Tuesday, January 5, 2010

Ride Solo Satu Malaya: Rumusan



Laporan Kutujukan Khas Untuk Ayahanda Tercinta:
Abu Bakar Bin Ahmad,
serta
Seluruh Bikers Malaysia
Semoga Kita Memperoleh Manfaat Dari Catatan
Ride Solo Satu Malaya ini, yang telah diizinkan Allah untuk aku mencatatnya.


-----------------------------------------------------------------------------

Tarikh: 29 Disember 2009 - 2 Januari 2010
Take Off: Lebuhraya BKE (Kulim)
Final: Kuala Perlis, Perlis
Motosikal: Suzuki Belang R 150
Jenis: 4 Stroke, DOHC, Underbone
Ahli: Solo Ride
Penaja: Tiada
Penasihat:
  • Asep Ahmad Sastrawidjaja (Violent Storm MG)
  • Lukman Bin Wan Mat Daud - OKOB, Ex-staff Roda-Roda (Wartawan dan Bike Tester), Malaysian Cub Prix Track Designer.
  • Abu Bakar Bin Ahmad
-----------------------------------------------------------------------------

Day #1
Kulim-Kuala Terengganu


Perjalanan bermula lebih kurang pukul 9.00 pagi bermula di Sungai Puyu, Butterworth. Minyak diisi di Stesyen Shell BKE Arah Kulim (Penanti Rest Area) termasuk dengan isian petrol tank spare berjumlah RM15.81 untuk 7.71 liter (Ron 97).

Sarapan pagi terdesak dilakukan di R&R ini dengan sebungkus roti sardin dan juga setin Nescafe dan kemudian, minuman yang doktor selalu bising - Red Bull.


Jumlah isian cukup-cukup sehingga ke Stesyen Shell Di Pekan Gerik. Di Gerik, isian penuh diisi sebanyak RM8.70 atau bersamaan dengan 4.25 liter Ron 97. Maka, jarak perjalanan oleh odometer antara Hentian R&R Kulim dan Stesyen minyak Gerik ialah 103 kilometer. Lampu amaran petrol Belang R menyala pada tahap kritikal.

Di stesyen ini, chain lube disembur untuk kali terakhir, serta semua kelengkapan motosikal diperiksa. Untuk makluman, Stesyen Petronas di Tasik Banding telah ditutup. Jadi, Stesyen di Gerik adalah hentian terakhir.



Sampai sahaja di batu peringatan di Lebuhraya Timur Barat ni. Aku berhenti. Dah banyak kali aku perhatikan tugu ni. Tapi tak berkesempatan untuk mengetahui mengapa dan sebab-musabab tugu ini dibina. Mengambil kesempatan ini, aku kongsikan apa yang aku baca.. (aku tahu, ramai pengguna Lebuhraya Timur barat yang tak pernah baca apa yang ada di tugu ni).



Sila klik untuk membaca dengan lebih jelas. Jadi, sekarang... Rasanya semua dah tahu apa yang tertulis di situ kan? Ataupun rasanya aku tahu kenapa ramai yang tak berhenti di situ. Agak menyeramkan berhenti sorang-sorang dekat area tu.. Hehehe....


Agak mencemaskan apabila aku melalui kawasan Stesen Hidro Pergau apabila penanda petrol mula menyala macam lampu ultraman. Tapi Alhamdulillah, ada sebuah stesen minyak Caltex yang baru dibuka pada Januari 2009 di Mukim Belimbing, Jeli, Kelantan. Petrol Ron 97 diisi full tank dengan nilai RM9.00 di sini.

Kesimpulan, dengan Full tank di Gerik, insya-Allah sempat sampai di Jeli, namun dengan petrol spare, sekurang-kurangnya kita dapat mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku di Tasik Banding (Pulau Banding) atau di Pergau. 117.2KM dicatatkan di antara Stesen di Gerik dan di Jeli.


Kalau tak silap aku, aku berhenti kejap di Tanah Merah untuk minum dan berehat. Pam atendan tu kecek Kelate kaw gila dengan aku. Aku yang tak paham apa hanya mampu mengangguk dan senyum kepada brader tu.

Di Jerteh, sekali lagi minyak diisi full tank. Rekod kali ini diantara Mukim Belimbing, Jeli ialah 108.2KM. Di Jerteh (dan keseluruhan Terengganu sebenarnya), ramai yang ramah-ramah. Seronok kalau aku berhenti isi minyak kat sini. Rasa selamat dan 'secure' lah orang putih kata.



Sampai saja di Kuala Terengganu, aku disambut oleh Nik, kemudian oleh Hasrul dan Suhaina. Alhamdulillah, Hasrul and family menumpangkan aku tidur di rumah diaorang.. Kan dah selamat duit aku. Hehehehe. Di sini, aku menggunakan minyak spare dari Gerik tu. Saja isi. Nak simpan lama-lama dalam tong pun tak bagus jugak. Dah lembik tong tu hah.



Ramai yang bertanyakan kepada aku, kenapa aku tak makan Nasi Dagang dan kenapa aku makan Nasi Kerabu? Jawapannya, entah.. Aku pun tak tahu. Apa yang aku tahu, aku ni 'kureng' sket nak makan Nasi Dagang pagi-pagi. Nasi Kerabu ni kira ok la... Masa Hasrul bujang dulu, dia pernah bawak aku makan Nasi Kerabu yang lagi sedap di KT. Aku tak ingat kat mana, tapi kat gerai Nasi Kerabu tu, ada ayam dan daging panggang. Kat situ Nasi Kerabunya memang sedap.

Maka, untuk hari pertama, dengan sepanjang perjalanan sejauh:
BKE - Paka: 550.6 KM

Sebanyak RM40.50 telah dibelanjakan (termasuk minyak spare). Sebenarnya, minyak spare digunakan di KT, membolehkan aku isi minyak di Paka keesokan harinya.



-----------------------------------------------------------------------------

Day #2
Paka-Johor Bahru








Setelah mengisi minyak Full Tank di Paka bernilai RM16.50 (termasuk minyak spare), aku meneruskan perjalanan ke Pahang. Terima kasih kepada Hasrul and family yang menumpangkan aku dan kepada Nik yang menemankan aku makan pagi. Di Paka inilah aku menukar bekas minyak kepada jenis tin. Kesimpulannya, bekas plastik memang tak tahan... Lembik habis.




Jadi, sesiapa yang masih belum tahu atau teragak-agak dengan jenis bekas yang sesuai... Katakan tidak kepada bekas minyak enjin... Memang tak tahan dan akan jadi lembik!

Perjalanan di jalan KT - Kuantan memang tersangat best! Sejuk dan jalan pulak straight. Hehehhe... Cepat la aku sampai.

Perjalanan sejauh 112.3 KM di antara Paka - Kuantan (stesen Jalan Telok Sisek) - Dekat dengan Telok Cempedak mengambil masa lebih kurang dekat-dekat 1 jam 45 minit daripada Paka.

Di Pekan, sekali lagi aku isi full tank. Aku tak pasti jalan Pekan - Kuala Rompin sebab tak pernah lalu. Jadi, isi saja sementara boleh.

Di sini, pakcik kat stesyen minyak tu tak berapa peramah dan sedikit bengis macam nak makan orang. Awek yang jaga kaunter pulak asyik tersengih macam kerang busuk sebab aku pakai macam nak race Asia Road Racing, tapi naik motor lemau saja..


Di Kuala Rompin, aku Sembahyang Jamak di Stesyen Petronas, tapi isi minyak di Stesyen Shell. Di sini, pam attendan tu bersembang dengan aku. Best bersembang dengan caranya sebab dia ialah seorang rider Suzuki Panther. Hahahaha.. Bukan senang nak jumpa makhluk yang naik motor sebangsa. Jadi, info-info sesama sendiri ditukar di sini. Terlupa pulak aku nak amik contact nombor bro berketayap neh.

Apa yang lawak di kawasan ni, skru riding boot aku tertanggal, jadi aku carilah kedai motor. Selalunya ada skru yang dijual. Tapi kedai motor ni tak jual skru dan skru dia pun saiz entah-apa-apa. Musykil jugak aku kalau motor aku major breakdown kat area ni, masakkkk la aku...



Aku sampai JB betul-betul pada waktu Maghrib. Perjalanan di antara Rompin-Mersing-Kota Tinggi amat mencabar. Di Mersing, Minyak diisi pada jumlah RM5.62, dan full tank secara teorinya (dan secara praktikalnya terbukti), sempat sampai ke Johor Baharu.Sampai saja di JB, dah tentulah makanan yang dicari setelah seharian tak makan.



Kejutan di rumah Amin ialah apabila aku dapat bertemu dengan Ajie. Rupa-rupanya diaorang ni berjiran di Kampung Melayu Majidee ni. Kecik jer dunia ni. Terima kasih bro sebab sudi jumpa dengan aku walaupun sekejap. Aku pun tak sempat nak sembang lama sebab tengah kelam kabut nak persiapkan diri untuk ride pada esok hari pulak. Kepada Amin, tq banyak-bayak bro sebab tumpangkan aku tido dalam banglo korang. Terbaek lah rmah bujang korang... Rumah awek pompuan pun tak sekemas dan selawa rumah korang, siap ada pokok bunga dalam bilik lagi!!!

Maka, untuk hari kedua, dengan sepanjang perjalanan sejauh:
Paka - JB (Kampung Melayu majidee): 454.7 KM

Sebanyak RM41.17 telah dibelanjakan (termasuk minyak spare).Minyak spare dituang di JB untuk kegunaan keesokan harinya.

-----------------------------------------------------------------------------

Day #3
Johor Baharu-Senawang




Semasa Amin dah nak pi kerja, Saiful aka Dwarf pun sampai untuk sama-sama bersarapan dengan aku. Merata dia bawak aku. Round ke Larkin, makan cendol kat mana ntah sampai mamat cendol tu kata aku orang Singapore, dan macam-macam lagilah..




Sedap jugak cendol kat sini. Pekena pulak time panas, memang terangkat la.... Berikut ialah ringkasan pit-stop aku ketika mengisi minyak:
  • Pekan Nenas: RM7.00
  • Tanjung Labuh, Batu Pahat: RM5.00
  • RnR Pagoh: RM15.00 (sekali minyak spare)
  • Taboh Naning, Melaka: RM5.00
  • Senawang: RM5.90
Maka, jumlahnya ialah: RM37.90 untuk 409.8KM.



Berikut ialah gambar-gambar yang menyebabkan aku sesat di dalam Melaka. Tak berbaloi langsung, kalau tak, boleh sampai KL awal sikit. Sebenarnya, aku pun dah naik pening time tu. Ride di Pantai Barat panas gila dan tak sesejuk seperti di laluan Kuala Rompin-Kota Tinggi. Jadi, kepenatan membuatkan aku terpaksa bermalam di rumah Firuz, dan kemudiannya kami beramai-ramai (bertiga aja pun) menyambut Tahun Baru di kedai mamak sambil minum Nescafe Ais, kemudian bermuhasabah diri bahwa kami bertiga dah tua bangka dan masih tak kahwin-kahwin!

-----------------------------------------------------------------------------

Day #4
Senawang-Kajang-Duta


Firuz, terima kasih banyak-banyak bro. Tapi aku minta maaf banyak-banyak sebab dah menyusahkan ngko malam tu. Aku dah rasa macam nak pitam, terpaksa minta bantua ngko untuk bermalam malam tu.

Lagipun, gua rasa macam best pulak Sugar Glider lu tu, bagi gua sepasang boleh?

Habis saja di sini... Terus aku ke Kajang. Ada perjumpaan kawan-kawan lama di Kajang. Terima kasih kepada abang Razief, Iskandar/Lin/baby Maida dan Tolyn Dayana yang sudi hadir untuk bertemu. Walaupun sekejap, semua tu berbaloi rasanya untuk bertemu. Dah lama kita semua tak berjumpa kan?

Di Kajang juga, aku bertemu dengan 2 orang ahli komuniti Belang R iaitu Nasri dan juga Kojal. Sempat juga sembang-sembang kejap di lokasi yang sama iaitu Medan Satay Kajang tu... Di Kajang, aku cuma mengisi RM5.00 untuk ke Kuala Lumpur. Di KL, aku tidur di rumah kakak aku. Terima kasih kepada Abang Ipar aku, bro Asep (Violent Storm MG) yang menjemput aku di Hard Rock Cafe, dan harap-harap tindakan gila aku parking motor Belang di HRC KL.. tidak memalukan bro.. Wakakakakakak... motor cub jer selamba park kat HRC. Kena halau dengan bapuk pulak tu... Cis!!!!


-----------------------------------------------------------------------------
Day #5
Duta-Cameron-Perak-Penang-Perlis-Kedah


Hari terakhir amat memenatkan! Aku kena selesaikan misi aku dalam masa satu hari. Berikut ialah ringkasan pengisian minyak:
  • Duta: RM3.00
  • Tanjung Malim: RM6.00
  • Ringlet: RM4.00
  • Ringlet: RM5.60 (minyak spare)
  • Sungai Perak: RM5.00
  • Juru: RM8.75 (55 minit dari sungai Perak)
  • Gurun: RM4.00 (33 minit dari Juru)
  • Alor Setar, Jalan TAR: RM5.00
  • Changloon: RM4.00
Ringkasannya. RM45.35 untuk perjalanan sejauh lebih kurang 636.7KM



Sepanjang perjalanan ini, yang paling best sudah tentulah Cameron Highlands. Hahahahaha.. Sorang-sorang pun jadi kerja aku naik. Bukan apa, dah lama sangat tak naik, teringin jugak nak naik. Mana boleh tahan..... Mula-mula memikirkan naik sorang-sorang, bawak slow... Tapi bila dah naik syeikh, dengan PPE (Personal Protective Equipment) pun hampir lengkap, kereta pun tak banyak.... Mana boleh tahan... Corner tetap dilayan sebaik mungkin....
-----------------------------------------------------------------------------
 Ringkasan
Fuel Consumption




BKE - Paka: RM40.50 - 550.6 KM
Paka - JB (Kampung Melayu majidee): RM41.17 - 454.7 KM
JB - Kajang: RM42.90 - 409.8KM.
KL - Kuala Perlis: RM45.35 - 636.7KM

Jumlah: RM  169.92
KM: 2051.8 KM satu Semenanjung Malaysia (tanpa mengikut jalan dalam sepenuhnya)


Kulim - Gerik - KT - JB - Melaka - NS - KL - Cameron 
Perak - Penang - Kuala Perlis - Changloon

2180.6KM
@
RM0.08 / KM
 dengan
SUZUKI BELANG R 150

Kiraan adalah secara kasar sahaja. Terpulang kepada mereka untuk mempertikaikan atau tidak perkiraan ini. Yang pastinya, yang melalui perjalanan penuh ranjau selama 5 hari ini ialah aku seorang. Banyak lagi gambar moto-latar yang membosankan aku simpan, termasuk resit setiap isian minyak. Semuanya akan aku simpan kerana.... Sehingga sekarang aku masih tidak percaya bahawa aku seorang telah mengharungi perjalanan mengelilingi semenanjung seorang diri. Terdapat suara-suara sumbang yang mempertikaikan perjalanan aku ini, tapi apa yang pasti.. Aku cuma mengganggap itu semua adalah suara-suara irihati yang hanya tahu komplen sahaja.

Aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah mempermudahkan perjalanan aku pada sepanjang cabaran 5 hari ini. Sesungguhnya, dalam masa 5 hari, aku telah dapat membezakan sosio-budaya penduduk Malaysia dalam masa yang paling cepat dan ringkas hanya dengan menunggang motosikal 'kapchai' yang paling dibenci oleh rakyat Malaysia - Suzuki.



Di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah memberikan pertolongan di sepanjang perjalanan samada dari segi sokongan moral, tempat berteduh dan pelbagai lagi. Sokongan moral daripada rakan-rakan komuniti Forum Belang R 150 Malaysia dan Malaysian Bikers Community juga amat aku hargai. Semoga catatan ini dapat dijadikan satu rujukan kepada semua penunggang motosikal 'kecik' seperti kita yang selalu dianaktirikan oleh mereka-mereka yang 'besar'. To all bikers, we are brothers!

21 comments:

  1. Tahniah speed kerana berjaya menamatkan RSSM 2009-2010. Mungkinkah ada lagi RSSM lagi selepas ini?

    Heh. Tmpt ko makan cendol tu aku mcm tahu jer. Tak silap aku mcm kedai cendol antara JB dgn Pekan Nenas.

    ReplyDelete
  2. syabas bro!
    ride macam ni tambah pengalaman dan kepuasan,
    tanpa ada sokongan bajet besar2, publisiti gila2, tapi mampu menjayakan projek dengan seminima sumber yg mungkin...

    gua tujukan lagu Wanted Dead or Alive (Bon Jovi ) untuk lu!

    ReplyDelete
  3. tahniah la bro dapat habiskan RSSM ni. =)

    ReplyDelete
  4. kembara borneo bila plak? klu stakat dari bintulu pi kk aku bleh temankan ikut dgn imago dari blkg. tolong2 bawa minyak spare, jd kameraman dll...

    p/s: spnjg RSSM ni spender hang ada cuci x? hahaha...

    ReplyDelete
  5. Tahniah...RSSM sbb berjaya ride solo sorg2...lepas ni kemmbara solo bro..jln kaki 1 semenanjung...hahah

    ReplyDelete
  6. Tahniah Bro,,,,

    Gua BANGGA dengan lu,,,,

    ReplyDelete
  7. tq semua atas sokongan.
    jari aku keras lagi nak menaip... sakit jari

    ReplyDelete
  8. Tahniah bro,,lps juga kau satu malaysia..jgn lupa ajak khirul join sama ngan morris mini nye..


    anathoi

    ReplyDelete
  9. tahniah bro.... ater, naper xsinggah kuale sepetang time nak balik utara.... makan mee udang banjir.. rugi ler.. ingat ade gambo mee udang tadi.. heheh

    ReplyDelete
  10. hari last tu mengejar masa nak ke perlis.... jadi, kepada kawan-kawan yang mendapat sms, tapi terlambat reply walaupun 5 minit, perubahan plan terpaksa dilakukan demi tujuan utama iaitu PERLIS dapat dituju pada hari ke-5.

    ReplyDelete
  11. tahniah.. tahniah.. tahniah...
    diari ko ni boleh dibuat rujukan kpd bikers2 yg nak jelajah 1 semenanjung...

    ReplyDelete
  12. @Naz
    dengan harapannya macam tu lah...

    ReplyDelete
  13. fantastic

    pengalaman yang aku tak boleh imejin cammana best dan puas ko rasa hehe

    ReplyDelete
  14. Tahniahla Mus..Hang memeang kental, bak kata bebudak opis aku.."Budak penang memang gila-gila.." haha..

    Jgn lupa singgah JB lagi..aku bawa hang makan ikan masak asam Gelnag Patah...Best In JB & Singapore..

    ReplyDelete
  15. pandey ler hang amin... uwekk.. bodek wehh... hang kenai ka sapa teman ni.. group 15 xkan xkenai.. hauuaua

    ReplyDelete
  16. Tahniah kerana berjaya menamatkan RSSM ni..Satu perjalanan yang aku teringin nak buat dulu..tapi tak kesampaian.

    ReplyDelete
  17. congrats bro.. lepas ni ride gunung jerai plak, dekat je dgn tpt hang tu..

    ReplyDelete
  18. aku dah pencen ride jauh2 ni haha anyway mmg best ride ni. bontot tak kematu ker? hahaha

    born to ride!

    ReplyDelete
  19. tahniah..... semoga ride ke thailand ngan aku mesti terjadi....

    ReplyDelete
  20. @otot
    tq bro. kena bagitau awal sikit sebab aku belum ada passport

    ReplyDelete

Konda Kondi Cafe & Bistro

Plan harini nak singgah ke Laksa Pondok Ibu Kathy . Tempat nampak macam menarik tepi sungai, tetapi menu kat sini sesuai untuk m...