Thursday, November 5, 2009

Betulke Tabik Setan?

Salam semua. Alhamdulillah gua masih sihat untuk menulis. Terpanggil untuk menulis setelah isu Tabik Setan ni gua terima dalam emel gua. Gua taktau sapa yang start dulu dengan entry ni sebab bila gua blogwalking, banyak blog yang copy and paste tanpa sebarang kredit. Betul-betul perbuatan seorang blogger yang beretika.

Mengikut perpustakaan bergerak bernama Wikipedia, Ronnie James Dio dikenalpasti sebagai orang pertama yang menggunakan hand sign ni ketika berada bersama Black Sabbath. Dia menggunakan handsign ni untuk berinteraksi bersama peminatnya, sekaligus membezakan 'Peace Sign' yang digunakan oleh Ozzy Osbourne.

Penggunaan handsign dalam scene Heavy Metal ini kemudiannya merebak dalam scene rock, dan kemudiannya dengan lebih luas, adalah dipercayai ada jugak penyanyi dangdut menggunakan handsign ini dengan maksud:
YOU ROCKS!!!
Gambar dari Wikipedia menunjukkan Ronnie James Dio tengah buat handsign.


Ni gua copy and paste straight dari Wikipedia untuk OTHER USE hand sign ni:
  • It is used as a school spirit gesture for the University of Texas, for "Hook 'Em Horns" since UT's mascot is the Longhorn.
  • It is used as a school spirit gesture for the University of Utah, symbolizing the letter U.
  • In baseball, the gesture, especially when the forearm is rotated, indicates "two outs." In the common signal for "two" (the index and middle finger raised), the fingers may be too close together for distant outfielders to distinguish the two fingers from one. Elston Howard is commonly credited with originating this use.[citation needed]
  • Similarly, in American football, a referee will use the sign to indicate "second down".
  • In volleyball the sign can be used (the fingers often points downwards) by the setter to communicate with the attacker, frequently to signal a double quick-attack play with the middle and right-side attackers.
  • This is also the primary sign for the Mara Salvatrucha, or MS-13 street gang found throughout Central America and the U.S. Many of the first generation of MS-13 members had been heavy-metal enthusiasts and fans of Black Sabbath.[8]
  • In 1996 WCW (World Championship Wrestling) begin using the symbol for their nWo heel stable with Hulk Hogan, Scott Hall and Kevin Nash. They, however, took the middle and ring finger and connected them to the thumb, giving the symbol the look of a "wolf" for their nWo "Wolfpac".
  • The Blue Man Group, in their Megastar 2.0 Tour performances, posit a comedic false origin of this gesture as a tribute to rock legend Floppie the Banjo Clown, a character whose hair is arranged with two large vertical protuberances causing his head to resemble the gesture.
  • This is also a part of an unofficial sign for "bullshit" in American Sign Language. See: Profanity in ASL
  • In WWE, it is the signature taunt of Edge. When Edge walks to the ring he performs his signature taunt whilst his signature fireworks go off. Edge's ex-girlfriend Lita, as well as former in-character proteges Curt Hawkins and Zack Ryder, also used this as their signature pose, though Lita's use was before joining with Edge while Hawkins and Ryder's was during their association with him.
  • Many Houstonians in Texas use the symbol to represent "The H" as in H-Town, because of the hands being in the shape of an H.
Lain pula penggunaan handsign ni mengikut penggunaan. Ada juga yang memaksudkan I Love You seperti yang dikatakan oleh Deafness.

Jadi pada pendapat gua, handsign ni bukan semata-mata nak jadi pengikut setan ataupun menghormati setan. Kalau Anton LaVey (pengasas Church of Satan) mendefinasikan Sign Of The Horns ni sebagai salah satu ritual agama diaorang, peduli apa aku. Bukan aku ikut setan.

Ada jugak yang berhujah, kenapa kita perlu ikut budaya orang lain dan sememangnya haram? Hrm, yang ni komen aku... Janganlah berlebih-lebih dan memberatkan agama dengan hal yang tidak pasti. Sekiranya hujah 'mengikut orang lain' digunakan... Adakah anda pasti anda 100% tidak mengikut apa yang orang/bangsa lain buat?
  • Adakah anda pakai kemeja dan tali leher?
  • Anda pakai sepatu kulit?
  • Kasut sukan pakai tak?
  • Komputer pakai tak?
  • Rokok hisap tak?
  • Silap-silap.... Ganja semua lu amik tak? (nauzubillah)
  • McDonald lu makan tak?
  • Adakah lu memperbaharui syahadah lu setiap kali lu nak tidur, sembahyang dan lain-lain waktu?
Pada pendapat gua, isu hand sign ini tak boleh terus dituduh ia sebagai TABIK SETAN kerana, ingatlah... Orang bisu menggunakan handsign ni untuk berinteraksi antara satu sama lain! Adakah mereka semua pengikut setan???? Jadi, aku tengah buat hand sign yang sama sekarang dengan maksud - bull shit.

Dan banyak lagi hal lain-lain yang gua rasa kalau nak didebatkan, takkan habis. Gua mengalu-alukan pandangan dan pendapat orang lain tentang isu ni. Ruangan komen tidak disensor. Gua mengalu-alukan pandangan dari jemaah tabligh dan ahlul sunnah wal-jamaah yang gua tau selalu kelebek blog gua. Pada gua, semua ni ilmu yang gua harus belajar selagi hayat gua masih ada kerana sebagai Islam, gua tau ilmu itu wajib dituntut sehingga ke liang lahad.

Segala kelebihan ilmu adalah dari Allah SWT dan sebarang kesilapan adalah dari penulisan gua sendiri.


------------------------------------------------
1 Hari 1 Entry Blog Marathon
entry #11/30
------------------------------------------------

Wednesday, November 4, 2009

1 Hari 1 Penyakit



Gua taktau apa motif gua letak gambar ni. Dah lama gua snap sebenarnya, tapi taktau nak cerita apa. Kesimpulan gua, samada ia adalah kebetulan semata-mata, ataupun pakcik owner rumah tu memang true Loudness fan.

Berbalik kepada topik. Gua sedang mengalami satu penyakit yang amat kronik. Bukan gua menagih simpati, tapi saja nak cerita.

Gua sakit sejak malam Ahad. Bertambah teruk pada malam Isnin yang melayakkan gua memenangi tiket loteri bernama MC. Ok la tu. Pastu gua pegi keja hari Selasa. Memang tak sedap badan dan tak selesa langsung, yang sekali lagi melayakkan gua mendapat Sijil Simpanan Premium MC pada hari ni (Rabu).

Gua tulis ni ala-ala live blogging (memang pun). Jadi, gua pun dah lupa ni entry ke berapa 1 entry 1 hari 1 Malaysia (nanti online edit balik)

Gua update status gua kat fesbuk pun orang gelak-gelak. Tapi gua tak kisah, kena kat korang nanti, gua gelak la balik, bukan susah pun.

Bos gua pun tak percaya gua MC selang sehari, tapi nak buat macam mana, bukan gua mintak penyakit ni datang. Klinik yang gua pergi tadi pun dah bagi warning. Bukan pasal MC, tapi bomoh klinik tu cakap, kalau esok petang gua tak ok jugak, dia nak refer gua masuk hospital.

Gila ke hapa masuk hospital!!! Tapi gua agak suka sebab boleh makan free dan tengok Wonderpets.

Tapi masalah jugak. Kalau gua masuk hospital, macam mana gua nak sahut cabaran 30 hari 30 entry ni? Takpe, gua dah ada penyelesaian:

1. Review makanan hospital
2. Cerita hantu Jepun berkawad dalam wad
3. Takpun, cerita pasal misi-misi dalam wad (dont break my heart. I yew yew - Your mother said, she loves you) - sekadar selingan iklan rokok.

Lepas tu pulak...

Alamak, sambung cerita lain kali. Susah betul tengah stim-stim nak cerita, dia buat hal pulak.

(Terus membebel sambil masuk jamban kali yang ke-9 hari ni)


------------------------------------------------
1 Hari 1 Entry Blog Marathon
entry #10/30
------------------------------------------------

Tuesday, November 3, 2009

Info For Penang Bridge Motorcyclist


klik untuk gambar lebih besar

Sebenarnya, aku pun dah lama tak pernah buka Laman Web Rasmi Penang Bridge. Jadi, bila buka tu, ternampak la notis ni. Patut la dekat digital Billboard Penang bridge tu, asyik terkeluar pekataan Tayar Pancit. Aku nampak ada tulis toll free, tapi tak sempat baca. Yerlah, bawak moto terlalu laju lah katakan....

Jadi selepas baca notis tu, berikut ialah prosedur sekiranya tayar motor anda pancit.

  • Call 1300-1300-300 untuk bantuan
  • Jangan biar ulat tukar tiub buat!!!!!! (tapi lori PBSB kena la cepat sampai!!!)
  • Towing service dari Penang Bridge adalah FREE!!!!
  • Di akan bawa ke bengkel yang berdekatan. Tiub dalam tu.. Bayar sendiri la lepas tu...
Bagus jugak PBSB buat macam ni, sekurang-kurangnya kejadian macam ni (klik sini) takkan berulang lagi. Lagipun, banyak sangat penipu yang suka tabur paku atas bridge tu.

Owh, kepada pengunjung luar yang belum tahu... Penang Bridge dah siap 3 lane sejak September 2009 dulu. Best wo merempit motor atas tu.. Hahahahahah


------------------------------------------------
1 Hari 1 Entry Blog Marathon
entry #9/30
------------------------------------------------

Monday, November 2, 2009

Mean Machines Means Hot Chicks Too



Lepas sessi perjumpaan dengan geng PNET kelmarin, gua dikhabarkan ada satu lagi event yang akan berlangsung di tempat yang sama. Mean Machines 2009, disponsor oleh CIMB Bank. (klik)

Gempak, boleh gua layan pi tengok.... Walaupun gua langsung tak minat kereta.



Bermula pukul 11.00 pagi, yang ni kalau tak silap gua adalah edisi ke-3 sejak Mean Machines 2007 (kalau tak silap gua la). Kali ni, gua tegok, kelas yang paling kecik ada ialah MYVY. Kalau ada kancil atau Viva, harap maaf, mata gua tak nampak pun~



Gua taktau apa langsung pasal penjurian. Yang gua tau, gua datang nak tengok keta mana yang lawa. Kali ni, banyak jugak Proton Saga 1.3 yang masuk.. Hrm.. Boleh tahan. Tapi sikit kecewa apesal takder Cik Sona langsung. Kalau tak, boleh gua snap untuk paiseh mekap Cik Sona dia.

Booth Proton R3 ada kali ni. Tapi gua taktau apa fungsi dia masuk show. Try jual parts R3, confirm mencanak orang beli!!!



Crowd pun boleh tahan ramai. Tapi yang palatnya, takder sesaper pun yang jual hot-dog cucuk dengan air sirap limau. Gila panas kat sini. Takkan nak minum dalam Starbucks? Gila ker hapa..



Ada yang bawak family dan budak-budak kecik kat sini. Bila gua tengok abes-abes, gua rasa gua tengah ada dekat Tokyo time tu. Takpun kat Los Angeles. Fuh, globalisasi sungguh!!



Tengok brader-brader tu, side mirror sampai patah sebab ramai sangat tengah berebut derma kat sebelah Beemer dia tu, sebuah Nissan 350Z yang disembur-anginkan penuh satu body.



Gua langsung tak nampak diaorang derma berapa ringgit. Ni pun gua snap dari belakang Fairlady tu ja...



Rupa-rupanya diaorang tengah 'derma' kat mangsa manjir! Tinggal sehelai-sedada aja pun!! Hampeh, penat gua berasak-asak masuk. Gua takder duit, tapi gua ada print entry pasal aurat, hasil tulisan Abang Ben untuk mangsa tu baca dan fahami. Kesian betul kat mangsa tu!!! Tak cukup kain!! Dahtu, macam cacing kepanasan dalam kereta tu, gua rasa dia panas lagi la...

------------------------------------------------
1 Hari 1 Entry Blog Marathon
entry #8/30
------------------------------------------------

Sunday, November 1, 2009

Rombongan Meminang

Alhamdulillah, selesai sudah rombongan meminang yang telah berlangsung pada 31 Oktober 2009 pada pukul 8.00-10.30 pagi. Telah lama aku nantikan saat ini berlaku walaupun 'adik beradik' yang hadir tak sampai 5 orang. Tapi aku tak kisah, rombongan meminang telah melaksanakan hasrat di Juru Auto City, satu-satunya tempat dalam Malaysia yang memegang hak sebagai 'Bandar Permotoran'. Yang lain-lain tu tipu jer termasuk Cheras Autocity. Kalau tak percaya, google kes mahkamah.



Rombongan diketuai oleh bro Potocol selaku ketua trip dan photographer. Walaupun ramah, jelas di sinar matanya yang keletihan akibat memandu dari KL-Kuala Kangsar-Penang. Rombongan ini disertai oleh:

1. Potocol - Kepala Rombongan Meminang
2. CDgtxx - Ketua Berbalas Pantun
3. Conan - Pembayar Tol (macam kat Johor)
4. Scat - Hulubalang
5. Bugie - Pemukul Kompang
6. Teja - Pembawa Hantaran
7. Kunang-Kunang - Driver Lori Rombongan
8. Acidd - DJ Kenduri

Manakala sebagai tuan rumah, yang hadir ialah:

1. Bondiana - Tuan Rumah
2. Speedrider - Penerima Pantun yang terlambat masuk majlis
3. Farah - Tukang Tepung Tawar
4. Acik - Bodyguard Tukang Tepung Tawar



Dari kiri-kanan atas: Bondiana, Bugie, Farah, Potocol, CD, Conan,
Acik (baju maroon)
, Kunang-Kunang (snowcap), Teja, Acidd (baju oren)


Pertama sekali, ribuan maaf dipinta kerana, selaku tuan rumah yang tidak bertanggungjawab, aku telah terlambat sampai ke majlis. Namun, untuk rekod peribadi, masa 18 minit telah diambil dari Sungai Puyu ke Juru Autocity telah berjaya diperbaharui dalam catatan masa hari ini, sekaligus memecahkan rekod yang lepas-lepas. Terima kasih kepada semua yang memahami (atau buat-buat paham).



Walaupun perjumpaan ini ringkas, tetapi alhamdulillah, kami dapat mengenali dengan lebih rapat dan 'live' jaringan kaki-kaki pancing dari forum www.pancing.net. Maafkan saya kerana tak dapat open table, kerana saya ialah Bujang Senang, yang seterusnya memaksa Tuan Conan dan Bondiana untuk open table. Terima Kasih daun keladi, nanti-nanti open-lah lagi.



Untuk rekod juga, ini adalah kali pertama aku bertemu dengan hardcore-hardcore anglers dari KL dan Selangor ni, selain daripada Potocol dan CD. Jadi, sempat la bersembang apa-apa yang patut.



Kemudian, hantaran rombongan meminang pun diterima. Jadi, aku sebagai provider atau tokan area utara, lepas ni akan mengedarkan merchandise-merchandise rasmi seperti di atas untuk mereka-mereka yang telah membuat tempahan.



Sekali aku pakai, nampak macam player Arsenal tengah nak training. Baju design baru untuk season 2019 aku syak la... Ada 5-6 helai baju extra akan dijual kepada mereka-mereka di Northern Region yang berminat.



Kalau dah gathering kaki pancing, tak sah la kalau tak tunjuk benda kan? Yeah....!!! Shimano Calcutta 401 (baitcaster) ni fresh dari Jepun. Emblem pun siap ada ukir tulisan Jepun. Milik Bondiana yang baru saja beli dari Jepun. Rasa macam nak order satu, murah gila!



Bondiana juga seakan-akan faham apabila turut menghadiahkan ole-ole dari Jepun yang rasanya sungguh marvellous dan tak 'cengih' macam yang dijual di Malaysia sekarang. rasanya 'kaw' dan setanding Dunhill, malah jauh meninggalkan rasa rokok Langkawi. First time rasa Marlboro yang sedap dan penuh dengan tulisan KANJI. Bondiana, arigato gozaimas fromma speedrider-san!!

Kepada semua rombongan meminang PNET, saya sekali lagi memohon maaf atas kelewatan pagi tadi. Tengah ralit makan nasik lemak kat kampung!

------------------------------------------------
1 Hari 1 Entry Blog Marathon
entry #7/30
------------------------------------------------

Saturday, October 31, 2009

Belang Utara

Setelah beberapa hari berlalu, dapat dirasakan hampir semua peserta 1 Hari 1 Entry Blog Marathon telah merasakan bahang betapa payahnya nak update blog setiap hari dengan isi-isi cerita yang bagus.

Maka, demi memberikan satu ulasan yang cukup hebat (macam poyo jer), dan setelah mendapat persetujuan bersyarat paling tinggi dan ketat dari Kementerian Dalam Negeri (Pajak Song), maka aku memutuskan.. Akan membuat satu review yang tiada dalam Roda-Roda, Kapchai, Bike Trader dan majalah-majalah yang seangkatan dengannya... Pada suatu tarikh yang akan datang, setelah semuanya bersedia.

"Jangan Beli Suzuki, apa barang SOHC......"



------------------------------------------------
1 Hari 1 Entry Blog Marathon
entry #6/30
------------------------------------------------

Friday, October 30, 2009

1hari=1entry=1Malaysia

Untuk sesiapa yang terperasan dengan update aku setiap hari, aku tak sempat nak info langsung dalam entry-entry tu melainkan dengan label-label semata-mata.

Sebenarnya, aku terlibat dengan satu 'endurance' test rasanya, yang dianjurkan oleh Abang Ben (Krenmaut) yang membuat satu cabaran 1hari=1entry=1Malaysia.

Oleh sebab itu, pecahlah kepala otak aku untuk memikirkan apa yang nak disumbat dalam blog ni hari-hari. Rupa-rupanya, bukan senang nak menulis ni. Maka secara automatik, aku rasa aku dah paham la sikit kerja wartawan tu macam mana.... Cuma dalam blog ni, bahasa tulisan semua boleh hentam keromo saja tulis. Bezanya cuma dateline!

Untuk sesiapa yang belum tahu, blogger circle yang join endurance ni, ada disenaraikan di blogroll di sebelah kanan tu. Jadi, itu semua yang telah confirm join la.. Untuk endurance ni, Abang Ben dah letak syaratnya iaitu:

Syarat penyertaan:
1. Ada blog open for public (private blog tak leh)
2. Warga Malaysia tulen
3. Blog anda bukan blog download mp3/DVD/VCD
4. Setiap hari kena letak satu entry yang munasabah ikut kepala otak sendiri.
5. Pemenang akan merasa bangga sebab berjaya buat 1 entry = 1 hari selama 30 hari. Lepas tu boleh rasa takjub/riak pada orang ramai. Peng'kalah' akan merasa rendah diri dan perlahan-lahan mengundur diri dari arena memblogging.
6. Bila dah join, korang bolehlah buat link khas kat bloggers link dengan group bernama 1hari=1entry=1Malaysia tu supaya benda ni merebak sampai ke Planet Zuhal.
7. Pada posting yang participate, sila LABELkan 1hari=1entry=1Malaysia.
8. Setiap entry nomborkan... contoh 1/30, 4 of 30 etc supaya mudah orang nak follow.
9. Kalau korang jenis blog addicts (lebih dari 1 posting per day), pun boleh laaaaa kalau nak join. Cuma kembali kepada syarat no 4 tu. MUNASABAH punya entry.

Link untuk melihat semua syarat terletak di sini. (klik sini)

Apa macam, munasabah tak entry aku hari ni? Mengikut syarat ke-4 tu...., untuk mengkhabarkan kepada semua readers aku yang pelik tengok aku update hari-hari.

Maka, selesailah entry aku untuk hari ini. Hahahahahaha~


------------------------------------------------
1 Hari 1 Entry Blog Marathon
entry #5/30
------------------------------------------------

Konda Kondi Cafe & Bistro

Plan harini nak singgah ke Laksa Pondok Ibu Kathy . Tempat nampak macam menarik tepi sungai, tetapi menu kat sini sesuai untuk m...