Akhirnya hari ini 10 November 2022, aku dan isteri merelakan Proton Preve untuk dibawa pergi. Banyak jasa kereta ni pada keluarga aku khasnya.
Dan aku baru perasan yang aku tak simpan pun gambar kenangan bila mula-mula ambil kereta ni dulu di Proton Juru. Sebab waktu tu fikiran aku adalah kereta hutang bank bukanlah sesuatu yang untuk dibanggakan.
Jujur cakap, pemanduan dengan Preve sangat best. Sehingga tahap aku dah cuba bawa kereta yang sama dalam kelas Segmen C iaitu Honda Civic FD, tapi memang tak masuk selera aku. Senang cerita, aku rasa handling Preve adalah terbaik setakat 9 tahun aku bawa kereta ni. Kalau diikutkan, memang fuel consumption kereta ni tinggi sikit dan aku gelar Preve ni adalah kereta continental buatan Malaysia. Ya lah, gearbox guna CVT Punch macam Volkswagen dan minyak kedarah macam Mercedes! Hahahaha!
Antara kenangan yang tinggal dengan kawan-kawan adalah kereta ni menjadi transport utama ke MotoGP di Sepang dan kami berkampung di sana sambil merapu makan McDonald's siang malam. Singgah highway tibai pulak KFC. Betul-betul free and easy. Lepastu ronda masa hari PRU-14 sampai kena cium bontot, Preve Alhamdulillah, Wira yang sodok belakang tu, Innalillah.
Kereta ni juga merantau dengan aku sepanjang posting kerja aku di Ipoh, Perak. Hampir 2 tahun di sana dan hampir seluruh pelusuk Perak dah sampai. Kalau ada event/meeting di KL, bos sanggup downgrade kereta dia dan tumpang kereta aku ni semata-mata sebab keta ni plet P! Tapi betul, banyak betul kereta bagi laluan dekat aku sepanjang di KL. Kah kah kah!
Untuk family paling banyak jasanya untuk kami. Ia menjadi alat utama untuk ke klinik, hospital, bercuti malah beli ikan di market. Anak-anak aku membesar dengan Preve ni. Waktu aku cakap nak jual, Muhammad Qayyum banyak kali juga tanya kenapa jual? Susah juga nak menjawab soalan anak ni rupanya.
aku la ni jadi custodian Vios G adik ipar aku yang pi offshore untuk beberapa bulan, 1-2 hari dalam seminggu aku akan drive bawa pi kerja
ReplyDeletememang jauh beza la dengan Alza Advance aku, especially handling... tapi tak hairanlah kan, spec tak sama, harga pun jauh beza
Ya, body type pun beza
DeleteFamily dah bertambah kan... Kena la upgrade.... Aku ni diam tak diam dah 6 kali tukar kereta... Huhu..
ReplyDeletepadu preve. tp rakan seofis baru ni tukar gearbox . mak aihhh 10k. hahaha
ReplyDeleteKalau dia cari dalam group, ada expert 2 orang yang buat. 1 malaysia cari 2 orang ni. Modal 3-6K ja repair
DeletePadu. Hahahhaa
Delete