Hari ni lepas balik keja, aku buat sesuatu yang mungkin korang fikir pelik.. Hehehe, sebenarnya, hari ni aku sambar Gitar Kapok. Walaupun aku dah pernah ada 2 gitar jenis accoustic dan satu classical, yang tu tak menghalang aku untuk amik gitar yang aku terlepas beli dulu... Gitar Kapok. memang la gitar yang aku pakai sekarang (Starsun) kualitinya jauh lebih tinggi dari Kapok, tapi ntahlah, aku pun tatau nape aku amik Kapok ni lagi. Mungkin sebab teringin... atau bunyi BASS dia kuat dan sedap? tapi nak tuning, yarabbi punya payah. Aku tadi lepas beli kat kedai, siap suruh apek tu bungkus dengan paper cina, sebab aku taknak mak ngan abang aku bising. Yerlah, main tak macam Steve Vai pun, memekak je dalam bilik, tapi gitar sampai 2-3 bijik, sape tak bising.... Tapi ntahlah, aku pun tak dapat explain dengan jelas mengapa aku nak sangat gitar ni.
Bukak jer packaging tu, aku pun try la tune, tapi betul memang payah, tak dapat-dapat. Asyik sumbang jer bunyi. betul la kata orang, kalau tak pernah pegang gitar, Kapok is the best, tapi kalau dah pernah pakai gitar yang mahal, confirm Kapok ni taknak tengok dah depan mata. Takpe.. Mungkin yang ni sebagai koleksi jer untuk aku gantung dalam bilik. Hahahahahahahah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Konda Kondi Cafe & Bistro
Plan harini nak singgah ke Laksa Pondok Ibu Kathy . Tempat nampak macam menarik tepi sungai, tetapi menu kat sini sesuai untuk m...
-
Tiada benda yang lebih best dalam hidup aku hari ni apabila berjaya memecahkan side mirror kenderaan syarikat. Lepas tu tergaru-garu kepala ...
-
Salam, minta maaflah.. sebab inilah entry paling poyo sekali aku pernah buat. Tapi memandangkan selain di blog, email, PM dan sebagainya yan...
-
Maka, tersebutlah kisah Jeneral Naga Sakti dari Negara Pasir 5 butir telah mengumumkan secara tiba-tiba tanpa angin dan ribut taufan akan ke...
No comments:
Post a Comment