Saturday, April 11, 2009

Tertekan dan Makan


Tiada benda yang lebih best dalam hidup aku hari ni apabila berjaya memecahkan side mirror kenderaan syarikat. Lepas tu tergaru-garu kepala macam mana nak ganti balik side mirror tu. Apa punya driver mangkuk ayun la aku ni, boleh terlanggar pagar bila nak masuk parking. Arghhh!!!! Tertekan tertekannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn~

Ada beberapa cara melepas tekanan yang selalu aku buat:
  1. Tidur
  2. Memancing
  3. Solat sunat
  4. Pergi meronda sana-sini tanpa tujuan. Isi minyak motor, jalan!
  5. Dan... Makan!
Maka, aku memilih untuk melakukan aktiviti no. 5 tu.


Terletak di Sungai Batu, Teluk Kumbar. Kedai makan ni beroperasi seawal 10.00 pagi dengan menghidangkan juadah makanan selera kampung yang tak berapa kampung. Eh, macam mana tu? Erm.... Secara tepatnya, nak kata kampung sangat pun tak lauknya tu, tapi berniaga dalam kampung.... Aku pun pening apa aku tulis ni. Abaikan!

Aku suka gulai ikan kat kedai ni. Pekat dan kaw. Santannya lemak merdu. Ayam gorengnya panas. Ikan-ikannya segar. Sama montok sotong yang dijual tu dengan... badan aku. Buat pesakit darah tinggi, aku tak galakkan sangat sebab kandungan santan dalam gulai (kari) tinggi dan minyak pulak... Walaupun dah dikacau, selepas makan, kesan minyak memang jelas ketara penuh dalam pinggan! Menepati selera aku, dengan bangga dan sedikit kontroversi, aku beri 5 bintang sebab mampu melawan rasa Nasi Kandar yang sinonim dengan makanan ruji aku.

Lokasi kedai ialah berhampiran dengan Masjid Sungai Batu, Teluk Kumbar atau untuk lebih jelas, ia terletak di sini.

Nasi Goreng ni adalah lain sikit dari yang lain pernah aku makan. Namanya Nasi Goreng Hot Bezel kalau aku tak silap. Belasah jelah apa pun namanya janji sedap! Mengekalkan tradisi kedai makan Penang, gerai ni terletak dalam premis ala-ala Kedai Makan + Kedai Kopi. Atau lebih senang aku nak jelaskan... Makanan, Melayu masak, air, tokey Cina buat. Ala paham ka kawan? Ala-ala kopitiam la.. Aiya, wa pun sudah pening macam mana mau explain sama lu...

Aku taktau kenapa namanya Hot Bezel. Yang pasti, dagingnya dimasak ala-ala black pepper. Sebab tu la HOT kot. Aku pun taktau. Dan secara jujurnya, ini adalah masakan Anak Kelantan yang betul-betul pedas di mulut aku (dan masuk citarasa, heheheh). Jarang-jarang aku makan di sini, kalau ada breakdown pasal kerja di area ni sehingga waktu malam, selalunya aku singgah la di sini dengan Abang Jasni. Huhuhu lepas ni macam susah je aku nak makan dengan member-member Team Fiber dulu sebab aku dah kena tendang ke unit lain. Yerlah, nak buat macam mana, aku terima jelah. Akulah orang yang selalu tak dikehendaki, hehehehehe. Lain kali, nak tendang, tendang terus aku balik Bagan, dekat sikit dengan rumah. Hahahahaha...

Terletak di Gelugor, kalau sesiapa yang tahu di mana Poliklinik Novandri sebagai guideline, senanglah nak cari. Kalau susah sangat, boleh jer cari di sini.

Ini adalah mimpi ngeri kepada orang-orang selatan. Ya betoi, Oghang Penang memang makan nasik pada waktu pagi-pagi buta kalau hangpa nak tau! Terletak di Bagan Dalam, Nasi Kandar di Kedai Kopi Abbo (ejaaan kedai asal) ni memang adalah feveret aku sejak aku kecik lagi. Sejak darjah satu, yang ni lah tempat aku mengenal erti Nasik Kandar sejati. Lauknya sikit saja dan simple. Dan tiap kali aku datang, cuma 3 lauk ni sajalah yang yang dipesan. Daging, Bendi dan Telur Masin.

Dulu, meriah tempat ni daripada sebelum Subuh. Sekarang, dah kurang. Tapi, aku adalah pengunjung yang masih datang untuk mencari Nasi Kandar ni kalau aku bangun awal waktu aku cuti, seawal selepas solat Subuh. Dulu, pakcik yang bancuh kopi (Pakcik Abu la..) memang sedap. Tapi sekarang, air tak berapa kaw dah sebab orang lain bancuh. Tapi aku tak kisah, janji aku masih dapat merasa nasi kandar ni.

Hah, sapa tak tau Roti Canai Transfer Road ni? Kalau aku ada masa di sekitar area ni, memang aku bedal. Tapi takleh selalu sebab perut aku tak tahan. Lepas makan mesti sakit. Tapi nak buat macam mana, kalau dah masuk selera, aku tak peduli dah sakit perut ke tak. Janji, sorru sapedek dulu.

Ane, roti canai une, teh tarik gelas une!!!

Teringat aku dengan kisah masa aku duduk hostel sekolah menengah dulu. Masa malam jer, mesti fly hostel cari benda ni. Dah jadi macam satu ketagihan masa tu. Ada satu kes, kami order roti canai ni. Rata-rata order 2 bijik, tapi member aku order 8 bijik! Hahahahaha. Fathul, aku rasa, kali ni, boleh kot kalau kita lepak-lepak pekena sorang 8 bijik sama-sama? Hehehhehe, ajak Bun sekali..

Aku tensen,
Jadi aku makan.

3 comments:

  1. perghh aku suka entry ni.

    memang mknanan all d way~

    nasik ganja pulok kat mana?

    ReplyDelete
  2. Nasik ganja ada jugak. Pelan2 nanti aku story balik. Takkan aku nak isi semua dalam ni. Habis la bahan aku. Wartawan pun tak cerita semua tau, simpan sikit untuk berita esok-esok pulak :D

    ReplyDelete
  3. haha oke cantek. aku dah lama dgr nasik tu tp tak penah mkn @ tgk skali pun.

    ReplyDelete

Konda Kondi Cafe & Bistro

Plan harini nak singgah ke Laksa Pondok Ibu Kathy . Tempat nampak macam menarik tepi sungai, tetapi menu kat sini sesuai untuk m...