Akhirnya, line-up terakhir pada 1997 XPDC kembali lagi dengan
RASOPARISO. Sebuah album yang teramat dinantikan kepada peminat-peminat Heavy Metal Melayu. Setelah artikel terdahulu (
klik), akhirnya gua berpeluang untuk mengulas buah tangan terbaru daripada XPDC.
Rasopariso bermaksud
budi baik. Bahasa Jawa ka, Minang ka, Banjar ka... Gua taktau, sebab maksud rasopariso ada ditulis dalam inlay album ni.
Di tengah-tengah CD inlay, ada disebut sejarah ringkas XPDC sejak 20 tahun dulu yang diringkaskan dalam 2 mukasurat saja. Tak puas pulak gua baca. Tapi gua heran, dalam banyak-banyak cerita, diaorang tak ulas pulak title "
Raja Funfair" diaorang. Gua ingat, kalau dia ulas konsert funfair kat kampung gua, Sungai Puyu pada
1993 pun mau 2-3 buku tak habis. Hehehehe.
Pembelian
RM29.90 ini disertakan sekali dengan VCD ala dokumentari XPDC. Satu bonus features la boleh dikatakan. Dokumentari XPDC
terbaekkkk gua pernah tengok dengan gambar-gambar sejak darpada kumpulan asal iaitu
Tragedy. Lagu latar ialah daripada hits-hits XPDC. Betul-betul puas dapat tengok. Cuma mungkin untuk cut-cost, video editing adalah macam standard gua yang edit home video. Hahahaha... Ok lah, janji sarat dengan info.
Sebelum itu, bercakap pasal lagu-lagu terbaru dalam album ni... Gua rasa macam ada satu benda yang tak kena.. Line-up dah asal balik, album dah gempak.. Apa lagi yang tak kena? Album ini terasa sangat dengan kehilangan
J.S. Kevin yang sepertimana semua orang tahu, adalah perencah utama dalam lagu-lagu XPDC. Argh... ni suatu hakikat.
Walaupun ada dua lagu J.S. Kevin iaitu
Curahan Rasa dan
Menentang Arus, gua rasa macam tak kena sangat la lagu ni dengan XPDC yang gua biasa dengar. Semacam! XPDC tak boleh mengharap sangat dengan
Izo seorang untuk buat lagu. Dah lebih 20 tahun XPDC di stage seni Malaysia. Gua betul-betul nak tengok XPDC punya lagu/lirik 100% by XPDC la pulak lepas ni.
Line up
Mael, Izo, Zua dan Amy adalah line-up XPDC pada waktu kegemilangan XPDC sebelum kemasukan
Ali Terra Rossa dan pengunduran 2-3 ahli asal yang lain.. Ok, Mael dah masuk balik, line up dah asal.. Apa yang tak kena? Apasal tak rasa macam XPDC "
Tak Nak Jadi Soh Chai" atau "
Ntahapapantah" jer ni?
Pada pendapat gua setelah mendengar album ni 2 kali berturut-turut... Terasa pelik bila sura Mael dibantu lagi oleh peralatan studio. Dah berpuluh-puluh tahun bro.. Takkan nak mix suara tu lagi? Nanti bila live hancur la.. Lagu-lagu lain masih tak berapa
umpph! lagi. Belum cukup keras, tak sampai tahap keras, sederhana. Entahlah!!! Macam ada benda yang tak kena!!!
Tracklist bagi
XPDC - Rasopariso ialah:
- Sanasinisamasaja
- Aku Tetap Aku
- Ntahye Ntahtidak
- Rasopariso
- Rasa
- Puing Cinta ----- sekali riff nak sama macam Hidup Bersama da.....
- Sampai Bila
- Curahan Rasa
- Menentang Arus
- Raja Kertas (Bonus Headbang: Remastered)
- Talam Dua Muka (Bonus Headbang: Remastered)
- Bahalol (Bonus Headbang: Remastered)
- Tak Nak Jadi Soh Chai (Bonus Headbang: Remastered)
Lagu-lagu bonus tu menyelamatkan CD ni sebenarnya kerana lagu-lagu tu memang antara yang gua suka.
Untuk album ni, gua amik:
- Sanasinisamasaja (riff ada iras-iras Tak Nak Jadi Soh Chai)
- Aku Tetap Aku (ballad rock)
- Curahan Rasa (ballad rock yang memang layan, selalu masuk radio)
Woit, awat sikit sangat gua suka ni!!!! Apasal tak macam Darjah Satu, Timur Barat dulu!!! Arghhhh!!!!
Pembelian kali ni, gua dah tapau amoi
Speedy Video tu untuk dapatkan poster ni. Gila susah nak dapat poster-poster XPDC. Yang ni pun kira okaylah.... Tapi yang tensionnya, gua mintak 2-3 keping dia taknak bagi... Mungkin sebab gua datang dengan amoi gua haritu, jadi mungkin amoi tu jeles dengan amoi gua. Dia bagi satu ajalah.
Full size poster ni sebenarnya adalah poster calendar. Gambar atas tadi tu clear sikit sebab dah disable flash. Gambar bawah ni ada flash, dah hilang sorang member XPDC. Tapi gambar bawah gua tarik sampai nampak kalendar tahun 2010 tu.
Oklah.. Sebenarnya gua poyo jer letak gambar last tu sebab nak tunjuk seluar koyak dan bertampal gua. Hahahahha....
Kesian kat amoi gua dapat balak gila macam gua.
Rumusan:
Mesti Beli!!!!!!------------------------------------------------
1 Hari 1 Entry Blog Marathon
entry #24/30
------------------------------------------------