Demi menghadapi situasi mencabar itu, erm... Kenapa mencabar erk?
- Form 4-5 gua amik Science Stream
- Sijil Pekak Poli, gua amik Electronic Engineering
- Gua kerja, tapi berkaitan dengan Electric and Physics di kompeni USA yang kununnya hebat sebab terlepas dari Chapter Eleven (link info) sewaktu recession pada 1997-1998.
- Diploma Poli, gua sambung lagi menjadi seorang Mamat Engine.
- Gua kerja balik dengan kompeni tu, tak lama lepas tu bungkus jugak akhirnya.. Nasib baik gua blah awal, colleagues gua dapat pampasan torchlight LED saja, apakejadahnya...
- Sekarang gua kerja dengan kompeni yang alhamdulillah best jugak, tapi asyik dok kena iklan potong jer, gua rasa macam nak potong jer kabel TV tu....
- Tetiba aja gua gatal sambung nak amik kertas bercetak, yang ada majlis konvo tu dalam bidang yang tetiba saja ada akaun perdagangan yang gua tak paham apa langsung, dan jugak teori undang-undang berniaga yang sepatah haram gua tak hafal. Gua ingatkan bila gua amik menatang ni, gua tak jumpak dah add math yang gua benci. Tapi malang betul nasib gua, gua jumpak jugak teori fungsi dx/dy dan lain-lain median mod hapakejadah tu balik. (dibaca: add math gua dulu dapat nombor orang kaya - lapan).
Ehem, balik kepada perkara di atas.. Sepatutnya gua study sekarang ni.. tapi tadi lepas maghrib gua...:
- Pergi bank cucuk duit yang gua pinjam kat Nurul sebab dah terlampau sengkek sangat sekarang.
- Lepak jap minum kat stall burger.
- Balik rumah cari buku akaun.
- Tetiba jer terbukak fesbuk.
- Tetiba jer boleh 'ter'jamming sengsorang dalam bilik lagu May. Practice balik chord yang gua dah lupa...
- Terbuat benda kat bawah...:
Ahah!! Gua 'ter'buat layout baru blog gua untuk tahun 2010; Speedrider Networks 3.0. Macam celaka pulak rasanya. Gua rasa gua boleh dapat Anugerah Dekan la tahun depan. Tak pun, Anugerah Ijazah Diraja. Doakan gua yerk... Universiti yang Ali Setan pernah mengaji tu bagi can fail 3 kali sebelum fail terusssss.......
biasa la USM mmg baik... aku pun USMers ;) pnh merasa extent 1 sem hahaha...
ReplyDeletewow!study beb!
ReplyDeletesian org yg tersyg tu!=)