Buat kesekian kalinya aku ke Cameron. Penutup cuti sekolah awal tahun 2023 ni, serupa macam serah leher naik Cameron hujung minggu ni. Tapi mengenangkan anak-anak dan isteri yang dah hampir 3 tahun tak berjalan mana, gagah jugak la tekan pedal naik atas ni. Bolehla anggap post ni adalah respon kepada post dari Berteromber hampir 12 tahun lepas! Hahahaha!
Sebenarnya aku ada buat post pasal Cameron tapi tak senonoh betol post tu, pendek pulak tu! Ni post aku masa RSSM dulu lah.
Untuk tahun 2023 ni, port pertama untuk breakfast kami kali ni adalah di Opah Strawberries and Jams. Terus terang cakap, aku bukan jenis nak explore semua tempat sekali datang. Jadi, tempat ni adalah list yang ketiga kot seingat aku yang pernah kami singgah di Taman Sedia selain AidilBadri dan KHM Strawberries & Jam. Ha nampak kan?
Maksudnya tahun ke-3 baru sampai ke Opah ni. Nasi Lemak Strawberry ni anak aku yang sulung nak sangat rasa. Last-last baru dia tahu nasi lemak biasa sedap lagi dan tak pelik rasa manis buah dalam sambal. Hahahahhahaha.
Aku cukup tak berkenan trend kedai sekarang yang jenis ambil order guna QR Code. Moden macam mana pun dan aku pun suka teknologi ni, aku tetap rasa ambil order guna QR code ni agak tak best. Kita semua akan jadi tua dan satu hari nanti kita akan rasa benda-benda ni semua sangat menyusahkan.
Habis breakfast, takda benda apa sangat kat sini tapi wife nak beli jus pati ni kat AidilBadri. Layan ajalah.
Kampung Sedia ni dulunya takda apa pun. Lepas-lepas viral dengan produk Muslim dekat sini dan peniaga pun kreatif jual macam-macam, memang ramai betul area Kampung Sedia ni. Untuk tahun 2023 ni, aku rasa macam kurang nampak Bangla jadi pekerja di Cameron ni selepas era Covid.
Settle di Taman Sedia, kami terus ke Bharat aka Cameron Valley Tea House 2 (ada 2 dekat area ni, yang 1 tu parking limited sangat). Datang sini pun sekadar buat syarat minum teh walhal dah kenyang breakfast tadi. Ah dekat sini memang akan nampak pekerja warga asing bersepah.
Pastu anak-anak nak layan bagi burung ngan kambing makan dekat Rainbow Garden. Walaupun aku duduk kat kampung, tapi dah takda masa nak bela ayam itik kambing burung semua ni. Jadi tempat camni adalah pilihan yang ada lah dekat sini. Jangankan anak suka, aku pun suka.
Patah balik ke Brinchang, kena getah jarak 6KM lebih tapi jumlah perjalanan sampai satu jam lebih. Puncanya dah memang dikenalpasti di Kea Farm sejak azali.
Malam nya, keluar cari makan menapak dari Brinchang ke Tanah Rata. Seronok makan jagung bakar berasap-asap. Kalau makan kat bawah tak keluar asap macam kat sini. Aku pulak dah ready pakai tshirt dua lapis sebab lupa bawak jaket.
Esok pagi lepas subuh tu, temperature dalam phone tunjuk area tringkap 17° Celcius (aku terjaga pukul 3-4 pagi tunjuk 16. Tak dapat set Brinchang punya suhu dan aku pun tak bawak thermometer macam dulu. Tapi aku kat balkoni hotel ni boleh pijak lagi lantai tu. Dulu punya sejuk tu sampai tahap lantai batu takleh nak pijak.
Sebelum balik, macam biasa orang perempuan ni Kea Farm tu wajib singgah. Aku pulak tunggu saja dalam kereta. Aku pun tak faham suka sungguh diaorang beli jagung kat Cameron ni padahal jagung semua tanam dekat Ipoh tu bawak naik atas. Aku singgah di Cameron Valley 1 dan gambar atas tu sebenarnya tak boleh pegang mug besar tu, aku mintak izin staff situ dan diaorang sendiri yang ambik gambar aku. Wakakkaka!
Turun dari Cameron, kami singgah ke Canning Dim Sum. Dah dapat sijil halal kat sini jadi bedal ajalah. Sini style dia kau duduk je nanti depa datang dengan dim sum dan hangpa pilih sendiri benda apa yang nak makan. Yang kena order ni cuma menu berat-berat macam Chicken Glutinous Rice, Fried Radish dan Chee Cheong Fun. Yang lain-lain cuma pilih ja dari waiter yang tayang dim sum/tart/dumplings tu. Aku rekemen kopi ais dia kat sini, memang terangkat. Tapi kalau ikut tekak aku, aku suka Dim Sum Greentown lagi sebab kat sana banyak menu boleh order.
On the way balik tu, sempat lagi menyinggah tapau latte dekat Old School Coffee dekat Canning Estate sebelah Petronas. Sini signature dia Iced Coffe biasa, tapi memandangkan katanya keras, aku order latte sebab nak kongsi dengan wife. Sedap coffee dia cuma manis sikit la.
Tedia cerita Cameron aku, harapnya cover la post pendek RSSM aku pada 2009 tu.
lawa baju Silverchair Frogstomp
ReplyDeleteSayang sekali akta lompat parti dah kuatkuasa. Kalau takz seronok pakai baju ni
Deletekena repeat ni... last pergi sebelum PKP kot
ReplyDeleteBoleh sangat. Pegi weekdays Bert. Kalau weekend kena getahhhhh
Deleteentah bila last aku jalan2 begini dengan family
ReplyDeleteBoleh dah plan. Self healing jugak ijau
Delete