Aku dah lama hidup dengan tekanan dalam julat 130-140/80-89 dan biasanya doktor akan kata bacaan ni walaupun agak tinggi (elevated), tetapi masih 'normal' untuk lelaki.
25 Jun 2022 mungkin adalah tarikh yang merubah segala-galanya. Selepas selesai meneguk kopi Tealive Signature, setengah jam lepas tu aku rasa kepala aku berat betul. Dan selepas 10-15 minit rasa itu tak hilang, perkara pertama yang aku agak mungkin darah aku naik. Ini berdasarkan pengalaman aku ketika gastrik ataupun sakit urat di mana memang darah aku akan naik sedikit. Balik rumah terus check dan agak merisaukan bila bacaan Diastolic (bacaan bawah) menunjukkan angka atas 100. Mungkin 102 aku dah lupa. Ni adalah pertama kali aku dapat bacaan 155/102 kalau tak silap. Merasa agak panik, aku rest saja dan berharap semuanya akan ok.
Pada esok harinya, Ahad. Aku terjaga waktu tengah tidur lebih kurang 12.30 malam dan terus mencapai alat mengukur darah dan agak terbeliak biji mata melihat bacaan Diastolic adalah 110! Perkara ini berlarutan beberapa hari dengan purata bacaan bawah melebihi 90. Hari Selasa ketika di pejabat, aku putuskan untuk ke klinik depan pejabat dan bacaan adalah 102 bawah. Terus klinik bagi MC dan syorkan mula mengambil ubat darah tinggi. Aku mengelak dan meminta peluang untuk bertenang kejap dalam seminggu dan tengok hasil berikutnya.
Pada hari Khamis malam Jumaat, aku ke klinik lain untuk 2nd opinion dan bacaan malam tu adalah 102. Aku menyerah kalah dan kini secara rasminya aku dah start ambil Amplodipine 5mg untuk mengawal tekanan darah aku.
Tak cukup dengan tekanan kerja rasanya, keadaan terkini ni cuma menambah strees pada aku dan secara terus-terang, memang aku rasa down abis.
ambik MC seminggu, kalau tak dapat MC apply cuti rehat bawa rehat... tak ada kerja yang lebih berbaloi didagangkan untuk kesihatan
ReplyDeletesemoga kembali sihat, insya-Allah