Saturday, September 26, 2026

2026 Fun Walk


Event ni sebenarnya anjuran tadika anak aku yang bongsu. Isteri yang daftarkan. Cuma aku tak sangka dia akan register terus satu keluarga kecuali Muhammad Qayyum. Kalau ikutkan, Muhammad Qayyum ada di asrama hari ni, tapi maktab ditutup akibat penularan influenza, jadi cuma kami berempat sajalah yang join acara fun walk ni.



Aku memang bagi kredit besar untuk isteri kali ni sebab bukan senang nak ajak isteri bersenam ni. Walaupum loop Setia Fontaines Heritage Park ni cuma 1.28KM, aku tetap rasa ini pencapaian terbesar untuk isteri aku sebab bukan senang la nak ajak dia buat aktiviti riadah macam ni.

Maka post ni layak di tulis untuk kenangan!

Wednesday, September 16, 2026

Wordy Wednesday



 

Harini aku terjumpa post lama dari kawan aku yang post gambar kelas kami waktu kami darjah 6. Tergerak nak repair sikit gambar ni guna image restoration AI ChatGPT. Walaupun aku dah jangka yang hasilnya memang akan jelas, cuma perincian muka tu memang lain lah.

Ya, aku memang antara yang sedikit ingat muka kawan-kawan ni. Tak silap aku waktu bergambar ni, waktu senggang kelas. UPSR dah habis rasanya jadi masa memang banyak. Bila fikir balik, betapa peliknya aku kenapa waktu hujung 80-an dan awal 90-an ni kami boleh berkawan Melayu, India, Cina, Siam dan Singh tanpa rasa sedikitpun prejudis antara satu sama lain? Yang paling seronok, buat jahat pun sekali! Budak-budak kan?!

Lepastu bila membesar, kami dah mula membawa haluan masing-masing. Aku terpisah dengan puak-puak ni sewaktu sekolah menengah (sebab aku masuk sekolah berasrama) dan secara tak langsungnya, hubungan dah jadi jauh.

Waktu aku hantar anak aku masuk sekolah rendah, aku pulak yang rasa pelik bila tengok sekolah hampir 99.9% budak Melayu. Mana pi Cina dan India? Taknak belajar sekali dah ke dengan kami semua?

Kawan, kita semua pernah satu kelas dulu. Jangan pisahkan anak-anak kita menjadi orang asing di negara sendiri.

Selamat Hari Malaysia 2026.



Tuesday, September 8, 2026

Bob The Pilgrims Pencen!


Selamat Hari Jadi dan Selamat Bersara Bob!

Aku mula mengenali muzik The Pilgrims ketika mendengar kawan-kawan di hostel memasang kaset album Da Capo. Dari situlah aku mula mengenali genre muzik The Pilgrims.

Minggu boleh balik, aku singgah di jeti dan beli kaset “Music From The 100% Original The Pilgrims Motion Picture”. Waktu tu rasa pelik kenapa suara lain dari album Da Capo. Ooo aku budak lagi waktu tu, baru tau Bob adalah vox baru The Pilgrims.

Daripada mendengar saja, Bob kini dah masuk circle kawan-kawan saya juga. Terima kasih atas persahabatan ini.

Tak pernah la aku buat ucapan pencen untuk kawan-kawan. Tapi sebab Bob bagitau personally pada aku 2-3 tahun lepas dia nak pencen, aku kena ucap laaaaa....

Selamat Hari Kejadian Bob dan selamat menempuh era baru.

2026 Fun Walk

Event ni sebenarnya anjuran tadika anak aku yang bongsu. Isteri yang daftarkan. Cuma aku tak sangka dia akan register terus satu keluarga ke...