Sunday, January 11, 2009

Makan Malam TM PP 2008 - Pop Yeh-Yeh


Hari ni (Sabtu, 10 Januari 2009), dengan perasaan segan, malas dan teramatlah 'balog', aku menggagahkan diri jugak untuk pergi ke Majlis Makan Malam Tahunan kompeni aku. Dengan berbekalkan wang pinjaman RM50.00 (ya, aku miskin sekarang), menggigil tangan aku keluarkan Rm10.00 untuk minyak petrol keta dan RM7.00 duit tol Penang Bridge.



Aku sampai di Sunshine Square betul-betul time Maghrib, terus aja ke tingkat 3 Sunshine dan solat kat surau situ. Punyalah segan abis aku malam ni, mana aku ada baju kemeja kolar besar, kasut kulit hujung tajam dan semestinya seluar slack ketat tapi Yankee (hehehe, bell-bottom ler tu) untuk disesuaikan dengan tema majlis malam tu. Tambahan pulak, rambut aku dah takleh buat 'remos' dah, rambut Zinedine Zidane lah katakan... Muaakakakkakaka... Maka dengan selambanya, aku mengenakan jean Levis Copper bertampal sana sini tu dipadankan dengan T-Shirt Wings - Hukum Karma, heheheh, aku generasi rock, bukan pop yeh-yeh. Nasib baik aku dapat duduk semeja dengan Abang Jasni & Wife, partner kerja aku. Takla kekok sangat, yang lain semuanya aku tak kenal kat meja tu, dahla dressing aku serabai. Hahahaha.



Majlis malam ni menerima kunjungan pengerusi TM Berhad, Tan Sri Dato Ir. Md Radzi Bin Mansur. Bermula pada pukul 8.30 malam, jamuan makan dimulakan dengan appetizer seperti biasa, dan seterusnya ke main course. Aku senaraikan apa yang aku mentekedarah tadi..

Crispy Fried Seafood Twist
Dice Chicken With Bell Pepper and Almond
Crispy Fried Salt & Pepper Squid
Thai Style Kerabu Filament Stick <--- tak sedap.. Szechuan Hot and Sour Seafood Soup <--- geli geleman aku telan siput tu. Crispy Fried Garlic White Shell Prawn Broccoli With Assorted Mushroom & Pacific Clam Deep Fried Whole Seabass With Three Flavoured Sauce (bahasa Melayunya, siakap masak 3 rasa) Oven Roasted Black Pepper Chicken With Condiment Thai Style Fried Rice With Chicken Chilled Mango Pudding In Cup

Dalam tak sedap-sedap pun, licin jugak aku bedal, tolak batu ngan kayu jerlah senang cerita. Hahaha. Sambil-sambil makan tu, ada la persembahan-persembahan yang dipersembahkan. Budak-budak VADS (Call Center) memang dominate abis pertandingan berkumpulan malam ni dan semua orang pun cuci matala tengok budak-budak VADS ni bersemangat jitu pakai baju ala-ala Pop Yeh-Yeh. Hahahahah dosa kering aja lah.. Memandangkan aku tak berapa nak 'masuk' dengan tema majlis ni, aku menumpukan sepenuh tenaga aku kepada aktiviti bedal lauk terhidang sampai mengah....



Kemudian, acara yang ditunggu-tunggu pun tiba, apa lagi kalau bukan Lucky Draw!! Afad ngan Lan punya la dok gelabah tunggu nombor mana yang nak naik malam tu sebab Grand Prize TV LCD Plasma la beb... Lan sampai tertinggal abis kunci motornya. Dahla motor dia baru aja beli seminggu. (wei Lan, kalau hang baca ni, esok pagi-pagi hang pi tambah kunci kat motor hang tu, hang tunggu sampai Isnin kalau, jawabnya kirim salam ajalah kat motor baru hang tu)


Dari jauh, aku asyik perati benda ni aja atas pentas.
Band dan Guitar.

Aku terpikey dan teringin gak nak main atas tu nanti, dengan dream band aku mestilah dengan Radin sebagai drummer dan Firuz sebagai Lead Guitar. Aku pulak, biarlah aku dengan posisi tetap aku sebagai 2nd Lead atau Rhythm Guitarist jer. Takpa, walaupun tahun ni masih mustahil lagi angan-angan aku tu, kurang-kurang guitar aku dah berjaya dipinjamkan sebagai prop atas stage, Muekekkekekeke.

Dan kepada Afad dan Lan, takpa... Jangan sedih sebab hangpa tak dapat apa-apa lucky draw sebab......

PAKCIK MENANG MOTO~
ROCK KANGKANG RULES!!


Thursday, January 8, 2009

Hari Makan-Makan Sedunia







Hari takder apa yang menarik sangat (kecuali aku terlajak tido pukul 11 baru nampak muka kat opis). Semuanya sebab dah lama aku tak keja sampai pukul 3 pagi, 4 pagi baru sampai rumah, pukul 5 baru boleh tertido. Ha'ah, betullah, last sekali aku keja lewat, sebelum puasa lagi tu.. Patutla terbabas!!!!

Hari takder apa sangat, cuma ada la hari makan-makan sikit, team Sales Bayan Baru yang open table hari ni. Frust gak 2 staff aku tak dapat mai, sorang cuti sorang puasa. Aku letak gambar jerlah bagi semua orang terliur.

Harap-harap semua staff Unit kami bersemangat kerja lagi sempena Tahun 2009

aku nak berenti rokok...
aku nak berenti rokok...
aku nak berenti rokok...
aku nak berenti rokok...
aku nak berenti rokok...
aku nak berenti rokok...
aku nak berenti rokok...
(sempat bertahan 6 jam tanpa rokok pada 1/1/2009, pastu kantoi)


Restoran Pen Mutiara terletak bersebelahan
dengan Pusat Perikanan Batu Maung
(Pelabuhan LKIM)

Thursday, December 25, 2008

Sayap-Sayap Wings @ Penang

Semalam, Wings datang lagi ke Pesta Penang untuk Tahun 2008. Wings mengadakan persembahan di Pesta Penang pada 24 dan 25 Disember 2008. Aku sempat menghadiri persembahan Wings semalam iaitu pada 24 Disember 2008. Meriahnya kali ini ialah dengan kehadiran Sayap-Sayap Wings. Teruja sungguh aku ke persembahan Wings kali ini kerana aku juga menyertai Sayap-Sayap Wings, hahahahaha.

Wings memulakan persembahan sedikit lewat dari jadual (macam biasalah, hehehe) dan kali ni, Awie lebih banyak berinteraksi dengan penonton berbanding dengan tahun lepas iaitu tahun 2007. Kali ni, aku tak duduk atas stage dah, ingin mengenali lebih ramai Sayap-Sayap Wings yang lain (sebenarnya tahun ni aku takder kabel nak naik atas stage, alasan jer tu hah... hehehhhe). Kali ni, WINGS banyak menyanyikan lagu yang agak jarang-jarang dibawa ketika show, dan tidak hairanlah jika banyak penonton yang sedikit hairan apabila Awie menyanyikan lagu-lagu tersebut (termasuk aku... sebab tak tau lirik lagu tu. hahahaha). Bro Awie pulak, first time depan mata aku terlupa lirik ketika menyanyikan lagu Biru Mata Hitamku (asalnya nyanyian Mus, macam nama aku jugak), tapi dengan pengalaman lebih daripada 21 tahun berjaya di'cover' oleh showmanship Anggota WINGS yang lain tanpa ramai hardcore Wings yang lain berada di bawah terperasan...

Tahun ni, jumlah penonton sedikit kurang berbanding tahun lepas iaitu tahun 2007. Tak dinafikan semua tu memandangkan promosi tahun ni amatlah kurang (boleh dikatakan tiada langsung!) dan ini menyebabkan ramai hardcore Wings tidak mengetahui tentang persembahan tersebut. Namun, di tengah-tengah persembahan, semakin ramai penonton yang memenuhi ruang penonton di bawah dan yang mengisi ruang tersebut ialah brader-brader yang membawa anak-anak dan keluarga mereka sekali. Sudah tentu mereka semasa muda amat meminati Wings, kalau tidak, manakan sanggup bersesak-sesak dengan anak-anak dengan golongan muda untuk show Wings! Aku respek pada brader-brader ni, rock-rock jugak, tanggungjawab pada keluarga tidak dilupakan... (lepas ayang beli semua barang dapur dan ronda-ronda pesta, bagi abang tengok WINGS pulak tau? Fair and Square, heheheheh)

Semasa pertunjukan, aku sempat berjumpa dengan ramai insan yang selama ni aku cuma dapat berinteraksi di alam siber seperti Bro Ijan, Pak Mail, Zan Bassist, Zul Leftback dan beberapa orang lagi yang mungkin aku tak cam (harap maaf dari hujung kepala yang takder rambut ni sampai ke kaki, bro semua~) . Dan paling aku teruja sikit bila aku rasa macam kenal jer brader ni... Sapa lagi kalau bukan Bro Yatt and Sis Nadia, Happy Rockers Family dari Hanya Rawk and Roll. Selamat berjumpa bro and sis!

Selepas selesai persembahan, sessi makan-makan telah diadakan di Restoran Kapitan, Chulia Street antara Sayap-Sayap Wings dan kumpulan Wings. Semasa sessi ni, semua ahli Sayap-Sayap Wings berpeluang mengambil autograph ahli kumpulan Wings dan sempat berborak dengan semua anggota Wings. (dah tentulah ramai yang bertanya bro Awie tentang isu Kumpulan Naga yang ditimbulkan di Harian Metro baru-baru ini).


Aku pun tak melepaskan peluang untuk bertemu antara gitaris kesayangan aku (eee.. tak rocknya ayat aku...), sapa lagi kalau bukan Bro Joe. Dengan muka tak malunya aku mengusung Ibanez RGR321EX aku semata-mata nak mendapatkan 'mandrem' autographnya. Hahahahahaha, rasa melayang jer dunia ni bila tandatangannya ada kat gitar aku. Terima kasih banyak-banyak abang Joe! (lepas ni rasa macam sayang pulak nak pakai gitar tu, aku buat frame baru tau!!). Aku juga mengambil autograph semua anggota Wings di baju 21st Anniversary Wings dan buku Memorabilia (aku eja silap ke apa nih...) sebagai satu simpanan aku yang paling berharga... (apa-apapun takleh celen Pak Mail malam tu sebab semua anggota Wings letih jari sign SEMUA koleksi cd dan kaset Wings, hahhahahaha)

Apa-apapun, terima kasih kepada Sayap-Sayap Wings kerana sudi turun ke Penang walaupun anda dari jauh. Segala kekurangan kami di Penang, janganlah berkecil hati (terutama layanan mamak Kapitan yang lembab dan silap amik order tu...). Maaf dipohon kerana saya tak dapat turun pada malam ni (malam terakhir show Wings) kerana saya pun baru jer bangun tidur memandangkan semalam selepas show, kami buat aktiviti tahunan kami selepas show........ MEMANCING!!!! Heheheh



Kepada Sayap-Sayap Wings yang baru, silalah rajinkan diri anda melayarai http://sayap2wings.com untuk segala info dan maklumat terkini perjalanan Sayap-Sayap Wings. Kami semua sedia membantu ada dalam info-info terkini, cuma jangan malu bertanya aja. Macam asas Sayap-Sayap Wings, "Make Us Like Brothers"!

Saturday, December 20, 2008

Jom Pakat Mai Penang!!!


Memandangkan tahun 2008 hampir melabuhkan tirainya.. Dan dikhabarkan segerombolan Sayap-Sayap akan terbang ke Penang dalam masa terdekat ni untuk bersama-sama di Pesta Pulau Pinang, dengan berbesar hatinya aku akan membuat self-advertising untuk negeri aku yang tercinta ini.

Orang kata, Penang ni syurga makanan sebab hampir semuanya ada (dan semestinya sedap), maka cerita aku kali ni akan lebih tertumpu kepada hal-hal yang berkaitan dengan sarapan pagi, makan tengah hari, minum petang dan makan malam.


1. Nasi Kandar Line Clear, Georgetown - klik sini untuk peta


Kedai yang terletak di "lorong-lorong gelap Ranggi Metropolis" ni sebenarnya adalah yang terkenal di Pulau Pinang selain Nasi Kandar Beratur (sebelah Masjid Kapitan Keling). Nasi Kandar Line Clear terletak di Jalan Penang (Penang Road), betul-betul di hadapan kedai Pitchay Gunny (dulu masa Levis susah nak ada butik, kedai ni la pembawa masuk jeans Levis). Menariknya Line Clear adalah jika mood mamak tu baik, tiap kali lepas siap letak lauk dia akan kata, Line Clear ka? Dan kalau kita pun dah puas ati dengan lauk atau campuran kuah, kita katala LINE CLEAR, hahahahaha...

Sesunguhnya, lupakan tentang khabar angin yang menyatakan Line Clear ni kotor. Memang la kedai ni sempit sebab betul-betul dalam lorong dan sedikit merimaskan tempatnya. tapi Alhamdulillah sepanjang aku pi makan kat sini, belum pernah aku masuk hospital akibat keracunan makanan. Lagipun, banyak lauk dimasak betul-betul depan kedai, tengokla sendiri mamak tu masak kalau tak percaya.... (abaikan jelah ada tikus berlari, dah nama pun lorong...) Kalau time malam pulak, ada dijual susu segar dengan yang paling special, Susu + Telur (boleh kembang tekak punya stok ni..) hahahahah

Kesesuaian makan: 24 jam

2. Nasi Kandar Kampung Melayu, Air Itam - klik sini untuk peta

Hah, nasi Kandar ni special sikit sebab dia hanya bukak dari bukak dari waktu pagi sampai tengah hari saja. Rasa Gulai Ayam dia memang marvellous hingga menjilat kaki eh, jari.... Dulu, tukang bancuh air dia ialah Tokey Cina, tapi pagi tadi aku pi makan (gambar baru neh....), tokey Nasi Kandar ni dah beli tapak kedai minuman (dalam kedai yang sama jugak) dan sekarang ianya 100% Muslim operated. Lauknya sikit saja tapi dengan rasanya yang sedikit unik menjadikan kedai ni sentiasa diserbu kaki Nasi Kandar walaupun sedikit jauh dari bandar. Jadi, tak hairanlah 2 lot rumah kedai dibuka untuk menampung jumlah pelanggannya yang ramai.

Kesesuaian makan: Sarapan pagi dan tengah hari.

3. Nasi Padang Minang (dulu International), Georgetown - klik sini untuk peta


Okey, untuk insan-insan istimewa yang tak lalu dan geli geleman dengan Nasi Kandar, bolehla try kedai ni. Terletak di Transfer Road, adalah sukar untuk mengalahkan rekodnya sebagai pemegang kedai Nasi Padang yang tertua di Penang. Seingat aku waktu aku kecik-kecik, namanya ialah Nasi Padang International (worlwide tu, hehehehhe) kerana ia terletak di bawah Hotel International. Jadi, bolehla pekena Nasi Padang disini sambil menghirup kopi 'O' kaw Cina.

kesesuaian makan: tengah hari

4. Roti Canai Transfer Road - klik sini untuk peta



Ia terletak hanya beberapa meter dari Nasi Padang Minang seperti yang diceritakan di atas. Yang ni pun satu punya kegilaan rakyat marhaen di Penang. Kedai ni memang hardcore roti canai lovers punya port lah. Sambil makan, sambil bersedia untuk lari!!!!! Yerlah, kedai betul-betul tepi jalan besar. Sayup-sayup jer lori, bas dan kereta lalu depan korang sambil korang pekena roti canai (macam tengok wayang orang racing kereta). Dengan kuahnya yang masyuk terutama jika ditambah daging, pasti membuatkan anda berpeluh dahi bila pertama kali mencubanya. Bagi yang tidak hardcore, sure anda akan mencari tandas selepas itu (ini serius dan bukan main-main)

Kesesuaian makan: Pagi, awal pagi.


5. Bazar Chowrasta, Penang Road - klik sini untuk peta

Terletak di jalan yang sama dengan Nasi Kandar Line Clear. Jangan tak singgah ke sini!!! Port wajib untuk anda membeli jeruk Penang. Walaupun masih ada port lain di Sungai Ara dan Balik Pulau (kilang jeruk), di sinilah port terbaik anda untuk merasa jeruk buah salak, pala, mangga dan lain-lain untuk dibawa sebagai buah tangan bila pulang ke negeri masing-masing. sekitar Penang Road, anda boleh window shopping atau merasa Cendol Penang yang sempoi dan macam-macam lagilah.
Warning.... Dekat area bazar ni ada banyak kedai kain. Kalau bawak bini tapi tak sanggup ikut dia tgk kain, pandai-pandailah korang nanti yerk. Hahahahahah

6. Gurney Drive - time malam, bolehla cari sotong bakar dan Satay Rusa dekat area foodcourt

7. Medan Selera Polis Marin, Teluk Tempoyak Dan Seagate - port 'panas' untuk dinner Ikan Bakar cicah air asam

8. Restoran Kapitan, Chulia Street - Dia punya Roti Naan Tandoori memang meletup... (malam sahaja jual roti naan, siang tak jual)

9. Nasi Kandar Beratur, Jalan Masjid Kapitan Keling - seperti namanya, aku tak pernah makan pun!

10. Medan Suri, Sungai Nibong - Terletak betul-betul sebelah Terminal Bas Sungai Nibong dan Tapak Pesta, ini adalah port terbaik untuk melepak pagi-pagi sambil pekena Nasi Lemak, Roti bakar dan lain-lain jenis sarapan pagi.

Cukup lah kot acara preview Jalan-Jalan Cari Makan aku kali ni. Berjumpa kita nanti semua Sayap-Sayappppppppppppppppppppppppp~..... Insya-Allah.

Wednesday, December 17, 2008

Krisis Ekonomi Makin Terasa



Pembaca-pembaca aku mungkin pernah terbaca ulasan aku tentang guitar strings brand Alice ni. Bila aku tengok balik komen-komen diaorang kat situ, sememangnya aku akan senyum sorang-sorang.

Sebenarnya ulasan aku pada waktu tu hanya suka-suka, dan hanya nak mencuit kenangan guitarist-guitarist kampung yang kini banyak yang berjaya secara serius dalam bidang ni. Tak sangka pulak banyak yang komen balik kat aku melalui web, email, YM dan SMS.

Malam ni, aku beli lagi tali ni, 4th dan 5th string (haritu aku pakai tali kapok sebab kedai ni abis stok tali ni). Inlay covernya pun dah berubah, ala-ala metal abes kali ni, hahaha.

Memandangkan aku pun dah lama tak pergi jamming, aku buat keputusan untuk pakai aja tali cap ayam ni. Nak main kat rumah aja pun...

Sebenarnya, aku memang kena berjimat dah kali ni. Semuanya kerana gara-gara ramalan pakar ekonomi dalam dan luar negara yang menjangkakan akan berlaku kemelesetan tahun depan. Walaupun DS Najib asyik dok kata ekonomi ok, aku pulak kata K.O.!

Bekas kilang aku dulu asyik dok buang orang aja skarang ni, member-member yang kena keja shif ada yang dah kena keja normal. Abang sepupu aku yang hari-hari OT dah start kena freeze OT.

Walaupun minyak dah turun balik, tapi hampehnya harga barang tak pula turun-turun. Kalau dulu aku gelakkan member-member aku di KL kerana nasi sepinggan (lauk ayam sayur telur) harganya RM6.00, sekarang aku terpaksa menelan hakikat dekat Penang pun dah banyak kedai yang charge aku harga macam tu. Arghh brengsekkk.. Aku tertekan la macam ni.

Maka, aku akan lupakan kejap Ernie Balls Super Slinky favourite aku tu dan terpaksalah aku bertahan dengan apa saja yang aku ada dalam poket aku yang sentiasa kering ni.

Monday, December 15, 2008

Masalah Dapatkan Majalah Empayar?



Sejak aku dengan tak sengajanya membeli Empayar #1 (cover Sweet Charity), mulut aku ni gatal mempromote majalah ni. Tak cukup dengan tu, ulasan ringkas aku masukkan di www.rockapak.org/forum dan laman Multiply aku.

Sedar tak sedar, dah masuk isu #5 dah pun! Cuma isu no 5 ni, lambat sikit sampai pasaran Penang atas masalah percetakan. Dalam pada masa yang sama, ramai jugak member-member aku yang tanya macam mana nak dapatkan isu-isu terdahulu majalah ni. (Korang ingat aku keja ngan Empayar ke?)

Setelah berjaya mengganggu Nazrul Empayar, akhirnya dapat dah caranya.

Untuk isu #1 sampai 4, caranya ialah buat postal order atau wang pos sebanyak RM30.00 atas nama:

Nazrul Azuad Ahmad

Dan dialamatkan kepada:

Empayar Network
P.O. Box 13419
50810 Kuala Lumpur
Tel: 012-6207752 (Nazrul)
Email: empayarmag@yahoo.com

Orait, semoga terjawab persoalan korang semua dengan entry aku kali ni.

Untuk sesiapa yang BELUM PERNAH buat kerja-kerja order ni, meh aku tolong ajarkan.

1. Pergi Pejabat Pos, buatlah Wang Pos atau Kiriman Wang (Postal Order)
2. Dekat nama penerima, letak nama Nazrul mcm kat atas.
3. Pos benda tu dekat alamat atas (resit tu simpan).
4. Masukkan data peribadi korang dalam surat tu, kalau tak, macam mana la Team Empayar nak pos kat korang!
5. SMS Nazrul atau Email empayarmag@yahoo.com yang korang ada buat pesanan, untuk Nazrul remark.

Ok, yang tu lah 5 langkah asas yang selalu dibuat untuk buat pesanan melalui pos. Heheh, selalu gak aku buat macam tu bila barang-barang yang aku nak beli takder kat Penang (aku malas nak pegi jauh-jauh, wakaka)

Saturday, December 13, 2008

Yamcha Rockapak Zon Utara


Walaupun tak ramai.. Sekurang-kurangnya terubat jugak rasa rindu aku dengan geng-geng forum ni semua. Dah lama rasanya aku tak join perjumpaan macam ni...

*Gambar credit to Nasryzal

Konda Kondi Cafe & Bistro

Plan harini nak singgah ke Laksa Pondok Ibu Kathy . Tempat nampak macam menarik tepi sungai, tetapi menu kat sini sesuai untuk m...