Baru-baru ni bersenangat dengan berita team ragbi malaysia di kejohanan 7's Commonwealth Games. Walaupun kalah kesemua perlawanan, kita berada dalam posisi yang sangat sukar dengan kehadiran powerhouse dalam dunia ragbi. Ada komen sumbang menyatakan buang masa hantar Malaysia ke Tournament ni. Baik hantar team yang ada prospek medal macam hoki.
Macam ni, ini adalah proses yang dipanggil exposure. Kita semua tahu player kita kalah dari segi saiz fizikal. Tapi dari tournament ni, ramai juga buka mata bila rugger Malaysia boleh buat try dengan rugby powerhouse di taraf dunia. Jepun juga tak ada saiz macam kita, tapi tengok sekarang team Jepun macam mana di Asia.
Penang Free School menjadi pasukan belasahan dalam tournament MSSPP sekitar 90-an. Aku dan kawan-kawan terlibat dalam projek 3 tahun coach Johnny Loh pada 1998-2000 yang menyaksikan kami banyak buat friendly dan ada juga kami berdepan dengan team RAAF (Royal Australian Air Force) - pikir sendiri la badan budak sekolah menengah Malaysia lawan dengan mat saleh macam mana. Time ni kami berharap dengan No 8 kami ja, Cheah Ui Lee (yang akhirnya main dengan Cobra). 3 tahun tahan maki dengan coach, dengan backline hari-hari training buat kick bagi kena palang sampai satu tahap kick dari atas line tepi untuk masuk dalam goal post.
Penyudahnya, setelah 15 tahun kemarau, kami Johan negeri Pulau Pinang mengalahkan juara 5 tahun berturut-turut; soksek. Kejuaraan ini juga mengalirkan air mata jantan Chiku Mrprofitman yang kami kalahkan di semi-final (wish you were on our team bro).
Trust the process, Rugby Malaysia perlukan exposure untuk bertambah mantap.
3 Ogos 2022 menandakan sudah 22 tahun peristiwa kemenangan bersejarah kami di Pulau Pinang. Satu-satunya gambar team yang lengkap adalah selepas kami menang di perlawanan Final di tempat lawan. Tak pernah ambik gambar secara formal dan bukan pasukan jangkaan untuk memenangi 15 a side MSSPP tahun 2000! Al Fatihah untuk Allahyarham Cikgu Sober dan Bun (Hafez Hassim).