Tuesday, November 3, 2009

Info For Penang Bridge Motorcyclist


klik untuk gambar lebih besar

Sebenarnya, aku pun dah lama tak pernah buka Laman Web Rasmi Penang Bridge. Jadi, bila buka tu, ternampak la notis ni. Patut la dekat digital Billboard Penang bridge tu, asyik terkeluar pekataan Tayar Pancit. Aku nampak ada tulis toll free, tapi tak sempat baca. Yerlah, bawak moto terlalu laju lah katakan....

Jadi selepas baca notis tu, berikut ialah prosedur sekiranya tayar motor anda pancit.

  • Call 1300-1300-300 untuk bantuan
  • Jangan biar ulat tukar tiub buat!!!!!! (tapi lori PBSB kena la cepat sampai!!!)
  • Towing service dari Penang Bridge adalah FREE!!!!
  • Di akan bawa ke bengkel yang berdekatan. Tiub dalam tu.. Bayar sendiri la lepas tu...
Bagus jugak PBSB buat macam ni, sekurang-kurangnya kejadian macam ni (klik sini) takkan berulang lagi. Lagipun, banyak sangat penipu yang suka tabur paku atas bridge tu.

Owh, kepada pengunjung luar yang belum tahu... Penang Bridge dah siap 3 lane sejak September 2009 dulu. Best wo merempit motor atas tu.. Hahahahahah


------------------------------------------------
1 Hari 1 Entry Blog Marathon
entry #9/30
------------------------------------------------

Monday, November 2, 2009

Mean Machines Means Hot Chicks Too



Lepas sessi perjumpaan dengan geng PNET kelmarin, gua dikhabarkan ada satu lagi event yang akan berlangsung di tempat yang sama. Mean Machines 2009, disponsor oleh CIMB Bank. (klik)

Gempak, boleh gua layan pi tengok.... Walaupun gua langsung tak minat kereta.



Bermula pukul 11.00 pagi, yang ni kalau tak silap gua adalah edisi ke-3 sejak Mean Machines 2007 (kalau tak silap gua la). Kali ni, gua tegok, kelas yang paling kecik ada ialah MYVY. Kalau ada kancil atau Viva, harap maaf, mata gua tak nampak pun~



Gua taktau apa langsung pasal penjurian. Yang gua tau, gua datang nak tengok keta mana yang lawa. Kali ni, banyak jugak Proton Saga 1.3 yang masuk.. Hrm.. Boleh tahan. Tapi sikit kecewa apesal takder Cik Sona langsung. Kalau tak, boleh gua snap untuk paiseh mekap Cik Sona dia.

Booth Proton R3 ada kali ni. Tapi gua taktau apa fungsi dia masuk show. Try jual parts R3, confirm mencanak orang beli!!!



Crowd pun boleh tahan ramai. Tapi yang palatnya, takder sesaper pun yang jual hot-dog cucuk dengan air sirap limau. Gila panas kat sini. Takkan nak minum dalam Starbucks? Gila ker hapa..



Ada yang bawak family dan budak-budak kecik kat sini. Bila gua tengok abes-abes, gua rasa gua tengah ada dekat Tokyo time tu. Takpun kat Los Angeles. Fuh, globalisasi sungguh!!



Tengok brader-brader tu, side mirror sampai patah sebab ramai sangat tengah berebut derma kat sebelah Beemer dia tu, sebuah Nissan 350Z yang disembur-anginkan penuh satu body.



Gua langsung tak nampak diaorang derma berapa ringgit. Ni pun gua snap dari belakang Fairlady tu ja...



Rupa-rupanya diaorang tengah 'derma' kat mangsa manjir! Tinggal sehelai-sedada aja pun!! Hampeh, penat gua berasak-asak masuk. Gua takder duit, tapi gua ada print entry pasal aurat, hasil tulisan Abang Ben untuk mangsa tu baca dan fahami. Kesian betul kat mangsa tu!!! Tak cukup kain!! Dahtu, macam cacing kepanasan dalam kereta tu, gua rasa dia panas lagi la...

------------------------------------------------
1 Hari 1 Entry Blog Marathon
entry #8/30
------------------------------------------------

Sunday, November 1, 2009

Rombongan Meminang

Alhamdulillah, selesai sudah rombongan meminang yang telah berlangsung pada 31 Oktober 2009 pada pukul 8.00-10.30 pagi. Telah lama aku nantikan saat ini berlaku walaupun 'adik beradik' yang hadir tak sampai 5 orang. Tapi aku tak kisah, rombongan meminang telah melaksanakan hasrat di Juru Auto City, satu-satunya tempat dalam Malaysia yang memegang hak sebagai 'Bandar Permotoran'. Yang lain-lain tu tipu jer termasuk Cheras Autocity. Kalau tak percaya, google kes mahkamah.



Rombongan diketuai oleh bro Potocol selaku ketua trip dan photographer. Walaupun ramah, jelas di sinar matanya yang keletihan akibat memandu dari KL-Kuala Kangsar-Penang. Rombongan ini disertai oleh:

1. Potocol - Kepala Rombongan Meminang
2. CDgtxx - Ketua Berbalas Pantun
3. Conan - Pembayar Tol (macam kat Johor)
4. Scat - Hulubalang
5. Bugie - Pemukul Kompang
6. Teja - Pembawa Hantaran
7. Kunang-Kunang - Driver Lori Rombongan
8. Acidd - DJ Kenduri

Manakala sebagai tuan rumah, yang hadir ialah:

1. Bondiana - Tuan Rumah
2. Speedrider - Penerima Pantun yang terlambat masuk majlis
3. Farah - Tukang Tepung Tawar
4. Acik - Bodyguard Tukang Tepung Tawar



Dari kiri-kanan atas: Bondiana, Bugie, Farah, Potocol, CD, Conan,
Acik (baju maroon)
, Kunang-Kunang (snowcap), Teja, Acidd (baju oren)


Pertama sekali, ribuan maaf dipinta kerana, selaku tuan rumah yang tidak bertanggungjawab, aku telah terlambat sampai ke majlis. Namun, untuk rekod peribadi, masa 18 minit telah diambil dari Sungai Puyu ke Juru Autocity telah berjaya diperbaharui dalam catatan masa hari ini, sekaligus memecahkan rekod yang lepas-lepas. Terima kasih kepada semua yang memahami (atau buat-buat paham).



Walaupun perjumpaan ini ringkas, tetapi alhamdulillah, kami dapat mengenali dengan lebih rapat dan 'live' jaringan kaki-kaki pancing dari forum www.pancing.net. Maafkan saya kerana tak dapat open table, kerana saya ialah Bujang Senang, yang seterusnya memaksa Tuan Conan dan Bondiana untuk open table. Terima Kasih daun keladi, nanti-nanti open-lah lagi.



Untuk rekod juga, ini adalah kali pertama aku bertemu dengan hardcore-hardcore anglers dari KL dan Selangor ni, selain daripada Potocol dan CD. Jadi, sempat la bersembang apa-apa yang patut.



Kemudian, hantaran rombongan meminang pun diterima. Jadi, aku sebagai provider atau tokan area utara, lepas ni akan mengedarkan merchandise-merchandise rasmi seperti di atas untuk mereka-mereka yang telah membuat tempahan.



Sekali aku pakai, nampak macam player Arsenal tengah nak training. Baju design baru untuk season 2019 aku syak la... Ada 5-6 helai baju extra akan dijual kepada mereka-mereka di Northern Region yang berminat.



Kalau dah gathering kaki pancing, tak sah la kalau tak tunjuk benda kan? Yeah....!!! Shimano Calcutta 401 (baitcaster) ni fresh dari Jepun. Emblem pun siap ada ukir tulisan Jepun. Milik Bondiana yang baru saja beli dari Jepun. Rasa macam nak order satu, murah gila!



Bondiana juga seakan-akan faham apabila turut menghadiahkan ole-ole dari Jepun yang rasanya sungguh marvellous dan tak 'cengih' macam yang dijual di Malaysia sekarang. rasanya 'kaw' dan setanding Dunhill, malah jauh meninggalkan rasa rokok Langkawi. First time rasa Marlboro yang sedap dan penuh dengan tulisan KANJI. Bondiana, arigato gozaimas fromma speedrider-san!!

Kepada semua rombongan meminang PNET, saya sekali lagi memohon maaf atas kelewatan pagi tadi. Tengah ralit makan nasik lemak kat kampung!

------------------------------------------------
1 Hari 1 Entry Blog Marathon
entry #7/30
------------------------------------------------

Saturday, October 31, 2009

Belang Utara

Setelah beberapa hari berlalu, dapat dirasakan hampir semua peserta 1 Hari 1 Entry Blog Marathon telah merasakan bahang betapa payahnya nak update blog setiap hari dengan isi-isi cerita yang bagus.

Maka, demi memberikan satu ulasan yang cukup hebat (macam poyo jer), dan setelah mendapat persetujuan bersyarat paling tinggi dan ketat dari Kementerian Dalam Negeri (Pajak Song), maka aku memutuskan.. Akan membuat satu review yang tiada dalam Roda-Roda, Kapchai, Bike Trader dan majalah-majalah yang seangkatan dengannya... Pada suatu tarikh yang akan datang, setelah semuanya bersedia.

"Jangan Beli Suzuki, apa barang SOHC......"



------------------------------------------------
1 Hari 1 Entry Blog Marathon
entry #6/30
------------------------------------------------

Friday, October 30, 2009

1hari=1entry=1Malaysia

Untuk sesiapa yang terperasan dengan update aku setiap hari, aku tak sempat nak info langsung dalam entry-entry tu melainkan dengan label-label semata-mata.

Sebenarnya, aku terlibat dengan satu 'endurance' test rasanya, yang dianjurkan oleh Abang Ben (Krenmaut) yang membuat satu cabaran 1hari=1entry=1Malaysia.

Oleh sebab itu, pecahlah kepala otak aku untuk memikirkan apa yang nak disumbat dalam blog ni hari-hari. Rupa-rupanya, bukan senang nak menulis ni. Maka secara automatik, aku rasa aku dah paham la sikit kerja wartawan tu macam mana.... Cuma dalam blog ni, bahasa tulisan semua boleh hentam keromo saja tulis. Bezanya cuma dateline!

Untuk sesiapa yang belum tahu, blogger circle yang join endurance ni, ada disenaraikan di blogroll di sebelah kanan tu. Jadi, itu semua yang telah confirm join la.. Untuk endurance ni, Abang Ben dah letak syaratnya iaitu:

Syarat penyertaan:
1. Ada blog open for public (private blog tak leh)
2. Warga Malaysia tulen
3. Blog anda bukan blog download mp3/DVD/VCD
4. Setiap hari kena letak satu entry yang munasabah ikut kepala otak sendiri.
5. Pemenang akan merasa bangga sebab berjaya buat 1 entry = 1 hari selama 30 hari. Lepas tu boleh rasa takjub/riak pada orang ramai. Peng'kalah' akan merasa rendah diri dan perlahan-lahan mengundur diri dari arena memblogging.
6. Bila dah join, korang bolehlah buat link khas kat bloggers link dengan group bernama 1hari=1entry=1Malaysia tu supaya benda ni merebak sampai ke Planet Zuhal.
7. Pada posting yang participate, sila LABELkan 1hari=1entry=1Malaysia.
8. Setiap entry nomborkan... contoh 1/30, 4 of 30 etc supaya mudah orang nak follow.
9. Kalau korang jenis blog addicts (lebih dari 1 posting per day), pun boleh laaaaa kalau nak join. Cuma kembali kepada syarat no 4 tu. MUNASABAH punya entry.

Link untuk melihat semua syarat terletak di sini. (klik sini)

Apa macam, munasabah tak entry aku hari ni? Mengikut syarat ke-4 tu...., untuk mengkhabarkan kepada semua readers aku yang pelik tengok aku update hari-hari.

Maka, selesailah entry aku untuk hari ini. Hahahahahaha~


------------------------------------------------
1 Hari 1 Entry Blog Marathon
entry #5/30
------------------------------------------------

Thursday, October 29, 2009

9 Kali Pada 2009

Sedikit cerita basi untuk semua kerana ini adalah entry 1 hari 1 Entry. Hahahaha..

Buat kali ke-9 dengan bergayanya, mamat ni merangkul title World Champ tanpa perlu bersusah payah; dengan hanya menduduki tempat ke-3 di litar Sepang. 9 title World Champion adalah termasuk ketika berada di kelas 125cc dan 250cc.

Sebenarnya, kalau team-mate dia Jorge Lorenzo menang di Sepang pun, dia cuma perlu menduduki tangga ke-4 untuk menjadi World Champ.

Perkara ini mungkin akan jadi lain kalau dia jatuh ker, motor takleh start ker, kunci motor hilang ataupun tayar depannya dicuri penonton yang akan memaksanya berhempas pulas sikit pada next race.

Walaupun komen aku ni nampak overrated pada Rossi, semua orang tau yang moto dia tu, Yamaha YZF-M1 tu sememangnya problem besar kalau nak dibandingkan dengan jentera Honda. Mengikut khabar angin, Rossi pernah dikalahkan oleh sebijik Honda Cup 50cc kerana pada masa tu, moto Rossi habis minyak. Disebabkan itulah, ramai kawan dan lawan Rossi 'gerun' kepada Rossi kerana walaupun memacu jentera bermasalah, beliau masih mampu memberikan tentangan yang sengit di atas track.



Tapi... Mau ingat la, kita bercakap pasal Valentino Rossi. X-Factor MotoGP yang membuatkan penonton masih mahu melihat perlumbaan ini di litar. Konsisten! Dan kepada peminat Rossi, jangan lupa lawat www.valentinorossi.com kerana nampak gayanya, official "46" merchandise akan dipasarkan secara online.

Uh, aku lebih suka bercakap pasal MotoGP sebab kebanyakan bikers ni bersaudara in terms of minat, berbanding EPL sebab majority die hard fannya terlampau emosi, tak boleh dijentik sikitpun walaupun dah menang. Hahahahahah~ (marah? kena jual nanti...)

-------------------------------

ROSSI HAILS HIS WORLD CROWN NO.9
- Mirror UK

Legend Valentino Rossi saluted the ninth world title of his illustrious career yesterday as a "great achievement".Rossi's third place in the Malaysian MotoGP behind Casey Stoner and Dani Pedrosa was enough to secure his seventh MotoGP championship triumph.

And Rossi said: "The race went a bit like how the season has gone - because we were so fast on the dry tyres but right before the start of the race it started to rain. "We had to go out on the track without any wet setting. It's a great achievement - and for me it's the ninth championship, the seventh in MotoGP. I have to thank all the guys from Yamaha, who are great, and all the Fiat Yamaha team, from Jeremy (Burgess, chief mechanic) and all the mechanics to all the guys that work for me, and all my friends - all the people that helped me with this great achievement."

Stoner's second successive race victory was achieved with a yawning gap of 14.666 seconds back to Pedrosa.Britain's James Toseland struggled to finish 15th in his last MotoGP race before returning to World Superbikes next year.Britain's Bradley Smith clinched second place in this year's 125cc world championship.

Smith finished runner-up in Sepang after a protracted duel with title-holder and Bancaja Aspar team-mate Julian Simon - who was winning his sixth race of the season.

------------------------------------------------
1 Hari 1 Entry Blog Marathon
entry #4/30
------------------------------------------------

Wednesday, October 28, 2009

Merchandise



Aku kena berterima kasih banyak-banyak pada Lan sebab beri kami semua souvenir ni dari Sabah. Lan baru jer balik dari makan angin di Sabah pada minggu lepas. Dia pergi dengan Azrul. Depa pi klik-klik depa ja, aku depa tak ajak sebab mulut aku ni komplen banyak kot, takut terhempas Air Asia nanti aku cerita tak berenti.

Aku taktau yang ni rebana ataupun drum SONOR, tapi aku belasah ja terima dengan ucapan terima kasih banyak-banyak pada Lan. Dia bagi sorang satu ja, tapi aku snap semua sekali apa yang Lan borong.



Sabah, seperti ramai yang orang cakap, best tempat dia. Aku ja yang tak sampai-sampai lagi kat sana. Yerlah, orang yang tak berduit macam aku, kalau nak ke Sabah, mungkin 20 tahun lagi kot kalau aku menabung dua hari seringgit. Tapi, oleh kerana terlalu ramai kawan-kawan yang dah ke Sabah, semua info dikumpulkan sebaik mungkin. Alhamdulillah, masa sekolah dulu, Rusdi dan Shahnon adalah member satu batch aku yang disponsor Yayasan Sabah, jadi sedikit sebanyak dapat la sedikit info.

Abang Nordin masa aku kerja kat Komag juga adalah tourist guide terbaik sebab dia berasal dari Tawau. Jadi, banyak cerita Sabah, aku dapat daripada Abang Din. Apa yang best tentang penduduk Sabah, ramai kat sana yang terer main gitar disebabkan banyak jenis gitar selain Kapok yang murah-murah dijual di sana. Kata Abang Din kat aku dulu, kebanyakan gitar tong di Sabah dibawa masuk dari Filipina, dimana workmanship dan sound-nya adalah sedap sekali. Kira-kiranya, sesiapa yang beli Takamine dan Taylor tu, memang betul-betul 'duit taktau nak buat apa' punya kaki la.

Jadi, benda ni sajalah yang aku pesan kat Lan. butang baju Melayu mutiara. Kalau kat sini, rata-rata orang jual dalam RM15.00-RM30.00. Tapi aku yang memang dah tau harganya, suruh Lan beli. RM5.00 sahaja. Berbaloi. Ori tak ori, belakang kira, janji lawa.



Akhir sekali, benda ni jugaklah yang aku pesan. Abang Jasni pernah hadiahkan aku cap Air Asia kaler hitam, jadi aku nak matchkan.. Aku pesan kat Lan suruh sambar kaler merah punya kat aku. Jadi, 2 kaler utama cap ni aku dah ada, tengah memburu yang special edition cap Air Asia pulak.

Tapi bila pulak aku sendiri yang nak naik kapal terbang dan travel?
Hrrmmmm.. Seperti yang aku kata tadi la kot, seringgit dua hari selama 20 tahun, pastu baru aku travel. (malanglah bakal bini aku nanti)


------------------------------------------------
1 Hari 1 Entry Blog Marathon
entry #3/30
------------------------------------------------

Konda Kondi Cafe & Bistro

Plan harini nak singgah ke Laksa Pondok Ibu Kathy . Tempat nampak macam menarik tepi sungai, tetapi menu kat sini sesuai untuk m...