Saturday, August 22, 2009
Port Lepak Zaman Poli
Dulu, masa aku muda belia dan rambut masih lebat. Aku selalu lepak kat gerai brader Nasir. Tokey air yang paling sempoi dan boleh buat air apa jer yang korang nak ikut citarasa masing-masing.
Partner Abang Nasir ialah tukang masak. Jadi, kalau dah nama tukang masak tu, dah tentulah ada makanan!
Walaupun biasa-biasa saja. Tapi harga yang murah membuatkan order melekat dan menjadi pilihan kami time tu. Sekarang, kami kalau ada masa, memang kami akan lepak kat sini,
Air yang nama pelik-pelik jangan kata la:
Milo Tabur
Milo Turbo
Madu Tiga
Air Cinta
Air Tiga Rasa
Hah, pelik betul. Tapi layan..... Bayangkanlah ada 3-4 orang awek poli boleh minum Milo Turbo. Gila ker hapa gelas besar jag diaorang langgah. Tak senonoh btol awek-awek zaman sekarang. Mak mentua tengok pun boleh cancel!!!
Ahh... Antara gambar yang masih selamat dalam simpanan aku. Bayangkan 2 team rugby berkumpul, order seorang 3 gelas. Lepak dekat sejam setengah selepas game atau training. Lepas tu awek lalu... Riuh dan havoc!!!! Antara group teramai yang memenuhkan gerai dan paling huru-hara adalah batch 2001-2003. Hakikat yang Abang Nasir sendiri akui paling gila. Mau tak gila... Kalau 4 orang datang minum pun, order air macam 12 orang minum!
Sekarang, Abang Nasir pun dah berniaga di gerai baru. Dan alhamdulillah, syarikatnya iaitu D'Intai Cafe & Catering pun dah mengembangkan sayap untuk supply jamuan kenduri untuk 1200 orang. Terletak di gerai No. 7, medan selera Taman Pauh, berhadapan Politeknik Seberang Perai.
Abang Nasir, semoga perniagaan bertambah maju... Dan kenduri saya nanti kalau sampai jodoh, jangan lupa kasik diskaun kaw-kaw punya untuk Bihun Goreng Daging Sayur Takmau.... Saya ni kedekut orangnya.. Dan rock sampai tua...
Friday, August 21, 2009
Hari Itu Datang Lagi
Aku ke surau dengan beskal. Gelap gila malam tu. Tapi apa yang aku ingat... Semayang tarawih berakhir di kedai burger.
16 tahun kemudian..
Aku bersemangat nak pi tarawih malam ni. Tapi kerja ntahapapantah punya keja petang tadi buat semangat aku sikit pudar.
Tapi tadi sebelum Isyak, bos kata keja-keja PMW esok dibatalkan. Aku reply SMS bos dengan gelak besar dan diakhiri dengan ucapan tulus ikhlas Selamat Hari Raya.
Sekarang, aku kat kedai burger. Ada malaun mana ntah cilok kipas masjid, membuatkan jemaah berpeluh menunaikan ibadah. Dan hari itu datang lagi... Kompom mak aku satgi heran napa 8 rakaat laju sangat.
Selamat Berpuasa.
Nasi Goreng Flying V
Jadi, haritu masa semua family aku keluar balik kampung, dan masa tu pulak aku sengkek sangat, tak mampu makan kat luar, jadi aku buat benda ni.
Resepi: Nasi Goreng Flying V (pilih sendiri samada nak Gibson atau Sammick)
Bahan-bahan: Apa-apa aja yang ada dalam peti ais atau kabinet dapur.
Nasi putih malam semalam adalah pilihan utama. Kalau nasi putih panas, kompom tak jadi nasik goreng. Tapi sebelum goreng, gaul-gaulkanlah nasi tu dulu agar tak melekat.
Aku terjumpa hotdog dan chicken balls ni. Jadi, aku belasah jer masukkan dalam kuali.
Lepas tu, goreng sekali telur dalam kuali. Ikut style korang la nak buat macam manapun. Janji jangan telur tembelang/kemuruk sudah. Bayangkan mangga-mangga last korang nak makan, tapi termasuk telur busuk, padan muka korang langsung tak dapat makan.
Kali ni, aku tanak tipu korang macam resepi Mee Udang Bangsawan aku haritu. Hahahaha... Aku jujur kali ni ar....
Akhirnya, siaplah sudah Nasi Goreng Flying V dikelilingi oleh pick-pick guitar size jumbo. Asyik beb pekena sekali dengan Kopi Tongkat Ali.
Kesimpulan. Hampeh tak sedap langsung perasa ni. Carilah perasa lain.
p/s: Kalau dah lapar tu, apa pun aku sebat.
Thursday, August 20, 2009
Mee Jawa Pakya dan Selsema Oink2.
Tukang masak dengan muka serius ni adalah Pak Ya. Sapa tak kenal Pak Ya? Rata-rata kat semua tempat ada nama Pak Ya. Tapi Pak Ya ni lain sikit. Sebab dia lebih dikenali dengan Pak Ya Mee Jawa.
Dengan RM3.50, cukup berbaloi-baloi untuk menikmati sepinggan Mee Jawa di sini. Dengan tambahan RM0.50, Mee anda dibezakan dengan penggunaan pinggan kaca seperti di atas.
Ramai yang keliru antara Mee Jawa dan Mee Kuah. kedua-duanya hampir sama. Cuma, mee kuah adalah lebih terarah kepada mee rebus dan kandungan ubi 'blender'nya lebih banyak dan menjadikan kuahnya lebih pekat dan umph! Manakala untuk mee jawa, penggunaan sos tomato sebagai intipati utama menjadikan kuahnya sedikit masam.
Tetapi, jika tak cukup masam, apalah salahnya jika kita tambahkan lagi sedikit sos tomato yang sememangnya tersedia di situ. Lagi lebih, lagi umph - ujar penagih sos tomato tegar.
Setakat entry ni ditulis, rating aku untuk Mee Jawa di sini ialah 5/5, sehingga terjumpa tempat lain yang boleh 'celen' Mee Jawa Pakya.
Sememangnya, astaka ni menjadi tumpuan ramai ketika waktu tengah hari. Macam-macam ada kat sini daripada Nasi Ayam, Nasi Campur sehinggalah Laksa pun dijual. Maka, pemandangan bersesak-sesak di atas adalah satu lumrah dan biasa di sini. Mungkin panas sedikit memandangkan atapnya ialah zink, dan diapit oleh Stadium Bandaraya dan bangunan Bernama.
Jadi, bila dah panas tu, pepaham ajelah. Selera pun jadi pelik-pelik dengan order pun macam-macam. Ais jagung turut boleh didapati kat sini.
Tetapi, dengan keadaan Selsema Babi yang semakin menjadi-jadi. Jangan dilupa pakai face mask. Tengok Afad pakai. Stylo dan steady. Sambil makan sambil pakai face mask - sapa kata tak boleh? Ingat lagi entry aku pasal Selsema Babi haritu? Sekarang, dah berpuluh-puluh orang mati. Tapi macam biasa, Typical Malaysian mana amik port benda-benda macam tu. Sampaikan family sendiri dah di-suspek pembawa virus selsema babi dan diarahkan kuarantin seminggu, tapi masih datang kerja jugak... Aisey... Lu betul-betul menyusahkan orang dan membahayakan orang lain btol la. Dah dapat MC seminggu tu, duduk la kat rumah diam-diam. Happara... (ini cerita benar, korang punya version pulak macam mana?)
So the bottomline is, sayangi nyawa anda, dan facemask bukanlah alasan untuk tak makan atau buat benda-benda lain yang ekstrem. Huhuhuuuuuuuuuuuu...
p/s: Aku tipu aja. Malaysia yang pernah menang dengan Arsenal 2-1 di Stadium Merdeka. Aku tak ingat, Pilihan Pulau Pinang lawan dengan sapa kat Stadium ni dulu.
Wednesday, August 19, 2009
Saturday, August 15, 2009
Memories!
1542 hrs. (via phone)
Gua kat sekolah sekarang. Hilang jap jiwa rock gua
updated... Kat rumah
1545 hrs.
Semayang kat surau asrama. Jumpa Ustaz Suhaimi. Salam dengan Encik Hairol (masih sama pendiam macam dulu-dulu). Sembang dengan Ustaz Suhaimi. Rupanya ada macam kem motivasi. Patutla ramai bebudak. Depa usyar gua pelik. Sebab gua boroi, botak dan tak dikenali.
Lebih Kurang 1615 Hrs.
Inilah wajah-wajah orang yang pernah menghuru-harakan sekolah pada waktu dulu. Ada projek yang nak dibuat sebenarnya kat sekolah hari ni.
Bermula 1542-1730 hrs.
Inilah Projeknya!!!!
Biarpun nampak pelik, gua petik ayat Ming-Ming Wonderpets:
"Daun Saderi dengan sos soya? Pelik.... Tapi Sedap!!"
Hasil-hasil begini yang gua nak. Terima kasih pada lu Shahrul!! Gua takleh reveal semua project gua. Ini adalah contoh, tapi cuaca tak menyebelahi kami semua. Awan tak berapa biru, tapi masih berbaloi-baloi.
1745 hrs
Gua singgah balik surau hostel untuk Asar. Sempat jumpak kejap Ustaz Suhaimi sebelum kami blah.
1815 hrs.
Kami lapar, makan Mee Jawa Pakya. Nanti gua review untuk entry selanjutnya.
1900-2145 hrs
Duduk kat Queensbay. Test kamera Canon EOS series-apa-pun-aku-tak-hengat Shahrul. Gua memang takder talent. Gua rasa nak campak jer kamera tu dari tingkat 2 tadi. Tapi nasib baik tu kamera Shahrul. Gua tak jadi buang. Takder duit nak ganti balik.
Jumpak Buchon aka Bakhtiar kat Queensbay. Sessi kutuk-mengutuk berlangsung macam biasa.
2200 hrs
Makan kat Hammerbay. Pak Halim belanja. Duit lebih jam baru beli. Dia budget RM500.00, tapi hero-hero kan ada, kami gertak tokey jam Casio Edifice dari harga RM568.00 dapat harga RM400.00. Jadi, duit lebih dia kena belanja mafia 2 orang ni makan.
Gua taktau nak review macam mana benda ni. Ikan Bara bakar sekor, sotong goreng tepung, tomyam dan telur dadar untuk dua orang makan campur air, semuanya RM39.00. Shisha yang gua order, brader tu tak bawak. Hampeh btol....
0030 hrs-0419
Sampai rumah. Siap barang nak manceng. Kemudian gaduh ngan awek. Reason, gua taktau. Update blog. Conclusion, Bos, saya tak pernah update blog kat opis. Semua kat rumah ataupun MMS terus dari phone. Nokia 3310 saya boleh send MMS terus masuk blog. Baca blog, ya, saya mengaku kalau free sikit masa, saya baca blog kat opis.
19 August 2300 hrs - Iklan dibuang as request (padan muka sape suruh tengok lambat)
Kalau dah nama Old Frees. Memang anak hantu. Gua jumpak iklan ni kat Queensbay. Gua tak sangka, iklan sebesar ni dah boleh dipasang kat Malaysia.
Memang dasat betul la negara kita sekarang kan? Gua takut betul bila model tu dok usyar gua. Confirm, entry ni boleh mencetuskan satu perang besar dalam personal life gua.
Tapi gua takleh imagine kalau family bawak bebudak lalu depan iklan ni.
"Mak besar nanti Nini nak jadi macam akak dalam gambar ni boleh?"
Dan aku tak heran kalau si Mak kata... Boleh....
Kalau lu orang rajin selongkar web, lu carilah private life calon-calon Gadis Melayu 2 TV9 sekarang. Gua rasa... Tajuknya pun dah patut ditukar, Gadis Melayu Urban.
Sekian,
speedrider.
Old Frees
1996-2000
Kekasihku Stella
Dan jawapan paling menyakitkan hati dari ayah aku ialah:
″Aku nak pakai benda ni pancing kat pantai aja kalau aku tak larat naik bot.″
Aku sakit hati.
Ayat member aku pulak, si Shidi:
″Big boss pakai stella, anak sampai KL, rembat megi″
Aku speechless, kemudian gelak macam orang sewel.
Remarks: Gua tau gua kodi.
Konda Kondi Cafe & Bistro
Plan harini nak singgah ke Laksa Pondok Ibu Kathy . Tempat nampak macam menarik tepi sungai, tetapi menu kat sini sesuai untuk m...
-
Tiada benda yang lebih best dalam hidup aku hari ni apabila berjaya memecahkan side mirror kenderaan syarikat. Lepas tu tergaru-garu kepala ...
-
Salam, minta maaflah.. sebab inilah entry paling poyo sekali aku pernah buat. Tapi memandangkan selain di blog, email, PM dan sebagainya yan...
-
Maka, tersebutlah kisah Jeneral Naga Sakti dari Negara Pasir 5 butir telah mengumumkan secara tiba-tiba tanpa angin dan ribut taufan akan ke...