Entry sulung aku dalam sejarah untuk me'review' album dari Wings. Percaya atau tidak, review aku yang pertama tentang Wings bukanlah pasal album, tapi pasal konsert. Senang cerita, aku adalah antara normal fan of Wings, belum sampai tahap hardcore. (betul ker ayat aku?)
Sedikit lewat, aku review album ni setelah 9 tahun dipasarkan. Untuk versi CD ni, sudah tiada lagi borang pertandingan yang boleh menang guitar tu. CD ni ialah versi Sony BMG yang bagi Mobile Contents seperti yang tercatat di atas sticker di luar cover album. Berikut ialah details yang selalu kita semua hanya baca sepintas lalu, kemudian simpan terus dalam cover.
Album: Mr. Barbarik
Tahun: 2000
Tracklist:
- Keris Tak Ada Sarung
- Inspirasi Syakilla
- Singa Dan Harimau (feat. Asheed Def-Gab-C)
- 203
- Mayang Sulit
- Handal
- Julang Timur Tengah
- Samar Nan Terang
- Gua Henjut Je (Instrumental)
- Teater Mahamega
Penasihat Penerbitan: J.S. Kevin
Penerbit Eksekutif: Johari Teh
Susunan Muzik: Joe Wings
A & R Eksekutif: Johan Aziz
Unit Promosi: Nova Music Consultant
Jurutera Rakaman Dan Adunan: Peter, Zairi dan Dott
Penolong Jurutera Rakaman Dan Adunan: Hafiz dan Aimi
Studio Rakaman: Menora & Synchrosound
Studio Adunan & Mastering: Synchrosound Studio
Jurutera Mastering: Faisal, Dott & Amraj
Studio Latihan: Fly Wings Studio
Konsep Dan Rekabentuk Kulit Album: Tapa
Ilustrasi: Foad
Line-up: Mus (vokal), Joe (Guitar & Chicken Shaker), Eddie (Bass), Black (Drum)
Sessionist: Kris Roza (Keyboard & Piano)
Sponsor: Guitar Store
Album ni juga acapkali disebut sebagai 'album tahun kesedihan' dimana jelas, di dalam inlay album, tercatit nama Allahyarham adik dan bapa Black, serta Allahyarham ibu kepada Joe. Namun, di kalangan pendengar-pedengar Wings, seringkali album ini menerima jolokan 'album terberat' yang pernah Wings hasilkan (info - Sayap2Wings).
Buat aku pula, artwork album memainkan peranan penting dalam pembikinan sesebuah album. Dan tanpa ragu-ragu, aku bagi 5 bintang untuk artwork yang terdapat pada Mr. Barbarik (CD). Untuk versi kaset, aku tak pasti.
Untuk lagu-lagu dalam Mr. Barbarik, aku komen untuk lagu yang aku suka saja.
- Keris Tak Ada Sarung - Lagu ni yang membuatkan aku menerima kehadiran Mus di dalam Wings. Tak dinafikan, Biru Mata Hitamku sememangnya menjadi siulan ketika aku Tingkatan Satu (budak berhingus lagi), tetapi ketika itu, kekok gila aku nak menerima insan yang bergelar Mus May di dalam Wings. Maka, period tahun 1996-2000 dipujuk dengan frasa... takpa, dia Mus May, aku Mus beranak bulan May!
- Singa Dan Harimau - Dua vokal unik berpadu dalam satu album. Itulah kesimpulan aku.
- 203 - Apa yang merah dan apa yang marah? Kenapa ada hitam dan apa kaitannya pulak dengan angka 203? Haram aku tak paham langsung.. Tapi apa nak buat, layan kepala bila dengar lagu ni.
- Mayang Sulit - Susah aku nak cakap kenapa. Vokal Mus lain macam untuk lagu ni.
- Samar Nan Terang - Sedikit slow, tapi petikan dan rhythm guitar membuatkan aku boleh layan lagu ni. 3/5 tahap suka.
- Teater Mahamega - Argh, ekstasi!!!! (betul ker eja Ecstacy dalam Bahasa Melayu? Atau aku kena translate Urban Leisure jadi Keasyikan Urban?)
Apa yang aku perasan, suara Mus telah mula bertukar menjadi lebih parau di dalam album ni. Maka, hilanglah suara sedikit sengau Sendiri dan Gadis Bertudung Putih daripada Mus. Adakah gara-gara Mus practice untuk menyanyi dengan lebih heavy untuk album ni? Atau, adakah kerana kelanjutan usia Mus membuatkan suara dia lebih parau?
Apa-apapun, perkataan Barbarik muncul dalam Teater Mahamega, dan boleh dikatakan keseluruhan lagu (90%) adalah lagu-lagu yang berat. Tentu boleh agak kan lagu mana yang tak berat? Maka, bersangkutankah Barbarik (gasar) dengan berat? Boleh diterima... BERAT! (dan hebat!)
P/S: Jangan keliru antara Mus yang disebutkan di atas dengan Mus yang sedang menulis. persamaan yang sama antara Mus di atas dan Mus Penulis ialah ...
"dia tu Mus May, aku ni Mus beranak bulan May"