Sunday, November 15, 2009

Berkasih Di BM Tomyam



Baru-baru ni, aku sempat melepak dengan Shahrul di BM Tomyam. Sama aja kalau nak dibandingkan dengan tempat-tempat lain sebenarnya. Tapi, aku tetap nak review jugak. Kedai ni terletak bersebelahan dengan Mobil, Jalan Permatang Batu, Bukit Mertajam. Boleh parking dalam stesen minyak tu sebab kat tepi jalan tak boleh parking, jalan sibuk dan sempit.




Kunjungan kali ni menemukan kami secara tak sengaja dengan Old Frees yang satu batch dengan kami. Macam tak percaya pulak Ismani dah pandai sorong kereta anak. Dulu nak bawak motor pun menggigil. Hahahaha....



Tengok menu tu. Gila updated kedai tomyam ni. Siap ada webpage lagi. Aku ingat gimmick jer, sebab banyak kedai yang aku pernah singgah pun pernah display macam ni, tapi habuk pun tarak. Rupanya, memang URL tersebut berfungsi. Walaupun tak berapa banyak isi, menu utama dipaparkan di web supaya orang senang tau menu apa yang kedai ni serve. Alamat url dia ialah http://www.bmtomyam.com.



Shahrul ni makan simple sangat, nasi putih dan daging goreng kunyit. Patutla badan tak besar-besar dari dulu!!



Aku pulak yang membesar dengan sihat dan kuat ni, taktau nak pilih apa malam tu.. Jadi pilihan asasi ialah Nasi Goreng USA special order. Telurnya aku nak setengah masak. Memang masuk dengan style aku. Aku syak, kat USA, takda nasik goreng macam ni. Mat Saleh pun sure heran kenapa kat Malaysia ada.



Yang tak rock tu.... Sekali Nur Kasih tengah ditayangkan... Layan jerlah... Hilang maruah rock aku terlayan cerita ni. Nasik goreng? Marvellous.



Nak balik tu, terjumpak lagi Old Frees lagi sorang! Dah lama tak nampak mamat ni. Zain dulu rambut afro, tapi sekarang dah insaf. Jadik Mat Smart.



Sebenarnya, yang ni adalah kali kedua kami ke gerai ni. Bukan apa... Nak membuktikan saja. Aku ada pengalaman buruk di kedai ni lebih kurang 10 tahun lepas. Tapi aku tak pasti samada pengurusan dulu dan sekarang masih sama atau tak. Pengalaman buruk tu, dari segi servis la...



Tapi terbukti dengan kunjungan kedua. Tagline kedai ni iaitu Cepat, Sedap & Murah sememangnya betul. Bab cepat ni... Aku cukup respek. Kami order makanan, walaupun aku hisap rokok baru setengah batang, hidangan aku dah sampai. Bukan Nasi Goreng USA atas tadi saja tau.. Full Set macam gambar kecik-kecik ni pun sama. Walaupun dalam keadaan dalam kedai Full House.



Aku memang ada tabiat mengukur kepantasan servis kedai makan dengan menghisap rokok. Rekod terburuk kedai yang pernah aku test ialah, 4 batang rokok dah clear, baru order sampai. Kedai ni.... Setengah batang saja dah sampai beb.. Dalam 2 kali kunjungan pulak tu! Jadi, aku harap pekerja kedai ni mengekalkan servis macam ni. Tu yang orang suka. Cepat!

Tapi bab Sedap & Murah, aku bagi rumusan, biasa-biasa saja kerana terdapat kedai yang lebih sedap dan lebih murah dari kedai ni.

Apa-apa pun, kedai ni, termasuk dalam list yang aku rekemen untuk makan malam. Full House dengan kasih-sayang dari family yang datang. Aku nak lepak lama-lama pun segan sebab nak bagi laluan family makan. Kalau couple ja... Aku tak bagi can, aku lepak lagi.. Hahahahah....


View BM Tomyam in a larger map

------------------------------------------------
1 Hari 1 Entry Blog Marathon
entry #21/30
------------------------------------------------

Saturday, November 14, 2009

Penang Free: Cari Pasal


Aku adalah seorang Old Free.

Old Frees merujuk kepada sesiapa yang pernah bersekolah di Penang Free School (klik). Sebuah sekolah Inggeris tertua di Asia Tenggara yang diasaskan pada tahun 1816 dan sebenarnya lebih lama dari Victoria Institution yang media gembar-gemburkan sekolah tertua di Malaysia. Jadi, kepada wartawan-wartawan yang landing atas page ni... Study dulu la history betul-betul sebelum masuk artikel surat khabar. Apa da.... - (aku tujukan kepada wartawan yang tulis kata VI adalah sekolah tertua di Malaysia tu!)

Sebenarnya, aku tak hingin nak buat entry-entry berkaitan dengan politik dalam blog aku ni. Tapi, nampak gayanya aku memang dah tak boleh bersabar.

Kes tulisan jawi yang terpampang besar di hadapan sekolah telah dimuatkan di blog Lim Kit Siang tak lama dulu. Ya.. Memang dah lama pun. Malangnya, tiada satupun blog Old Frees yang defend benda ni. jadi, setelah aku buat web OFMA. Benda ni aku ulas. (klik untuk baca). Di blog-blog lain yang aku pernah ulas, mungkin aku terpaksa menapis perkataan atau lenggok gaya percakapan dah nak macam ahli politik bercakap, tapi di blog aku yang bebas ni, skop penulisan aku lebih bebas. Jadi, suka hati aku la nak tulis macam mana pun.


klik untuk membaca dengan jelas


Sebenarnya, isu ni sejuk di blog Lim Kit Siang. Tapi baru-baru ni yang tak best betul bila Putera MIC (ditandatangani oleh junior aku, dengar cerita masa kat sekolah dulu selalu act macam hero) masuk campur ala-ala macam style Padaiyappa. Tu yang buat aku betul-betul tak puas hati. Tulisan berbaur ugutan tu betul-betul buat aku panas.

  1. Tuan Mahaguru58 membidas kenyataan Putera MIC tersebut dengan satu artikel keras yang aku sokong. Klik sini untuk membaca.
  2. Dr. Novandri pula membidas surat ugutan Putera MIC tu di gelanggang politik beliau. Terima Kasih Dr. (bila kita nak pi makan nasik kandag beratog lagi?) - Klik sini untuk membaca.

Kenyataan Tuan Mahaguru58 tu sebenarnya telah dijawab oleh 'superior' atau yang lebih senior daripada Putera MIC yang gatal tulis surat tu sendiri di facebook notes beliau (klik untuk baca) dan ruangan komen Mahaguru58.

Tapi di facebook, beliau silap besar. Akulah Melayu pertama mencelah di puluhan komen di situ untuk beri statement aku. Peduli apa aku. Memang aku suka cari pasal kalau benda tu dah confirm aku menang. Tapi aku kecewa jugak dengan Old Frees Melayu yang lain (aku rasa mereka lebih berjaya dari aku, super duper berjaya) dan atas sebab itulah aku rasa mereka tak amik port pun benda-benda jawi ni. Tapi pada aku... No way I'll let others to step down Jawi's dignity.

Aku snap komen-komen aku sampai situ saja. Kalau ada komen-komen lain yang mencelah masuk lepas ni, aku malas amik port. Kenapa?


Mereka semua yang komen kat situ:

  • Tak reti beza BAHASA JAWI dan TULISAN JAWI
  • Tak baca sejarah (gua suspek, depa semua fail sejarah SPM. Takpun menipu)
  • Tak hormat perlembagaan malaysia
  • Tak reti bahasa
  • Tak paham bahasa
  • Tak baca perlembagaan negara. Dah terang-terang tulis: BAHASA MELAYU ditulis samada menggunakan TULISAN JAWI ATAU RUMI. Sebab tu aku kata depa semua ni tak paham bahasa.
  • Refer: sini untuk Bahasa Melayu (world recognition) writing system
Jadi, sila study habis-habis Artikel 152 Perlembagaan Malaysia sebelum nak pertikaikan tulisan jawi di pintu pagar sekolah aku! Eh, bekas sekolah aku. Kalau sekolah aku, dah lama aku jual. Baru padan dengan muka semua!

"Artikel 152 Perlembagaan Malaysia menyatakan bahawa bahasa kebangsaan merupakan bahasa Melayu. Walau bagimanapun, perlembagaan menjamin kebebasan pembelajaran dan penggunaan bahasa-bahasa lain, kecuali di atas tujuan-tujuan rasmi. Tujuan-tujuan Rasmi di sini bermakna apa-apa tujuan kerajaan, samada negara atau negeri, dan termasuklah apa-apa tujuan penguasaan awam. Untuk penguatkuasaan ini, semua prosiding mahkamah dan dokumen-dokumen parlimen dan mesyuarat-mesyuarat mesti dilakukan di dalam bahasa Melayu.

Tulisan rasmi bagi bahasa Melayu juga dinyatakan di dalam Artikel 152 sebagai rumi atau tulisan Latin. Walau bagaimanapun, penggunaan Jawi tidak dilarang." - wikipedia

Bottomline:

Nampak kan aku komen apa kat bawah sekali tadi tu. Isu ni telah dipolitikkan. Gua tak kira dipolitikkan dari side mana. Itu gua tak peduli, yang penting.... Bila benda ni telah dipolitikkan untuk kepentingan diri sendiri... Atau dengan lebih tepat lagi semata-mata nak raih populariti diri sendiri dengan menggunakan platform politik.... melibatkan bekas sekolah gua pulak... Memang boleh membuatkan gua bagi penendang......... kat dinding.

Kalau lu tak puas hati dengan statement gua, lu sound la kat komen section! Lepas tu boleh gua cari pasal lagi.


p/s: Gua rasa bangga la pulak gambar school gate tu terpampang kat merata cerok sekarang. Tapi sikit pun orang tak kredit gambar tu diaorang cilok dari web OFMA. Lu tau ka, penat gua tunggu tengah-tengah divider Greenlane tunggu jalan clear dari traffic jam semata-mata nak snap gambar school gate tu. Bagila kredit sikit kat blog OFMA. Kat gua pun takpa... Owh, lupa.. Gua cilok kamera Canon EOS 40D Shahrul untuk amik gambar tu.

Fortis Atque Fidelis

Free School For The Brave and For The True!!!!!



------------------------------------------------
1 Hari 1 Entry Blog Marathon
entry #20/30
Abang Ben, gua post awal sehari sebab esok sibuk sikit
------------------------------------------------

Friday, November 13, 2009

Muslim Demographics



Walaupun video demographics (klik) ni adalah dari hasil gerakan mubaligh Kristian. Fakta yang dikemukakan amat menarik untuk difikirkan.

Aku taknak ulas panjang-panjang kerana biarlah 'ahli' sahaja yang membahaskannya. Cuma sebagai seorang Muslim, terfikir jugak aku....

1. Perbezaan mazhab

2. Kemunculan pelbagai jenis lagi Kerajaan Langit, Rasul India atau Cina, Tasbih Black Metal atau Dangdut macam mana pulak nanti rupanya?

3. Nak kena pakai tauliah lagi ker? Ker best masuk-masuk mahkamah dan suratkhabar?

4. Dan macam-macam lagilah persoalan aku.


Fuh... Macam mana la nanti keturunan aku.

Namun, kesahihan fakta-fakta ini tetap disangkal seperti

Islamophobia maybe? Banyak western press menyangkal facts dalam video ni. Apa-apa pun, aku rasa puas dapat share benda ni untuk korang semua baca.

A big TQ to OFMA members that shares this.

------------------------------------------------
1 Hari 1 Entry Blog Marathon
entry #19/30
------------------------------------------------

Thursday, November 12, 2009

Mama Nasi Campur



Gerai Mama Nasi Campur ni terletak di Jalan Sungai Pinang, tempat yang sentiasa sibuk dan sesak dengan kenderaan. (klik untuk peta). Dimiliki oleh pesara Telekom Malaysia, Abang Fuad dan Isterinya, kak Ida. Baru-baru ni, Abang Fuad diserang strok, jadi keadaan beliau yang masih belum pulih sepenuhnya membuatkan beliau tiada di gerai.



Membariskan menu-menu Pulau Pinang dan se-Malaysia, sememangnya sedikit sukar untuk aku buat pilihan kerana ini adalah kali pertama aku berkunjung ke gerai ni.



Sayangnya, aku sampai ketika waktu puncak makan tengah hari semakin lewat iaitu hampir pukul 2 petang. Jadi, gambar-gambar tray makanan dah tinggal separuh ataupun dah habis terus.



Aku bukan fanatik udang, jadi aku tak tanya pun berapa harga udang besar kat sini. Sesiapa yang tak lalu masakan mamak, di sinilah pilihan terbaik rasanya kalau nak makan masakan Melayu. Macam aku, semua aku bedal, asalkan berkari banjir. Hahahaha...



Ayam goreng tepungnya dikatakan lebih sedap dari KFC. jadi apa lagi, aku pun kena try la sebab aku memang suka.



Ni apa yang aku amik, ayam goreng tepung + Telur Puyuh Sambal + Bendi + Salad 2 keping = RM5.90.
Berbaloi dan sedap. Tak sah lagi, ayamnya memang sedap dan rangup sebab memang baru masak. Rasa hampir-hampir macam KFC. Nampak macam tamak saja lauk yang aku amik kan?



Nah! Boss aku punya lauk! Pari bakar punya besar. Badan kecik 2 kali ganda dari aku, tapi makan 2 kali ganda dari aku. Hohohooooooo.....

Terima kasih bos sebab belanja. Save duit saya kelmarin. Memang tengah sengkek gila sekarang ni.
Terima kasih daun keladi, lain kali boleh belanja lagi.


View Mama Nasi Campur in a larger map

------------------------------------------------
1 Hari 1 Entry Blog Marathon
entry #18/30
------------------------------------------------

Wednesday, November 11, 2009

Sinar Asia

Hiroshi Aoyama menyertai pasukan Telefonica Movistar Honda pada 2004, setelah memenangi siri Kejuaraan Jepun (250cc) pada 2003 dan telah berada di Moto GP secara wild card untuk 4 musim sebelumnya.

Kejayaan sebagai pelumba wild card yang paling diingati ialah menduduki tempat ke-2 dan ke-5 di litar Suzuka dan Motegi pada tahun 2003. Tahun pertama sebagai pelumba sepenuh masa, menempatkan beliau di tempat ke-6 keseluruhan, dengan juara pada masa itu ialah Dani Pedrosa.

Bermula pada tahun 2006, beliau berlumba di bawah pasukan Red Bull KTM 250 dengan pencapaian terbaik berada di tangga ke-3 keseluruhan sebelum terlibat dengan nahas di Valencia... bla bla bla bla.....

Semua info di atas aku dapat dari motogp.com, laman rasmi Moto GP la, mana lagi.
Sepanjang aku mengikut season race moto ni dari zaman Grand Prix sampai lah ke Moto GP, walaupun on-off... Kemenangan Aoyama dalam kelas 250cc ni sedikit menarik minat aku. Jujurnya, aku tak tengok dah lain-lain atau amik tahu langsung kecuali race kelas atasan (MotoGP la). Kecuali pada zaman Shahrul Yuzy dok jadi wild card dulu.

Sebabnya?
Dia (Aoyama) adalah World Champion terakhir kelas 250cc dan beliau adalah rider dari Asia. Selepas ini, Moto 2 diperkenalkan untuk menggantikan kelas 250cc.



Kemenangan dia mengingatkan aku kepada lagenda Asia yang lain seperti Daijiro Kato, Shinyo Nakano, Tetsuya Harada, Norifumi Abe, Tadayuki Okada dan sorry to say la... Aku letak Shahrul Yuzy dalam list lagenda aku.



Aku masih menantikan rider-rider Malaysia sehebat Shahrul Yuzy yang boleh memberikan satu tentangan sengit seperti Team Petronas-TVK pernah buat dulu, sekaligus mencabar mat-mat saleh dan mat-mat Jepun ni.

Team Air-Asia?
Erk.. Sorry to say la... Pada aku, team ni tak komited dan terlampau komersial (ni pendapat peribadi aku)

Trivia:
1. Tong Veng Kit ialah Old Free, sama macam aku.
2. Sete Gibernau menggunakan nombor dan corak 74 yang sama seperti Daijiro Kato sebagai menghormati mendiang yang pernah bersepasukan dengannya.



3. Masa terpantas di Litar Batu 3 (kalau tak silap) dipegang oleh Syahrul Yuzy selama beberapa tahun sebelum dipecahkan oleh seorang rider Jepun dengan motor baru. <--- Ni perlukan sedikit material sokongan, aku dengar cerita lisan saja ni. Mungkin Orang Kecil Orang Besar boleh beri sedikit komen. Jika tak benar, fakta ke-3 ini bolehla dianggap auta.
Diperbetulkan: Litar Shah Alam, kelas 250cc Asia

------------------------------------------------
1 Hari 1 Entry Blog Marathon
entry #17/30
------------------------------------------------

Tuesday, November 10, 2009

Terima Kasih

Blog aku, seperti sesiapa yang dah biasa, tentu faham gaya dan isinya. Buat sesiapa yang masih baru, bolehla la tengok section About Me ataupun aku jelaskan balik:

Genre: Personal Blog
Isi: Hentam Sajalah Labu

Selalunya aku akan tulis apa saja yang melintas dalam kepala otak aku ni, tambahan lagi kalau ada bahan nak ditulis terutamanya gambar. Jadi, majority apa yang ada dalam blog aku, semuanya berkisar pasal makanan (sebab aku suka makan) dan sedikit 'bahan selit' tentang muzik rock atau yang seangkatan dengannya kerana ia berlandaskan minat.

Penggunaan domain pulak, saja gatal tangan nak pakai. Sebab tu www.speedrider.org dipilih. Jadi, kos nak pakai domain bolehla tahan. Plan aku lepas ni, nak pindahkan semua isi blog aku dalam sebuah dedicated server sekiranya mampu.

Atas sebab itulah aku gunakan Nuff Nang sebagai sumber part-time untuk membiayai next project aku ni. At least, dapat jugak sedikit income daripada iklan-iklan yang korang klik. Apa-apapun, aku rasa puas bila sesetengah tempat yang aku singgah atau review, mendapat respon daripada pembaca. Ada jugak yang telefon aku semata-mata untuk bertanya direction ke sesuatu tempat yang pernah aku singgah dan review. Dari segi ni, aku rasa aku puas dan at least dapat share sedikit pengalaman yang aku dah lalui walaupun tak banyak.

Daripada segi statistik, Alhamdulillah. Unique Visitors tetap maintain tiap-tiap hari walaupun kadang-kadang aku tak update sampai seminggu. Apalah salahnya setiap unique visitors Speedrider Networks untuk klik setiap jenis iklan yang ada kat site ni. At least, aku ada income untuk renew domain, hosting (future) dan kalau ada rezeki banyak dari part time income tu.... Duit tu aku boleh gunakan untuk travel jauh sikit dan buat review lagi banyak. Hahahahahaha....

Untuk sesiapa yang dah tolong klikkan iklan untuk aku, aku ucapkan terima kasih banyak-banyak sebab itulah sumber pendapatan 'tepi' aku dari blog ni. Kepada semua readers, terima kasih banyak-banyak atas semua sokongan, komen, kritikan dan lain-lainlah.


Terima kasih jugak kepada mereka yang telah mention nama Speedrider Networks kepada TM (berkaitan Everyone Connects) yang seterusnya memberikan iklan free kepada aku. Semoga dengan iklan ini, skop pembaca blog aku akan lebih meluas, dan sebetulnya..... Tanpa komen-komen korang semua, aku akan 'kering idea' nak tulis apa.

Akhir kata, TERIMA KASIH banyak-banyak kepada semua dan jangan lupa support aku dengan klik ad Nuff Nang aku banyak-banyak (sempat promote lagi tu.. hampeh btol).

------------------------------------------------
1 Hari 1 Entry Blog Marathon
entry #16/30
------------------------------------------------

Monday, November 9, 2009

Entry Darjah 4

Tiba-tiba aku duduk bercangkung. Ramai pulak tu. Aku ingat muka diaorang semua, tapi kenapa aku berkain pelekat? Kenapa aku duduk di disco? Cis, dah kena raid la pulak! Tapi aku terlepas, sebab aku dicekup semasa dalam perjalanan ke Masjid. Tapi apa kena mengena dengan discotheque tu? Hampeh betul!

Esoknya, aku memulakan kerja dengan sarapan pagi, Tapi bukan naik van. Tapi aku naik Backhoe! Bukan aku bawak, tapi aku tengah duduk dalam penyodok backhoe tu sambil ada seorang staff tempat aku kerja yang dah pencen merempit backhow tu sekuat hati, katanya ada rumah customer yang ada problem nak kena repair line telefon.

On the way ke rumah customer tu, aku sempat beli sebuah buku tutorial "Cara Asas bermain Gitar Akustik" setebal lebih kurang 300 mukasurat yang ditulis oleh salah seorang blogger berpengaruh pada masa kini. Apa kejadahnya ni, dah dekat 200 muka surat, tapi masih dok ajar macam mana nak pegang A Major dan A Minor. Last sekali apa yang aku ingat, entah macam mana aku sumbat satu tin Coca-Cola dalam mulut blogger tu.

Perut berangin....
Kriukkkkkkkkkkkkkkkkk~

Astagfirullah!
Aku mimpi rupanya, patutla merepek-merepek!!!!

Adalah mimpi-mimpi tu adalah untuk meperingatkan:

1. Niat aku yang nak jual pedalcase aku ni?



Memang aku open RM250.00, termasuk shipping jadi RM290.00. Tapi bila aku display macam ni, ramai pulak yang asyik tanya RG aku tu. Fuyyo!! Itu champion punya wo, talak jual lo.....

2. Nak memperingatkan aku untuk jual kesemua gitar aku? (hrmmm tak mungkin)
3. Nak memperingatkan aku untuk praktis gitar balik, yang dah lama aku tinggalkan akibat kesibukan kerja?

Atau mimpi semalam sekadar mainan tidur saja...

Tapi, betul la, bila dah MC ni, mulala nak merepek-merepek... Berikut ialah cara aku merepek selepas Subuh tadi.


------------------------------------------------
1 Hari 1 Entry Blog Marathon
entry #15/30
------------------------------------------------

Konda Kondi Cafe & Bistro

Plan harini nak singgah ke Laksa Pondok Ibu Kathy . Tempat nampak macam menarik tepi sungai, tetapi menu kat sini sesuai untuk m...