Chali Cafe ni terletak betul-betul di laluan utama aku untuk ke tempat kerja. Boleh dikatakan dah lebih 10 tahun rasanya aku berulang-alik tanpa betul-betul singgah dan makan di dalamnya. Biasanya sebelum ni aku cuma singgah beli air bungkus atau aku parking tepindan wife beli bungkus untuk buat bekal sarapan ke tempat kerja.
Malam ni, aku betul-betul singgah makan dengan keluarga aku. Chicken Chop dua pinggan untuk hero-hero kecik aku, berharga RM11.50 sepinggan dan aku pulak mee rebus daging. Wife pulak tak order apa-apa sebab dia dah makan nasi lemak tadi sebelum kami singgah di kedai ni.
Chali Cafe ni berkonsep foodcourt; jadi kat dalam ni ada banyak gerai dengan pelbagai jenis jualan dari nasi, mee, western sampailah ke satay ada jual kat dalam ni.
Terus-terang cakap, aku ke sini malam ni sebab nak rasa mee rebus special daging ni. Ni semua gara-gara aku nampak member aku up dia makan kat sini dan dia tanpa ragu-ragu beri 9/10 pada mee rebus yang dia makan malam tu. Jadi, malam ni memang target aku nak order Mee Rebus Special Daging ni dari Thahir Mee Rebus dalam Chali Cafe ni. Memang patut la kawan aku bagi 9/10; kuah pekat elok dan untuk harga RM8.00 dengan kuantiti daging yang diberikan, amat berpatutan dan sedap. Ada sedikit perbezaan rasa antara mee rebus Melayu dan Mamak ni, tapi untuk kategori mee rebus Melayu yang aku makan malam ni, memang aku boleh bagi 4.5/5 atas sebab rasa, kelikatan kuah dan isi dalam pinggan.
Ahhh yang bagi tumpah teh ais ni bukan budak-budak tapi bapak budak-budak ni. Cemerkap sungguh. Sedap punya pasal, order segelas lagi teh ais dari tauke foodcourt, Chali Cafe. (Konsep foodcourt ni biasanya tuan tanah jadi operator air).