Sunday, May 10, 2026

Anak Tak Boleh Main Dalam Team


Dilema cikgu-cikgu ni aku paham.

Apabila berada di kasut ibu bapa yang anaknya terlibat dalam sukan, memang ada harapan untuk tengok anaknya dapat main. Tapi apabila melibatkan pasukan, kena pula tengok keserasian permainan dalam pasukan tersebut - persoalannya adakah anak aku (taknak guna ayat anak awak) layak main untuk waktu-waktu tersebut?

Coach ada sebab yang jitu kerana beliau lebih memahami pasukan yang beliau bawa berbanding kita yang cuma nampak anak kita seorang ni. Jika anak dah terpilih dalam pasukan, maksudnya dah memang dalam senarai pendek lah atau dalam kata lain, dah memang dalam radar; tinggal waktu nak main saja.


Anak aku kena buktikan pada coach kenapa dia boleh main sendiri. Bagi dia buat sendiri, aku cuma boleh dorong saja. Bila nampak benda ni naik di Threads (dan beberapa profile lain yang tengah up isu ni), betul la kita masih ada sentimen perasaan anak aku ja betul. Hahahah.

Yang Benar,
Yang bermula sebagai waterboy yang tak main dalam team pun.

No comments:

Post a Comment

Anak Tak Boleh Main Dalam Team

Dilema cikgu-cikgu ni aku paham. Apabila berada di kasut ibu bapa yang anaknya terlibat dalam sukan, memang ada harapan untuk te...