Selangkah kaki berada di sini, terus terasa imbas semula yang rasanya berlalu terlalu pantas. tahun 2026 ni menandakan sudah 26 tahun aku meninggalkan sekolah. Peritnya bila menjadi Batch 2000 ni; mungkin senang nak kira dah berapa tahun meninggalkan sekolah rasanya. Dalam masa yang sama, rasa takutnya bila angka 'meninggalkan' sekolah tu meningkat dari tahun ke tahun.


Aku masuk ke perkarangan sekolah, takda tempat lain dah aku tuju melainkan asrama; 'rumah' aku selama 5 tahun dulu. Tempat aku kenal erti hidup. Jalan sepanjang inilah aku berjalan kaki dari asrama ke bangunan sekolah setiap pagi, hujan panas kami redah ke sekolah. Isteri selalu kata aku terlalu bernostalgia pasal PFS ni, tapi nak buat macam mana, memang rasanya budak-budak sekolah premier ni memang 'asobiyah' sikit bab sekolah masing-masing ni. PFS/BM High School/SAHC/MCKK/Anderson/VI dan sekolah-sekolah premier yang lain rasanya sama ja pe'el macam aku. Lain sikit asobiyah kami kalau nak dibandingkan dengan budak-budak SBP dan MRSM sebab kami paling best! Hahahahah!!!


Tahun 2026 memandakan juga sudah 10 tahun secara rasmi aku tak menjejakkan kaki ke sekolah. Last sekali aku hadir adalah ketika majlis jamuan Bicentenary (200 tahun) ketika tahun 2016. Terasa macam baru semalam aku hadir ke sekolah, tiba-tiba dah jadi 10 tahun lebih tua pada tahun 2026 ni. Jika tahun 2016 OFMA (Old Frees Muslim Association) boleh berbangga dengan penambahbaikan surau PFS, tahun 2026 cuma ada majlis kesyukuran sahaja. Aku tak menyertai OFA (Old Frees Association), cuma OFMA saja selaku ahli seumur hidup, itupun dah tak dapat undangan ke AGM. Mungkin setiausaha baru dah hilang data keahlian. Hahahaha.
Tahun 2026 juga istimewa sebab Kak Ipar aku (Kak Raihan) sekarang adalah Penolong Kanan (Pentadbiran) di PFS sekarang. Katanya nak berpencen di sini. Ini yang istimewanya dekat sini; Once a Free, Always a Free!
Majlis makan malam Penang Free School Anniversary 210 Years diadakan pada 3 Oktober 2026 (Sabtu) diserikan dengan kehadiran Ella yang menutup tirai majlis makan malam dengan persembahan penutup. Ada la dia balun 5 lagu. Tak all out sangat sebab dinner sekolah rasanya. Ada satu lagu dia duet dengan suami dia (Kapten Azhar); seperti yang aku ambik gambar. Bolehla dengar, cuma disebabkan aku dah biasa dengar konsert, serius cakap dia nyanyi tak all out malam tu, jadi aku tak fokus la sangat dia nyanyi. Hahahahaha.
Dan nak cakap juga, dinner sekolah hangpa mana Ella pi pun! Wakakakakaka!!!
 |
| Memorabilia 2016 |
 |
| Memorabilia 2026 |
Kalau tahun 2006 dulu, aku cuma sempat beli pin badge saja kot untuk buat kenangan. Tapi datang tahun 2026 ni parahla, entah siapa pi cipta QR tu jadi senang pulak nak transfer duit. Melayang entah berapa aku beli pin badge untuk tahun 2026 ni.
 |
| Dinner 190th Anniversary - Jemputan Khas Ragbi |
 |
| Dinner Bicentenary 200 Years - 2016 |
 |
| Dinner 210th Years Anniversary |
Nampaknya dah 3 kali dinner sekolah aku hadir.
2006 - Jemputan Khas Pemain Ragbi (Old Frees)
2016 - Bicentennial Dinner (200th Anniversary)
2026 - 210th Year Anniversary
Makin gemuk dan makin tua. Cuma bila dah atas 40 ni, terbit rasa bersyukur dapat berjumpa kawan-kawan lama. Masing-masing tak sangka kami semua dah berumur 40 tahun. Bila berjumpa ni rasa macam budak-budak balik pun ada juga. Semoga dapat lagi kami berjumpa di masa akan datang.
Musyrif, 21 Oktober 2026
210th Anniversary
Fortis Atque Fidelis