Tuesday, April 4, 2023

Masjid Besi


Terima kasih Ya Allah yang memberi daya kekuatan dan sedikit peluang untuk merasa masuk ke Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin aka Masjid Besi ni. Orang sini mungkin dah biasa dan tak rasa apa, tapi untuk aku, masjid ini adalah 'kehebatan seni arkitek moden' yang ada dalam bucket list aku.


Mula-mula tadi rasa apa lekeh sangat masjid ni buat besar-besar tapi kereta parking bersepah tepi jalan? Memandangkan aku tak rushing, aku drive slow-slow sampai nampak ada kereta masuk lorong kecik. Owh rupanya tempat parking. Punya besar macam shopping mall!


Masuk ke dalam masjid, tempat letak kasut pun punyalah besar. Masuk ke tempat wudhu aku dah rasa jakun sangat tengok besar sangat tempat wudhu ni, tak pernah aku jumpa lagi sepanjang hidup (sebab aku tak pernah pi umrah lagi).


Masuk ke ruang solat, fuh memang besar. Takda aircond tapi sejuk. Rupanya Inilah kehebatan arkitek moden tu! Terima kasih Ya Allah akhirnya aku dah dapat rasai first hand solat di masjid ni.

Thursday, March 23, 2023

Puasa


Hari ni adalah hari pertama puasa pada tahun 2023. Beria betul aku buat pengumuman dekat isteri yang aku takkan jejak bazar Ramadhan tahun ni atas sebab mahal.

Akhirnya aku ajak Muhammad Qayyum dan kami pum singgah bazar Ramadhan Kepala Batas sambil menyerahkan tengkok untuk disembelih.

Hahahahha

Saturday, March 18, 2023

Cameron Yang Dah Tak Sejuk Sangat

Buat kesekian kalinya aku ke Cameron. Penutup cuti sekolah awal tahun 2023 ni, serupa macam serah leher naik Cameron hujung minggu ni. Tapi mengenangkan anak-anak dan isteri yang dah hampir 3 tahun tak berjalan mana, gagah jugak la tekan pedal naik atas ni. Bolehla anggap post ni adalah respon kepada post dari Berteromber  hampir 12 tahun lepas! Hahahaha!

Sebenarnya aku ada buat post pasal Cameron tapi tak senonoh betol post tu, pendek pulak tu! Ni post aku masa RSSM dulu lah.


Untuk tahun 2023 ni, port pertama untuk breakfast kami kali ni adalah di Opah Strawberries and Jams. Terus terang cakap, aku bukan jenis nak explore semua tempat sekali datang. Jadi, tempat ni adalah list yang ketiga kot seingat aku yang pernah kami singgah di Taman Sedia selain AidilBadri dan KHM Strawberries & Jam. Ha nampak kan? 

Maksudnya tahun ke-3 baru sampai ke Opah ni. Nasi Lemak Strawberry ni anak aku yang sulung nak sangat rasa. Last-last baru dia tahu nasi lemak biasa sedap lagi dan tak pelik rasa manis buah dalam sambal. Hahahahhahaha.

Aku cukup tak berkenan trend kedai sekarang yang jenis ambil order guna QR Code. Moden macam mana pun dan aku pun suka teknologi ni, aku tetap rasa ambil order guna QR code ni agak tak best. Kita semua akan jadi tua dan satu hari nanti kita akan rasa benda-benda ni semua sangat menyusahkan.


Habis breakfast, takda benda apa sangat kat sini tapi wife nak beli jus pati ni kat AidilBadri. Layan ajalah.

Kampung Sedia ni dulunya takda apa pun. Lepas-lepas viral dengan produk Muslim dekat sini dan peniaga pun kreatif jual macam-macam, memang ramai betul area Kampung Sedia ni. Untuk tahun 2023 ni, aku rasa macam kurang nampak Bangla jadi pekerja di Cameron ni selepas era Covid.

Settle di Taman Sedia, kami terus ke Bharat aka Cameron Valley Tea House 2 (ada 2 dekat area ni, yang 1 tu parking limited sangat). Datang sini pun sekadar buat syarat minum teh walhal dah kenyang breakfast tadi. Ah dekat sini memang akan nampak pekerja warga asing bersepah.

Pastu anak-anak nak layan bagi burung ngan kambing makan dekat Rainbow Garden. Walaupun aku duduk kat kampung, tapi dah takda masa nak bela ayam itik kambing burung semua ni. Jadi tempat camni adalah pilihan yang ada lah dekat sini. Jangankan anak suka, aku pun suka.

Patah balik ke Brinchang, kena getah jarak 6KM lebih tapi jumlah perjalanan sampai satu jam lebih. Puncanya dah memang dikenalpasti di Kea Farm sejak azali.


Malam nya, keluar cari makan menapak dari Brinchang ke Tanah Rata. Seronok makan jagung bakar berasap-asap. Kalau makan kat bawah tak keluar asap macam kat sini. Aku pulak dah ready pakai tshirt dua lapis sebab lupa bawak jaket.


Tapi kesimpulannya Cameron ni dah tak sejuk macam 10 tahun lepas. Hotel aku duduk pun dah pasang kipas dan aku tengah tulis ni pukul 12.20 tengah malam, tak sejuk-sejuk lagi pun (esok sambung lain tulis). Tengok gambar dari balkoni hotel aku ni pun dah sakit mata bila bukit-bukit ni depa dah explore habis buat macam-macam. Tak dapat dah kot nak cakap keluar asap waktu siang macam dulu-dulu nanti.


Esok pagi lepas subuh tu, temperature dalam phone tunjuk area tringkap 17° Celcius (aku terjaga pukul 3-4 pagi tunjuk 16. Tak dapat set Brinchang punya suhu dan aku pun tak bawak thermometer macam dulu. Tapi aku kat balkoni hotel ni boleh pijak lagi lantai tu. Dulu punya sejuk tu sampai tahap lantai batu takleh nak pijak.

Sebelum balik, macam biasa orang perempuan ni Kea Farm tu wajib singgah. Aku pulak tunggu saja dalam kereta. Aku pun tak faham suka sungguh diaorang beli jagung kat Cameron ni padahal jagung semua tanam dekat Ipoh tu bawak naik atas. Aku singgah di Cameron Valley 1 dan gambar atas tu sebenarnya tak boleh pegang mug besar tu, aku mintak izin staff situ dan diaorang sendiri yang ambik gambar aku. Wakakkaka!

Turun dari Cameron, kami singgah ke Canning Dim Sum. Dah dapat sijil halal kat sini jadi bedal ajalah. Sini style dia kau duduk je nanti depa datang dengan dim sum dan hangpa pilih sendiri benda apa yang nak makan. Yang kena order ni cuma menu berat-berat macam Chicken Glutinous Rice, Fried Radish dan Chee Cheong Fun. Yang lain-lain cuma pilih ja dari waiter yang tayang dim sum/tart/dumplings tu. Aku rekemen kopi ais dia kat sini, memang terangkat. Tapi kalau ikut tekak aku, aku suka Dim Sum Greentown lagi sebab kat sana banyak menu boleh order.

On the way balik tu, sempat lagi menyinggah tapau latte dekat Old School Coffee dekat Canning Estate sebelah Petronas. Sini signature dia Iced Coffe biasa, tapi memandangkan katanya keras, aku order latte sebab nak kongsi dengan wife. Sedap coffee dia cuma manis sikit la.

Tedia cerita Cameron aku, harapnya cover la post pendek RSSM aku pada 2009 tu.

Saturday, March 4, 2023

Detox?

Entah kenapa tiba-tiba aku rasa serabut sangat. Tak cukup Facebook aku deactivate, puncaknya adalah aku delete Whatsapp. Bukan setakan uninstall, memang aku delete akaun whatsapp aku. Maksudnya kalau orang type nombor aku dekat whatsapp memang tak dapat.

Nak kata social media detox, Instagram dan twitter aku masih ada. Cuma bezanya dekat dua platform ni tak sesibuk seperti di FB. Insta dan twitter aku pun sendu, setakat buka dan browse 2-3 kali saja. Sebenarnya aku ada account backup untuk maintain page Mamu Vinyl di FB, nasib baik akaun tu ada 14 orang friends saja, jadi newsfeed kat situ pun tak heavy sangat, aku pulak sekadar follow page-page berkaitan vinyl record saja dekat situ.

Harini masuk hari ketiga kot aku dah tak guna WhatsApp dan FB. Feel dia tu macam tahun awal 2000; nak buka web guna WAP dekat handphone pun takut-takut kena charge mahal, jadi baik takyah guna - haaa camtu la feel bila ada smartphone tapi Facebook dan Whatsapp takleh guna.

Bagus juga takda benda tu, sekurang-kurangnya aku boleh update blog ni. Dan jangkaan aku tepat, takda FB ni umpama kau mati la, orang ingat kau masa hari kau mati saja, lepas tu orang tak ingat dah. Macam deactivate ni pun, tak sampai 10 orang reach out tanya kenapa deactivate, tapi yang ketara sebab aku delete whatsapp. Kalau tak delete whatsapp, orang tak perasan pun yang aku deactivate FB.

Jadi kat sini kena muhasabah diri balik.
1. Apa impak ada media sosial? Penting sangat ka aku ni?
2. Apa pentingnya aku dalam circle kawan-kawan?

Mungkin 2 benda ni kena fikir balik secara mendalam.

Paling best nanti kalau ada orang baca post ni baru perasan yang aku dah deactivate FB dan delete Whatsapp. Silap-silap baca pun tak ni, siapa pun taktau. Hahahaha

Market

Kat utara ni kami tak panggil pasar/pasar pagi dan seangkatan. Kami panggil market. Punya la kolonisasi abis bahasa utara ni. 

Pagi ni aku singgah market, biasanya aku tunggu saja dalam kereta dan wife buat pembelian. Pagi ni sebab tak ramai sangat, bolehla aku ikut sekali ronda market dan last sekali singgah kedai nasik kandar dan breakfast. 

Enjoy ajalah gambar dan bolehla hangpa compare harga market utara dengan tempat hangpa.

Friday, March 3, 2023

Chali Cafe

Chali Cafe ni terletak betul-betul di laluan utama aku untuk ke tempat kerja. Boleh dikatakan dah lebih 10 tahun rasanya aku berulang-alik tanpa betul-betul singgah dan makan di dalamnya. Biasanya sebelum ni aku cuma singgah beli air bungkus atau aku parking tepindan wife beli bungkus untuk buat bekal sarapan ke tempat kerja.

Malam ni, aku betul-betul singgah makan dengan keluarga aku. Chicken Chop dua pinggan untuk hero-hero kecik aku, berharga RM11.50 sepinggan dan aku pulak mee rebus daging. Wife pulak tak order apa-apa sebab dia dah makan nasi lemak tadi sebelum kami singgah di kedai ni.

Chali Cafe ni berkonsep foodcourt; jadi kat dalam ni ada banyak gerai dengan pelbagai jenis jualan dari nasi, mee, western sampailah ke satay ada jual kat dalam ni.

Terus-terang cakap, aku ke sini malam ni sebab nak rasa mee rebus special daging ni. Ni semua gara-gara aku nampak member aku up dia makan kat sini dan dia tanpa ragu-ragu beri 9/10 pada mee rebus yang dia makan malam tu. Jadi, malam ni memang target aku nak order Mee Rebus Special Daging ni dari Thahir Mee Rebus dalam Chali Cafe ni. Memang patut la kawan aku bagi 9/10; kuah pekat elok dan untuk harga RM8.00 dengan kuantiti daging yang diberikan, amat berpatutan dan sedap. Ada sedikit perbezaan rasa antara mee rebus Melayu dan Mamak ni, tapi untuk kategori mee rebus Melayu yang aku makan malam ni, memang aku boleh bagi 4.5/5 atas sebab rasa, kelikatan kuah dan isi dalam pinggan.

Ahhh yang bagi tumpah teh ais ni bukan budak-budak tapi bapak budak-budak ni. Cemerkap sungguh. Sedap punya pasal, order segelas lagi teh ais dari tauke foodcourt, Chali Cafe. (Konsep foodcourt ni biasanya tuan tanah jadi operator air).

Konda Kondi Cafe & Bistro

Plan harini nak singgah ke Laksa Pondok Ibu Kathy . Tempat nampak macam menarik tepi sungai, tetapi menu kat sini sesuai untuk m...