau problem apa yang kita jumpa.


Gambar hari ni 19/6/2022 pi ziarah Haji Saad

 Hari ni, 19/6/2022 aku memutuskan untuk ziarah Haji setelah mendapat berita dia tak sihat. terkejut juga aku sebab aku jumpa dia lebih kurang seminggu sebelum puasa yang lepas. Sebelum tu pun dia dah tak sihat, masuk hopsital sebab angin dalam badan. Tapi nampak ok dah. Cuma kali ni nampak agak serius, susut banyak juga badannya. Serba salah juga ziarah tak bawak buah tangan, tapi katanya dia pantang makan, makan moi (bubur nasi) saja sekarang ni sebab angin dalam badan dia memang tak berapa elok, takut sakit semula.


"Semua ni hang ambik, Abba ja aku nak" - Haji Saad

Aku nak balik tu, sempat pulak dia bagi buah tangan. Terbalik pulak, patut aku yang bawak bagi, ni dia pulak yang bagi. Besar jasa Haji Saad kepada barang-barang turntable dan amplifier aku. Aku doakan dia sihat-sihat saja

Sunday, June 12, 2022

Facebook Makin Merapu?

Setelah 12 tahun meninggalkan Blogspot, aku cuba menulis sikit malam ni.

Aku dapat merasakan aku dah up kebanyakan post di Facebook dah tahap junk post atau kata lebih urban, shitposting. Entah apa-apa semua aku sumbat masuk dalam tu. Dan akhirnya post-post itu akan berlalu, kemudian setiap tahun Facebook akan mengimbau memori post tersebut ala-ala sambutan ulang tahun.

Life menghampiri usia 40 tahun ini dirasakan berlalu begitu cepat, ditambah dengan 2 tahun tempoh pandemik Covid-19 membuatkan shitposting makin menjadi-jadi di Facebook. Bukan aku seorang, ramai juga yang buat begitu teemasuk yang up posting berkaitan kucing.

Dengan keadaan itu, aku dapat mengesan beberapa 'kawan' Facebook sudah mula menjauhkan diri termasuk unfriend disebabkan mungkin timeline posting aku yang nampak tidak sekufu, takda material duniawi untuk dimegahkan dan senang cerita, bukanlah seorang figura yang untung dapat berkawan di Facebook.

Ah, setakat itu sajalah aku meraban malam ni. Kalau untung sabut timbul, nanti rajin la aku buat posting baru.

Konda Kondi Cafe & Bistro

Plan harini nak singgah ke Laksa Pondok Ibu Kathy . Tempat nampak macam menarik tepi sungai, tetapi menu kat sini sesuai untuk m...