Monday, April 13, 2009

Naik Takkan Turun

Maka, tersebutlah kisah Jeneral Naga Sakti dari Negara Pasir 5 butir telah mengumumkan secara tiba-tiba tanpa angin dan ribut taufan akan kenaikan harga Surat Khabar Hairan Harian Metro berkuatkuasa pada hari ini. Rakyat-rakyat marhaen yang selalunya membeli surat khabar terpaksa menerima hakikat kenaikan RM0.30 sen atau secara matematiknya, kenaikan adalah sebanyak 25% daripada harga asal. Rakyat marhaen yang baru saja bersedih dengan kenaikan harga rokok sebanyak RM0.10 pada minggu lepas nampaknya terpaksa berputih mata dengan kenaikan kali ini.

Huhuhu, aku ni pembaca Utusan Malaysia, cuma apabila ke pejabat, biasanya akan membeli Harian Metro ni untuk dibaca pada waktu lapang. Kadang-kadang tak sempat baca habis pun, balik rumah baru la boleh baca betul-betul. Terasa betul kenaikan harga paper ni kali ni. Banyak tu, 30 sen, bukan sikit. Harga dah sama naik dengan Utusan Malaysia. Aduhai..... Samada aku terpaksa cut-cost dengan stop beli rokok ataupun stop beli paper. Orang yang bijak pandai dah tentu akan stop beli rokok kan? Aku rasa.... aku bukan ahli bijak pandai kot.. terpaksa la berkorban dengan Hairan Harian Metro ni... Nasib engkaulah... Naik harga time aku tengah sesak pulak.

Bateri Dell Latitude D630 aku dah buat hal. Tak sampai setahun pakai, dah meragam. Jadi, satu email dihantar pada Jumaat lalu kepada sapa lagi, Dell la.. Nasib baik aku tak hantar kat Michael Dell, muekekekek. Replacement baru je sampai dan selamat diterima. Aku ingat dia bagi terus.. Rupanya bersyarat da... Aku kena bagi balik part lama yang rosak tu dalam 10 hari bekerja. Kalau tak, satu invois akan dikeluarkan dan aku kena bayar untuk bateri baru ni. Baru je angan-angan nak ada dua biji bateri.

Apa-apa pun, sebab tu aku syorkan ramai kawan aku beli Dell. After sales punya servis memang tip-top dan pantas. Tambah-tambah pulak kalau ada hardware failure, mau menangis kalau takder support. Aku rasa sesiapa yang ada mobile laptop untuk bekerja mesti tau kes ni. Yerlah, kalau home computing pakai notebook memang takder masalah, tapi kalau kena kerja dekat field (field work) atau dalam bahasa tanpa PPSMI-nya ialah kerja lapangan, kerja padang, kerja lapang sasar (heheheh, korang pilihla sendiri macam mana nak convert English medium jadi Bahasa Melayu), dah tentu kerosakan pada hardware amat kerap berlaku. Notebook jatuh la, terlanggar equipment la dan macam-macam lagi.

Orait, aku nak buat kerja sambil pakai bateri baru. Bye-bye bateri lama. Hang dah banyak berjasa kat aku. Terima kasih.

2 comments:

  1. wah rokok nek harga 0.10sen? nasib baik 10sen. metro aku tak kisah sgt ekkekee.

    ko charge laptop ko mcm henpon ke beb. plug cable pastu biar je?

    ReplyDelete
  2. ha'ah lebih kurang mcm tu ler.. memang silap betul.. asal nampak kurang jer bateri terus aku charge. maunye tak lingkup

    ReplyDelete

Konda Kondi Cafe & Bistro

Plan harini nak singgah ke Laksa Pondok Ibu Kathy . Tempat nampak macam menarik tepi sungai, tetapi menu kat sini sesuai untuk m...