Sunday, May 10, 2026

Anak Tak Boleh Main Dalam Team


Dilema cikgu-cikgu ni aku paham.

Apabila berada di kasut ibu bapa yang anaknya terlibat dalam sukan, memang ada harapan untuk tengok anaknya dapat main. Tapi apabila melibatkan pasukan, kena pula tengok keserasian permainan dalam pasukan tersebut - persoalannya adakah anak aku (taknak guna ayat anak awak) layak main untuk waktu-waktu tersebut?

Coach ada sebab yang jitu kerana beliau lebih memahami pasukan yang beliau bawa berbanding kita yang cuma nampak anak kita seorang ni. Jika anak dah terpilih dalam pasukan, maksudnya dah memang dalam senarai pendek lah atau dalam kata lain, dah memang dalam radar; tinggal waktu nak main saja.


Anak aku kena buktikan pada coach kenapa dia boleh main sendiri. Bagi dia buat sendiri, aku cuma boleh dorong saja. Bila nampak benda ni naik di Threads (dan beberapa profile lain yang tengah up isu ni), betul la kita masih ada sentimen perasaan anak aku ja betul. Hahahah.

Yang Benar,
Yang bermula sebagai waterboy yang tak main dalam team pun.

Sunday, May 3, 2026

Training Ragbi Padang Polo


Sebenarnya aku aku tak ingat gambar ni kami ambik bila. Mungkin tahun 2003-2006. Kalau tahun 2006, dah 20 tahun la gambar ni.

Waktu ni, kami sampai di Padang Polo sebelum sesi latihan bermula. Kalau sekarang banyak di PKSW (Westland), kami dulu semuanya di Padang Polo. 

Sukar betul nak bergerak waktu ni sebab aku takda handphone. Apa-apa kena set dengan arwah Bun atau Telo. Biasanya Pak Leh akan bergerak dengan Bun dan Apit Kamil, manakala aku pula dengan Telo sebab ikut laluan rumah masing-masing.

Kalau tak silap aku waktu ambik gambar ni semua tengah mengenang nasib dengan elaun training SUKMA RM5 yang lepas training konpem akan habis makan nasi ayam sebelah General Hospital. Hahahaha.

Anak Tak Boleh Main Dalam Team

Dilema cikgu-cikgu ni aku paham. Apabila berada di kasut ibu bapa yang anaknya terlibat dalam sukan, memang ada harapan untuk te...