Baru-baru ni, aku sempat melepak dengan Shahrul di BM Tomyam. Sama aja kalau nak dibandingkan dengan tempat-tempat lain sebenarnya. Tapi, aku tetap nak review jugak. Kedai ni terletak bersebelahan dengan Mobil, Jalan Permatang Batu, Bukit Mertajam. Boleh parking dalam stesen minyak tu sebab kat tepi jalan tak boleh parking, jalan sibuk dan sempit.
Kunjungan kali ni menemukan kami secara tak sengaja dengan Old Frees yang satu batch dengan kami. Macam tak percaya pulak Ismani dah pandai sorong kereta anak. Dulu nak bawak motor pun menggigil. Hahahaha....
Tengok menu tu. Gila updated kedai tomyam ni. Siap ada webpage lagi. Aku ingat gimmick jer, sebab banyak kedai yang aku pernah singgah pun pernah display macam ni, tapi habuk pun tarak. Rupanya, memang URL tersebut berfungsi. Walaupun tak berapa banyak isi, menu utama dipaparkan di web supaya orang senang tau menu apa yang kedai ni serve. Alamat url dia ialah http://www.bmtomyam.com.
Shahrul ni makan simple sangat, nasi putih dan daging goreng kunyit. Patutla badan tak besar-besar dari dulu!!
Aku pulak yang membesar dengan sihat dan kuat ni, taktau nak pilih apa malam tu.. Jadi pilihan asasi ialah Nasi Goreng USA special order. Telurnya aku nak setengah masak. Memang masuk dengan style aku. Aku syak, kat USA, takda nasik goreng macam ni. Mat Saleh pun sure heran kenapa kat Malaysia ada.
Yang tak rock tu.... Sekali Nur Kasih tengah ditayangkan... Layan jerlah... Hilang maruah rock aku terlayan cerita ni. Nasik goreng? Marvellous.
Nak balik tu, terjumpak lagi Old Frees lagi sorang! Dah lama tak nampak mamat ni. Zain dulu rambut afro, tapi sekarang dah insaf. Jadik Mat Smart.
Sebenarnya, yang ni adalah kali kedua kami ke gerai ni. Bukan apa... Nak membuktikan saja. Aku ada pengalaman buruk di kedai ni lebih kurang 10 tahun lepas. Tapi aku tak pasti samada pengurusan dulu dan sekarang masih sama atau tak. Pengalaman buruk tu, dari segi servis la...
Tapi terbukti dengan kunjungan kedua. Tagline kedai ni iaitu Cepat, Sedap & Murah sememangnya betul. Bab cepat ni... Aku cukup respek. Kami order makanan, walaupun aku hisap rokok baru setengah batang, hidangan aku dah sampai. Bukan Nasi Goreng USA atas tadi saja tau.. Full Set macam gambar kecik-kecik ni pun sama. Walaupun dalam keadaan dalam kedai Full House.
Aku memang ada tabiat mengukur kepantasan servis kedai makan dengan menghisap rokok. Rekod terburuk kedai yang pernah aku test ialah, 4 batang rokok dah clear, baru order sampai. Kedai ni.... Setengah batang saja dah sampai beb.. Dalam 2 kali kunjungan pulak tu! Jadi, aku harap pekerja kedai ni mengekalkan servis macam ni. Tu yang orang suka. Cepat!
Tapi bab Sedap & Murah, aku bagi rumusan, biasa-biasa saja kerana terdapat kedai yang lebih sedap dan lebih murah dari kedai ni.
Apa-apa pun, kedai ni, termasuk dalam list yang aku rekemen untuk makan malam. Full House dengan kasih-sayang dari family yang datang. Aku nak lepak lama-lama pun segan sebab nak bagi laluan family makan. Kalau couple ja... Aku tak bagi can, aku lepak lagi.. Hahahahah....
View BM Tomyam in a larger map
------------------------------------------------
1 Hari 1 Entry Blog Marathon
entry #21/30
------------------------------------------------
gerai2 kat seagate (esp. naza cafe) wujud lg x?
ReplyDeletekat seagate semua dah ada foodcourt. Asal kat lorong Seagate tu, semua dah pindah masuk situ. Naza yang mana satu? Western ker? Tak silap aku ada lagi. ada stage karaoke lagi
ReplyDeletezmn lorong seagate aku smpt merasa... yg depa pindah pi foodcourt tp pantai jerejak pun aku smpt (apa nama? medan selera...?) yup naza cafe western tu la, tadak la sedap sgt tp depa la pioneer gerai2 kat situ
ReplyDelete