Sunday, December 20, 2009

Baru Seminggu Dah Kemek




Aku dah pening dengan benda ni. Kemek semalam masa tengah jadi 'marker' time guide konvoi belang r semalam. Geng konvoi jugak yang hentam. Tak perasan semalam lepas kena sebab gelap.

Pagi tadi baru perasan. Alahai, moto tak sampai seminggu dah jadi macam ni. Dah calling-calling member superbike, ada 2-3 pilihan yang nak restore benda ni ataupun aku beli baru terus.

Akhirnya,
1. Exam kantoi, tak sempat nak baca langsung.
2. Cup prix tak sempat nak tengok.
3. Baju konvoi suzuki pun tak sempat ambik.
4. Moto pun dah tak lawa.

Malang nasib aku minggu ni. Saat-saat macam ni, keinginan nak merokok tu kuat sekali. Tension betul.

Thursday, December 17, 2009

Mari Berhijrah

Aksi superman yang telah digayakan dengan jayanya oleh adik ipar Rita Rudaini, Aidil Zaquan di mana Vietnam telah menganjingkan Malaysia 3-1 pada perlawanan di dalam kumpulan yang telah berlangsung pada 6 Disember 2009.

Daripada gambar Bernama ini, tajuknya ialah:

Malaysia prove no match for tough Vietnam.  

STYLO PUNYA TAJUK

Malam ni, situasinya berbeza. Buat pertama kalinya, kem negara yang aku cuma kenal 2 orang kembar tu saja dapat bergembira ketika final. Kembar tu pun aku selalu salah teka nama. Taktau yang mana satu laki Rita Rudaini.

Malam ni, player kita semua senyum, dapat bersorak walaupun dah main 96 minit atas padang. Dapat bersorak sana sini. Dapat cium-cium pingat yang sudah 20 tahun kita tak pernah dapat. Pingat emas Sukan SEA. Malam ni giliran lawan kita yang suka menganjingkan kita untuk menangis di atas padang. Nampak kesian, tapi derita 20 tahun tanpa pingat, siapa yang peduli. Maka seluruh kem Malaysia wajar bergembira pada malam ni walaupun rasa-rasanya semua player Malaysia terlepas sembahyang Maghrib. Gambar AP ni telah diulas beritanya oleh wartawan yang tulis cerita kekalahan kita haritu dengan isinya:

The ‘winner’ came courtesy of an own goal by Vietnam’s Mai Xuan Hop’s in the 84th minute of a toughly-fought final. The football gold medal was also Malaysia’s 40th gold medal in Vientiane.

Owh, sebagai rakyat Malaysia, ada aku peduli dengan own goal Vietnam? TIDAK SAMA SEKALI. Malahan ketika Malaysia memperolehi gol tunggal di minit ke-84, rasanya ramai di antara kita rakyat Malaysia melaung-laung di depan TV agar Malaysia menggunakan taktik terkeji dalam dunia bolasepak iaitu berkampung di depan gol, dan kalau boleh bawak sekali bas player letak di depan gol. Kenapa? Kita nak menang!
Semoga FAM dapat berhijrah dengan tidak memberikan apa-apa reward kepada player kita kali ni. JANGAN MANJAKAN PLAYER KITA. NANTI SEMUA NAIK LEMAU dan akan mula bermain macam taik semula.

Sempena Maal Hijrah ini, aku berharap keadaan aku tanpa 'asap' yang keluar dari mulut dan hidung sejak Isnin, 14 Disember 2009 akan berkekalan.

Wednesday, December 16, 2009

'Bahan' Aku Hari Ini


Alhamdulillah, aku telah menerima bungkusan ini daripada seorang rakanku yang nun berada jauh di Johor. Teringat jugak dia kat aku setelah aku berjaya menjawab kuiz dia setelah beratus orang tak boleh jawab, hero ni juga kena datang mencelah menjawab dan seterusnya membolot hadiah pertama.

Sebenarnya, aku dah banyak kali menang hadiah online ni. Hahahahaha, riak betul!

Nampaknya rakyat Malaysia yang telah membeli Evo IX kena la convert Evo diaorang tu jadi Waja pulak. Kesian pulak aku nengok user-user waja dok convert ke bentuk Evo, padahal sekali tengok dah tahu yang tu ialah Waja. - itulah kuiznya.

Walaupun si penghantar barangan ni kata, halalkan jelah kalau dah posmen tu tersalah alamat, tapi tidak bagi aku. Aku tetap rasa posmen tu bersalah sebab dia serah barang aku kepada orang yang tak betul. Jadi, aku pun memulakan cari pasal dengan Pos Malaysia. Nasib Pos Malaysia hari ni memang baik sebab mood aku baik dan tak emo. Aku cakap dengan lembut dan tenang, cool macam Adam dalam Nur Kasih (awat, rock-rock tak boleh tengok Nur kasih ka?)


Setelah mendapat persetujuan mengutuk. Aku mulakan....




Lain kali, jika anda hendak menghantar barangan melalui pos laju ker, GDex ker, Nationwide Express ker, DHL ker.... Selain alamat, benda yang paling penting korang kena letak ialah NO TELEFON si penerima. So, sebagai pengajaran kepada kawan baik aku dari Johor ni, sila paham dan amik pengajaran yerk? Buta kare saja pegawai dari pejabat pos tu kena selak balik surat serahan dan paksa posmen malang yang tersilap hantar bungkusan tu ke salah rumah kat rumah mamak mana ntah yang aku tak kenal. Mula-mula aku ingat salah si posmen, tapi ternyata silap. Ini semua salah si penghantar bungkusan tersebut kerana tak reti letak no phone aku walaupun aku dah pesan suruh letak. Sikat btol!!! Kesian posmen tu aku tiau dalam telefon tadi!

Melalui ini juga, aku dapati dalam penghantaran barangan, no siri serahan amat penting untuk dibuat rujukan. Sekiranya anda syak bungkusan anda tidak sampai, anda bolehla menyemak dengan cara berikut:



  • atau....
  • telefon 1-300-300-300
  • Berikan Consignment Number kepada operator
  • Sekiranya ada masalah dengan penghantaran, beliau akan berikan no telefon pejabat pos besar yang menyerahkan serahan tersebut untuk berurusan.
  • maklumat lanjut, sila layari http://www.pos.com.my/
Ok, aku rasa yang tu saja aku nak share pasal delivery problem dan how to solve kalau posmen tersalah alamat. Nasib baik si penerima yang salah terima tu tak buka lagi barang aku, kalau tak.. Abisla...

Owh ada lagi, kepada AMIN (Zombie Zone), terima kasih banyak-banyak bro sebab hadiahkan aku benda kesayangan ko neh. Tu la, lain kali jangan buat contest yang boleh memakan diri sendiri. Aku tau hang tak ikhlas bagi hadiah ni kat aku.. Aku tau la... hang tak ikhlas kan?



Sikat btol!!! Bagi pakai kotak telefon tak balut pun!!! Nampak sangat sambil hantar sambil marah.... Kalau tak ikhlas, aku hantar balik la woi....

Hahahahahaha.....

P/s: Terima kasih Pos Malaysia. layanan khidmat pelanggan anda, walaupun di peringkat Pejabat Pos Besar Butterworth sekalipun, ia amat baik. Terlupa pulak nama orang yang tolong handle kes aku tadi. Cepat betul solve. Berani mati betul posmen yang silap hantar tu pergi mintak balik barang ni kat rumah yang dia salah hantar. Maka, dengan ni, aku memberikan 3x tabik spring dan 5x pumping kepada Pos Malaysia!

Monday, December 14, 2009

Rock And Ride - Suzuki Belang R 150

Hari Ahad, 13 Disember 2009 adalah hari aku bersama Suzuki Belang R 150 ni hampir sepanjang masa. Total 2 hari dalam tangan, 246 KM sudah running-in process yang aku dah lenjan, cuma tinggal hard break-in belum buat sebab tak boleh pikir lagi minyak enjin apa yang aku nak pakai lepas ni.

Maka, aku bawak saja macam biasa sebab hari ni, aku ada exam paper Makroekonomi kat USM, jadi buat kali keduanya aku bawak motor ni cross Penang Bridge.

Dari segi handling, dah tak rasa gayat macam mula-mula aku test kat kedai yang aku amik motor ni pada Jumaat, 11 Disember haritu. Stock setting macam ni, dengan keadaan aku galas backpack Deuter 42L, membuatkan motor ni terhuyung-hayang sikit di atas Penang Bridge pada kelajuan 125KM/H penangan angin lintang. Keadaan ni sedikit berbahaya, terutamanya kepada sesiapa yang belum pernah rasa angin lintang tu macam mana rasanya. Satu lagi, kemungkinan glove yang aku pakai tak berapa sesuai, terasa licin la pulak, setiap kali top speed, aku rasa macam nak terlepas hendal motor tu (dibaca: angin lintang), dan jugak penangan naik motor naked yang langsung tak ada wind shield, membuatkan aku yang berbadan comel ni terpaksa melawan angin yang datang.. Senang cerita, nak potong angin susah..

Cornering, tak berani pulak nak lebih-lebih turun amik sebab knee protector aku tak pakai harini, casual ride saja. Cuma.... Bila dah nampak selekoh exit Permatang Pauh dari Penang Bridge dan Exit Tol Bertam boleh menggoncang iman jugak amik corner. Kesimpulan.. Maxxis M6002 yang aku tukar, berbaloi. Cuma belum test di atas keadaan jalan basah saja. Test cornering akan di update kemudian bila aku dah buat trip round island nanti.



Selepas habis exam, tempat pertama yang aku tuju ialah kenduri member aku, Syed Adnan. Seorang rider Suzuki Shogun. Aku paksa dia possing atas motor nih jugak, peduli apa aku. kenangan seumur hidup. Selamat Pengantin Baru Nan oi... Kalau bini hang suruh jual Sagun hang tu.... Abihla, takdak alasan la aku nak pi rumah hang nanti.


Lepas kenduri, aku jumpak kejap Nurul ngan anak sedara dia di Kiosk Bertam. Minum-minum kejap sebelum Fauzan, admin web Belang R sms aku tanya nak lepak kat mana (tengah boring la tu..) Jadi, aku pun yang tengah stress dengan macam-macam masalah hidup ni terus bersetuju. Lepak kat mana lagi kalau bukan di RnR Bagan Ajam BORR. Banyak jugak yang aku bersembang dengan dia hari ni.



Fauzan, pertama kali aku jumpa hari ni. Selalu dok helo-helo pakai phone ataupun mesej dalam forum saja. Daripada finding, nampaknya bukan aku saja yang menghadapi masalah skru cover tercabut (tengok gambar). Fauzan punya pun tercabut jugak! Nampaknya suzuki kena la improve sket installation parts macam ni. Aku yang baru 2 hari pakai pun dah tercabut skru tu, apala nasib... Kalau aku laju sikit lagi rasanya mau tercabut semua skru, togel tinggal rangka motor sajalah jawabnya.



Duduk punya duduk, datang sorang lagi rider Belang, Syed namanya. Nampaknya, dah jadi panjang cerita bila aku dapat tau yang Syed ni adalah anak lecturer aku kat poli dulu; Tuan Syed Adnan (nama sama macam member aku yang kawin tadi).



Maka, berkumpullah 3 anak muda duduk se'divider' membincangkan masalah-masalah dan idea-idea baru untuk memperbetulkan apa yang Engineer Suzuki buat yang tak betul.




Semakin lama, BORR makin "hangit" dengan Mat-Mat Rempit yang asyik superman sana, dan superman sini. Motor EX5 standard pun teringin nak rempit jugak... Biarkan sajalah.... RnR yang best untuk lepak lama-lama kat sini telah dicemari dengan aktiviti-aktiviti rempit ni. Orang nak sembahyang kat surau RnR pun tak kushyuk sebab bunyi bising.



Perbincangan 3 anak muda kemudian ditambah lagi dengan kehadiran seorang lagi Rider Belang, merangkap bapa saudara kepada Fauzan, iaitu Abang Amir. Orang lama ni banyak pengalaman, jadi, lagi macam-macam lah yang diceritakan pasal teknikal motor Suzuki neh.


Abang Amir adalah antara rider 'berani mati' pertama yang telah membuat tempahan motor Suzuki Belang R150 ni padahal pada waktu itu, belum dilancarkan.

Motor dia berada di dalam Lot #3 production motor ni, antara motor-motor belang yang pioneer di atas jalanraya Malaysia.

Jadi, peluang untuk bertanya masalah-masalah yang telah beliau hadapi aku tak tunggu lama-lama nak tanya. Heheheh, baru 1st time jumpa malam ni, tapi kami berempat bersembang macam dah kenal lama. Abang Amir, Fauzan dan Syed dah pernah berjumpa dah sebelum ni, aku jer yang baru jumpa dengan depa semua ni.




Malangnya, bila dah jadi photographer tak rasmi ni, dah tentulah gambar aku takder langsung. Hahaha, tapi itu adalah lumrah dari sejak dulu. Janji aku puas hati dengan apa yang aku snap.




Perjumpaan ringkas kami disudahi dengan acara mentekedarah di RS Tomyam. Syed Fadhil tak join sebab takut Tuan Syed (lecturer lama aku) tu marah dia balik lambat agaknya. Hahahaha. Terima kasih kerana sudi bertemu dengan aku. Petemuan ringkas yang cukup bermakna. Pasal pertemuan ni jugak, insya-Allah ukhuwah antara rider-rider Belang dapat dipereratkan. (dan sebab pertemuan ni jugak, aku terkantoi hisap rokok..... ces!!!! Esok aku tanak isap dah!!)

Saturday, December 12, 2009

Antara Azam, Impian dan Harapan



Alhamdulillah, akhirnya setelah berbulan menunggu, harinya telah tiba untuk aku sendiri memiliki sebuah motosikal yang bentuknya amat tidak disukai oleh rakyat Malaysia. Tambahan pula, Suzuki bukanlah satu pilihan kepada rakyat Malaysia sejak dulu. Untuk ijau, yang bertanya di mana tayar aku pada entry lalu tu, ni lah tayar belakangnya. Aku sampai masa pomen tengah setting balancing untuk masuk tayar tubeless. Untuk maklumat, factory stock motor ni datang dengan tayar jenis tube, jadi, sebelum aku angkat motor ni keluar dari kedai, aku trade in siap-siap tayar IRC pekak motor ni dengan tayar Maxxis M6002 80/90 saiz belakang dan 70/90 untuk tayar depan - ikut setting factory. Erm.. factory output, rim kaler hitam, aku gatal nak jadikan kaler gold.. Itulah hasilnya.
Gambar belakang rim: Current bike -  Suzuki Smash 110, first lot production.



Untuk yang sudi membaca luahan aku kali ini, dan untuk makluman. Aku adalah pengguna Suzuki sejak dulu. Ini adalah kali ketiga berturut-turut aku memiliki sebuah jentera Suzuki. Boleh dikatakan, telinga aku dah lali atau kematu terus kalau orang-orang terus menggasak keputusan aku bersama Suzuki dengan alasan, resale value rendah. Malang sekali, aku sedikit pun tidak termakan dengan resale value tu. Jadi, malanglah korang kalau asyik ulang ayat yang sama aku dengar sejak 1997 - kali pertama aku menunggang jentera Suzuki. Untuk Suzuki Belang R 150 ni, aku terlewat sikit amik kerana masalah kewangan yang tak berapa stabil dulu. Jadi, motor aku ni berada di Lot #12. Apa maksudnya? Satu lot Suzuki untuk shipment terdiri daripada 60 buah motor ni. Jadi, motor aku adalah dalam range 12 lot x 60 biji = 720. Herm... boleh tahan banyak orang dah pakai. Aku terlewat jugak kerana nombor plet yang 2 kali ter'miss' sebab kalah tender dan jugak tak sempat book, orang dah sambar.



Sebenarnya, aku dah berniat untuk memulakan satu tahap baru dalam hidup aku yang mungkin orang boleh gelak kaw-kaw. Ya, niat aku - akan berhenti merokok bila dah pakai motor ni. Aku tak pernah ada azam tahun baru, jadi dengan ambilnya motor ni sekarang, rasa-rasanya inilah azam aku yang pertama sekali aku buat dan nekad untuk lakukan setelah dah suku abad aku hidup. Impian aku pun dah tercapai, maka niat aku tu harus dan wajib dilaksanakan walau apa pun yang menduga.Aku nyatakan niat aku tadi pada member-member kampung tadi. Kali ni, mereka tak gelak! Pelik betul aku.... Rasanya, semua dah makin berusia dan makin memahami. Semuanya, rata-rata menyokong niat aku berhenti merokok. Jadi, harapan aku, ialah semua kawan-kawan dapat memahami aku, dan seterusnya tidak terasa kalau aku blah dari group diaorang kalau diaorang start merokok, sebab.. Mana boleh tahan kalau orang dok tayang rokok kat depan kita... Ya Allah, bantulah hambamu yang lemah ini untuk menjauhi rokok.. (aku nak jual Zippo aku, saper nak?) - link



Yang lambat keluar motor aku tu sebab kalah book/tender no 786. Tapi... dapat yang ni pun jadilah.... Hahahahah.Maka, dengan  ini... Aku akan menunggu tarikh yang aku dah plan dan dah pun apply cuti (29 Disember 2009 - 2 Januari 2010). Solo Ride Satu Malaya.
Kemungkinan aku takkan ada masa nak lepak lama-lama sebab laluan yang aku pilih ialah:
  • Grik
  • Kelantan (pass through)
  • Kuala Terengganu (tdur kat sini) - Day 1
  • Kuantan/Temerloh - Kemungkinan Day 2 atau tidur kat mana-mana 2 tempat ni.
  • JB, melalui Temerloh, atau Mersing - Kota Tinggi - Day 3 (tidur kat sini)
  • Melaka (pass through je kut.. ) - Rasah, Seremban, KL - Tidur kat KL - Day 4
  • Cameron, Ipoh, Taiping, Kangar, Jitra, Alor Setar (Day 5)
  • Penang
Mungkin tahap letih gila punya ride. Tapi aku nak belasah jer nanti. Sesapa yang ternampak aku tu, boleh jer hon-hon nanti. Nak belanja aku makan pun okay jugak   =)

Friday, December 11, 2009

Melawat Harimau Belang



Akhirnya... Aku speechless.

Apa pun yang pasti, insya-Allah solo ride satu Malaya bermula pada 29 Disember nanti.

Wednesday, December 9, 2009

Carabao - Untuk Mereka Yang Kaki Siam

PS: Untuk mereka yang tau bahasa SIAM sahaja!!!

_______________________________________



ขอเรียนเชิญท่านร่วมแสดงความยินดีและเป็นเกียรติในโอกาสเปิดสถานบันเทิงแห่งใหม่
ในวันพฤหัสบดีที่ 10 ธันวาคม 2552
.วันเดอร์แลนด์ หลังโรงแรม เค.พี.เค ด่านนอก จังหวัดสงขลา

กำหนดการ
19.00
. ค๊อกเทล ปาร์ตี้
20.00
. คุณนิมิตร ชัยจีระธิกุล ประธานสภาอุตสาหกรรมท่องเที่ยว .สงขลา
ประธานในพิธีเปิด วันเดอร์แลนด์ อย่างเป็นทางการ
20.20
. การแสดงจากวงดนตรี W.Band
21.00
. เปิดบริการตามปกติ ด้วยโชว์ชุดพิเศษสุดอลังการ

Request The Pleasure Of You're At The Grand Opening
On Thursday 10 De
cember,2009
At Wonderland Behind K.P.K. Hotel Dannok Thailand

Wonderland Club
Grand Opening On 10 December 2009
Program
07.00 PM. (Thai) Cocktail Party
08.00 PM. (Thai) Grand Opening Wonderland By
Mr. Nimitr Chaichiratikul
Chairman Of Songkhla Tourism Council
08.20 PM. (Thai) Live Band Show
09.00 PM. (Thai) Enjoy With Top Models And Wondergirls Dance Team


WONDERLAND CLUB
ANGELS LIVE HERE !!!


รอพบคอนเสริ์ตสุดยิ่งใหญ่แห่งปี
คาราบาว
หนุ่มบาว-สาวปาน
อาทิตย์ 20 ธันวาคม 52

Next!!! Concert Carabao Live In Wonderland
On Sunday 20 December 2009

ติดต่อ คุณสรจักร จูทอง
มือถือ 0818975059

Baju Raya 2024

HOMBRE ni kalau tak silap aku first sekali ditubuhkan pada 2018. Waktu ni aku amat memerlukan pakaian pejabat. Tapi malangnya sa...