Saturday, December 12, 2009

Antara Azam, Impian dan Harapan



Alhamdulillah, akhirnya setelah berbulan menunggu, harinya telah tiba untuk aku sendiri memiliki sebuah motosikal yang bentuknya amat tidak disukai oleh rakyat Malaysia. Tambahan pula, Suzuki bukanlah satu pilihan kepada rakyat Malaysia sejak dulu. Untuk ijau, yang bertanya di mana tayar aku pada entry lalu tu, ni lah tayar belakangnya. Aku sampai masa pomen tengah setting balancing untuk masuk tayar tubeless. Untuk maklumat, factory stock motor ni datang dengan tayar jenis tube, jadi, sebelum aku angkat motor ni keluar dari kedai, aku trade in siap-siap tayar IRC pekak motor ni dengan tayar Maxxis M6002 80/90 saiz belakang dan 70/90 untuk tayar depan - ikut setting factory. Erm.. factory output, rim kaler hitam, aku gatal nak jadikan kaler gold.. Itulah hasilnya.
Gambar belakang rim: Current bike -  Suzuki Smash 110, first lot production.



Untuk yang sudi membaca luahan aku kali ini, dan untuk makluman. Aku adalah pengguna Suzuki sejak dulu. Ini adalah kali ketiga berturut-turut aku memiliki sebuah jentera Suzuki. Boleh dikatakan, telinga aku dah lali atau kematu terus kalau orang-orang terus menggasak keputusan aku bersama Suzuki dengan alasan, resale value rendah. Malang sekali, aku sedikit pun tidak termakan dengan resale value tu. Jadi, malanglah korang kalau asyik ulang ayat yang sama aku dengar sejak 1997 - kali pertama aku menunggang jentera Suzuki. Untuk Suzuki Belang R 150 ni, aku terlewat sikit amik kerana masalah kewangan yang tak berapa stabil dulu. Jadi, motor aku ni berada di Lot #12. Apa maksudnya? Satu lot Suzuki untuk shipment terdiri daripada 60 buah motor ni. Jadi, motor aku adalah dalam range 12 lot x 60 biji = 720. Herm... boleh tahan banyak orang dah pakai. Aku terlewat jugak kerana nombor plet yang 2 kali ter'miss' sebab kalah tender dan jugak tak sempat book, orang dah sambar.



Sebenarnya, aku dah berniat untuk memulakan satu tahap baru dalam hidup aku yang mungkin orang boleh gelak kaw-kaw. Ya, niat aku - akan berhenti merokok bila dah pakai motor ni. Aku tak pernah ada azam tahun baru, jadi dengan ambilnya motor ni sekarang, rasa-rasanya inilah azam aku yang pertama sekali aku buat dan nekad untuk lakukan setelah dah suku abad aku hidup. Impian aku pun dah tercapai, maka niat aku tu harus dan wajib dilaksanakan walau apa pun yang menduga.Aku nyatakan niat aku tadi pada member-member kampung tadi. Kali ni, mereka tak gelak! Pelik betul aku.... Rasanya, semua dah makin berusia dan makin memahami. Semuanya, rata-rata menyokong niat aku berhenti merokok. Jadi, harapan aku, ialah semua kawan-kawan dapat memahami aku, dan seterusnya tidak terasa kalau aku blah dari group diaorang kalau diaorang start merokok, sebab.. Mana boleh tahan kalau orang dok tayang rokok kat depan kita... Ya Allah, bantulah hambamu yang lemah ini untuk menjauhi rokok.. (aku nak jual Zippo aku, saper nak?) - link



Yang lambat keluar motor aku tu sebab kalah book/tender no 786. Tapi... dapat yang ni pun jadilah.... Hahahahah.Maka, dengan  ini... Aku akan menunggu tarikh yang aku dah plan dan dah pun apply cuti (29 Disember 2009 - 2 Januari 2010). Solo Ride Satu Malaya.
Kemungkinan aku takkan ada masa nak lepak lama-lama sebab laluan yang aku pilih ialah:
  • Grik
  • Kelantan (pass through)
  • Kuala Terengganu (tdur kat sini) - Day 1
  • Kuantan/Temerloh - Kemungkinan Day 2 atau tidur kat mana-mana 2 tempat ni.
  • JB, melalui Temerloh, atau Mersing - Kota Tinggi - Day 3 (tidur kat sini)
  • Melaka (pass through je kut.. ) - Rasah, Seremban, KL - Tidur kat KL - Day 4
  • Cameron, Ipoh, Taiping, Kangar, Jitra, Alor Setar (Day 5)
  • Penang
Mungkin tahap letih gila punya ride. Tapi aku nak belasah jer nanti. Sesapa yang ternampak aku tu, boleh jer hon-hon nanti. Nak belanja aku makan pun okay jugak   =)

Friday, December 11, 2009

Melawat Harimau Belang



Akhirnya... Aku speechless.

Apa pun yang pasti, insya-Allah solo ride satu Malaya bermula pada 29 Disember nanti.

Wednesday, December 9, 2009

Carabao - Untuk Mereka Yang Kaki Siam

PS: Untuk mereka yang tau bahasa SIAM sahaja!!!

_______________________________________



ขอเรียนเชิญท่านร่วมแสดงความยินดีและเป็นเกียรติในโอกาสเปิดสถานบันเทิงแห่งใหม่
ในวันพฤหัสบดีที่ 10 ธันวาคม 2552
.วันเดอร์แลนด์ หลังโรงแรม เค.พี.เค ด่านนอก จังหวัดสงขลา

กำหนดการ
19.00
. ค๊อกเทล ปาร์ตี้
20.00
. คุณนิมิตร ชัยจีระธิกุล ประธานสภาอุตสาหกรรมท่องเที่ยว .สงขลา
ประธานในพิธีเปิด วันเดอร์แลนด์ อย่างเป็นทางการ
20.20
. การแสดงจากวงดนตรี W.Band
21.00
. เปิดบริการตามปกติ ด้วยโชว์ชุดพิเศษสุดอลังการ

Request The Pleasure Of You're At The Grand Opening
On Thursday 10 De
cember,2009
At Wonderland Behind K.P.K. Hotel Dannok Thailand

Wonderland Club
Grand Opening On 10 December 2009
Program
07.00 PM. (Thai) Cocktail Party
08.00 PM. (Thai) Grand Opening Wonderland By
Mr. Nimitr Chaichiratikul
Chairman Of Songkhla Tourism Council
08.20 PM. (Thai) Live Band Show
09.00 PM. (Thai) Enjoy With Top Models And Wondergirls Dance Team


WONDERLAND CLUB
ANGELS LIVE HERE !!!


รอพบคอนเสริ์ตสุดยิ่งใหญ่แห่งปี
คาราบาว
หนุ่มบาว-สาวปาน
อาทิตย์ 20 ธันวาคม 52

Next!!! Concert Carabao Live In Wonderland
On Sunday 20 December 2009

ติดต่อ คุณสรจักร จูทอง
มือถือ 0818975059

Tuesday, December 8, 2009

Sepatutnya Gua Study Sekarang....

Tak lama lagi (dibaca: lusa), gua akan menghadapi peperiksaan bertulis dalam pasca-hidup gua dalam bergelut dengan kerja demi menggenggam segulung kertas bercetak. (dibaca: ijazah sarjana-muda-lagi-gua-ni)

Demi menghadapi situasi mencabar itu, erm... Kenapa mencabar erk?
  • Form 4-5 gua amik Science Stream
  • Sijil Pekak Poli, gua amik Electronic Engineering
  • Gua kerja, tapi berkaitan dengan Electric and Physics di kompeni USA yang kununnya hebat sebab terlepas dari Chapter Eleven (link info) sewaktu recession pada 1997-1998.
  • Diploma Poli, gua sambung lagi menjadi seorang Mamat Engine.
  • Gua kerja balik dengan kompeni tu, tak lama lepas tu bungkus jugak akhirnya.. Nasib baik gua blah awal, colleagues gua dapat pampasan torchlight LED saja, apakejadahnya...
  • Sekarang gua kerja dengan kompeni yang alhamdulillah best jugak, tapi asyik dok kena iklan potong jer, gua rasa macam nak potong jer kabel TV tu....
  • Tetiba aja gua gatal sambung nak amik kertas bercetak, yang ada majlis konvo tu dalam bidang yang tetiba saja ada akaun perdagangan yang gua tak paham apa langsung, dan jugak teori undang-undang berniaga yang sepatah haram gua tak hafal. Gua ingatkan bila gua amik menatang ni, gua tak jumpak dah add math yang gua benci. Tapi malang betul nasib gua, gua jumpak jugak teori fungsi dx/dy dan lain-lain median mod hapakejadah tu balik. (dibaca: add math gua dulu dapat nombor orang kaya - lapan).
Kerja gua sekarang tak tentu masa. Kadang-kadang gua rasa bersalah terhadap family gua dan orang yang sayang pada gua sebab.... Gua asyik sibuk memanjang. Jadual gua sentiasa fully loaded.

Ehem, balik kepada perkara di atas.. Sepatutnya gua study sekarang ni.. tapi tadi lepas maghrib gua...:
  • Pergi bank cucuk duit yang gua pinjam kat Nurul sebab dah terlampau sengkek sangat sekarang.
  • Lepak jap minum kat stall burger.
  • Balik rumah cari buku akaun.
  • Tetiba jer terbukak fesbuk.
  • Tetiba jer boleh 'ter'jamming sengsorang dalam bilik lagu May. Practice balik chord yang gua dah lupa...
  • Terbuat benda kat bawah...:


Ahah!! Gua 'ter'buat layout baru blog gua untuk tahun 2010; Speedrider Networks 3.0. Macam celaka pulak rasanya. Gua rasa gua boleh dapat Anugerah Dekan la tahun depan. Tak pun, Anugerah Ijazah Diraja. Doakan gua yerk... Universiti yang Ali Setan pernah mengaji tu bagi can fail 3 kali sebelum fail terusssss.......

Sunday, December 6, 2009

Sleepwalk (Penang)

Korang ni kan... Kalau aku blogging kalau ada pasal melibatkan aweks, laju jer korang nak tau. Jadi, memandangkan aku pun tak tau nak buat apa sekarang dan saja nak menambahkan info, aku tulis la sikit-sikit.

Nama Band: Sleepwalk
Base In: Penang
Tahun Ditubuhkan: 2006-2007
Line Up:
Drums: Mael
Vokal: Azlan n Renee
Bass : Azmi

Vox 1: Azlani
Vox 2: Renee
Lead Guitar: Sham (poundcake)
Bassist: Azmii
Drummer: Mael



Band Website:







Ramai la pulak kan band members Sleepwalk ni. Aku kenal sorang jer iaitu Sham (lead guitar). Kenal kat mana lagi kalau kat Forum Rockapak. Dari memula dia posting, semua orang taktau dia ni yang mana satu. Dan tekaan aku yang paling tepat... Hahahaha.. Instinct rasanya


Aku suka kalau sesuatu band tu ditubuhkan dengan ahli yang ramai. Ni pendapat peribadi aku lah. Bila ada 5-7 piece band, aku rasa macam complete band tu. Tetambah kalau ada keyboardist. Penuh jer dengar kalau tengah perform. Tak berlubang sana sini.





Perasan pulak gambar Adie dari Predicate Not Defined ada kat dalam salah satu show Sleepwalk ni. Musician Circle kat Penang aku tak sure sangat. Dan kebiasannya, ianya saling berkait kerana rata-rata semuanya member-member.




Setakat aku tengok Myspace Sleepwalk, banyak jugak show yang Sleepwalk dah performed. Tapi ada jugak yang tak update lagi, tapi diupdate di forum-forum lain.





Lagi satu, apa yang aku suka dengan sebuah Live Band. Konsepnya ialah: Boleh main semua lagu, tak terarah kepada satu genre sahaja. Ni aku suka.




Penggunaan vox berlainan jantina jugak adalah sesuatu yang bonus. Ni pertama kali aku berdepan dengan Sleepwalk semasa sessi latihan. Sham pernah ajak aku tengok show diaorang di Bukit Merah dulu, tapi time tu aku ada hal lain. Jadi, tengok sessi practice tu, adalah satu peluang untuk aku kenal lagi dengan Sleepwalk. (padahalnya tak sempat sebab boss panggil aku pergi kerja)



Sempat jugak aku perosak satu lagu.. Har har har.....
Terima Kasih Sham and Sleepwalk. Semoga korang semua akan terus maju.
Sesiapa yang berhajat nak ambil Sleepwalk untuk show apa-apa ker, bolehlah kontek diaorang terus di alamat yang aku letak di awal posting tadi.

Saturday, December 5, 2009

Ubat Penenang Gua

Mungkin secara tiba-tiba blog gua dah banyak cerita pasal motor..

Terima kasih pada Sham aka Poundcake (SLEEPWALK) (link di sini) kerana panggil aku join jamming session neh. Walaupun gua main macam taik selepas hampir setahun tak pegang gitar.... Gua rasa 'release' sangat-sangat selepas dalam seminggu ni, asyik benda-benda palat saja berlaku kat gua. Sapa yang rajin mengadap fesbuk gua mesti perasan hari-hari gua maki kat status fesbuk tu. Yang sms gua suruh remove posting-posting tu pun ada, tq kerana amik berat pasal gua agar gua tak dooce...


Sham, terima kasih sekali lagi kerana membenarkan gua merosakkan lagu legend tersebut. Menggelabah gua nak strum Am, Dm tau ka.. Lama sangat tak main.

p/s:
1. Takder sapa mau angkat Pedalcase Custom (klik) gua lagi ka? Gitar 8 juta gua tu tak termasuk la.....
2. Erm... VOX baru Predicate Not Defined mantop siot.... Aku sempat dengar time depa tengah layan Arch Enemy - Nemesis. Bila gua kata mantap... Memang mantap dari segala segi. Dan bila gua kata dia mantap, maksudnya dia adalah seorang perempuan.
3. Dengan Sham Poundcake, kejap-kejap dia aku-hang, aku-ngko, kemudian saya-hang. Jadi, demi mengelakkan kekeliruan, gua berpatah balik ke konsep asal hasil asuhan 'ragging' zaman sekolah, gua akan menggunakan kata ganti nama 'saya' apabila bercakap dengan Sham.

Sessi merosakkan lagu.... (oleh aku, seperti biasa)


Monday, November 30, 2009

Yamaha LC135: Satu Mitos?

Technical Specs:

Engine type : 4 Strokes, SOHC, Liquid Cooled.
Displacement : 134.4 cc
Ignition system : DC CDI
Compession ratio : 10.9:1
Bore x stroke : 54.0 x 58.7 mm.
Lubrication system : Yamalube 4T (SAE 20w 40)
Carburetor : Mikuni - VM 22 x 1.
Clutch system : Hand Clutch - Wet, Multiple Disc.
Starter system : Electric & Kick Starter
Transmission type : Sport Gear - 4 Speeds
Wheel type : Spokes Wheel
Overall size : 670 x 1,945 x 1,020 mm.
Weight : 105.0 Kgs
Suspension (front) : Telescopic fork
Suspension (rear) : swing arm (monocross)
Brakes (front) : Disc Type (Double Piston Caliper).
Brakes (rear) : Disc Type
Tires (front) : 60/100 - 17 M/C - 33P
Tires (rear) : 80/90 - 17 M/C - 44P
Fuel tank : 4.2 L.
Fuel : Octane 91 upper.

*specs berbeza: yang ni spec yang ada manual clutch.
testing unit, yang takder hand clutch.
--------------------------------------------

Untuk berlaku adil, berat aku ialah 97KG. Jadi, memang berat sikit (banyak, tapi tanak mengaku). Kebanyakan motor -10km/h dari speedometer.

Mitos yang paling aku banyak dengar ialah kemampuan motor ni dengan original spec boleh full meter. Ermmm.. Aku tanak komen banyak-banyak, nanti marah pulak LC fanboys neh.

Result:

Aku: 140-145 KM/h
Rider 59KG : 150-160KM/h
Tested vs Yamaha RXZ meter: 120KM/h

Masa nak dapat top speed: lembab dan jauh... menyiksa...

Aku tanak komen dah la pasal LC neh. Cuma sesuai nak buat bawak pergi kerja dan konvoi, handling ok, cornering tak test sebab motor orang. Kalau motor aku atau motor sponsor, bolehla aku test korner sampai jatuh tersembam. Hahahahaha...

Antara video yang boleh dipercayai tentang LC135 Wet Clutch.
Senang cerita, meter LC yang kata full meter tu, bolehla tolak 20% (anggaran).



Konda Kondi Cafe & Bistro

Plan harini nak singgah ke Laksa Pondok Ibu Kathy . Tempat nampak macam menarik tepi sungai, tetapi menu kat sini sesuai untuk m...